Ahad, 9 Oktober 2011

Utusan Online - Johor


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Usahawan tani dibantu

Posted:

Usahawan tani dibantu

Usahawan tani dibantu

Oleh FARIK SALLEH
utusanjohor@utusan.com.my

KOTA TINGGI 8 Okt. - Seramai 15 usahawan asas tani di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Panti menerima mesin dan peralatan memproses makanan ringan dan sejuk beku, penternakan serta wang tunai berjumlah RM64,780.

Penyampaian sumbangan disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panti, Datuk Baderi Dasuki di Balai Raya Kampung Lukut dekat sini, baru-baru ini.

Turut hadir, Pemangku Pegawai Pertanian Daerah Kota Tinggi, Asman Aman; Pegawai Mara Daerah Kota Tinggi, Izhar Ikmal Khalid dan Pengurus Agro Bank Cawangan Kota Tinggi, Rosdi Jaafar.

Baderi dalam ucapannya berharap, golongan usahawan berkenaan bersyukur dan terus komited untuk meningkatkan perusahaan masing-masing.

Menurutnya, kerajaan menerusi Jabatan Pertanian dan beberapa agensi berkaitan sentiasa bersedia membantu mereka dengan mengadakan pelbagai program bimbingan dan bantuan peralatan untuk meningkatkan pengeluaran hasil pertanian yang lebih bermutu bagi menaik taraf hidup mereka.

Jasa lawat bekas polis uzur

Posted:

Jasa lawat bekas polis uzur

Jasa lawat bekas polis uzur

PONTIAN 8 Okt. - Jasa serta pengorbanan anggota keselamatan yang menjaga keamanan negara sentiasa diingati walaupun mereka tidak lagi berkhidmat dengan pasukan polis atau tentera.

Bagi menghargai jasa golongan berkenaan, Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kukup mengunjungi seorang bekas anggota polis, Moon Hussin, 85, yang kini menghidap penyakit strok, baru-baru ini.

Kunjungan ke rumah Moon di Kampung Penerok disambut mesra oleh isterinya, Khadijah Umar, 75, yang tidak menyangka ada pihak yang datang untuk bertanya khabar suaminya.

Khadijah memberitahu, suaminya tidak dapat bergerak setelah diserang strok beberapa tahun lalu.

"Mak cik bersyukur dan gembira kerana ada pihak yang masih sudi untuk melihat suami yang uzur," katanya ketika menyambut rombongan tersebut yang diketuai ADUN Kukup, Datuk Md. Othman Yusof bersama pegawai Jasa DUN Kukup, Khairil Hafiz Rahmat.

Md. Othman turut menyampaikan sumbangan barangan keperluan harian serta wang tunai bagi meringankan beban kewangan pasangan itu.

Sementara itu, Khairil Hafiz berkata, sumbangan berkenaan merupakan salah satu program Jasa Prihatin bagi membantu penduduk yang kurang upaya dan setakat ini telah mengenal pasti 13 keluarga yang layak menerima bantuan berkenaan.

"Kami berharap program ini dapat diperluaskan lagi kepada lebih ramai penerima bantuan," katanya.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved