Utusan Online - Utara |
- Masjid terapung Al-Hussain
- Warga emas OKU terima motosikal roda tiga
- 12 pesakit kronik terima bantuan Deepavali
Posted: Masjid terapung Al-HussainOlehZAINU'L AZHAR ASH'ARIutusanperlis@utusan.com.my Dewan solat yang luas dan selesa untuk jemaah menunaikan ibadat di Masjid Al-Hussain. - utusan/Faizal Abu Hassan Tersergam indah Masjid Al-Hussain di Kuala Perlis merupakan kesinambungan pengumpulan dana bagi membangunkan masjid dan surau khususnya di negara ini. Ahli Perniagaan, Tan Sri Mohd. Ariffin Yusuf memberitahu, usaha pengumpulan dana tersebut diteruskannya berasaskan peruntukan awal yang diberikan oleh abangnya, Allahyarham Datuk Dr. Mohd. Hussain. "Menerusi pengumpulan dana dengan kerjasama erat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), masjid terapung ini berjaya dibina," kata beliau. Menurut beliau, pembinaan masjid tersebut memberi impak yang cukup besar kepada institusi masjid yang bukan sahaja sebagai tempat ibadah tetapi merupakan pusat dakwah dan ukhwah Islam di khairah berkenaan. Kata beliau, keindahan masjid tersebut juga akan menjadi tarikan pelancong selain ia dilihat sebagai lambang perpaduan ummah dan kewujudan perpaduan nasional. Mengimbau sejarah sejak kecil, kata Mohd. Ariffin, beliau mempunyai pengalaman mengikut bapanya mengurus kerja-kerja membaik pulih masjid di kampungnya di Kebun Lama, Langkawi Road, Pulau Pinang. "Ia termasuk pengumpulan dana bagi tujuan tersebut dan secara tidak langsung mempengaruhi saya. "Ketika menziarahi arwah abang saya (Datuk Dr. Mohd. Hussain) pada penghujung 1999, kami berbincang tentang amal jariah dan abang saya mengamanahkan saya sejumlah wang untuk membina masjid atau surau di mana-mana sesuai," tambah beliau. Beliau menjelaskan, hasrat tersebut diteruskannya dengan pembinaan Masjid Al-Hussain sempena nama abangnya. |
Warga emas OKU terima motosikal roda tiga Posted: Warga emas OKU terima motosikal roda tigaBANDAR BAHARU 17 Okt. - Dengan pendapatan yang tidak seberapa sebagai pemungut barangan terpakai, Samad Din, 68, ternyata tabah mengharungi kepayahan untuk menyara keluarganya. Dia yang merupakan orang kelainan upaya (OKU) dan menetap di Kampung Sungai Buaya, Mukim Sungai Kecil Ilir, dekat sini tetap bersyukur dengan kehidupan yang dilalui selama ini. Warga emas itu memberitahu, dia menggunakan sebuah basikal roda tiga untuk mencari besi buruk dan barang terpakai di sekitar kawasan Sungai Kecil Hilir untuk dijual sebagai sumber pendapatan. "Setiap hari saya akan pergi ke kawasan pelupusan sampah atau di rumah penduduk untuk cari barang yang tidak digunakan lagi. Ia kemudian dijual kepada peniaga besi buruk dan hasil pendapatan itu digunakan untuk menyara keluarga," katanya selepas majlis penyerahan motosikal roda tiga oleh Penyelaras Parlimen Kulim/Bandar Baharu, Datuk Abd. Aziz Sheikh Fadzir di sini baru-baru ini. Hadir sama Timbalan Pengarah Kolej Komuniti Kulim, Fuhaidi Zulkifli; Ketua Pemuda UMNO bahagian, Mohd. Mustaffa Kamal Sheikh Ismail dan Ketua UMNO Cawangan Sungai Kecil Ilir, Datuk Muhar Husain. Menurut Samad yang mengalami masalah pendengaran dan pertuturan, dengan pendapatan sekitar RM600 sebulan, dia berupaya membesarkan enam anak termasuk salah seorang OKU berusia antara 19 hingga 30 tahun. "Hampir kesemua anak-anak saya sudah bekerja dan berumah tangga. Walaupun sudah lepas tanggungan, namun saya tetap perlu bekerja kerana tidak mahu ganggu mereka. Lagipun, mereka juga mempunyai tanggungjawab menyara keluarga," ujarnya. Sementara itu Abd. Aziz berkata, bantuan motosikal roda tiga berkenaan di buat atas inisiatif Muhar. Katanya, motosikal berharga RM2,900 itu adalah sumbangan UMNO Bahagian Kulim Bandar Baharu dan Kolej Komuniti Kulim untuk memudahkan pergerakan Samad mencari rezeki yang halal. "Dengan adanya motosikal, maka pergerakan Samad lebih lancar dan tidak lagi perlu mengayuh basikal serta tidak memenatkan," katanya. Full content generated by Get Full RSS. |
12 pesakit kronik terima bantuan Deepavali Posted: 12 pesakit kronik terima bantuan DeepavaliKULIM 17 Okt. - Kedatangan Deepavali tahun ini membawa keceriaan kepada 12 pesakit kronik Ladang Bukit Sedim dan Bagan Sena, dekat sini apabila menerima bantuan kerusi roda dan barangan keperluan bagi menyambut perayaan tersebut. Bantuan disampaikan dalam program Jasa Prihatin anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) Parlimen Padang Serai di rumah pesakit terbabit, dekat sini baru-baru ini. Pegawai Jasa Parlimen Padang Serai, Mohd Bakri Hashim berkata, sumbangan bertujuan meringankan beban kewangan masyarakat kurang berkemampuan di kawasan tersebut sempena sambutan Deepavali . "Kita berharap sumbangan ini dapat membantu meringankan beban kewangan dan menceriakan pesakit di kawasan ini. "Acara tahunan ini merupakan salah satu tanda bahawa kerajaan tidak pernah melupakan perihal kebajikan kaum India dalam menyalurkan bantuan," katanya pada majlis tersebut. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Utara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan