Ahad, 9 Oktober 2011

Utusan Online - Feminin


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


Seri wajah pengantin

Posted:

Seri wajah pengantin

Seri wajah pengantin

Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
adawiyah.koh@utusan.com.my
Pakaian Butik Edina Bridal
(http://www.reenaratusehari.blogspot.com)
Gambar WAN ZURAIDI http://myworldmylifemypassion.blogspot.com


wajah pengantin baru, Nazeera tampil segar walaupun sekadar menggunakan warna-warna lembut dan halus.


SETIAP kali menjelang musim perkahwinan, selain busana pengantin yang memerlukan sentuhan kreatif, bakal pengantin turut menggunakan kreativiti memilih solekan yang cantik di hari bahagia.

Bagaikan puteri, anggunnya penampilan raja sehari, dari hujung rambut ke hujung kaki dijaga rapi.

Selain solekan yang sesuai untuk memancar seri wajah, kehebatan dalam mengenakan aksesori dan busana pengantin turut diberi perhatian.

Biarpun terpaksa berbelanja lebih, yang penting majlis gemilang memenuhi impian.

Membangkitkan lagi seri wajah pengantin, jurusolek Anna Sha menata rias wajah Nazeera Sardi dengan pilihan warna yang sederhana dan harmoni.

Wajah model tampak lebih segar dengan solekan yang tidak mengubah wajah asal pengantin.

Bagi anda yang ingin kelihatan berseri di hari perkahwinan, pilihan rona warna solekan ini bersesuaian dengan anda.

Dalam pada itu, Anna Sha akan mengadakan satu bengkel kecantikan khusus untuk golongan wanita pada 30 Oktober ini.

Bengkel tersebut merangkumi ceramah mengenai produk dan pengetahuan kecantikan jenama antarabangsa dan solekan oleh Anna Sha sendiri.

Selain itu, peserta juga berpeluang untuk melakukan praktikal pembersihan muka dan solekan .

Mereka yang berminat boleh boleh menghubungi Anna Sha di talian 016-2387282 dan 012-9182389 (Zurena) atau melayari blog http://annashahana.blogspot.com.

Jojo pusing satu Malaysia

Posted:

Jojo pusing satu Malaysia

Jojo pusing satu Malaysia

Oleh BINTU RASYADA A. RAHMAN
Foto TAUFIZ ZAKIR
(www.facebook.com/thescopestudio)

PASTI ramai ketika ini sedang tercari-cari lokasi sesuai untuk menghabiskan cuti penghujung tahun. Bagi si manis yang menghiasi ruangan Citra Wanita minggu ini, Juliana Zakaria, dia sedang berkira-kira untuk pusing satu Malaysia.

"Saya mempunyai ramai rakan yang terlibat dengan fotografi. Mungkin kami habiskan masa bersama di tempat menarik seluruh negara sambil merakamkan kenangan terindah," kata lulusan Diploma Perniagaan Teknologi Maklumat dari sebuah kolej itu.

Mesra dipanggil Jojo, impiannya ingin memiliki studio fotografi sendiri suatu hari nanti. Walaupun masih mempelajari selok belok bidang itu, namun dia yakin mampu menguruskannya. Tambahan pula teman lelakinya meminati perkara yang sama.

Selain itu, minatnya dalam bidang modelling juga banyak membantu untuk mendapatkan hasil terbaik. Bercerita mengenai penglibatan sebagai model katanya, ia datang secara spontan selepas seorang jurukamera profesional melihat gambarnya bersama teman-teman.

"Tak sangka dia minat dengan gambar saya dan mengajak untuk menghasilkan gambar profail. Selepas gambar itu terhasil, saya terus mendapat tawaran daripada pelbagai pihak," kata anak kacukan Melayu-Thailand ini.

Namun begitu, sebagai seorang model Jojo sebolehnya tidak mahu berpakaian terlalu menjolok mata. Katanya, seksi itu tidak mengapa asalkan tidak keterlaluan.

Jojo yang gemar menyanyi juga mendapat tawaran dalam bidang lakonan namun katanya, itu buka minat utamanya. Jelasnya, dia tidak mahu terjun ke dunia hiburan, cukup sekadar dalam bidang peragaan.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved