Isnin, 7 November 2011

Utusan Online - Johor


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Gadai nyawa lintas landasan

Posted:

Gadai nyawa lintas landasan

Gadai nyawa lintas landasan

Oleh MOHAMED SAARI
pengarang@utusan.com.my


DUA penduduk menunggu kereta api melepasi lintasan haram yang biasa mereka gunakan di Kampung Orang Asli Lenek
di Bekok, Segamat, baru-baru ini.


SEGAMAT 6 Nov. - Seramai 125 penduduk Kampung Orang Asli Lenek di Bekok, dekat sini terpaksa menggadai nyawa setiap hari untuk melintas landasan kereta api yang tidak berpagar kerana jalan alternatif terletak begitu jauh.

Menurut penduduk terlibat, mereka tidak mempunyai pilihan lain kerana 'lintasan haram' itu adalah satu-satunya nadi kehidupan yang menghubungkan penduduk dengan dunia luar.

Seorang penduduk, Jali Yusuf, 43, berkata, mereka terpaksa melalui jalan berkenaan yang tiada pagar keselamatan berikutan satu lagi jalan lain yang mempunyai pagar dan pengawal hanya dibuka dari pukul 8 pagi hingga 6 petang dan ditutup oleh pengurusan kilang papan yang menyediakan kemudahan tersebut.

"Ini merupakan jalan yang paling dekat untuk urusan harian kami seperti persekolahan anak-anak dan berbelanja di pekan Bekok, jika melalui jalan satu lagi kami terpaksa berpatah balik lebih 10 kilometer untuk ke Bekok.

"Pagar yang ada sekarang pun dipasang hasil kerjasama orang kampung melalui kutipan derma tetapi tidak menjamin keselamatan. Penduduk juga menghadapi masalah untuk melalui kawasan tersebut pada waktu malam terutama dalam kes kecemasan berikutan keadaan gelap," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Bagi Lah Bin Silam, 46, kemudahan lampu di laluan berkenaan adalah perlu supaya penduduk lebih mudah melintas dengan selamat pada waktu malam.

''Lebih baik jika sebuah jejantas atau sekurang-kurangnya pagar automatik dibina demi menjamin keselamatan.

''Golongan ibu bapa yang terpaksa keluar mencari rezeki juga bimbang meninggalkan anak mereka di rumah selepas waktu persekolahan atau cuti umum kerana mereka akan ke tepi landasan untuk bermain," katanya.

Nora Yusuf, 46, juga mahu kawasan lintasan itu dipasang dengan pagar keselamatan bagi mengelak anak-anak mereka bermain berdekatan landasan sebelum perkara buruk berlaku.

"Golongan wanita yang berulang-alik menghantar dan menjemput anak sekolah adalah golongan yang paling berisiko melalui kawasan berkenaan kerana mereka selalunya tidak begitu cekap menunggang motosikal melintasi landasan keretapi yang licin terutama selepas hujan," katanya lagi.

Full content generated by Get Full RSS.

Nelayan Pengerang mengeluh pukat rosak

Posted:

Nelayan Pengerang mengeluh pukat rosak

Nelayan Pengerang mengeluh pukat rosak


SEKUMPULAN nelayan menunjukkan lebih 40 bungkus jaring yang rosak akibat dilanggar kapal yang membawa lumpur
di Pengerang, Kota Tinggi, baru-baru ini.


KOTA TINGGI 6 Nov. - Lebih 200 nelayan pantai sekitar Pengerang, dekat sini meluahkan keluhan dan permasalahan yang dihadapi mereka terutama yang melibatkan kehilangan mata pencarian akibat pembangunan projek industri minyak dan gas di kawasan itu dalam satu dialog anjuran Biro Kebajikan Nelayan Kampung Jawa (BKNKJ) di sini baru-baru ini.

Ahli Jawatankuasa BKNKJ, Wahab Ibrahim, 51, berkata, pembinaan depot simpanan minyak dan gas di kawasan pantai seluas 60 hektar melibatkan dua perkampungan nelayan iaitu Kampung Sungai Buntu, Tanjung Ayam dan Kampung Sungai Kapal, Tanjung Kapal merupakan kawasan yang memiliki khazanah marin yang banyak.

Menurutnya, kerja menyedut lumpur yang bermula sejak 12 Oktober bukan sahaja mengakibatkan kesan ketara lumpur di pesisiran pantai di dua kampung berkenaan, tetapi perkampungan nelayan yang lain turut menerima kesannya dengan tangkapan laut semakin berkurangan.

"Malahan kapal yang membawa lumpur turut merosakkan peralatan menangkap ikan seperti jaring, bubu dan togok sehingga menyebabkan kerugian," pada majlis dialog bersama pemimpin yang diadakan di Balai Raya Kampung Teluk Empang, Pengerang di sini baru-baru ini.

Hadir sama, Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said; Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Negeri Johor, Mohamad Yusri Hashim; Pengerusi BKNKJ, Hussain Abd Latif; Pengerusi Persatuan Nelayan Pengerang, Abu Bakar Mohamad dan Ketua Kampung Sungai Kapal, Abdul Kadir Ahmad.

Bagaimanapun wakil syarikat yang bertanggungjawab memulakan kerja-kerja tebus guna tanah untuk pembinaan terminal laut dalam bebas antara Tanjung Ayam dan Tanjung Kapal, Dialog Group Berhad tidak hadir pada majlis itu.

Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Nelayan Pengkalan Sungai Musoh, Teluk Ramunia, Zakaria Idris, 50, berkata, pihaknya tidak menolak malah menyokong projek tersebut kerana ia membantu kemajuan ekonomi negara di samping memberi peluang pekerjaan kepada penduduk.

Jelasnya, apa yang dituntut adalah hak sebagai nelayan pesisir pantai yang harus diberi perhatian secara adil dan saksama oleh pihak bertanggungjawab.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved