Isnin, 7 November 2011

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Boleh bincang isu keselamatan negara

Posted:

Boleh bincang isu keselamatan negara

Boleh bincang isu keselamatan negara

Oleh WAN NOOR HAYATI WAN ALIAS
pengarang@utusan.com.my


Ismail Omar (tengah) bersama nazir masjid, Zulkifli Ahmad (kanan) dan penduduk serta anggota polis turut melapah daging lembu ibadah korban sempena Aidiladha di Masjid Taman Bukit Antarabangsa, Ampang, Selangor, semalam.


KUALA LUMPUR 6 Nov. - Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar menegaskan beliau hanya akan berjumpa penganjur program mempromosikan seks bebas, Seksualiti Merdeka 2011, sekiranya ingin membincangkan isu keselamatan negara.

Jelas beliau, pihaknya sentiasa terbuka dan tidak menghalang sesiapa sahaja berjumpa tanpa mengira status, latar belakang dan ideologi.

"Sesiapa sahaja boleh berjumpa saya tetapi mesti atas sebab wajar. Jika mahu sembang-sembang kosong sahaja buat apa.

"Sebagai contoh, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan Rukun Tetangga kawasan yang mahu berjumpa untuk berbincang isu ketenteraman awam, keselamatan negara, saya memang mengalu-alukan," katanya.

Ismail berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Korban Aidiladha Bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Masjid Bukit Antarabangsa, Ampang, dekat sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan penganjur Seksualiti Merdeka 2011 yang sedia menghentikan program itu berikutan kecaman dan bantahan meluas pelbagai pihak termasuk wakil- wakil agama.

Menurut kenyataan disiarkan dalam laman web program itu, ia dilakukan demi keselamatan semua yang bakal hadir selain akan cuba bertemu dengan Ismail untuk menerangkan tujuan sebenar.

Sementara itu, Ismail mengesahkan program Seksualiti Merdeka 2011 telah dihentikan namun akan terus memantau dari semasa ke semasa.

"Saya difahamkan, sejak semalam beberapa individu dipercayai berkaitan dengan penganjuran Seksualiti Merdeka 2011 sudah diambil keterangan. Beri peluang kepada polis menjalankan siasatan berhubung isu ini," katanya.

Sementara itu, sehingga petang ini, polis menerima 54 laporan daripada orang ramai di seluruh negara, yang terus membantah penganjuran program seks bebas berkenaan.

Full content generated by Get Full RSS.

Jangan beri muka kepada penganjur seks bebas

Posted:

Jangan beri muka kepada penganjur seks bebas

Jangan beri muka kepada penganjur seks bebas

Oleh Zulkiflee Bakar
pengarang@utusan.com.my

PROGRAM mempromosikan seks bebas melalui Seksualiti Merdeka 2011 akhirnya dihentikan atas alasan demi menjaga keselamatan semua pihak.

Namun begitu tanpa rasa bersalah, penganjur yang terdiri daripada 20 pertubuhan bukan kerajaan dan individu tetap mempertahankan tindakan mereka untuk memperjuangkan hak golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di negara ini yang dianggap hak manusia sejagat.

Persoalannya, kenapakah penganjur begitu bertegas untuk mempertahankan golongan yang melakukan perbuatan di luar tabii ini biar pun ia mendapat tentangan pelbagai pihak termasuk daripada golongan bukan Islam?

Hujah kononnya tindakan mengharamkan penganjuran program itu sebagai menafikan hak golongan LGBT di negara ini adalah satu hujah dangkal dan tidak masuk akal.

Begitu juga apabila penganjur mendakwa, tindakan pengharaman itu akan meminggirkan golongan tersebut yang kononnya telah menderita akibat dipinggir masyarakat.

Sebenarnya ia hanyalah hujah semata-mata bagi melaksanakan apa yang dianggap matlamat menghalalkan cara.

Dalam keadaan apa sekalipun, kewujudan dan usaha mengiktiraf LGBT tidak boleh diterima sama sekali, apatah lagi di Malaysia yang masyarakatnya amat teguh berpegang kepada ajaran agama dan adat resam.

Oleh itu, kehendak penganjur program mempromosikan seks bebas ini untuk berunding dengan pihak berkuasa tidak harus dilayan sama sekali.

Pihak berkuasa terutamanya Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak perlu bersusah-payah mengadakan rundingan dengan kelompok berkenaan kerana ternyata sekali apa yang mereka perjuangkan hanya membangkitkan kemarahan rakyat negara ini.

Kalau benar, penganjur hendak sangat memperjuangkan golongan LGBT tersebut, mereka boleh melakukannya di luar negara dan bukannya di Malaysia.

Tidak timbul soal golongan LGBT di Malaysia menderita akibat dipinggirkan atau dianaktirikan. Selama ini tidak ada siapa pun yang mengetahui sisi gelap kehidupan mereka apabila golongan itu bergaul dengan orang ramai.

Dalam kata lain tidak pernah wujud pun satu peraturan atau undang-undang yang menyatakan golongan LGBT tidak boleh belajar atau bekerja di negara ini.

Justeru apabila wujud satu kelompok yang kononnya memperjuangkan hak asasi manusia dan kebebasan hendak menganjurkan program seks bebas yang sekali gus mengiktiraf LGBT maka sudah tentulah ia satu perbuatan yang janggal.

Kita tidak mahu Malaysia dirosakkan oleh golongan yang melakukan perbuatan di luar tabii kerana ia bukan sahaja bertentangan norma-norma kehidupan tetapi juga melanggar perintah semua agama.

Hubungan sejenis dan seks bebas ditentang oleh semua agama malahan dalam Islam ia adalah perbuatan yang amat dilaknat oleh Allah SWT. Oleh itu tidak perlu ada simpati kepada mereka yang cuba memperjuangkan perbuatan tersebut.

Sudah cukup kita melihat bagaimana buruknya kesan negara-negara yang mengiktiraf LGBT dan paling memualkan apabila mereka ini berkumpul dalam pesta atau perarakan tertentu.

Apakah kita mahu menyaksikan kelompok songsang ini berarak di ibu negara atas nama kebebasan dengan gelagat mereka yang cukup menjijikkan?

Atas sebab itulah, kita mengharapkan ketegasan pihak berkuasa akan berkekalan. Jika dalam isu perhimpunan haram Bersih masih ada perundingan yang boleh dijalankan tetapi dalam isu Seksualiti Merdeka ini tidak ada apa yang perlu dibincangkan.

Sebaliknya mereka yang terlibat perlu dikenakan tindakan tegas kerana dilihat cuba menggugat ketenangan dan keharmonian hidup bermasyarakat serta beragama di negara ini apabila begitu berani menganjurkan satu aktiviti yang terkeluar daripada kehidupan normal rakyat Malaysia.

Justeru, kita mahu melihat sejauh manakah tindakan tegas pihak berkuasa terhadap penganjur, laporan polis sudah dibuat dan kini orang ramai menunggu apa kesudahannya.

Sebab itulah ada pihak menegaskan, pembatalan sahaja tidak mencukupi sebaliknya ia perlu disusuli dengan tindakan tegas dari segi undang-undang.

Percayalah, jika kali ini tiada tindakan tegas diambil sudah pasti selepas ini akan ada lagi acara yang pelik-pelik akan dianjurkan oleh pihak tertentu atas nama hak asasi manusia dan kebebasan.

Full content generated by Get Full RSS.

Bertindak sebelum ada pihak tentang ikut undang-undang rimba

Posted:

Bertindak sebelum ada pihak tentang ikut undang-undang rimba

Bertindak sebelum ada pihak tentang ikut undang-undang rimba

KUALA LUMPUR 6 Nov. - Tindakan penganjur program mempromosikan seks bebas Seksualiti Merdeka 2011 yang mempertahankan pendirian mereka memperjuangkan hak golongan lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) di negara ini perlu ditentang habis-habisan berlandaskan undang-undang.

Ketua Wira Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Irwan Fahmi Ideris berkata, kemarahan umat Islam di negara ini terhadap isu tersebut semakin membuak-buak apabila tiada tindakan tegas dilakukan terhadap penganjur.

Kata beliau, sekiranya tiada tindakan tegas diambil khususnya daripada Peguam Negara terhadap mereka ini, dikhuatiri akan muncul golongan yang menentangnya dengan cara di luar batas undang-undang.

"Mengapa masih tiada tindakan tegas terhadap bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk S. Ambiga yang menjadi dalang dalam hal ini? Sedangkan sejak penganjuran perhimpunan haram Bersih 2.0 dulu, dia masih bebas walaupun lebih 1,000 aduan polis dibuat terhadapnya.

"Kami yakin polis sudah jalankan siasatan, tetapi tiada tindakan. Jadi jangan sampai ada golongan yang menentang mereka ini dengan mewujudkan undang-undang rimba pula,'' katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau mengulas mengenai tindakan penganjur terbabit yang masih ingin memperjuangkan hak golongan LGBT di negara ini.

Menurutnya, beliau yakin golongan itu menjadi berani melahirkan pendirian tersebut disebabkan tiada tindakan tegas oleh kerajaan.

Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohamed Maliki Mohamed Rapiee pula berkata, segala ruang bagi golongan ini untuk meneruskan niat mereka perlu dihapuskan segera.

"Sekarang mereka seolah-olah sudah berjaya membawa isu ini kepada masyarakat apabila ia mendapat liputan meluas media. Jadi ambil tindakan supaya ia terhenti di sini sahaja.

"Jika tidak, ia akan menjadi ancaman kepada generasi akan datang,'' katanya.

Menurut beliau, perbuatan mereka yang berdegil ini memang sudah dijangka kerana niatnya memang mahu memporak-perandakan negara.

"Selepas ini mereka akan terus menekan pihak berkuasa dengan mencari kelemahan undang-undang atau mengangkat isu berkaitan supaya hasrat mereka berjaya. Maka inilah masanya untuk kita bertegas dan bertindak,'' katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved