Jumaat, 21 Oktober 2011

Utusan Online - Selatan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Sains serbu banglo curi air

Posted:

Sains serbu banglo curi air

Sains serbu banglo curi air

Oleh KHAIRUL NAJIB
ASARULAH KHAN
pengarang@utusan.com.my


Kakitangan Sains memotong saluran paip pada premis berkenaan ketika operasi di Batu 9, Jalan Pantai, kelmarin.


TELOK KEMANG 20 Okt. - Sebuah banglo diserbu Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) kerana disyaki melakukan penyambungan haram dalam operasi di Batu 9, Jalan Pantai, dekat sini petang semalam.

Serbuan kira-kira pukul 12.30 tengah hari dan berakhir pukul 3 petang itu dijalankan oleh sepasukan unit penguat kuasa Sains bersama pegawai daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Span).

Pegawai Serbuan Span, Mohd Fadzil Othman berkata, serbuan itu dilakukan selepas menerima aduan awam serta risikan yang dijalankan oleh anggota terlibat.

''Hasil pemeriksaan, kita mendapati satu penyambungan air secara tidak sah telah dilakukan mengguna paip bersaiz 32 milimeter.

''Siasatan juga mendapati pemilik premis tersebut menggunakan air berkenaan untuk operasi harian di banglo terbabit," katanya di sini hari ini.

Jelasnya, satu notis pemberitahuan kesalahan telah diserahkan kepada wakil pemilik premis berkenaan oleh pihaknya.

Tambahnya, pihaknya juga telah bertindak menyita paip yang digunakan untuk membuat sambungan haram tersebut bagi dijadikan bukti.

''Pemilik premis berkenaan didapati melakukan kesalahan mengikut Seksyen 123 Akta Industri Perkhidmatan Air Negara (AIPA) 2006.

''Jika sabit kesalahan, pemilik premis berkenaan boleh didenda RM100,000 atau penjara tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

100 ibu tunggal, miskin terima bantuan Deepavali

Posted:

100 ibu tunggal, miskin terima bantuan Deepavali

100 ibu tunggal, miskin terima bantuan Deepavali

MELAKA 20 Okt. - Seramai 100 orang miskin terdiri daripada ibu tunggal, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) menerima sumbangan berupa hamper dan wang tunai daripada Pembela Barisan Nasional (Pembela BN) sempena perayaan Deepavali pada 26 Oktober ini.

Majlis penyerahan sumbangan tersebut disempurnakan Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam selaku penaung Pembela BN di sini hari ini.

Turut hadir, Pengarah Pembela BN, Amir Hamzah Aziz, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka, Datuk Wira Othman Mohamad dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Desa dan Pertanian negeri, Datuk R. Perumal.

Mohd. Ali berkata, sumbangan berkenaan bertujuan membantu masyarakat kurang berkemampuan membuat persiapan menyambut perayaan itu tidak lama lagi.

"Dengan bantuan ini diharap dapat mengurangkan beban mereka dan dapat menyambut perayaan Deepavali dengan meriah," katanya.

Penerima sumbangan, A. Andiappan, 54, berkata, dia berterima kasih kepada kerajaan negeri dan Pembela BN atas sumbangan berkenaan yang akan mengurangkan bebannya menyediakan persiapan Deepavali.

"Bantuan yang diterima ini dapat meringankan beban persiapan menyambut Deepavali selain wang tunai yang akan digunakan untuk perbelanjaan anak yang masih bersekolah," katanya.

Seorang lagi penerima, M. Saminathan, 63, berkata, sumbangan tersebut akan menjadikan perayaan Deepavali tahun ini lebih meriah.

"Terima kasih kepada kerajaan kerana membantu saya dan keluarga. Sumbangan hamper, beras dan wang tunai ini dapat digunakan untuk membuat persiapan perayaan Deepavali tidak lama lagi," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Pengawal rayu bantu sara ibu mertua sakit

Posted:

Pengawal rayu bantu sara ibu mertua sakit

Pengawal rayu bantu sara ibu mertua sakit

TELOK KEMANG 20 Okt. - Seorang pengawal keselamatan merayu simpati orang ramai menghulurkan bantuan bagi membantunya mengurangkan beban menyara ibu mertuanya yang sakit.

Sahrun Wardi, 39, berkata, pendapatan RM850 sebulan bukan tidak mencukupi bagi menampung perbelanjaan menyara ibu mertuanya, isteri, anak serta adik ipar yang masih bersekolah.

''Gaji saya kecil dan tidak mampu untuk menampung perbelanjaan perubatan ibu mertua yang juga merupakan seorang ibu tunggal kerana menghidap pelbagai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, buah pinggang termasuk batuk kering," ujarnya.

Sahrun memberitahu, meskipun ibu mertuanya menerima bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), namun ia belum mencukupi bagi menampung perbelanjaan perubatannya.

Beliau memberitahu, adik iparnya yang sepatutnya menduduki peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tempoh hari, tidak menghadiri peperiksaan itu kerana terpaksa menjaga ibunya yang terlantar di hospital sejak tiga minggu lalu.

''Dia seorang pelajar yang cemerlang, namun pelajarannya terganggu akibat masalah kewangan yang dihadapi keluarga ini.

''Saya ingin dia belajar sampai ke menara gading tetapi harapan itu agak sukar tercapai dengan keadaan sebegini," jelasnya.

Sekiranya ada pihak yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghubungi Sahrun di talian 012-3344187.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved