Ahad, 9 Oktober 2011

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Dendam komunis ke akhir hayat

Posted:

Dendam komunis ke akhir hayat

Dendam komunis ke akhir hayat

Oleh MOHAMMAD DZULHISHAM CHE HASSIM
utusanmelaka@utusan.com.my


BAHARI Ismail menunjukkan satu daripada empat butir peluru yang masih berada di badannya semasa ditemui di Alor Gajah, Melaka, baru-baru ini.


ALOR GAJAH 8 Okt. - "Selagi masih tertanam peluru senjata komunis dalam badan saya, selagi itu dendam kepada pengganas tersebut tidak akan padam sehingga ke akhir hayat."

Demikian luahan seorang bekas polis, Bahari Ismail, 61, yang pernah bertugas di Batalion 19, Pasukan Polis Hutan (PPH) di Pengkalan Hulu, Perak dan diserang hendap sekumpulan pengganas pada 23 Disember 1976.

Katanya, tarikh tersebut merupakan sejarah hitam dalam hidupnya kerana pada hari itu, dia bersama tiga rakan lain ditembak bertalu-talu semasa dalam perjalanan pulang ke kem PPH di Pengkalan Hulu selepas selesai menjalankan operasi.

Menurutnya, kejadian berlaku semasa konvoi PPH melalui kawasan berselekoh di Batu 29, Jalan Pengkalan Hulu-Gerik dan secara tiba-tiba kenderaan yang dinaiki telah diserang hendap oleh komunis yang dipercayai mahu melumpuhkan sistem komunikasi pihak berkuasa.

"Apabila sampai di satu selekoh, kenderaan kami dihujani peluru komunis yang memaksa saya dan tiga rakan melompat keluar dan berselindung di sebalik kenderaan.

"Namun, semasa cuba menyelamatkan diri itu, saya dan pasukan telah terkena tembakan menyebabkan kami semua cedera parah," katanya kepada Mingguan Malaysia ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Bahari berkata, tidak cukup dengan tembakan, pengganas komunis turut membaling beberapa bom tangan sehingga menyebabkan kenderaan dan alat komunikasi yang berada di dalamnya musnah sama sekali.

Bagaimanapun katanya, dalam suasana cemas itu, dia bersama rakan yang lain cuba bertahan dengan berlindung di belakang pokok berhampiran dan membalas serangan berkenaan sementara menunggu bantuan tiba 30 minit kemudian.

"Tempoh 30 minit dirasakan begitu lama, namun kami tidak mudah mengalah dan tetap memberikan tentangan dengan senjata yang kami bawa," katanya.

Menurutnya, pengganas komunis berundur apabila dua buah kereta perisai polis tiba untuk memberikan bantuan dan turut dibantu oleh platun meriam yang melancarkan serang balas tidak jauh dari lokasi kejadian.

Katanya, selepas keadaan tenang dia mendapati keseluruhan badannya berlumuran darah dengan empat serpihan bom tangan yang mengenai dadanya.

"Satu persatu serpihan di dada saya cabut tetapi masa itu tidak berasa sakit sehingga tiba di Hospital Baling yang kemudiannya merujukkan saya ke Hospital Alor Setar kerana kecederaan yang terlalu parah," katanya.

Selesai dirawat katanya, baru dia menyedari bukan sahaja tercedera akibat serpihan bom tangan yang dilontar oleh komunis tetapi terdapat juga tujuh kesan tembakan di beberapa bahagian badannya.

Beliau berkata, daripada tujuh tembakan itu, tiga butir telah menembusi badannya dan empat lagi masih berada dalam tubuh badan sehingga kini iaitu masing-masing satu di lengan kanan dan pinggang dan dua di betis kanan.

Katanya, dia tidak berniat untuk mengeluarkan peluru berkenaan kerana tidak mahu membahayakan nyawa dan yang paling penting adalah sebagai bukti tentang kekejaman komunis.

"Ia akan menjadi lambang perjuangan saya dan rakan polis yang lain khususnya dari Skuad 69 yang bermandi darah memperjuangkan negara dari cengkaman komunis," ujarnya.

450 juta pesakit mental

Posted:

450 juta pesakit mental

450 juta pesakit mental

PETALING JAYA 8 Okt. - Masalah gangguan mental bukan perkara baru, malah kajian yang dibuat oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendapati seramai 450 juta orang termasuk kanak-kanak dan remaja menderita akibat penyakit tersebut.

Laporan itu mendedahkan, jumlah pesakit mental turut meningkat pada setiap tahun dan usaha untuk menanganinya masih belum mencapai tahap yang memuaskan.

Pengerusi Persatuan Kesihatan Mental Malaysia (MMHA), Toh Puan Datuk Dr. Aisyah Ong berkata, mereka yang menderita penyakit mental ini meningkat sebanyak 30 peratus pada setiap tahun.

"Peningkatan tersebut boleh dilihat di negara maju seperti Australia, United Kingdom, Amerika Syarikat dan Kanada yang mencatatkan 30 peratus penghidap penyakit tersebut dalam tempoh masa satu tahun," katanya pada forum sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia di Maktab Kerjasama Malaysia di sini, hari ini.

Kerajaan yakin produktiviti penjawat awam - KSN

Posted:

Kerajaan yakin produktiviti penjawat awam - KSN

Kerajaan yakin produktiviti penjawat awam - KSN

KUALA LUMPUR 8 Okt. - Penambahbaikan struktur gaji penjawat awam adalah tanda kerajaan yakin dengan produktiviti kakitangan tersebut bagi memastikan Malaysia mencapai negara maju dan kompetitif menjelang tahun 2020.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan berkata, kerajaan telah mengkaji segala sumbangan yang dibuat oleh penjawat awam serta memutuskan untuk memberi imbuhan.

"Sebagaimana yang selalu dikatakan oleh Perdana Menteri, kenaikan gaji bukanlah masalah apabila kualiti dan produktiviti semakin meningkat.

"Malah, kini saya yakin penjawat awam akan bekerja lebih tekad dan tekun lagi bagi memastikan negara kita betul-betul kompetitif serta maju dalam acuan sendiri pada tahun 2020 nanti," katanya ketika ditemui pada majlis Konvokesyen UIAM Ke-27 di Gombak, hari ini.

Mengulas mengenai dasar pemisah atau exit policy bagi penjawat awam yang berprestasi rendah dan mereka yang memilih untuk meninggalkan perkhidmatan, beliau berkata, perkara tersebut memang sudah wujud namun hanya diperkemaskan lagi.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved