Rabu, 9 November 2011

Utusan Online - Johor


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


MUCH biayai perpustakaan

Posted:

MUCH biayai perpustakaan

MUCH biayai perpustakaan

Oleh ZULHISAM ISAHAK
utusanjohor@utusan.com.my


MUHYIDDIN Yassin melihat bahan bacaan yang terdapat dalam Perpustakaan Desa Felda Lenga sempena Program Bakti Siswa Masterskill 2011 di Felda Lenga, Muar, Johor, baru-baru ini.


PAGOH 8 Nov. - Sebuah perpustakaan desa di Felda Lenga yang dibiayai Kolej Universiti Sains Kesihatan Masterskill (MUCH) dengan kos RM150,000 dibuka secara rasmi baru-baru ini.

Perpustakaan itu dilengkapi dengan pelbagai bahan bacaan serta 10 unit komputer dan sumbangan tersebut merupakan satu tanggungjawab sosial korporat (CSR) kolej berkenaan.

Perasmian gedung ilmu itu disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Ahli Parlimen Pagoh dalam satu majlis serba ringkas.

Turut hadir Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah Masterskill Education Group Berhad (MEGB), Datuk Seri Kamel Rijaludin; Pegawai Eksekutif MEGB, Datuk Edmund Santhra dan Naib Canselor MUCH, Datuk Prof. Dr. Nik Rahimah Nik Yacob.

Edmund yang juga Ketua Pegawai Eksekutif MEGB berkata, sumbangan berkenaan bertujuan merapatkan jurang pendidikan antara bandar dan luar bandar.

"Semoga dengan pembukaan gedung ilmu ini, penduduk tempatan serta anak muda Felda dapat menggiatkan lagi minat membaca agar dapat melahirkan golongan berpengetahuan, berpendapat serta kreatif," katanya.

Selepas perasmian itu, Muhyiddin turut merasmikan Program Bakti Siswa Masterskill 2011 di Dewan Felda Lenga iaitu aktiviti tahunan MUCH sejak 2008.

Program selama 10 hari itu melibatkan 80 mahasiswa dan mahasiswi MUCH yang pelbagai kaum dijadikan anak angkat oleh 20 buah keluarga di Felda Lenga.

Antara pengisian program itu ialah lawatan ke kampung Orang Asli, gotong-royong, kempen kebersihan kampung, pemeriksaan kesihatan percuma, sukaneka serta sesi ilmu kemasyarakatan yang bertujuan membentuk mahasiswa yang bukan sahaja cemerlang akademik tetapi juga dilengkapi kemahiran insaniah.

"Mereka akan berkomunikasi dengan efektif, memaparkan sifat kepimpinan serta mempunyai etika dan moral yang tinggi. Di samping itu, interaksi dan hubungan rapat peserta dengan masyarakat dapat mewujudkan semangat perpaduan, permuafakatan dan penyayang sesama manusia," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

270 penuntut IPT sertai Ukhuwah

Posted:

270 penuntut IPT sertai Ukhuwah

270 penuntut IPT sertai Ukhuwah


Rumah 'fast track wall' yang siap dibina oleh pelajar Kolej Komuniti pada Program Ukhuwah Perdana Kebangsaan Ke-4 di Kampung Plentong Tengah, Johor Bahru, baru-baru ini.


JOHOR BAHRU 8 Nov. - Seramai 270 warga institusi pengajian tinggi (IPT) dari seluruh negara mengambil bahagian dalam Program Ukhuwah Perdana Kebangsaan (Upek) kali ke-4 di Kampung Plentong Tengah di sini baru-baru ini.

Program selama empat hari yang melibatkan penuntut dari 52 kolej komuniti, lima politeknik dan enam universiti itu dianjurkan oleh Jabatan Pengajian Kolej Komuniti Johor.

Penganjurannya mendapat kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dan Biro Kebajikan UMNO Bahagian Pasir Gudang.

Antara pengisian program itu ialah menjadi anak angkat kepada 44 buah keluarga, membersih dan mengindahkan kampung, pemasangan pendawaian elektrik dan paip air untuk 10 buah rumah, kursus pendek kemahiran hidup dan sukaneka.

Perasmiannya disempurnakan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin sambil disaksikan Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Kolej Komuniti, Prof. Madya Kamarudin Kasim dan Pengarah Kolej Komuniti Pasir Gudang, Jahabar Jainul Abideen.

Mohd. Khaled yang juga Ahli Parlimen Pasir Gudang berkata, antara tujuan utama program itu ialah mempromosikan kolej komuniti kepada masyarakat setempat.

Katanya, ia juga akan mendedahkan penuntut kepada proses merancang dan menguruskan pelbagai aktiviti secara praktikal selain mempraktikkan kemahiran sedia ada.

"Selain membentuk pembinaan jasmani, emosi dan rohani, aktiviti seperti ini juga memupuk semangat kewarganegaraan, kesetiaan kepada bangsa dan negara.

"Ia juga dapat memperkembangkan kreativiti dan inovasi pelajar berteraskan modul pengajaran dan pelajaran di tempat mereka belajar kepada masyarakat," katanya.

Sementara itu, Jahabar Jainul berkata, program itu akan mendedahkan kehidupan penduduk setempat kepada peserta Cina dan India termasuk dari Sabah dan Sarawak.

"Semuanya ini mampu membentuk masyarakat Malaysia yang harmoni, saling bertoleransi dan hormat menghormati antara satu sama lain," ujarnya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved