Utusan Online - Sukan |
Posted: Serangan perlu lebih garangOleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN Mohd. Amri Yahyah (kiri) dijangka menajamkan semula jentera serangan Selangor pada separuh akhir kedua Piala Malaysia menentang Terengganu di padang lawan, esok. KUALA LUMPUR - Kekecewaan masih dirasai ketua pasukan Selangor, Mohd. Amri Yahyah apabila melihat rakan sepasukannya dikecewakan 0-2 oleh Terengganu pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, Selasa lalu. Analisis Amri mudah, bahagian serangan 'kurang hidup' pada perlawanan tersebut kerana tiada pemain yang benar-benar 'bergelar penyerang'. Akibatnya, kata Amri Selangor gagal menemui sasaran walaupun beberapa peluang gol berjaya dicipta. "Ketiadaan saya dalam perlawanan tempoh hari memang memberi kesan kepada rakan sepasukan khususnya pada bahagian serangan. "Pemain yang menggantikan saya pada perlawanan tersebut, Azidan Sarudin tampak tidak serasi apabila diletakkan pada bahagian hadapan kerana dia lebih gemar bermain di tengah. "Begitupun Azidan sudah memberikan yang terbaik dan bermain bersungguh-sungguh untuk membantu pasukan mendapatkan gol. "Saya harap masalah serupa tidak akan berulang pada perlawanan kedua nanti. Kami perlu bermain lebih baik dan perlu lebih bijak dalam mencipta peluang ketika menyerang, " katanya. Amri yang tidak diturunkan pada perlawanan tempoh hari kerana mengalami kecederaan medial cruciate ligament (MCL) dan melalui imbasan, tahap kecederaannya berada pada tahap satu. Walaupun jurulatih, P. Maniam menyatakan keyakinan Amri akan turun pada pertemuan separuh akhir kedua esok, Amri berkata peluangnya untuk bermain masih 50-50. "Masih belum pasti dapat bermain kerana saya masih lutut saya masih sakit ketika latihan. "Menerusi perbincangan dengan jurulatih, perkembangan saya akan dipantau beberapa hari lagi sebelum membuat keputusan menurunkan saya," katanya. Amri nyata enggan mengalah walaupun perlu mengatasi defisit dua gol di tempat lawan, sebaliknya tekad mahu membantu rakan sepasukan mencari kemenangan, itu pun jika dia beraksi. "Lupakan kekalahan di Shah Alam. Saya mahu rakan sepasukan memberikan fokus pada pertemuan separuh akhir kedua nanti. "Memang rekod kami tidak begitu baik di sana, tetapi kami mesti berjuang sehingga minit terakhir perlawanan. Dalam bola sepak apa-apa sahaja boleh berlaku, " ujarnya. Full content generated by Get Full RSS. |
Anggap setiap perlawanan ibarat final Posted: Anggap setiap perlawanan ibarat finalKUANTAN - Diundi dalam 'kumpulan maut' bukan penghalang untuk Malaysia mempertahankan pingat emas acara bola sepak Sukan SEA yang dimenangi dua tahun lalu kerana kejayaan pada temasya sukan terbesar Asia Tenggara itu bergantung kepada kesungguhan pemain. Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, biar siapa pun lawan pasukan negara, apa yang mustahak pemain hendaklah mempamerkan aksi terbaik. "Kita perlu anggap setiap perlawanan (di peringkat kumpulan) adalah final. Walaupun dengan pasukan di bawah kita, jangan sesekali pandang rendah. "Kita perlu ada strategi yang hebat dalam menyerang dan mantap ketika bertahan. Sekarang terserah kepada pemain. Kalau mereka bersemangat untuk menempa kejayaan, maka kita mampu mempertahankan kejuaraan ini," katanya. Tengku Abdullah melawat Kompleks Asnaf Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang di Sungai Soi, semalam. Mengenai pasukan yang harus diberi perhatian, Tengku Abdullah berkata, Indonesia dan Thailand adalah pasukan yang dilihat mampu memberikan tentangan dalam usaha melepasi peringkat kumpulan. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan