Isnin, 7 November 2011

Utusan Online - Selatan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Pemuda hiperaktif maut

Posted:

Pemuda hiperaktif maut

Pemuda hiperaktif maut

Oleh RIZANIZAM ABDUL HAMID
utusanmelaka@utusan.com.my

MELAKA 6 Nov. – Seorang pemuda hiperaktif ditemui mati dalam longkang berhampiran Klinik Kesihatan Ayer Molek yang terletak kira-kira dua kilometer dari rumahnya di Taman Seri Duyung di sini hari ini.

Mayat mangsa, Mohd. Hafiziee Abd. Kadir, 23, ditemui orang ramai yang melalui kawasan itu kira-kira pukul 10 pagi sebelum melaporkannya kepada polis.

Ibu mangsa, Siti Zulaikha Mohd. Yunos, 55, berkata, dia tidak menyangka akan kehilangan anak kedua daripada empat beradik itu ketika Hari Raya Aidiladha.

"Walaupun arwah tidak boleh bercakap dan kami tidak membuat sebarang persiapan untuk menyambut Aidiladha, tetapi kehilangannya amat dirasai.

"Arwah sentiasa membuatkan suasana di dalam rumah ceria," katanya ketika ditemui di Hospital Melaka di sini semalam.

Menurutnya, Mohd. Hafiziee yang mengidap sawan sering keluar dari rumahnya di Taman Seri Duyung dan berjalan-jalan termasuk sehingga ke Ayer Molek yang terletak kira-kira dua kilometer.

"Pagi tadi, arwah keluar dari rumah pada pukul 8 selepas bersarapan mi goreng yang menjadi kegemarannya dan pulang semula pada pukul 8.30 pagi. Dia kemudian keluar lagi pukul 9 pagi.

"Saya tidak bimbang dia keluar rumah kerana arwah kerap berbuat begini namun akan pulang semula beberapa jam kemudian," tambahnya.

Siti Zulaikha berkata, dia mengetahui kejadian itu apabila diberitahu oleh anak saudaranya yang melihat ramai anggota polis di tepi longkang berhampiran klinik tersebut kira-kira pukul 10 pagi.

"Saya yang terus ke tempat kejadian mendapati terdapat kesan darah di kepala Hafiziee, saya percaya arwah diserang sawan lalu terjatuh dan kepalanya terhantuk pada longkang," katanya.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehuddin Abd. Rahman ketika dihubungi hari ini mengesahkan kejadian itu dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Full content generated by Get Full RSS.

Aidiladha disambut penuh kesyukuran

Posted:

Aidiladha disambut penuh kesyukuran

Aidiladha disambut penuh kesyukuran


Mohamad Hasan (tengah) turut sama membantu ahli kariah menumbangkan seekor lembu bagi ibadah korban sempena Aidiladha di Surau Tanjung, Kampung Kanchong, Seremban, semalam. – Utusan/Abd Razak Aid


SEREMBAN 6 Nov. – Hari Raya Aidiladha disambut penuh kesyukuran oleh seluruh umat Islam di negeri ini.

Di Kuala Pilah, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir menunaikan solat sunat Aidiladha bersama 500 umat Islam di Masjid Diraja Tuanku Munawir, Seri Menanti dekat sini.

Berangkat sama ialah Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani serta anakanda baginda yang juga Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz dan Tunku Zain Al-Abidin Tuanku Muhriz.

Selesai solat, baginda berdua berkenan menyaksikan penyembelihan empat ekor lembu bagi ibadah korban kurniaan baginda sebelum ke Makam Diraja Seri Menanti untuk upacara tahlil dan doa selamat.

Selesai upacara berkenaan baginda berdua turut berkenan mengurniakan daging korban kepada kariah masjid itu.

Sementara itu di Rantau, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan menyertai ratusan penduduk setempat menunaikan solat sunat Aidiladha di Surau Tanjong, Kampung Kanchong di sini.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau turut menyertai ibadah korban dengan menyumbangkan dua ekor lembu.

Dalam pada itu, kemeriahan Aidiladha di Telok Kemang tidak kurang hebatnya apabila hampir 300 pelancong warga Singapura menyaksikan program ibadah korban di Inap Desa Kampung Panchitan.

Program tiga hari dua malam anjuran Tourism Malaysia itu menyaksikan 37 haiwan ternakan terdiri daripada lembu dan kambing dikorbankan sempena Aidiladha kali ini.

Pengarah Tourism Malaysia negeri, Hishamuddin Mustafa berkata, program kali keenam ini merupakan penyertaan warga Singapura yang terbesar berbanding tahun sebelumnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Pokok pisang keluar tandan di tengah batang

Posted:

Pokok pisang keluar tandan di tengah batang

Pokok pisang keluar tandan di tengah batang


Elyas Wahi menunjukkan pokok pisang yang mengeluarkan buah pada tengah batang pokok di Taman Selasih, Lukut, Port Dickson, baru-baru ini.


PORT DICKSON 6 Nov. – Seorang penanam pokok pisang di Lukut dekat sini menemui setandan pisang yang tumbuh pada batang pokok buah itu yang ditanam di belakang rumahnya.

Elyas Wahi, 51, menemui pisang ganjil itu ketika ingin menebang pokok pisang yang sudah kering di rumahnya di Taman Selasih di sini baru-baru ini.

"Ketika pulang dari kerja, saya ingin tebang pokok pisang yang sudah kering.

"Tiba-tiba saya melihat sebatang pokok pisang saya berbuah di batangnya," katanya yang ditemui di rumahnya itu.

Menurutnya, beliau telah menanam pokok pisang itu selama setahun dan hasil yang ditemuinya itu amat mengejutkan.

Katanya, berkebun adalah hobi utamanya bagi mengisi masa lapang terutamanya selepas pulang dari kerja.

"Semuanya pasti ada maksud yang tersendiri dan apabila pisang itu sudah masak, pastinya saya tidak akan menjualnya seperti hasil tanaman yang lain," katanya yang juga seorang anggota polis.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved