Selasa, 18 Oktober 2011

Utusan Online - Selatan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Bapa maut dirempuh kereta

Posted:

Bapa maut dirempuh kereta

Bapa maut dirempuh kereta

Oleh RIZANIZAM ABDUL HAMID
utusanmelaka@utusan.com.my

MELAKA 17 Okt. - Seorang bapa kepada dua anak maut akibat dirempuh sebuah kereta ketika kenderaan ditungganginya terjatuh di Jalan Datuk Mohd. Zain, Batu Berendam di sini, semalam.

Dalam kejadian pukul 3 petang, Shahrul Hisham Daud, 22, dikatakan baru pulang menghantar isterinya ke tempat kerja di sebuah pasar raya berhampiran.

Menurut sumber, mangsa ketika itu datang dari arah Taman Merdeka Permai menuju arah Bachang sebelum motosikalnya dikatakan terbabas dan terjatuh di tengah jalan.

"Sebaik sahaja terjatuh, mangsa tercampak ke laluan bertentangan sebelum dirempuh sebuah kereta jenis Proton Waja yang dipandu seorang lelaki berusia 65 tahun," katanya di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abd. Rahman berkata, mangsa yang berasal dari Kampung Gelam, Tanjung Keling di sini meninggal dunia di tempat kejadian.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, isteri mangsa, Norhanisa Nordin, 21, berkata, dia tidak menyangka permintaan untuk menemaninya hingga ke kaunter wang tempat kerjanya itu merupakan permintaan terakhir arwah.

"Masih terngiang-ngiang kata-kata arwah yang beria-ia mahu menghantar saya sehingga ke kaunter pembayaran tetapi saya menolaknya kerana tidak mahu menyusahkannya.

"Tidak lama selepas itu, saya terkejut apabila diberitahu dia terlibat dalam kemalangan," katanya ketika ditemui di Bilik Mayat Hospital Melaka di sini, semalam.

Hasil perkahwinan pada 2008, pasangan itu dikurniakan dua orang anak iaitu lelaki dan perempuan berusia tiga tahun dan 18 bulan.

Full content generated by Get Full RSS.

Wujudkan lebih banyak SRS - Ali Rustam

Posted:

Wujudkan lebih banyak SRS - Ali Rustam

Wujudkan lebih banyak SRS - Ali Rustam

MELAKA 17 Okt. - Setiap Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di negeri ini diminta menubuhkan Skim Rondaan Sukarela (SRS) dan Rukun Tetangga (RT) di tempat mereka bagi meningkatkan keselamatan orang awam terutama dalam kawasan perumahan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, melalui penubuhan SRS dan RT yang diwujudkan dengan kerjasama polis, setiap kejadian jenayah dapat diselesaikan dengan mudah dan pantas.

Menurutnya, usaha itu bertepatan dengan objektif Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional yang bertujuan membantu polis dalam menjaga keselamatan kawasan perumahan.

''Usaha itu selain membantu polis meningkatkan keselamatan orang ramai, ia juga menjadikan Melaka negeri paling selamat, sesuai dengan peranannya sebagai negeri pelancongan terkenal," katanya.

Beliau berucap melancarkan program Rondaan Keselamatan Bersama Pemimpin Masyarakat dan Jom Ronda SRS Bersama Ketua Menteri di sini, semalam.

Menurutnya, peranan polis dalam menjaga keselamatan orang awam tidak akan berkesan sekiranya usaha itu tidak mendapat kerjasama sepenuhnya daripada masyarakat melalui penubuhan RT dan SRS.

"RT misalnya, dianggap sebagai satu institusi sosial yang sangat sesuai dijadikan medium terbaik dalam meningkatkan kerjasama antara masyarakat setempat dan pihak berkuasa.

''Pada masa yang sama, SRS yang ditubuhkan dalam sesuatu kawasan sudah terbukti banyak membantu dalam mengawal keselamatan dengan mengadakan rondaan sukarela pada waktu malam," katanya.

Bagi memantapkan penubuhan SRS dan RT, kata Mohd. Ali, JKKK perlu mengadakan kerjasama dengan polis dari semasa ke semasa bagi mengenal pasti masalah dan kejadian jenayah yang berlaku di sesuatu kawasan.

Full content generated by Get Full RSS.

Beberapa kediaman di sekitar Rantau dilanda ribut

Posted:

Beberapa kediaman di sekitar Rantau dilanda ribut

Beberapa kediaman di sekitar Rantau dilanda ribut


Mohamad Hasan melihat sebuah rumah yang dihempap pokok dalam kejadian ribut di Rantau, semalam.


REMBAU 17 Okt. - Lebih 20 buah rumah di sekitar kawasan Rantau dekat sini rosak akibat dilanda ribut dan angin kencang dalam satu kejadian di sini petang semalam.

Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 6.30 petang itu melibatkan beberapa kawasan perumahan meliputi Taman Cempaka, Bekas Kuarters Jabatan Kerja Raya (JKR) Linsum, Taman Desa Anggerik dan Kampung Pasir Mas.

Menurut seorang penduduk Taman Cempaka, V. Nagalingam, 62, ketika kejadian dia bersama dua anak dan cucunya berada di rumah apabila atap rumahnya berterbangan di tiup angin kencang disusuli dengan hujan lebat.

"Sebelum kejadian itu saya terdengar bunyi guruh yang cukup kuat sebelum angin kuat melanda kawasan rumah. Selepas beberapa ketika saya melihat beberapa atap rumah telah diterbangkan angin.

"Berikutan kejadian itu, saya meminta anak masuk ke bilik bersama cucu-cucu sebelum menyelamatkan beberapa barang daripada rosak," katanya yang telah mendiami rumah berkenaan sejak lima tahun lalu.

Sementara itu anaknya, N. Renuga, 26, memberitahu, kejadian itu berlaku dengan pantas menyebabkan dia panik.

"Sebaik sahaja kejadian itu berlaku, saya mendapati ruang tamu rumah kami sudah tidak beratap akibat ditiup angin kencang. Melihat atap yang berterbangan, saya bergegas mencari perlindungan kerana takut sesuatu berlaku ke atas diri saya dan keluarga. Namun saya bersyukur kerana tiada perkara buruk menimpa atas keluarga," katanya.

Dalam pada itu Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan yang melawat tempat kejadian berkata, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) sudah diarah menyediakan senarai mangsa untuk diberi bantuan segera.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau berkata, antara bantuan diberikan termasuk kerja membaiki atap yang kini dijalankan oleh beberapa kontraktor yang dilantik.

"Ini adalah salah satu cara kerajaan Barisan Nasional (BN) memberi bantuan kepada mereka supaya beban masyarakat yang ditimpa musibah ini dapat dikurangkan," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved