Isnin, 26 September 2011

Utusan Online - Johor


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


70 rumah berjaya baiki

Posted:

70 rumah berjaya baiki

70 rumah berjaya baiki

Oleh MUHAMMAD ZIKR
utusanjohor@johor.com.my


Penduduk bergotong- royong membaiki sebuah rumah di Kampung Parit Haji Ahmad, Ayer Baloi, Pontian, semalam,


PONTIAN 25 Sept. - Sebanyak 70 buah rumah berjaya dibaiki menerusi Program Baik Pulih Rumah Rakyat Parlimen Pontian yang dilancarkan Julai lalu dengan kos keseluruhan berjumlah RM500,000.

Setiausaha Sulit kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohd. Fauzi Sunawan berkata, baki sebanyak 50 buah rumah lagi akan dilaksanakan sebelum akhir tahun ini.

Menurutnya, setiap rumah diberikan peruntukan sebanyak RM4,000 untuk menukar atap zink, mengganti dinding dan siling yang dilakukan secara gotong-royong oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) selaku tenaga penggerak utama.

"Sokongan dan kerjasama semua pihak amat penting memandangkan kami tidak melantik sebarang kontraktor untuk melakukan kerja-kerja baik pulih tersebut," katanya.

Beliau menjelaskan demikian selepas mewakili Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan yang juga Ahli Parlimen Pontian menyertai gotong-royong membaik pulih rumah sebuah keluarga di Kampung Parit Haji Ahmad, Ayer Baloi di sini hari ini.

Mohd. Fauzi memberitahu, menerusi konsep gotong-royong, kerja baik pulih itu bukan sahaja dapat mengurangkan kos, malah penduduk kampung berpeluang berbakti kepada golongan yang memerlukan.

"Ahli Parlimen kita amat gembira dengan kemajuan program ini dan berharap semua rumah telah dikenal pasti akan dapat dibaiki sebelum penghujung tahun ini," katanya.

Sementara itu, penerima bantuan, Zulkifli Iskandar, 42, seorang pemandu lori bersyukur dengan pemberian bantuan itu kerana bumbung dan siling yang usang sebelum ini digantikan baharu.

"Pendapatan saya kecil tidak mampu membaiknya. Terima kasih kepada pihak kerajaan kerana prihatin dengan nasib golongan seperti kami," katanya yang tinggal lima beranak di rumah berkenaan.

Dua beranak daif lega dapat bekalan air

Posted:

Dua beranak daif lega dapat bekalan air

Dua beranak daif lega dapat bekalan air


Chik Andot mencuba paip air yang disambungkan di rumahnya di Kampung Singapura sambil diperhatikan oleh Mesran Tukiman (dua dari kanan), di Kota Tinggi, baru-baru ini.


KOTA TINGGI 25 Sept. - Seorang warga emas kini boleh menarik nafas lega apabila rumah yang dihuni lebih 40 tahun lalu di Kampung Singapura, Tanjung Sedili dekat sini mendapat bekalan air bersih hasil usaha Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kota Tinggi baru-baru ini.

Chik Andot, 87, yang tinggal bersama anak lelaki bongsunya, Endot Mahmod, 53, berkata, dia tidak mengharapkan bantuan lain kecuali rumah untuk berteduh yang terletak di kawasan kebun kecil kira-kira 800 meter dari jalan utama itu mendapat bekalan berkenaan.

Menurutnya, Ramadan lalu konvoi Pemuda UMNO Bahagian Kota Tinggi singgah untuk bergotong-royong membaiki rumahnya termasuk bahagian bumbung dan mengecat kediaman itu di samping menyampaikan sumbangan kerusi roda dan bantuan makanan selain kerja membina saluran paip air.

Sementara itu, Endot menyatakan rasa syukur kerana bekalan air itu memberi kemudahan kepada bagi dia dan ibunya menjalani kehidupan harian.

"Dua kakak saya telah mempunyai keluarga sendiri dan tinggal berasingan termasuk seorang yang tinggal 100 meter dari sini. Dari sanalah saya mengangkut bekalan air bersih untuk minum dan memasak.

"Rumah satu bilik ini pun dibina pada 2001 di bawah Program Penempatan Rakyat Miskin (PPRT). Baru-baru ini rumah ini dibaiki oleh kumpulan Pemuda UMNO Bahagian Kota Tinggi dan ditambah ruang bilik air oleh pihak Kejora (Lembaga Kemajuan Johor Tenggara)," katanya.

Endot berkata, ibunya mendapat bantuan bulanan RM300 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan wang itu digunakan untuk menyara kehidupan mereka berdua selain upah yang diperolehnya melakukan kerja-kerja kampung termasuk mengait buah kelapa.

Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kota Tinggi, Mesran Tukiman yang tinggal sekampung dengan pasangan anak beranak daif itu sering menziarahi mereka untuk mengetahui perkembangan dan kesihatan mereka.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved