Utusan Online - Muka Hadapan |
Karpal tak faham sikap Nik Aziz Posted: Karpal tak faham sikap Nik AzizKUALA LUMPUR 24 Sept. - Tidak sampai 24 jam selepas mengeluar kenyataan mengkritik Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Pengerusi DAP Karpal Singh hari ini terus membidas Mursyidul Am Pas itu berhubung isu pelaksanaan hukum hudud di Kelantan. Hari ini, Karpal pada sidang akhbar di Pulau Pinang tanpa berlapik lagi menyifatkan Menteri Besar Kelantan itu sebagai orang tua yang inginkan perhatian dan mengakui pakatan pembangkang kini dalam kontroversi berikutan kenyataan Nik Abdul Aziz itu. Justeru, beliau berharap kenyataan Menteri Besar Kelantan itu tidak mencerminkan pendirian rasmi Pas dan menggesa Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberikan penjelasan segera. Menurut Karpal, Muktamar Agung Pas Ke-57 baru-baru ini menggugurkan agenda pembentukan negara Islam dan menggantikannya dengan negara berkebajikan. "Kami ingat agenda itu telah terhapus. Rakyat juga bergembira dengan langkah Pas itu. Namun secara tiba-tiba (timbul balik soal hudud). Saya tak faham kenapa Nik Aziz boleh berikan kenyataan sebegitu... Mungkin dia orang tua yang mahu mencari perhatian," katanya. Semalam dalam satu kenyataan, Karpal juga menegur Nik Aziz yang menyatakan DAP boleh meninggalkan pakatan pembangkang jika mereka tidak bersetuju dengan agenda negara Islam. "Ia adalah sukar untuk memahami kenapa Nik Aziz memberi ruang kepada Barisan Nasional (BN) menjelang pilihan raya umum tidak lama lagi," katanya. Karpal mengingatkan Pas bahawa parti itu pernah menghasilkan resolusi tidak akan meneruskan matlamatnya untuk mewujudkan sebuah negara Islam di Malaysia sebaliknya berusaha ke arah penubuhan negara kebajikan. "Adalah sukar untuk memahami kenapa Nik Aziz dalam tempoh yang singkat telah lupa berhubung resolusi itu," katanya. Pada masa sama, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut tidak terlepas daripada kritikan Karpal pada sidang akhbar hari ini yang menyelar Ketua Pembangkang itu kerana menganggap sokongan kepada Kelantan untuk melaksanakan hudud sebagai pandangan peribadi. Menurut pemimpin veteran itu, mana-mana pemimpin yang memegang jawatan tertinggi tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan atas dasar pandangan peribadi. "Tidak ada perkara yang menjadi pandangan peribadi apabila anda menjadi pimpinan tertinggi. Apabila anda pimpinan atasan, pandangan anda akan ditafsirkan sebagai kenyataan rasmi parti," katanya. | ||
Posted: Bajet 2012 rangsang ekonomiOleh HAMDEN RAMLI dan ASLIZA MUSA NAJIB Tun Razak bersama Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir (kanan) bersalaman dengan masyarakat Orang Asli pada pelancaran Program Jalinan Murni Masyarakat Orang Asli Peringkat Kebangsaan di Kampung Bawong, Sungai Siput, semalam. KAMPAR 24 Sept. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Bajet 2012 yang akan dibentangkan 7 Oktober ini mesti memberi keyakinan dalam merangsangkan kegiatan ekonomi dalaman dan mampu membantu rakyat menangani kos sara hidup yang semakin meningkat. Menurut Perdana Menteri, dalam persekitaran ekonomi global yang lemah dan tidak menentu, negara perlu bersandar kepada permintaan dalaman. ''Jadi Bajet 2012 mesti merangsang pelaburan, mesti membawa kepada keyakinan pengguna untuk terus berbelanja secara berhemah supaya ekonomi dalaman terus berpaksi pada permintaan yang kukuh sama ada dari segi pelaburan atau permintaan," katanya. Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata demikian pada sidang akhbar selepas melancarkan Karnival 1Malaysia Tanjung Tualang sempena program turun padang ke negeri ini di sini hari ini. Najib berkata, selain itu, Bajet 2012 juga akan melihat pendekatan bagi membantu dan melindungi rakyat daripada kesan-kesan negatif kelembapan ekonomi walaupun penurunan itu bersifat global. ''Kita menyedari ancaman itu dan dalam soal kebajikan rakyat, perlu dicari pendekatan yang sewajarnya," kata beliau. Ditanya sama ada Bajet 2012 akan menyentuh mengenai bonus kakitangan awam, Najib berkata, apa-apa maklumat yang akan diumumkan dalam bajet tidak akan dibocorkan. ''Prinsip kita, kalau mampu, kita buat. Kalau kita tidak mampu, kita tidak buat," katanya. | ||
Norman-Memey selamat diijab kabul Posted: Norman-Memey selamat diijab kabul
PASANGAN artis Norman Hakim, 35, dan Memey Suhaiza, 23, selamat diijabkabulkan pada satu majlis sederhana di Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi, Johor, semalam. Perkahwinan kedua-dua pelakon ini mendapat perhatian kerana mereka pernah didakwa berkhalwat tetapi dibebaskan oleh Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada 29 Julai lalu. Mereka juga mencatatkan sejarah, apabila majlis resepsi perkahwinan pada Rabu ini melibatkan peruntukan penajaan sebanyak RM12 juta, ia termasuk gaun bertatah mutiara dengan set barang kemas bernilai RM7.2 juta. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Muka Hadapan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan