Rabu, 9 November 2011

Utusan Online - Selatan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Mesir minat contohi UTeM

Posted:

Mesir minat contohi UTeM

Mesir minat contohi UTeM

Oleh AMRAN MULUP
pengarang@utusan.com.my


DR. Ahmad Yusoff Hassan (enam dari kanan) dan Aliaa Abou El Naga (lima dari kanan) bergambar kenangan bersama kakitangan UTeM di kampus induk Durian Tunggal, Melaka, baru-baru ini.


MELAKA 8 Nov. - Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) terus menjadi ikon kepada universiti dari luar negara untuk meninjau peluang menjalinkan hubungan kerjasama.

Terbaru, Mesir melalui Setiausaha Kedua Kedutaan Mesir di negara ini, Aliaa Abou El Naga membuat lawatan singkat dan mengadakan perbincangan dengan Naib Canselor UTeM, Prof. Datuk Dr. Ahmad Yusoff Hassan.

Di bangunan Canselori kampus induk di Durian Tunggal, perbincangan antara kedua-dua belah pihak merumuskan UTeM akan membantu Mesir membangunkan modal insan bagi keperluan dalam bidang kejuruteraan, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Dr. Ahmad Yusoff berkata, objektif utama kunjungan wakil kedutaan Mesir ke universiti tersebut adalah bagi membincangkan hala tuju dan perangkaan jalinan kerjasama strategik antara kedua-dua pihak.

''Kerjasama strategik ini akan memberi ruang dan peluang kepada pelajar dari Mesir untuk menyambung pengajian dalam bidang ICT dan kejuruteraan di UTeM.

''Mesir berminat untuk menghantar pelajarnya ke UTeM kerana kita memiliki kepakaran luas dalam bidang tersebut selain dapat melahirkan graduan dalam bidang berkaitan," katanya.

Selain itu, katanya, Mesir kagum dengan UTeM kerana menjalinkan banyak kerjasama dengan beberapa universiti di peringkat antarabangsa.

Sementara itu, Aliaa Abou El Naga berkata, Mesir amat mengagumi universiti itu kerana komited dalam mengadakan hubungan kerjasama dengan universiti lain dari luar negara.

''Saya dimaklumkan UTeM telah banyak meraih kejayaan melalui ciptaan-ciptaan diiktiraf dunia selain ciptaan pelajar memenangi banyak anugerah," katanya pada kunjungan tersebut.

Sehubungan itu, katanya, hasrat Mesir untuk menjalinkan hubungan kerjasama dengan UTeM dilihat sebagai langkah tepat bagi membolehkan pelajar-pelajar dari Mesir menyambung pengajian di sini.

Full content generated by Get Full RSS.

160 penuntut berkampung di Felda Titi

Posted:

160 penuntut berkampung di Felda Titi

160 penuntut berkampung di Felda Titi

SEREMBAN 8 Nov. - Seramai 160 penuntut institusi pengajian tinggi awam (IPTA) akan berkampung selama tiga hari di sekitar Felda Titi, Jelebu dekat sini, menerusi Program Pewaris Muda Negara 1Malaysia 2011 bermula 10 hingga 12 November ini.

Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Sembilan, Hashim Bedu berkata, program anjuran jabatan berkenaan bertujuan membuka peluang kepada peserta untuk menyelami kehidupan masyarakat luar bandar selain menyemat nilai murni serta jati diri menerusi aktiviti yang disediakan.

''Program ini turut membabitkan lebih 100 buah keluarga di kawasan berkenaan yang akan menjadi keluarga angkat kepada para peserta.

''Kesemua peserta terlibat merupakan penuntut dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Utara Malaysia (UUM)," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Hashim, selain menjadi anak angkat kepada penduduk setempat, program tersebut turut memfokuskan terhadap penerapan elemen agama, kebudayaan serta semangat patriotisme.

''Antara pengisian program tersebut termasuk mengimarahan masjid, solat berjemaah, program cetusan minda, pemantapan silaturahim serta program Titian Muhibah 1Malaysia yang meliputi acara kebudayaan seperti persembahan kebudayaan, nasyid dan puisi.

''Di samping itu, peserta juga akan terlibat dengan aktiviti gotong-royong bersama penduduk setempat dan keluarga angkat selain diraikan dengan majlis kenduri," ujarnya.

Jelasnya, perasmian program akan disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Chennah, Datuk Siow Chen Pin, manakala upacara penutup disempurnakan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim.

Full content generated by Get Full RSS.

UPI jalin kerjasama dengan UTeM

Posted:

UPI jalin kerjasama dengan UTeM

UPI jalin kerjasama dengan UTeM


DR. Nanna Suryana Herman (kanan) menyampaikan cenderahati kepada salah seorang wakil delegasi dari Universiti Pendidikan Indonesia (UPI) di kampus induk Durian Tunggal di Melaka, baru-baru ini.


MELAKA 8 Nov. - Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) akan menjalinkan hubungan kerjasama dengan Universitas Pendidikan Indonesia (UPI) tidak lama lagi.

Kerjasama itu bakal dimeterai melalui memorandum persefahaman (MoU) antara UTeM dan UPI atas saranan Kementerian Pendidikan Indonesia.

Pengarah Pejabat Antarabangsa, Profesor Dr. Nanna Suryana Herman berkata, UPI berminat untuk bekerjasama dengan UTeM selepas 20 tenaga pengajar daripada Fakulti Pendidikan Matematika dan Ilmu Pengetahuan Alam UPI mengadakan lawatan di kampus induk UTeM, Durian Tunggal di sini baru-baru ini.

Menurutnya, lawatan tersebut diketuai oleh Dekan dan Ketua Jabatan UPI bertujuan meninjau peluang kerjasama yang boleh diwujudkan antara kedua-dua universiti itu.

''UPI berminat untuk menjalin kersama dalam bidang sains komputer berdasarkan prestasi pembelajaran di UTeM berada pada tahap maksimum," katanya baru-baru ini.

Selain itu, katanya, UPI turut bercadang untuk menghantar kakitangan mereka bagi menyambung pengajian di UTeM dalam usaha untuk meningkatkan aktiviti pembangunan kakitangan.

Di samping itu, kata Dr. Nanna Suryana, UTeM turut berminat meninjau peluang bagi melaksanakan program pertukaran pelajar antara kedua-dua universiti yang sekali gus mengeratkan hubungan Malaysia-Indonesia.

Tambah beliau lagi, pada waktu ini UTeM akan menilai mata pelajaran yang sesuai antara kedua-dua universiti sebelum melaksanakan pertukaran pelajar tidak lama lagi.

Katanya, kedua-dua pihak turut berharap kerjasama antara dua universiti dapat diteruskan lagi dengan lancar tanpa sebarang permasalahan.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved