Utusan Online - Muka Hadapan |
- Tidak selesa lihat penguasaan Melayu
- Aidiladha disambut sederhana
- Hayati semangat korban pupuk perpaduan
Tidak selesa lihat penguasaan Melayu Posted: Tidak selesa lihat penguasaan MelayuOleh SYUKRI SHAARI KUALA LUMPUR 6 Nov. - Hasrat DAP mahu mengurangkan bilangan penjawat awam sekiranya dipilih sebagai pemerintah negara mengukuhkan dakwaan bahawa parti berkenaan tidak selesa melihat penguasaan orang Melayu dalam sesuatu bidang. Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin berkata, semua pihak sedar majoriti penjawat awam merupakan orang Melayu dan DAP tidak selesa dengan perkara tersebut. "Mereka (DAP) memang ada agenda tersembunyi menerusi hasrat tersebut dan bukanlah semata-mata mahu mengurangkan perbelanjaan kerajaan seperti didakwa. "Mereka ini memang tidak boleh tengok orang Melayu lebih sedikit dalam sesuatu. Kita (Melayu) memang ramai dalam sektor awam, jadi mereka cuba untuk mengurangkan penguasaan kita dalam sektor tersebut," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Menurut Zulkifli, DAP seharusnya melaksanakan terlebih dahulu hasrat mereka itu di negari-negeri ditadbir pembangkang dan lihat kesannya. "Saya cabar mereka laksanakan dahulu hasrat mereka itu di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan. Kita tengok apa reaksinya," jelasnya. Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Penerangan DAP, Tony Pua yang disiarkan dalam sebuah akhbar berbahasa Cina baru-baru ini bahawa kerajaan DAP akan mengu rangkan penjawat awam dan mena matkan perkhidmatan mereka yang tidak efi sien seperti yang dilakukan kera jaan China bagi mengurangkan bajet kerajaan Ruangan Bisik-Bisik Mingguan Awang Selamat yang turut menyentuh isu tersebut menganggap ia sebagai satu lagi provokasi DAP yang tersirat agenda tertentu. Sementara itu, Ahli Dewan Negara, Senator Ezam Mohd. Noor berkata, itulah belang sebenar DAP yang bersikap rasis dan menanam kebencian terhadap orang Melayu dan asas negara. Katanya, konsep Malaysian-Malaysia yang dimulakan oleh PAP dan diteruskan oleh DAP adalah atas semangat yang sama iaitu tidak mengiktiraf Melayu dan Islam sebagai teras negara ini. ''Cuma semangat rasis dan kebencian itu hanya muncul sekarang setelah DAP yakin mereka boleh peralat dan tunggang pemimpin Melayu yang terdesak seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sanggup gadai maruah bangsa dengan didokong sekelompok pro Anwar yang rakus kuasa di dalam Pas. ''Ini membuatkan DAP semakin berani terjemah semangat rasisnya dengan kenyataan terbaru berhubung kakitangan awam itu,'' katanya. Full content generated by Get Full RSS. |
Posted: Aidiladha disambut sederhanaMuhyiddin Yassin bersalaman dengan orang ramai selepas menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, semalam. KUALA LUMPUR 6 Nov. - Hari Raya Aidiladha hari ini disambut masyarakat Islam secara sederhana dan dalam keadaan berjaga-jaga bagi menghadapi kemungkinan banjir ekoran keadaan cuaca yang diramalkan tidak menentu di kebanyakan negeri. Di KUALA LUMPUR, kira-kira 10,000 orang ramai termasuk warga asing segak dengan pakaian berwarna-warni bersama-sama memenuhi Masjid Negara bagi menunaikan solat sunat Aidiladha. Cuaca yang redup memudahkan pergerakan orang ramai yang mula tiba seawal pukul 7 pagi bagi menunaikan solat itu yang diimamkan oleh Imam Masjid Negara, Ustaz Ehsan Mohd. Hosni sebelum beliau menyampaikan khutbah bertajuk Aidiladha: Mengerat Perpaduan Ummah. Di KUALA TERENGGANU, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah bersama kira-kira 2,000 umat Islam menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Ladang di sini. Di PERLIS, ribuan ternakan terutama lembu dan kambing dikorbankan tahun ini termasuk 45 ekor lembu yang disumbangkan oleh kerajaan negeri dan 42 ekor yang disumbangkan oleh Ahli Parlimen Arau, Datuk Ismail Kasim. Di IPOH, Pemangku Raja, Raja Dr. Nazrin Shah dan Raja Dihilir Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa menunaikan solat sunat Aidiladha bersama-sama lebih 3,000 rakyat jelata di Masjid Sultan Azlan Shah. Kerajaan negeri turut mengerjakan ibadah korban iaitu 11 ekor lembu dengan dikelolakan oleh Yayasan Perak di kediaman rasmi Menteri Besar, esok. Di SHAH ALAM, kira-kira 10,000 umat Islam menunaikan solat sunat Aidiladha bersama Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah. Upacara korban dimulakan pada pukul 10.15 pagi ini dengan 34 ekor lembu dijadualkan disembelih dan dagingnya disedekahkan kepada fakir miskin. Di SANDAKAN, umat Islam turut memenuhi Masjid Negeri di Sembulan dan Masjid Bandaraya Kota Kinabalu di Likas untuk menunaikan solat sunat Aidiladha. Di ALOR SETAR, Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah menyertai ribuan umat Islam di bandar raya Alor Setar menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Zahir. Di PULAU PINANG, Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas menunaikan solat sunat Aidiladha bersama kira-kira 2,000 umat Islam di Masjid Negeri Pulau Pinang. Di JOHOR BAHARU, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menunaikan solat Aidiladha bersama-sama lebih kurang 2,000 rakyat jelata di Masjid Sultan Abu Bakar. DI KUALA PILAH, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Diraja Tuanku Munawir, Seri Menanti. Selesai solat, baginda berkenan menyaksikan penyembelihan 15 ekor lembu untuk ibadah korban di perkarangan masjid berkenaan, dan berkenan mengagih-agihkan daging korban kepada ibu tunggal dan warga emas. Di MELAKA, Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam menyertai kira-kira 7,000 muslimin dan muslimat menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Al-Azim, Bukit Palah di sini. — BERNAMA Full content generated by Get Full RSS. |
Hayati semangat korban pupuk perpaduan Posted: Hayati semangat korban pupuk perpaduanShafie Apdal meraikan sambutan Hari Raya Aidiladha bersama penduduk Kampung Tampi-Tampi di Semporna, Sabah semalam. SEMPORNA 6 Nov. - Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal menyeru masyarakat luar bandar di seluruh negara menghayati semangat korban yang ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail bagi mengubah taraf sosial dan ekonomi mereka. Katanya, pengorbanan yang dilakukan oleh kedua-dua rasul itu dari segi harta dan nyawa sepatutnya menjadi pemangkin dan inspirasi untuk mencapai kejayaan dalam pelbagai bidang seterusnya memajukan kehidupan sendiri. "Berkorban bukan sahaja membawa erti kesanggupan seseorang untuk menyerahkan harta atau apa sahaja benda yang disayangi kerana menginsafi akan keperluan individu lain tetapi lebih kepada kesanggupan untuk berbuat kebaikan," katanya yang juga Ahli Parlimen Semporna ketika menyertai ibadah korban di Masjid Pekan Semporna, di sini, hari ini. Tambah Mohd. Shafiee, dari aspek kemasyarakatan dan kemanusiaan, pengorbanan dapat mewujudkan suasana harmoni, kerjasama dan kasih sayang sesama insan. "Semangat rela berkorban ini mampu mengeratkan perpaduan di kalangan rakyat yang mana perpaduan merupakan faktor penting dalam memastikan negara sentiasa berada dalam keadaan aman dan harmoni. "Selain itu, berkorban juga merupakan tuntutan paling besar sama ada dalam lingkungan keluarga, masyarakat mahupun agama, bangsa dan negara," jelasnya yang juga merupakan Naib Presiden UMNO. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Muka Hadapan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan