Isnin, 7 November 2011

Utusan Online - Pahang


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Meriah, penuh warna-warni

Posted:

Meriah, penuh warna-warni

Meriah, penuh warna-warni

Oleh SITI NORIZAT SHIKH ABDUL JALIL
utusanktn@gmail.com


Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli, Wan Rosdy Wan Ismail (tengah) bersama sebahagian guru dan pelajar Tabika Kemas pada Program Hari Potensi Tabika Kemas 2011 di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tok Sira di Kuantan, baru-baru ini.


KUANTAN 7 Nov. - Penganjuran Hari Potensi Tabika Kemas yang diadakan setiap tahun memberi peluang kepada kanak-kanak berusia antara lima hingga enam tahun mengetengahkan bakat dan kebolehan mereka, khususnya dalam acara sukan.

Selain itu, penganjuran program tersebut dapat memupuk dan melatih mereka tentang nilai-nilai murni seperti bertolak-ansur, keyakinan diri serta kerjasama dan juga menguji kecergasan fizikal.

Malah di pihak ibu bapa dan masyarakat, mereka diberi ruang untuk melihat sendiri dan mengenal pasti potensi dan perkembangan diri anak-anak daripada aspek emosi, intelek serta fizikal.

Baru-baru ini, sebahagian ibu bapa dan keluarga kanak-kanak Tabika Kemas seluruh Pahang mengikuti perkembangan anak-anak mereka sempena penganjuran Hari Potens Tabika Kemas 2011i.

Bertempat di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tok Sira di sini, pelbagai gelagat dan telatah dapat ditonton sepanjang berlangsungnya acara tahunan yang melibatkan penyertaan 800 kanak-kanak Tabika Kemas dari 14 kawasan Parlimen dari seluruh negeri ini.

Antara acara yang dipertandingkan ialah bola jaring, futsal, gerak rama dan silat 21 manakala acara sukan tradisional pula seperti galah panjang.

Inisiatif yang dilakukan oleh Kemas dengan mengadakan acara permainan tradisional dapat menghidupkan kembali permainan kanak-kanak pada masa dahulu agar ia tidak lenyap 'ditelan zaman'.

Awal pagi lagi, keriuhan dan keterujaan kanak-kanak tabika itu yang sudah tidak sabar untuk 'berentap' dalam acara yang disertai mereka mencuit hati ibu bapa dan para penonton.

Walaupun ketika itu hujan mula membasahi padang, namun ia tidak sedikit pun mematahkan semangat, sebaliknya ada antara mereka mengambil kesempatan bermain hujan.

Perasaan gembira, terharu, gementar bercampur bangga jelas terpancar di wajah setiap ibu bapa dan guru semasa para peserta memulakan acara yang dipertandingkan, malah ada juga bertindak seperti 'jurulatih' tidak rasmi.

Tanpa menghiraukan jerit-pekik di luar padang, setiap peserta mempamerkan aksi terbaik seperti yang dilatih oleh guru masing-masing walaupun ada ketikanya mereka melanggar peraturan permainan.

Namun, itu semua tidak menjadi persoalan kerana apa yang menjadi keutamaan adalah semangat dan kesungguhan yang ditonjolkan dalam usaha membawa generasi muda ini ke arah kecemerlangan.

Selain itu, acara silat 21 yang dipertandingkan turut menarik perhatian ahli keluarga yang hadir apabila kelincahan serta gaya yang dipersembahkan oleh setiap kumpulan cilik itu bagaikan orang dewasa.

Bagi acara silat 21 itu, Tabika Kemas Kempadang dari Parlimen Kuantan dinobatkan juara keseluruhan. Sememangnya kumpulan itu layak mendapat gelaran tersebut kerana setiap ahli silat telah mempamerkan persembahan yang mantap dan menghiburkan.

Pujian juga harus diberikan kepada Tabika Kemas Kampung Leria yang mewakili Parlimen Cameron Highlands apabila pasukan yang terdiri daripada kanak-kanak Orang Asli mengungguli acara futsal, manakala johan acara gerak rama menjadi milik Tabika Kemas Parlimen Bera.

Acara galah panjang pula diungguli oleh Tabika Kemas Indera Mahkota dan juara acara rounders menjadi milik pasukan yang mewakili Parlimen Bentong. Setiap pemenang menerima hadiah berupa piala beserta hamper.

Tahun ini, Tabika Kemas Parlimen Indera Mahkota diumumkan juara keseluruhan manakala Kontinjen Terbaik menjadi milik Tabika Kemas Parlimen Maran.

Pada program itu, para guru Tabika Kemas turut menerima anugerah bagi menghargai pengorbanan serta kesabaran yang tinggi dalam mendidik anak-anak kecil yang baru hendak mengenali dunia pembelajaran tersebut.

Full content generated by Get Full RSS.

Ibu bapa gembira Kemas gilap potensi anak

Posted:

Ibu bapa gembira Kemas gilap potensi anak

Ibu bapa gembira Kemas gilap potensi anak

KUANTAN 7 Nov. - Penumpuan terhadap pendidikan prasekolah merupakan satu strategi penting bagi membentuk modal insan masa depan yang mampu menguasai pelbagai bidang.

Ini bertepatan dengan kata pepatah, "melentur buluh biarlah bermula dari rebungnya". Ia menuntut semua pihak agar menggilap bakat dan potensi kanak-kanak pada usia sewal yang mungkin.

Justeru itu, penganjuran Hari Potensi Kanak-Kanak Tabika Kemas yang diadakan setiap tahun merupakan antara usaha kerajaan bagi melahirkan generasi muda yang berdisiplin dan berjiwa murni.

Seorang bapa, Mohd. Yazid Daud, 33, berkata, program seperti itu dapat mendedahkan kanak-kanak dengan pelbagai perkara termasuk semangat berpasukan.

Menurut Mohd. Yazid, penyertaan anaknya, Ahmad Yamin Danish, 6, dari Tabika Kemas Kempadang yang mewakili Parlimen Kuantan dalam acara sukan silat dapat melatih mereka agar menjadi lebih berkeyakinan, selain sebagai salah satu cara untuk mempertahankan diri.

"Sebagai ibu bapa, kita tidak seharusnya menyerahkan sepenuhnya tanggungjawab mendidik anak kepada guru, sebaliknya perlu saling bekerjasama bagi mendorong dan menyokong apa juga bakat dan minat mereka.

"Saya berterima kasih kepada pihak Kemas dan guru-guru yang banyak memberi tunjuk ajar kepada anak saya sehinggakan dia berani berhadapan dengan orang ramai semasa membuat persembahan silat 21 pada program tersebut.

"Saya kagum dengan pencapaian yang ditunjukkan olehnya," kata Mohd. Yazid ketika ditemui pada program tersebut.

Guru Tabika Kemas Kampung Leria, Cameron Highlands, Haslina Apam, 30, berkata, penyertaan kali pertama muridnya yang terdiri daripada kaum Orang Asli amat membanggakan apabila muncul juara pada pertandingan futsal mengalahkan 13 Parlimen lain.

Katanya, walaupun menjalani latihan tanpa jurulatih, namun kerana bakat dan minat yang mendalam dalam sukan tersebut, mereka mampu memberikan persembahan terbaik sekali gus mengharumkan nama Parlimen Cameron Highlands.

"Walaupun permainan futsal merupakan rutin harian mereka, namun semasa pembelajaran di dalam kelas, mereka memberi tumpuan sepenuhnya dan mudah menerima apa yang diajar," ujarnya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli negeri, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail dalam ucapan perasmiannya berkata, Hari Potensi Kemas memberi peluang kepada kanak-kanak mempamerkan kebolehan dari segi akademik mahupun dalam bidang sukan.

Katanya, melalui penganjuran program tersebut, mereka dapat mempamerkan bakat dan kemahiran yang dimiliki untuk diserlahkan pada masa depan selain menanam persaingan secara sihat.

"Penglibatan dan sokongan daripada ibu bapa amat penting bagi mendorong anak-anak cemerlang dalam semua bidang yang diceburi khususnya akademik," kata beliau lagi.

Full content generated by Get Full RSS.

Penemuan 14 kubur lama

Posted:

Penemuan 14 kubur lama

Penemuan 14 kubur lama

Oleh MUSAZLILA MUSTAPAR
utusanktn@gmail.com


Penduduk kampung bergotong-royong membersihkan tanah kubur dan meletakkan batu nisan pada kubur-kubur yang dipercayai milik pejuang Melayu yang menentang penjajahan British, di Kampung Batu Hampar, Gajah Mati di Mentakab.


MENTAKAB 7 Nov. - Para pengkaji sejarah di negeri ini diminta melakukan kajian terhadap penemuan 14 kubur di Kampung Batu Hampar, Gajah Mati di sini yang dikatakan milik pahlawan semasa zaman penjajahan British.

Bekas Penghulu Mukim Mentakab, Johar Zabidin berkata, berdasarkan sejarah yang diceritakan oleh nenek moyang di kampung tersebut, kawasan itu merupakan tempat terakhir Datuk Bahaman tinggal bersama rakan-rakannya sebelum berhijrah ke Terengganu.

Menurutnya, tanah perkuburan itu diberi nama Kubur Medan kerana ia merupakan medan pertempuran menentang askar British dan pahlawan yang terkorban dikebumikan di situ.

"Berdasarkan sejarah, peristiwa itu berlaku sekitar 1892 namun, ia tidak dapat dipastikan. Selain itu, penduduk di sini menemui banyak peralatan yang digunakan untuk berperang seperti keris, tombak, lembing dan sebagainya.

"Peralatan perang itu dikatakan ditanam oleh pejuang kemerdekaan sebelum mereka berhijrah mengikut Datuk Bahaman ke Terengganu," katanya ketika ditemui pemberita di sini baru-baru ini.

Hadir sama, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Temerloh, Megat Asri Abdul Jalil.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung (JKKK) Sungai Buloh, Rosdi Jaafar berharap, pihak pengkaji sejarah dapat membuat kajian terperinci berkenaan kubur itu.

Katanya, jika benar kubur itu milik pahlawan negara, ia perlu dijaga dengan baik supaya menjadi rujukan bagi generasi akan datang kerana ia membabitkan mereka yang sanggup berkorban demi mendapatkan negara.

"Kampung itu mempunyai banyak tinggalan sejarah kerana merupakan kubu kuat ketika menentang penjajahan," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved