Selasa, 18 Oktober 2011

Utusan Online - Kota


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Keramat Mall masih sepi

Posted:

Keramat Mall masih sepi

Keramat Mall masih sepi

Oleh MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB
kota@utusan.com.my


Hanya sebuah gerai makanan yang beroperasi semasa tinjauan di Keramat Mall, Kuala Lumpur baru-baru ini, menyebabkan suasana di kompleks pasar serba moden itu suram - utusan/ HAFIZH KHOSMAT


KUALA LUMPUR 18 Okt. - Walaupun Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengarahkan baki 74 peniaga segera berpindah ke Keramat Mall selepas sambutan Aidilfitri lalu, namun arahan itu dilihat masih gagal dipatuhi oleh peniaga terbabit.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati situasi di pasar serba moden itu masih sepi seperti dahulu dengan banyak ruang niaga masih kosong walaupun segala kelengkapan sudah tersedia dan banyak permintaan peniaga sudah dipenuhi.

Apa yang dapat dilihat ialah hanya beberapa gerai yang sudah memulakan operasi mereka, malah agak mengecewakan apabila melihat tidak ramai pengunjung yang singgah di situ.

Seorang peniaga, Husin Mat Ali, 56, berkata, dia telah berpindah ke Keramat Mall sejak beberapa minggu lalu tetapi masih ramai peniaga yang enggan berpindah.

Akibatnya, kata Husin, perniagaannya merosot teruk kerana pelanggan tidak datang ke situ berikutan masih ramai peniaga masih berniaga di pasar lama.

"Melihat kepada suasana di Keramat Mall yang sunyi sepi ini, mana mungkin pengunjung akan datang. Mereka mungkin merasakan pasar baru ini masih belum beroperasi.

"Bagi saya, mahu tidak mahu saya terpaksa memulakan perniagaan di sini memandangkan ini adalah sumber rezeki saya yang utama.

"Namun, selepas lebih seminggu memulakan perniagaan, saya mengalami kerugian, hendak dapatkan semula modal pun masih tidak berjaya," katanya ketika ditemui.

Seorang lagi peniaga, Ismail Wahab, 63, berkata, dia berharap agar peniaga lain akan berpindah masuk ke Keramat Mall dengan kadar segera.

Katanya, jika Keramat Mall ini sudah penuh dengan peniaga, baru akan ada pengunjung yang singgah di situ.

Selain itu, dia juga berharap agar pasar baru itu dipromosikan dengan lebih hebat dan agresif kerana pada masa ini, keadaan di situ sangat lengang tanpa pengunjung.

"Kalau keadaan ini berterusan, saya tidak tahulah nasib perniagaan makanan yang saya jalankan ini. Mungkin juga dalam sebulan dua saya terpaksa menutup perniagaan," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Masalah tidak akan dibiar berlarutan

Posted:

Masalah tidak akan dibiar berlarutan

Masalah tidak akan dibiar berlarutan

KUALA LUMPUR 18 Okt. - Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar akan bekerjasama dengan Persatuan Peniaga Pasar Datuk Keramat supaya isu peniaga enggan berpindah ke Keramat Mall yang sudah berlarutan sejak sekian lama dapat diselesaikan.

Menterinya, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sudah beberapa kali berbincang dengan peniaga dan meminta mereka berpindah tetapi masih belum mendapat reaksi yang diharapkan.

Beliau berkata, sudah banyak permintaan yang dibuat oleh peniaga telah dipenuhi oleh DBKL tetapi ramai peniaga yang masih tidak berpindah seperti yang diarahkan.

"Buat masa ini, kerajaan masih memberi peluang dan tidak meletakkan tempoh yang spesifik untuk mereka berpindah.

"Namun begitu, perkara tersebut tidak boleh berlarutan begitu lama kerana ia akan menjejaskan peniaga lain yang sudah berpindah ke Keramat Mall," tegasnya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Sebelum ini, DBKL sudah mengarahkan semua peniaga berpindah pada Mei lalu tetapi peniaga meminta diberikan lanjutan masa sehingga selepas Hari Raya Aidilfitri tetapi mereka masih gagal mematuhinya.

Permintaan peniaga supaya premis berhadapan pasar itu dirobohkan juga sudah dilakukan oleh DBKL tetapi peniaga dilihat masih berat untuk berpindah.

Full content generated by Get Full RSS.

Plaza Tol Cheras siap diroboh sebulan lagi

Posted:

Plaza Tol Cheras siap diroboh sebulan lagi

Plaza Tol Cheras siap diroboh sebulan lagi

KUALA LUMPUR 18 Okt. - Plaza Tol Arah Cheras dan Petaling Jaya di Lebuh Raya Hubungan Timur-Barat (Metramac) dijangka siap dirobohkan dan laluannya diturap semula dalam masa sebulan lagi.

Timbalan Ketua Pengarah (Bisnes) Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Rahim Goon berkata, kerja merobohkan plaza tol yang dilakukan dalam dua fasa itu telah bermula pada 12 Oktober lalu dan dijangka siap pada 11 November.

Katanya, bagi fasa satu, lima laluan tengah di kedua-dua hala plaza tol ditutup untuk kerja perobohan dan penurapan jalan.

"Bagi fasa dua pula, enam laluan di sebelah tepi pula akan dirobohkan. Selepas kerja meroboh ini siap, jalan tersebut akan menjadi tiga laluan.

"Oleh itu, orang ramai dinasihati supaya mematuhi arahan papan tanda dan mengurangkan kelajuan supaya perjalanan lebih lancar," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di plaza tol tersebut di sini, ketika meninjau permulaan kerja-kerja merobohkan plaza tol tersebut baru-baru ini.

Mei lalu, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor telah mengumumkan pemansuhan kutipan tol yang berharga 50 sen di lebuh raya itu.

Sementara itu, apabila ditanya mengenai kelewatan perobohan plaza tol tersebut yang sepatutnya dimulakan dalam masa tiga bulan selepas pemansuhan, beliau berkata, ia disebabkan oleh dokumentasi yang melibatkan banyak pihak.

Selain itu, menurut beliau, pihaknya juga harus merancang supaya masa untuk proses meroboh itu bersesuaian agar tidak berlaku kesesakan lalu lintas yang teruk.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved