Utusan Online - Kota |
Posted: Siapa senggara jalan ini?Oleh MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB Lee Lam Thye menunjukkan antara kawasan jalan yang menghubungkan Taman Maluri dengan Pandan Jaya yang mengalami kerosakan teruk, semalam. – utusan/MOHD. NOOR AMIN KUALA LUMPUR 20 Okt. – Jarak jalan yang menghubungkan Taman Maluri ke Pandan Jaya di sini hanya kira-kira satu kilometer tetapi pengguna yang melaluinya merasakan jaraknya sangat jauh. Ini kerana banyak bahagian jalan tersebut rosak teruk, berlubang, tidak rata, berlopak serta beralun dan ia bukan masalah baru tetapi sudah berlarutan sejak dua tahun lalu. Ia tidak pernah diturap semula dan lebih malang, tidak ada pihak berkuasa tempatan yang mahu bertanggungjawab terhadap masalah tersebut sama ada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mahu pun Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ). Ini kerana kawasan jalan tersebut terletak di sempadan antara Kuala Lumpur dan Selangor. Aktivis masyarakat, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, pengguna sering datang berjumpanya dan merungut mengenai keadaan jalan yang teruk itu. Katanya, menyedari kesengsaraan yang dilalui pengguna itu, beliau telah berjumpa DBKL dan juga MPAJ untuk meminta jasa baik mereka menyelesaikan masalah tersebut. Ujarnya, apabila berjumpa DBKL, pihak tersebut menyatakan jalan itu bukan di bawah tanggungjawab mereka dan jawapan yang sama turut diberikan oleh pihak MPAJ. "Kedua-dua pihak terbabit masing-masing menuding jari, akibatnya pengguna yang terpaksa menempuh jalan yang teruk itu saban hari. "Perkara ini melibatkan orang ramai, jadi tidak salah jikalau kedua- dua pihak berbincang, seterusnya bertindak menurap jalan tersebut bersama- sama demi keselesaan dan keselamatan pengguna," katanya. Selain itu, katanya, sudah banyak kemalangan berlaku di jalan tersebut dan tindakan menurap semula jalan itu harus segera dilaksanakan bagi mengelak lebih banyak kemalangan. Full content generated by Get Full RSS. |
Jangan sembunyi jenayah pelajar Posted: Jangan sembunyi jenayah pelajarOleh AZIAN AZIZ SHAH ALAM 20 Okt. – Usaha membanteras jenayah di kalangan pelajar tidak akan berjaya jika pihak sekolah dan ibu bapa menyembunyikannya dengan tidak membuat laporan polis. Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, pihaknya mengetahui perkara tersebut masih berlaku dan kebiasaannya ia dilakukan untuk menjaga nama baik sekolah atau ibu bapa pelajar terlibat. "Berdasarkan statistik, sehingga September lalu, sebanyak 461 pelajar sekolah di negeri ini ditahan kerana terlibat dalam 257 kes jenayah. "Namun kita tahu angka yang dicatatkan tidak mewakili semua kejadian jenayah melibatkan pelajar kerana masih ada kes-kes yang disembunyikan atau tidak dilaporkan kepada polis," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Kelab Pencegahan Jenayah Peringkat Negeri Selangor 2011 di Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri di sini hari ini. Majlis yang diadakan dengan kerjasama Yayasan Pencegahan Jenayah Selangor, Jabatan Pendidikan negeri dan polis itu dihadiri seramai 260 Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dari sekolah menengah di sekitar negeri ini. Justeru, Tun Hisan mengingatkan pihak sekolah dan ibu bapa agar tidak menyembunyikan kesalahan jenayah yang dilakukan oleh para pelajar kerana ia menyalahi undang-undang. Dalam pada itu, beliau mencadangkan agar pihak sekolah dan guru-guru mengadakan lebih banyak aktiviti yang memberi pengetahuan kepada para pelajar mengenai pencegahan jenayah tanpa melibatkan wang atau perbelanjaan yang besar. Jelas beliau, antara langkah yang boleh dilakukan adalah menggalakkan pelajar membuat tanda nama pada semua barangan milik mereka bagi mengelak daripada hilang atau dicuri selain mengadakan aktiviti rondaan cegah jenayah di sekolah. "Mereka juga boleh bekerjasama dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) untuk mendapatkan golongan profesional seperti peguam, pakar psikologi dan sebagainya bagi mengadakan sesi soal jawab atau kaunseling bersama pelajar secara percuma," kata beliau. |
Polis bimbang pelacur Vietnam meningkat Posted: Polis bimbang pelacur Vietnam meningkatKUALA LUMPUR 20 Okt. - Polis bimbang dengan peningkatan jumlah pelacur asing terutama warga Vietnam sejak kebelakangan ini dan ia ada kaitan dengan kewujudan semakin banyak pusat urut berkonsepkan spa di negara ini. Sumber Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman memberitahu, aktiviti pelacuran di pusat urut itu sukar dikesan dikesan oleh pihak berkuasa kerana kebanyakannya mempunyai lesen perniagaan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT). "Kita mengesan banyak pusat urut berlesen menawarkan khidmat seks dan ia terbukti apabila setiap kali membuat serbuan, kita menemui kondom dan cecair pelincir dalam bilik-bilik urut yang diperiksa. "Paling membimbangkan apabila pusat-pusat urut baru dibuka, ia menyebabkan berlaku permintaan tinggi terhadap pelacur asing bagi memenuhi keperluan pelanggan," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini, baru-baru ini. Beliau berkata, meskipun wanita China masih lagi mendominasi aktiviti pelacuran di negara ini tetapi terdapat perubahan 'selera' apabila pelanggan mula berminat kepada gadis-gadis dari Vietnam. Menurutnya, meskipun statistik tangkapan wanita warga asing disyaki pelacur dari Januari hingga Julai lalu menunjukkan penurunan ketara tetapi bagi gadis Vietnam, penurunannya hanya 4.5 peratus. Katanya, tangkapan tertinggi adalah wanita China iaitu 3,357 orang, diikuti Vietnam (1,252), Thailand (1,025), Indonesia (752) dan Filipina (152). "Walaupun statistik menunjukkan tangkapan wanita China adalah tertinggi tetapi ia menurun 89.9 peratus berbanding 6,378 orang ditangkap dalam tempoh sama tahun lalu. "Jumlah tersebut jauh berbeza dengan pelacur Vietnam yang mencatatkan tangkapan 1,252 orang iaitu turun 4.5 peratus atau 410 orang daripada 1,308 tangkapan sebelum ini," katanya. Menurutnya, sejak Januari hingga Julai lalu, pihaknya melalui 'Ops Noda' telah melakukan 13,835 serbuan bagi memberkas wanita disyaki pelacur di seluruh negara termasuk 2,136 serbuan di ibu negara dan Selangor (999). "Meskipun banyak kali diserbu, kita dapati ada yang kembali beroperasi dan menambahkan lagi masalah, pertumbuhan rumah urut tidak berlesen menggunakan papan tanda perniagaan lain bagi mengaburi pihak berkuasa," ujarnya. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Kota To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan