Ahad, 9 Oktober 2011

Utusan Online - Kota


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Kontraktor mesti bersih jalan

Posted:

Kontraktor mesti bersih jalan

Kontraktor mesti bersih jalan

Oleh IFQDAR ABD. RAHMAN
ifqdar.rahman@utusan.com.my


Lori mengangkut tanah yang berulang alik di hadapan Sekolah Tamil Ladang Bukit Jalil dan PPR Muhibbah, Bukit Jalil, merisaukan penduduk terhadap keselamatan anak-anak mereka selain tidak tahan dengan debu dan jalan yang kotor dan rosak. - utusan/JEFFRI IRAN


KUALA LUMPUR 9 Okt. - Kontraktor projek pembinaan kediaman berhampiran Kampung Muhibah, Bukit Jalil di sini diminta agar segera mengatasi masalah yang dihadapi penduduk berikutan kerja- kerja yang sedang dilakukan itu.

Pengerusi PPP Wilayah Persekutuan, Datuk A. Chandrakumanan berkata, syarikat Nagano Holdings Sdn. Bhd. perlu membersihkan laluan utama yang digunakan untuk mengangkut tanah dari kawasan pembinaan tersebut dalam tempoh dua minggu.

"Saya difahamkan kerja-kerja membawa keluar tanah dari kawasan pembinaan memakan masa dua bulan. Baru sebulan kerja-kerja itu dilakukan, jalan yang turut menjadi laluan utama penduduk rosak teruk walaupun telah dua kali dibaiki oleh pihak kontraktor.

"Sebelum projek ini diteruskan oleh pemaju perumahan, saya minta agar jalan ini diturap seperti sedia kala," katanya yang ditemui ketika melawat tapak projek berkenaan baru-baru ini.

Chandrakumanan berkata, kehadiran lori-lori tanah turut membimbangkan penduduk sekitar kerana tapak pembinaan terletak begitu hampir dengan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil (SRJKT) Ladang Bukit Jalil.

Justeru, beliau meminta kerjasama persatuan penduduk kampung berkenaan memantau cara pemanduan lori-lori terbabit dan melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya ia dipandu dalam keadaan yang boleh membahayakan nyawa murid-murid.

Minggu lalu, Utusan Malaysia melaporkan penduduk PPR itu tidak pernah sunyi daripada berdepan dengan pelbagai kesulitan sejak berpindah ke situ lima tahun lalu.

Masalah terbaru dihadapi mereka ialah kehadiran lori membawa tanah yang keluar masuk ke projek perumahan baru berdekatan penempatan mereka sejak sebulan lalu.

Penduduk mendakwa lori-lori itu dengan sewenang-wenangnya menggunakan jalan utama penduduk PPR itu untuk ke tapak projek di Bukit OUG yang sedang dibangunkan tidak jauh dari situ.

Akibatnya, mereka bukan sahaja berhadapan dengan masalah pencemaran persekitaran yang boleh membawa kepada masalah kesihatan, tetapi keselamatan mereka terutama kanak-kanak turut terancam.

Tinjauan dalam masa kira-kira satu jam berada di situ, lebih 20 buah lori tanah dilihat melalui jalan utama PPR Kampung Muhibbah itu.

Penyata PKR Kuala Selangor mengelirukan?

Posted:

Penyata PKR Kuala Selangor mengelirukan?

Penyata PKR Kuala Selangor mengelirukan?

SHAH ALAM 9 Okt. - Mesyuarat Agung Tahunan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Kuala Selangor hari ini sekali lagi membongkar kelemahan pentadbiran ketuanya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim apabila wujud kekeliruan dalam penyata kewangan bagi 2010 yang disyaki akibat penipuan.

Menurut beberapa ahli PKR yang tidak berpuas hati dengan situasi yang berlaku, kekeliruan itu didakwa berlaku ekoran terlepas pandang atau sikap lepas tangan kepimpinan parti.

Ini kerana dakwa mereka, penyata kewangan yang dibentangkan pada mesyuarat kali ini yang menyaksikan jumlah perbelanjaan selama setahun bermula 1 Januari hingga 31 Disember 2010 yang berjumlah RM39,403 begitu mengelirukan kerana banyak yang tidak disokong dengan resit.

Lebih mengelirukan, kata mereka, ada perbelanjaan tahun 2009 turut dimasukkan dalam kira-kira tahun 2010 yang semuanya tercatat dalam buku mesyuarat agung tahunan yang diedarkan kepada 243 ahli yang hadir.

Malah penyata kewangan itu tidak ditandatangani oleh juruaudit, sebaliknya dua ahli jawatankuasa didapati bertindak sebagai pemeriksa kira-kira yang tidak sah yang dilihat sebagai satu percubaan penyalahgunaan kuasa.

Sehubungan itu, mesyuarat hari ini tidak meluluskan penyata kewangan tersebut dan salah seorang juruaudit PKR Cabang Kuala Selangor iaitu Norazhar Jamil membuat usul tergempar agar satu jawatankuasa khas ditubuhkan untuk menyiasat perihal kewangan di cabang tersebut.

Usul itu kemudian diterima tanpa bahas oleh semua yang hadir termasuk Abdul Khalid.

Mesyuarat yang berlangsung di Dewan Orang Ramai Berjuntai Bestari, Batang Berjuntai bermula kira-kira pukul 2.30 petang dan berakhir pukul 6 petang.

Norazhar ketika dihubungi berkata, pertimbangan untuk membuat laporan polis akan dilakukan oleh beliau dan seorang lagi pemeriksa kira-kira iaitu Mohd. Sharif Ismail sekiranya terbukti penyata kewangan yang disediakan terdapat unsur jenayah.

60 kompaun dikeluar dalam operasi bersepadu

Posted:

60 kompaun dikeluar dalam operasi bersepadu

60 kompaun dikeluar dalam operasi bersepadu


ANGGOTA penguat kuasa dari DBKL, JPJ dan polis trafik memeriksa dan mengeluarkan kompaun ke atas pesalah lalu lintas sewaktu operasi bersepadu melibatkan tiga agensi itu di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 9 Okt. - Sebanyak 60 kompaun kesalahan lalu lintas dikeluarkan dalam tempoh tidak sampai dua jam dalam satu operasi bersepadu melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di sekitar ibu negara hari ini.

Dalam operasi yang dijalankan mulai pukul 4 petang sehingga pukul 5.30 petang di Jalan Bukit Bintang dan Sultan Ismail itu, kesalahan paling banyak dikesan adalah melanggar lampu isyarat merah.

Dalam sidang akhbar sebelum mengetuai operasi itu, Timbalan Ketua Pengarah JPJ, Datuk Ismail Ahmad berkata, operasi bersepadu itu dilaksanakan bagi mendidik pengguna jalan raya mematuhi peraturan sedia ada.

"Punca kesesakan di pusat bandar raya adalah kerana sikap pengguna itu sendiri yang sering melanggar peraturan, justeru, operasi ini dilakukan bagi mengambil tindakan terhadap mereka.

"Operasi ini akan diteruskan sehingga pihak berkuasa dapat melihat perubahan terhadap sikap pemandu di ibu kota," katanya.

Ismail memberitahu, operasi yang bermula sejak awal bulan lalu sehingga kini telah mengeluarkan 262 kompaun atas pelbagai jenis kesalahan dengan denda maksimum yang dikenakan sebanyak RM300.

Operasi yang disertai 55 anggota polis, JPJ dan DBKL itu turut mengeluarkan kompaun ke atas pelbagai kesalahan termasuk meletakkan kenderaan di petak kuning.

Ismail turut mengingatkan pesalah lalu lintas agar membayar kompaun mereka secepat mungkin bagi mengelak berdepan dengan tindakan mahkamah.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved