Rabu, 9 November 2011

Utusan Online - Sukan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Penangan cakar Harimau

Posted:

Penangan cakar Harimau

Penangan cakar Harimau


Pemain Malaysia, Syahrul Azwari Ibrahim melakukan gaya akrobatik semasa merembat bola ke gawang Thailand dalam aksi Kumpulan A saingan bola sepak Sukan SEA XXVI Indonesia 2011 di Jakarta, semalam. Malaysia menang 2-1.


JAKARTA – Malaysia mengotakan janji apabila bangkit mempamerkan keupayaan sebenar dengan membenam ego Thailand 2-1 dalam acara bola sepak Sukan SEA XXVI di sini, semalam.

Pemain gantian Izzaq Faris Ramlan yang sebelum ini dilaporkan mengalami sakit perut, muncul wira apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-85 di Stadium Gelora Bung Karno, di sini.

Bagaimanapun, Malaysia cemas untuk seri buat kali kedua apabila keseronokan jaringan Baddrol Bakhtiar pada minit ke-25 lenyap dengan jaringan penyamaan Natarid Udomlap pada minit ke-76.

Namun, percaturan jurulatih, Ong Kim Swee memasukkan Izzaq pada babak kedua berbaloi apabila pemain tinggi lampai itu berjaya mencuri ruang untuk meledak gol kemenangan negara.

Sementara itu, Kim Swee hanya mengeluarkan kata ringkas: ``Inilah perwatakan sebenar kami.''

"Pada perlawanan ini, para pemain telah membuktikan perwatakan sebenar mereka. Mereka menunjukkan setakat mana kemampuan mereka, siapa sebenarnya mereka. Inilah kemampuan kami yang diterjemahkan menerusi permainan menarik di atas padang.

"Kami buktikan bahawa kami bukanlah pasukan yang beraksi secara bertahan tetapi penuh berkemampuan. Menyerang dan bertahan mengikut keadaan di atas padang.

"Malahan sepatutnya kami menang lebih besar ke atas Thailand. Memang banyak peluang gol yang berjaya dicipta tetapi ia gagal diterjemahkan sebagai jaringan," katanya selepas perlawanan.

Tambah Kim Swee, nasib yang menimpa Thailand sama seperti apa yang dialami pasukannya (Malaysia) menentang Singapura tempoh hari.

Dia turut memuji persembahan pemain berusia 17 tahun, Muhd. Nazmi Faiz di sepanjang perlawanan semalam. – Utusan

Full content generated by Get Full RSS.

Hadiah pingat buat mama, abah

Posted:

Hadiah pingat buat mama, abah

Hadiah pingat buat mama, abah

Oleh ZAZALI JAMIAN
sukan@utusan.com.my


Nur Ayuni Farhana mahu bidik emas sebagai hadiah untuk kedua ibu bapanya.


SEPANG - Semangat atlet menembak negara, Nur Ayuni Farhana Abdul Halim pada tahap tertinggi, terutama apabila memikirkan azamnya mahu menghadiahkan pingat buat kedua orang tuanya.

Ayuni yang menyertai acara rifle 50 meter individu tiga posisi mahu menjadikan pingat tanpa mengira warna sebagai tanda penghargaan bagi mengenang jasa mereka yang banyak membantu serta memberinya semangat.

Katanya, keyakinan untuk merealisasikan matlamat itu berdasarkan kepada prestasi semasa dan persediaan rapi ke temasya dwi tahunan tersebut.

"Dua tahun lalu di Sukan SEA Laos saya memperoleh pingat gangsa dalam cara individu dan perak berpasukan.

"Tahun ini tiada acara berpasukan dan memang tidak dinafikan saya mahu menghadiahkan satu pingat untuk mama dan abah.

"Memang saya fokus untuk Sukan SEA ini kerana ia juga amat penting buat saya selain kelayakan untuk ke Olimpik," katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum berlepas ke Palembang, Indonesia, semalam.

Ayuni mula mencuri tumpuan apabila gandingannya dengan penembak berpengalaman, Nur Suryani Mohamed Taibi berjaya meraih pingat emas dalam acara raifal 10m angin pada Sukan Komanwel di New Delhi tahun lalu.

Pada Sukan SEA Laos, dua tahun lalu kontinjen menembak negara gagal membawa pulang sebarang emas, sebaliknya sekadar meraih enam pingat perak dan lima gangsa.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved