Jumaat, 21 Oktober 2011

Utusan Online - Keluarga


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Hobi terapi tekanan

Posted:

Hobi terapi tekanan

Hobi terapi tekanan

rekreasi@utusan.com.my
Gambar HAFIZ JOHARI

Bagaimanapun bagi Chef Eksekutif, Ghazali Hashim, kedua-dua amat bermakna dalam hidupnya kerana satu dijadikan kerjaya dan satu lagi sebagai hobi mengisi waktu senggang.

Jika ada yang tertanya-tanya bagaimana seorang chef yang sentiasa sibuk menyediakan sajian-sajian eksklusif bahagian dapur boleh mempunyai hobi menunggang motosikal berkuasa besar, ruangan Gaya Chef S3 membawa pembaca ke dapur lima bintang Hotel Concorde, Shah Alam, untuk mendekati Chef Ghazali.

Menurutnya, memang tidak dinafikan kebanyakan chef biasanya mempunyai hobi yang berkaitan dengan bidang masakan seperti membaca buku masakan, mengumpul koleksi pisau, sudu, garfu dan sebagainya.

Namun beliau lebih gemar mempunyai aktiviti yang lebih mencabar seperti menunggang motosikal berkuasa besar.

"Tidak semesti seorang chef tahunya hanya memasak saja, kadang kala mereka juga ingin melakukan perkara-perkara yang tidak ada kaitan dengan dapur," katanya.

Berasal dari Jitra, Kedah, Chef Ghazali banyak meluangkan masa lapang bersama isterinya di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Peringkat awal pembabitannya dalam aktiviti bermotosikal sekadar untuk bersiar-siar tetapi selepas menguji litar lumba SIC berasa seronok dan lama-kelamaan ia bertukar menjadi hobi bagi mengisi masa lapang.

"Kalau ada masa lapang, saya akan ke Sepang untuk menguji motosikal bersama anak-anak dan rakan-rakan yang turut berkongsi hobi yang sama.

"Hobi ini berbeza dengan hobi yang lain kerana ketika berada di atas litar lumba, saya rasa waktu bergerak begitu pantas.

"Selain itu, hobi ini juga mampu memupuk keyakinan dalam diri saya lebih-lebih lagi ketika berhadapan dengan cabaran litar lumba dalam had kelajuan maksimum sehingga saya tidak sempat berfikir apa-apa pun," jelasnya.

Selain itu, beliau juga menggemari aktiviti selam skuba.

"Kedua-dua hobi ini berbeza. Ketika berada di litar lumba, saya teruja untuk mencapai tahap kelajuan semaksimum mungking tetapi apabila menyelam, saya rasa tenang dan waktu bergerak begitu perlahan," katanya.

Chef Ghazali yang memiliki motosikal, Honda CBR 600cc mengakui deruman motosikal bagaikan terapi menghilangkan tekanan selepas seharian terperuk di dapur.

"Bidang perhotelan ini merupakan bidang yang mencabar dan penuh tekanan. Sebelum ini saya merokok untuk menghilangkan tekanan tetapi kini saya berhenti merokok dan saya ganti dengan aktiviti yang lebih berfaedah," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved