Isnin, 7 November 2011

Utusan Online - Kota


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Padang sejarah bakal lenyap

Posted:

Padang sejarah bakal lenyap

Padang sejarah bakal lenyap

Oleh MUHAMAD AIMY AHMAD
kota@utusan.com.my


PADANG milik PKNS di Kelana Jaya yang didakwa bakal dibangunkan dengan projek komersial dan


PETALING JAYA 7 Nov. – Penduduk SS7 Kelana Jaya dekat sini menyuarakan kebimbangan ekoran cadangan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) untuk membangunkan padang permainan di situ menjadi kawasan komersial.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Selamatkan Padang Rakyat Kelana Jaya, Datuk Zul Mukshar Md. Shaari berkata, majoriti penduduk tidak bersetuju dengan cadangan tersebut yang dilihat akan memberi kesan negatif kepada persekitaran di situ.

"Rata-rata penduduk kecewa apabila janji PKNS semasa mereka mula membeli rumah dahulu semakin tinggal janji. Ini kerana, PKNS menyatakan kelengkapan beriadah seperti padang, taman tasik dan tadika akan dijaga dengan sebaik-baiknya.

"Tetapi apa yang mengecewakan, sedikit demi sedikit janji itu musnah, tadika di SS5 sudah dijadikan kawasan perumahan. Malah, sebahagian taman tasik juga telah diambil ketika mahu membangunkan Plaza Kelana Jaya," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Padang berusia lebih 30 tahun yang pernah menjadi gelanggang perlawanan kriket Sukan Komanwel 1998 dan medan 'melahirkan' jaguh bola sepak negara, Allahyarham Mokhtar Dahari dikhabarkan akan dibangunkan dengan tujuh blok pangsapuri 35 tingkat dan sebuah kompleks perniagaan 15 tingkat.

Ia yang terletak di lokasi strategik dan berdekatan dengan sistem pengangkutan awam kini memiliki dua buah padang bola sepak, enam gelanggang tenis dan rumah kelab yang digunakan penduduk untuk mengadakan majlis perkahwinan.

Tambah Zul Mukshar, pembinaan bangunan komersial itu juga dikhuatiri akan menambah kesesakan trafik yang sentiasa padat di Lebuh raya Damansara Puchong (LDP).

Sehubungan itu, beliau berharap PKNS dapat menimbangkan permintaan penduduk agar mengekalkan padang tersebut demi kepentingan masyarakat untuk beriadah dan menikmati persekitaran yang tenang.

"Kekalkan padang itu dan kami berharap PKNS yang berada di bawah kerajaan negeri janganlah terlalu bersaing dengan syarikat swasta yang hanya mementingkan keuntungan berlipat ganda tanpa memikirkan masyarakat," katanya.

Pihaknya akan berterusan mengadakan bantahan dengan pelbagai cara termasuk mendapatkan sokongan semua pihak di dalam laman blog, Facebook dan sebagainya.

Sementara itu, Timbalan Presiden Majlis Belia Selangor, Badrul Hisham Badrudin berkata, tema menjaga kehijauan dan kebajikan belia yang dilaung-laungkan kerajaan negeri hanya omong kosong.

"Sebagai Menteri Besar dan Pengerusi PKNS, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sepatutnya prihatin dan menyahut kemahuan rakyat dan bukannya menyusahkan mereka semata-mata mahu mengaut keuntungan," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Trafik Lembah Pantai dikaji

Posted:

Trafik Lembah Pantai dikaji

Trafik Lembah Pantai dikaji

Oleh SITI AISHAH YUSOFF
kota@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 7 Nov. - Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar akan mengkaji sebelum menambah baik sistem trafik di Lembah Pantai yang kini semakin sesak berikutan pembangunan pesat di kawasan itu.

Menterinya, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin mengakui, beberapa projek pembangunan yang sudah siap dan sedang dimajukan telah memberi kesan kepada kelancaran lalu-lintas di situ.

"Banyak lagi projek bakal dibangunkan di sekitar kawasan Lembah Pantai dalam masa terdekat ini dan semua ini akan menyebabkan kesesakan jika tiada langkah penambahbaikan dilakukan dengan segera," katanya ketika ditemui pada Majlis Korban Perdana di Masjid Al-Ikhlasiah, Bukit Kerinchi di sini hari ini.

Raja Nong Chik menambah, kedudukan kawasan Lembah Pantai di kawasan pintu masuk ke ibu negara dari Subang Jaya dan Shah Alam telah menyebabkan kenderaan sentiasa banyak di kawasan itu.

"Pada waktu puncak, pengguna jalan raya terpaksa mengharungi kesesakan selama 30 hingga 45 minit sebelum sampai ke destinasi yang dituju.

"Kementerian akan mengambil kira masalah yang sedang dihadapi penduduk dan akan membaiki sistem trafik dengan segera," katanya sambil berharap orang ramai dapat bersabar.

Sementara itu, sebanyak 10 ekor lembu dan 10 ekor kambing disumbangkan oleh Takaful Ikhlas Sdn. Bhd pada Majlis Korban Perdana sempena sambutan Hari Raya Aidiladha itu.

Selain itu, Takaful Ikhlas turut menyampaikan sumbangan kepada 50 orang yang terdiri daripada warga emas, ibu tunggal, anak yatim dan orang kurang upaya (OKU).

Majlis menyembelih dan memasak daging korban itu berlangsung dalam suasana meriah kerana ia diadakan secara gotong-royong dengan penyertaan ramai penduduk sekitar.

Full content generated by Get Full RSS.

Tambah satu lagi laluan

Posted:

Tambah satu lagi laluan

Tambah satu lagi laluan


KEADAAN trafik yang sesak di Persiaran Kewajipan, Subang Jaya pada setiap pagi diyakini boleh dikurangkan jika satu laluan khusus untuk ke Lebuh raya Shah Alam dibina.


SUBANG JAYA 7 Nov. - Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dicadang menambah satu lagi laluan di Persiaran Kewajipan bermula dari Persiaran Murni menuju ke Lebuh Raya Shah Alam (Kesas) bagi mengatasi masalah kesesakan jalan raya yang teruk.

Pengerusi Pemuda MCA Bahagian Kelana Jaya, Lee You Hin berkata, laluan tambahan itu diyakini mampu mengurangkan masalah kesesakan di situ, sekali gus melegakan sedikit penduduk sekitar.

"Jika laluan ini dibuat, MPSJ juga harus memastikan laluan tersebut tidak sesak bagi memudahkan pemandu ke Kesas.

"Pada masa ini, kesesakan di sini amat teruk dan pemandu perlu mengambil masa yang lama untuk melepasi jarak yang dekat," katanya ketika ditemui selepas melawat jalan tersebut di sini baru-baru ini.

Turut hadir ialah, Timbalan Pengerusi Parti Progresif Penduduk (PPP) Bahagian Kelana Jaya, Chandrasegar.

Sementara itu, You Hin juga meminta agar pemaju projek Gateway Subang Jaya yang sedang dalam pembinaan supaya membina sebuah jejambat dari Persiaran Murni ke Persiaran Subang Permai.

Katanya, projek bernilai lebih RM1 billion yang mengandungi pusat komersial dan kediaman itu dijangka akan meningkatkan kepadatan penduduk di situ apabila siap pada 2014, sekali gus menambah kesesakan.

"Kami minta supaya pemaju melaksanakan tanggungjawab sosial mereka atau pihak MPSJ mengarahkan pemaju itu membina infrastruktur itu yang hanya tiga peratus dari kos projek mereka.

"Ini adalah bagi mengurangkan kesesakan dan supaya wujud laluan terus dari Persiaran Murni ke Persiaran Subang Permai dan pemandu tidak perlu berhenti di lampu isyarat," jelasnya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved