Utusan Online - Johor |
Posted: Masalah air bertakungANGGERIK BIRU Keadaan air yang bertakung dan melimpah di Kilometer 40 Jalan Kota Tinggi-Kluang di Kulaijaya membahayakan pengguna jalan raya. Saudara Pengarang, Ini kerana setiap kali hujan lebat, kawasan tersebut cepat dinaiki air dan kemudian melimpah ke atas jalan raya. Bagi penduduk kampung yang sedia maklum mengenai keadaan itu mungkin tidak menimbulkan masalah, tetapi bagaimana pula dengan orang luar yang baru pertama kali melalui kawasan tersebut? Keadaan jalan berkenaan yang gelap ditambah dengan takungan air boleh mengundang kecelakaan dan mungkin lebih teruk daripada itu. Masalah ini tidak akan berlaku sekiranya sistem perparitan di kawasan itu dibaiki bagi memudahkan air mengalir dengan lancar. Air yang bertakung juga dikhuatiri menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes dan sekiranya tidak dibendung boleh membawa kepada penularan wabak denggi. Justeru, pihak yang berkenaan digesa menangani masalah tersebut dengan segera sebelum ia mendatangkan kecelakaan kepada orang ramai. |
Baiki lif Wad Bersalin Hospital Segamat Posted: Baiki lif Wad Bersalin Hospital SegamatIBU PRIHATIN Saudara pengarang, Namun, di sebalik kebaikan petugas dan kehebatan prasarana yang disediakan, saya melalui pengalaman sedikit menyukarkan apabila lif utama ke bilik bersalin tidak berfungsi. Keadaan ini menyukarkan pergerakan saya untuk ke bilik bersalin kerana terpaksa mendaki tangga ke bilik bersalin dalam keadaan sakit hendak melahirkan bayi. Tangga itu mempunyai tiga peringkat dan setiap satu peringkat mempunyai hampir 10 anak tangga dan ini membuatkan saya cukup terseksa untuk sampai ke atas. Dalam keadaan pukul 3 atau 4 pagi, tiada siapa yang membantu kecuali suami dan jika lif boleh berfungsi keadaan adalah lebih mudah dan dekat. Lif tersebut sudah lebih seminggu rosak tanpa dibaiki sedangkan ia menghubungkan Wad Bersalin, Wad 3 hingga 5 dan Bilik pembedahan. Bagaimana jika berlaku kecemasan atau ada ibu yang tergelincir ketika mendaki tangga untuk ke Wad Bersalin, tidakkah ini akan mendatangkan masalah bukan sahaja kepada ibu berkenaan tetapi juga pihak hospital? Justeru, diharap pihak pengurusan Hospital Segamat peka dan tidak terlepas pandang perkara ini kerana ia melibatkan nyawa dan keselamatan orang awam. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Johor To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan