Jumaat, 21 Oktober 2011

Utusan Online - Timur


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Timur


Usaha cungkil bakat chef muda berjaya

Posted:

Usaha cungkil bakat chef muda berjaya

Usaha cungkil bakat chef muda berjaya

Oleh WAN ZULKIFLI WAN YAACOB
utusanterengganu@utusan.com.my


Para peserta mengambil bahan-bahan yang diperlukan semasa Pertandingan Memasak Sekolah-Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan 2011 di Kuala Terengganu, kelmarin.


KUALA TERENGGANU 20 Okt. - Bertempat di Hotel Primula di sini semalam, lebih 48 remaja berkumpul untuk beraksi dalam Pertandingan Memasak Sekolah-Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan 2011.

Pertandingan tahunan yang sudah memasuki edisi ke-14 kini dilihat semakin mencabar dalam usaha mencambah minat, mengasah bakat dan menguji kemahiran pelajar dalam bidang seni masakan yang berkembang menjadi industri penting di dunia.

Pada masa sama, ia turut mendorong ibu bapa dan sekolah menggalakkan anak-anak membuat pemilihan makanan yang lebih sihat dan berzat, di samping membawa keseronokan dan kebaikan memasak dalam keluarga.

Pertandingan yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran dan pengeluar produk jenama Maggi, Nestle merupakan platform terbaik kepada pelajar untuk mencipta nama dalam bidang masakan.

Kerjaya yang menuntut hanya mereka yang benar-benar berminat, berfikiran kreatif dan inovatif untuk disesuaikan dengan keadaan dan sentiasa sedia bekerja secara berkumpulan.

Kerjaya yang tahapnya diukur dengan kesanggupan untuk terus belajar dan meneroka teknik serta idea baru menghasilkan sajian enak dengan pantas dan dipersembahkan sehingga membuka selera.

Sejak pertandingan itu diperkenalkan pada 1997, sebanyak 10,000 sekolah dengan 200,000 pelajar telah menyertainya sama ada di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.

Dengan format lebih mencabar dan menarik, jumlah penyertaan dalam pertandingan yang menghimpunkan mereka yang berkongsi minat sama juga semakin meningkat setiap tahun.

Pertandingan peringkat kebangsaan yang diadakan semalam disertai oleh 48 bakal chef muda dari seluruh negara bersaing bagi merebut kejuaraan yang menawarkan hadiah keseluruhan RM3,000, RM2,500 dan RM2,000 bagi tempat pertama sehingga ketiga.

Sebanyak 16 sekolah masing-masing diwakili tiga peserta yang menjuarai pertandingan peringkat negeri bersaing termasuk Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St. Mary, Sabah; SMK Tiang Chandi, Kelantan; SMK Putrajaya Persint 11, Wilayah Persekutuan Putrajaya; SMK Seri Bintang Utara, Kuala Lumpur; SMK Tinggi Perempuan Melaka dan SMK Kg. Nangka Sibu, Sarawak.

Turut bertanding SMK Lembah Bidong, Terengganu; SMK Dato Abdul Samad, Negeri Sembilan; SMK Dato Onn, Johor; SMK Seri Enggang Batu Lima, Kedah; SMK Perempuan Raja Zarina, Selangor; SMK Penanti, Pulau Pinang; SMK Perantau Damai, Pahang; SMK Abi, Perlis; dan SMK Pantai, Labuan.

Bertemakan menu Sajian Pengantin, peserta dikehendaki menyediakan empat sajian dengan kos tidak lebih RM50 dan dalam masa 90 minit.

Sebanyak 30 minit tambahan diberikan bagi menyediakan resipi spontan dan menghasilkan hidangan berdasarkan bahan-bahan yang disediakan oleh Maggi mengikut tema baru sejurus sebelum pertandingan bermula.

Penilaian dibuat berasaskan rasa, kemahiran memasak, kreativiti, pilihan makanan dan nilai pemakanan.

Dalam pertandingan itu, SMK Lembah Bidong muncul juara dengan sajian nasi harmoni, siakap kukus dua jiwa, kerabu mangga cinta abadi dan puding milo.

Sekolah itu diwakili Atraz Omar, Nur Hazwani Mohd. Rashid dan Nur Aisyah Nadzirah Ahmad Ramzan dengan bimbingan guru, Mohd. Zuki Ghazali dan Noraini Abdul Rahman.

Tempat kedua dimenangi pasukan SMK Dato' Abdul Samad, Negeri Sembilan yang diwakili Nurul Asyikin Muhamad Shafee, Nor Syadza Aina Adzman dan Hanis Athirah Abdul Rahman).

Mereka menyediakan masakan nasi eksklusif raja sehari, ayam percik bulan madu jalinan kasih rampai Maggi dan puding buah hati.

SMK Dato' Onn. Johor yang diwakili Nurul Aqilah Sairi, Suley Norsyakila Yahya dan Khairunnisa Khamis memenangi tempat ketiga dengan sajian nasi mahligai syahdu, rendang udang kekasih awal dan akhir, sayur campur cinta sejati dan puding sagu dua hati.

SMK St. Bernadette's Convent Perak yang diwakili Nurzahirah Zahri, Teo Yuh Leng dan Nurnasuha memenangi Cabaran Kreatif Maggi dan membawa pulang hadiah wang tunai RM300, sijil dan pingat.

Hadiah kepada para pemenang disampaikan oleh Timbalan Pengarah Pelajaran negeri, Hashim Mohd. Zin.

Pengarah Eksekutif Makanan, Malaysia dan Singapura, Nestle Product Sdn. Bhd., Rosalyn Simba memberitahu, pertandingan seumpama itu mampu meningkatkan keyakinan remaja dalam menempuh kehidupan seharian.

''Ia memberikan platform kepada mereka untuk mempamerkan kebolehan dalam penyediaan makanan yang boleh menyemarakkan perpaduan dan mempromosikan keseronokan serta kebaikan memasak di rumah.

''Tahun ini pertandingan bermula di peringkat daerah dan negeri pada bulan April yang menyaksikan penyertaan 1,600 pelajar di peringkat negeri dan 48 pelajar di peringkat kebangsaan," ujar beliau.

Full content generated by Get Full RSS.

Masjid, surau suci untuk beribadah

Posted:

Masjid, surau suci untuk beribadah

Masjid, surau suci untuk beribadah

Oleh AZRAN FITRI RAHIM
utusankelantan@utusan.com.my

KOTA BHARU 20 Okt. – Kerajaan Pas Kelantan memberi jaminan semua surau dan masjid di negeri ini adalah suci untuk menunaikan ibadah biarpun ada di antaranya tidak bersih.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, suci dan bersih adalah dua perkara berbeza dalam aspek menunaikan ibadah.

Beliau bagaimanapun menegaskan, kebersihan adalah agenda besar kerajaan Pas Kelantan dan menjadi keutamaan pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negeri ini.

"Memang kebersihan satu aspek yang tidak dipertikaikan, kebersihan ibarat satu perang yang tidak sudah-sudah, sampah seperti orang, selagi orang boleh beranak, selagi itu sampah ada dan kita telah menjalankan kempen kebersihan adalah tanggungjawab bersama pada bila-bila masa dan di mana-mana.

"Begitu juga kebersihan dalam solat, tetapi tidak bersih dan tidak suci adalah perkara yang berbeza. Kita akan pastikan surau dan tempat solat kalau pun tidak bersih, tetapi ia suci untuk solat, tetapi kalau bersih dan suci lagi baik," katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Nozula Mat Diah (BN-Paloh) pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di sini hari ini.

Takiyuddin berkata, PBT juga menjalankan pemantauan secara berkala di semua surau yang terdapat di pusat beli-belah dan premis tumpuan orang ramai supaya ia berada dalam keadaan bersih dan suci.

Katanya, buat masa sekarang pihaknya berpuas hati dengan kemudahan yang disediakan oleh premis terbabit tetapi ada antaranya memerlukan penambahbaikan.

"Mulai 18 Oktober lalu, kerajaan negeri melalui Majlis Perbandaran Kota Bharu - Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) telah mengarahkan pihak pusat beli belah dan premis terbabit agar menyediakan imam di surau mereka pada setiap kali waktu solat," katanya.

Sementara itu, beliau berkata, kerajaan Pas Kelantan mendapati tidak ada keperluan untuk pihak pengurusan pusat beli belah menyediakan rumah ibadat untuk agama lain selain daripada Islam.

Full content generated by Get Full RSS.

BN Kota Bharu rai 500 masyarakat India sempena Deepavali

Posted:

BN Kota Bharu rai 500 masyarakat India sempena Deepavali

BN Kota Bharu rai 500 masyarakat India sempena Deepavali

KOTA BHARU 20 Okt. - Kira-kira 500 masyarakat India diraikan oleh Barisan Nasional (BN) Kota Bharu dalam Majlis Ramah Mesra Jiwai 1Malaysia di sini malam tadi.

Majlis itu diadakan sempena Hari Deepavali yang bakal disambut pada hujung bulan ini selain mengukuhkan lagi hubungan harmoni masyarakat berbilang kaum yang dibentuk sejak dahulu lagi.

Kesemua mereka diraikan oleh Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Mohamad Fatmi Che Salleh yang juga Pengerusi BN Kota Bharu.

Hadir sama Ketua MIC bahagian itu, Pv. Velu dan Ketua MCA bahagian itu, Tan Ken Ten.

Sementara itu Mohamad Fatmi berkata, masyarakat majmuk di negara ini hidup aman kerana mempunyai sebuah kerajaan yang begitu prihatin terhadap kesejahteraan mereka.

"Suasana ini bukan berlaku dengan sendiri tetapi kerana kita mempunyai sebuah kerajaan yang peka kepada soal keamanan serta kesejahteraan rakyat. Inilah salah satu keistimewaan bagi rakyat bila mempunyai sebuah kerajaan yang berhemah dan memahami sentimen semua kaum.

"Ini suasana yang perlu dipertahan, dikekal hingga ke anak cucu. Tidak wajar ia diperjudikan semata-mata demi kepentingan politik sehingga boleh memecah-belahkan ummah," katanya.

Pada majlis tersebut, Mohamad Fatmi turut menyampaikan duit raya kepada masyarakat terbabit sambil mengharapkan Deepavali tahun ini akan disambut dengan penuh keceriaan.

Mohamad Fatmi berkata, sejarah membuktikan bahawa kerajaan yang ada pada hari ini adalah sebuah kerajaan yang berupaya menstabilkan keadaan rakyat semua kaum sejak lebih 50 tahun lalu.

Malah katanya, kestabilan yang dibentuk sampai ke hari ini bukan berorientasikan kepentingan satu kaum tetapi merangkumi semua masyarakat berbilang agama, bangsa dan budaya.

"Kalau kita lihat semua kaum dalam negara ini hidup dalam suasana harmoni tidak kira kaum minoriti atau majoriti, semuanya hidup dalam satu rumpun di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN)," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved