Utusan Online - Utara |
- Warisan pesawah di Muzium Padi
- Karnival Jom Pi Muzium Padi mulai hari ini
- Mayat hampir reput dijumpai
Warisan pesawah di Muzium Padi Posted: Warisan pesawah di Muzium PadiOleh MOHD. SHARIZA ABDULLAH Muzium Padi yang terletak di Gunung Keriang, Alor Setar, Kedah. ALOR SETAR 19 Okt. - Perkembangan teknologi dan perubahan zaman mungkin menyebabkan generasi sekarang tidak mengenali alat-alat tradisional untuk membajak sawah dan menuai padi yang digunakan oleh petani pada zaman dahulu. Kewujudan jentera membajak dan menuai telah mengambil alih peranan peralatan mengerjakan bendang tradisional seperti tenggala, sisir, cangkul, tajak serta tenggiling. Justeru, sebuah muzium dikenali Muzium Padi diilhamkan di negeri ini, sekali gus menjadi satu lagi mercu tanda dan daya tarikan pelancong ke Kedah. Pembinaannya bertujuan mewujudkan sebuah muzium yang unggul untuk mempamerkan bahan-bahan berkaitan padi melibatkan budaya, penyelidikan dan pembangunan serta perkembangan teknologi padi. Kewujudan muzium yang terletak di Gunung Keriang, kira-kira lapan kilometer dari bandar raya ini memberi manfaat besar bagi membolehkan orang ramai mengenali warisan sejarah dan mengetahui betapa kegigihan generasi nenek moyang petani mengusahakan sawah dengan tenaga sendiri. Dalam kalangan petani sendiri, kewujudan muzium itu sudah pasti menggamit memori dalam mengingati pengorbanan dan kegigihan generasi pesawah dalam meneruskan kehidupan serta mengeluarkan makanan negara. Pengarah Perbadanan Muzium negeri, Suhaidi Shukri berkata, pembinaan Muzium Padi adalah bertepatan dengan kedudukan negeri ini sebagai Jelapang Padi negara supaya dapat diabadikan sebagai imej sejarah untuk ditonton oleh generasi masa kini dan akan datang. "Muzium ini bukan sekadar mempamerkan barang-barang lama, tetapi juga sebuah gedung ilmu untuk melahirkan generasi berpengetahuan yang menghargai warisan nenek moyang mereka," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, baru-baru ini. Dibuka secara rasmi oleh Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah pada 12 Oktober 2004, bangunan Muzium Padi dibina berbentuk gemai padi dengan mempunyai sebuah bangunan induk dan enam bangunan sampingan. Sebaik melangkah ke pekarangan muzium itu, pengunjung dapat menyaksikan beberapa ukiran haiwan yang menarik seperti kerbau membawa pembajak, singa dan burung manakala dalamannya pula turut dihiasi dengan lukisan dan mural yang menggambarkan sejarah, geografi serta teknologi penanaman padi. Keluasan keseluruhan Muzium Padi adalah 12,000 meter dan mempunyai tiga aras. Aras satu, pengunjung berpeluang mengetahui sejarah penanaman padi di negeri ini, meninjau koleksi pelbagai jenis padi dan melihat peralatan sawah tradisional seperti anak, renggam, kepok serta tenggiling. Di aras itu, pengunjung boleh mencuba pengalaman membanting dan menumbuk padi selain dapat melihat alat-alat penangkapan ikan yang hampir pupus seperti sepila, tuar, bubu dan tangkul. Memasuki aras dua, pengunjung boleh memberi peluang kepada pengunjung melihat galeri yang memuatkan pelbagai lukisan yang berkaitan aktiviti pertanian bermula dari zaman purba hingga sekarang. Pihak muzium turut menyediakan tayangan dokumentari mengenai kaedah penanaman padi, selain dapat melihat aktiviti harian pesawah seperti mencabut semai, menyulam, membaja dan menuai. Dengan mendaki 59 anak tangga ke aras tiga yang menggambarkan seolah-olah mendaki Gunung Keriang hingga ke puncaknya, pengunjung menikmati ruang panorama menarik perkampungan padi tradisional. Aras terakhir itu turut menempatkan platform berputar yang membolehkan pengunjung menghayati keindahan jelapang padi pada satu musim dalam bentuk mural dan landskap. Sebagai tanda kenang-kenangan, pengunjung boleh mendapatkan buah tangan seperti kraf tangan berkaitan padi atau membeli makanan tradisional yang berasaskan beras di kedai cenderamata untuk dibawa pulang. Suhaidi berkata, dalam usaha menyegarkan dan menambah keunikan muzium itu, pihak muzium merangka pelbagai rancangan bagi memastikan ia sentiasa menggamit kehadiran pengunjung. Katanya, ia termasuk mewujudkan Galeri Alatan Pertanian Padi Kemboja sejak penghujung 2009 bagi mendedahkan pengunjung mengenai peralatan tradisional berkaitan penanaman padi di negara tersebut. "Pihak muzium merancang untuk menaik taraf pameran dari semasa ke semasa selain mengambil pendekatan baru dengan menganjurkan program melibatkan masyarakat, agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan agar mereka berasa dekat dengan Muzium Padi," katanya. Muzium Padi dibuka setiap hari dari pukul 9 pagi hingga 5 petang dengan bayaran masuk RM3 seorang untuk dewasa dan RM1 (kanak-kanak serta rombongan sekolah), manakala mereka yang ingin membawa masuk kamera atau telefon bimbit berkamera akan dikenakan bayaran RM2 seunit. Full content generated by Get Full RSS. |
Karnival Jom Pi Muzium Padi mulai hari ini Posted: Karnival Jom Pi Muzium Padi mulai hari iniALOR SETAR 19 Okt. - Orang ramai dijemput beramai-ramai memeriahkan Karnival Jom Pi Muzium Padi yang akan berlangsung selama 10 hari di pekarangan Muzium Padi, Gunung Keriang di sini, bermula esok. Pengarah Perbadanan Muzium negeri, Suhaidi Shukri berkata, penganjuran karnival berkenaan antara lain bertujuan mempromosikan Muzium Padi dan memberi peluang kepada orang ramai untuk mengenalinya dengan lebih dekat. "Ia juga bagi memberi peluang perniagaan kepada usahawan-usahawan tempatan menjual dan mempromosikan produk masing-masing," katanya di sini, baru-baru ini. Suhaidi memberitahu, pelbagai aktiviti menarik disusun sepanjang karnival itu berlangsung untuk disaksikan dan disertai oleh orang ramai. Katanya, antara aktiviti diadakan ialah demonstrasi masakan, pertandingan bola sepak bendang, memancing di tali air, serkap ikan, pertandingan wau, memasak dan gubahan selain gerai jualan dan pameran oleh pelbagai agensi kerajaan serta swasta. "Pertunjukan pentas dan hiburan oleh artis jemputan seperti persembahan nasyid oleh Kumpulan Zahran dan Rabbani serta persembahan Wayang Kulit Seri Asun turut disediakan bagi memeriahkan karnival ini. "Setiap malam akan menampilkan artis yang berbeza. Forum Perdana turut diadakan pada 27 Oktober ini," katanya. Menurut Suhaidi, pengunjung yang hadir bukan sahaja akan terhibur bahkan berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik seperti seekor lembu, kambing dan barangan elektrik dalam acara cabutan bertuah. Katanya, syarat yang melayakkan pengunjung merebut hadiah cabutan bertuah ialah dengan membuat pembelian minimum sebanyak RM10 di karnival tersebut. "Jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke karnival ini dan menyertai pelbagai aktiviti menarik yang diatur sebagai pengisian program," katanya. Full content generated by Get Full RSS. |
Posted: Mayat hampir reput dijumpaiOleh MALINDA ABDUL MALIK PULAU PINANG 19Okt. - Sekumpulan pekerja binaan projek Jambatan Kedua Pulau Pinang terkejut apabila menemui mayat seorang lelaki terapung dengan kaki serta tangannya diikat dengan tali nilon, tidak jauh dari jeti jambatan tersebut di Batu Maung di sini. Mayat yang hampir reput itu ditemui pukul 7.30 pagi ini sebelum dimaklumkan kepada anggota penyelamat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia serta Jabatan Bomba dan Penyelamat. Ketua Polis Barat Daya, Supritendan Hatta Md. Zin berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang berusia 20-an mati akibat dibunuh lebih seminggu lalu. Menurut beliau, pihaknya percaya mangsa yang berkulit cerah merupakan warga asing berikutan tiada tanda suntikan cacar dilengannya. "Mayat mangsa ditemui dalam keadaan diikat kaki dan tangan menggunakan tali nilon manakala mukanya hampir reput dan kembung seluruh anggota badan. "Kita masih menyiasat identiti sebenar mangsa termasuk punca kematian selepas keputusan bedah siasat diterima," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 302Kanun Keseksaan. Tambahnya, mereka yang kehilangan ahli keluarga atau pekerja boleh menghubungi mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Utara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan