Utusan Online - Selatan |
Posted: Mandi keris tarik pengunjung
MELAKA 24 Sept. – Orang ramai yang berkunjung ke Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka, Banda Hilir di sini hari ini berpeluang menyaksikan upacara mandi keris sempena Festival Hang Tuah yang dianjurkan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara serta Perbadanan Muzium Melaka. Pertunjukan anjuran Persatuan Seni Silat Langkah Bromo itu menampilkan 40 bilah keris dari seluruh negara termasuk Indonesia. Pengasas persatuan silat tersebut, Fahruz Ridza Jaafar, 34, berkata, upacara mandi keris itu bertujuan memberi pendedahan kepada orang ramai tentang amalan mencuci keris sebagai salah satu tradisi masyarakat Melayu yang masih diamalkan sehingga ke hari ini. "Selain itu, upacara ini juga memberi peluang kepada orang ramai untuk melihat dengan lebih dekat koleksi 40 bilah keris yang ada, antaranya mencecah usia 500 tahun," katanya ketika ditemui di sini, hari ini. Tambahnya, antara keris yang mencuri tumpuan ialah Keris Naga Sostro berusia lebih 500 tahun bernilai RM25,000 yang berasal dari Banyuwangi, Jawa Timur, Indonesia. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Selatan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan