Selasa, 26 Julai 2011

Utusan Online - Utara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Feri terus jadi pilihan

Posted:

Feri terus jadi pilihan

Feri terus jadi pilihan

Oleh MALINDA ABDUL MALIK
utusanpenang@utusan.com.my


Feri Pulau Kapas dan Pulau Rimau kini didiberhentikan dari beroperasi ekoran kerosakan enjin.


PULAU PINANG 25 Julai – Tidak lengkap rasanya kunjungan seseorang ke negeri ini jika tidak menaiki feri.

Pulau Undan, Pulau Angsa, Pulau Rimau, Pulau Payar, Pulau Kapas, Pulau Rawa dan Pulau Talang-Talang merupakan antara nama-nama diberikan kepada feri-feri yang sudah menjadi ikon kepada Pulau Mutiara.

Feri menghubungkan pengguna yang mahu berulang-alik dari tanah besar Semenanjung ke bahagian pulau dari Butterworth ke Pelabuhan Quay di Georgetown dan sebaliknya.

Meskipun sudah ada Jambatan Pulau Pinang, perkhidmatan feri tetap menjadi pilihan orang ramai. Ia kerana jarak perjalanan ke sini bagi mereka yang tinggal di kawasan-kawasan seperti Seberang Perai Tengah, Bukit Mertajam, Prai dan Permatang Pauh adalah lebih pendek berbanding menggunakan jambatan.

Perjalanan feri mengambil masa 15 hingga 20 minit untuk menyeberang selat sepanjang 3.2 kilometer. Tempoh masa tersebut kadang-kala digunakan oleh penumpang untuk berehat semasa pulang selepas penat bekerja dan kelebihan ini tidak dapat dinikmati jika mereka menggunakan jambatan.

Perkhidmatan feri bermula pukul 5.30 pagi hingga 1.00 pagi dengan kadar tambang RM7.70 bagi kereta, RM2 (motosikal), penumpang dewasa RM1.20 dan kanak-kanak RM0.60 dari Butterworth ke Georgetown, manakala untuk ke tanah besar tiada caj dikenakan.

Feri sebenarnya telah memulakan perkhidmatan sejak 1894 oleh seorang pengusaha persendirian, Quah Beng Kee.

Bagaimanapun, reka bentuk feri pada masa itu bukan seperti yang dapat disaksikan hari ini.


tempat duduk feri penuh sesak dengan penumpang terutama pada waktu kemuncak.


Ia merupakan lanci-lanci (bot) kecil yang menggunakan kuasa wap untuk bergerak. Feri itu juga hanya mampu mengangkut penumpang dan barang-barang yang terhad, manakala lokasi mendarat adalah di Jeti Kedah di sini dan Seberang Perai.

Perkhidmatan feri yang boleh mengangkut kenderaan berat hanya bermula selepas Lembaga Pelabuhan Pulau Pinang (LPPP) mengambil alih pengurusan dan penyeliaan pada Disember 1924.

Sejak itu, perkhidmatannya mendapat sambutan menggalakkan sehingga kemudahan sedia ada tidak mampu menampung permintaan pengguna dan memaksa LPPP membesarkan jeti dan menambah dua buah feri lagi. Ketiga-tiga feri itu beroperasi pada kadar setengah jam satu feri.

Pada 1983, sebuah feri yang lebih besar dibeli dan diberi nama Bagan, digunakan untuk mengangkut penumpang-penumpang yang semakin bertambah.

Meskipun begitu, pada 1941 hingga 1945, perkhidmatan feri lumpuh kerana Perang Dunia Kedua, namun, dipulihkan semula oleh kerajaan British selepas Jepun menyerah diri.

Ketika itu, tongkang-tongkang yang mempunyai dek dan ditunda dengan lanci digunakan kerana banyak feri telah musnah dibom.

Disebabkan permintaan yang semakin bertambah, pihak Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) telah membeli sebuah feri lagi pada 1965 dan dua buah lagi enam tahun kemudian.

Pada 31 Julai 1988, berlaku tragedi dalam sejarah pengangkutan feri apabila jeti di Butterworth runtuh menyebabkan ratusan nyawa melayang. Hari ini, feri terus memberikan khidmat kepada orang ramai di Pulau Pinang.

Sekiranya perkhidmatan feri tiada lagi pada masa depan, ia tetap meninggalkan sejarah tersendiri buat warga buat Pulau Mutiara.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Pembangkang politik isu bantuan

Posted:

Pembangkang politik isu bantuan

Pembangkang politik isu bantuan

Oleh OPAT RATTANACHOT
uspetani@utusan.com.my


HASSAN Malek (tengah) menyampaikan piala kepada peserta pertandingan Futsal di Desa Keda Bukit Tukang Jusoh dekat Sungai Petani, Kedah, kelmarin. - UTUSAN/OPAT RATTANACHOT


SUNGAI PETANI 25 Julai - Rakyat luar bandar khususnya di kalangan penghuni Desa Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Keda) diingatkan supaya tidak mudah terpedaya dengan dakyah pembangkang yang memutarbelitkan isu bantuan kerajaan pusat termasuk mengakui bahawa ia adalah daripada kerajaan negeri.

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Hassan Malik berkata, antara peruntukan yang sering diputarbelitkan adalah projek infrastruktur, bantuan orang kurang upaya, orang miskin dan pelajaran.

Katanya, tindakan tersebut membuktikan bahawa kerajaan negeri yang dikuasai pembangkang sanggup melakukan apa sahaja cara untuk memenangi hati rakyat meskipun menyedari ia suatu pembohongan.

"Mereka tidak mempunyai kemampuan untuk memaju dan membangunkan negeri ini serta mengeluarkan peruntukan kepada rakyat. Oleh itu, mereka akan cuba sedaya upaya memenangi hati rakyat termasuk mengambil kesempatan mengaku bahawa bantuan yang disalurkan adalah milik mereka.

"Walhal perkara sebenar kebanyakan bantuan itu dikeluarkan oleh kerajaan Persekutuan," katanya selepas majlis perasmian Program Lonjakan Juara Rakyat anjuran Puteri UMNO Bahagian Sungai Petani di Desa Keda Bukit Tukang Jusoh, Kota Kuala Muda dekat sini, semalam.

Hadir sama, Naib Ketua Puteri UMNO, Shahanim Mohd. Yusof dan Pengurus Besar Keda, Datuk Arpan Shari.

Hassan berkata, selepas Kedah diterajui pembangkang, kerajaan Persekutuan telah menyalurkan peruntukan membantu rakyat melalui Pejabat Pembangunan Negeri (SDO) dan Keda.

"Ini bermakna bantuan tersebut disalurkan terus daripada Pusat dan bukannya melalui wakil rakyat seperti sebelum ini," katanya.

Tambah beliau, kerajaan Pusat juga telah menyalurkan beberapa bantuan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk memastikan kebajikan rakyat di negeri ini terus terjaga.

Sementara itu Shahanim berkata, masyarakat luar bandar perlu berterima kasih kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) yang bertungkus-lumus memastikan segala aspek kehidupan mereka setanding dengan penduduk di bandar.

"Kita harus ingat bahawa lebih 50 tahun, kita dipayungi kerajaan BN yang sentiasa memberi layanan baik, malah ambil berat soal kebajikan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

UKSB rai penghuni Rumah Anak Kesayangan

Posted:

UKSB rai penghuni Rumah Anak Kesayangan

UKSB rai penghuni Rumah Anak Kesayangan


Para Penghuni Rumah Anak Kesayangan bergambar bersama peserta gotong-royong pada program CSR Majalah Saji UKSB di rumah itu di Bayan Lepas, Pulau Pinang, kelmarin.


PULAU PINANG 25 Julai - Kehadiran Hari Raya Aidilfitri tahun ini lebih bermakna kepada 20 penghuni Rumah Anak Kesayangan, Bayan Lepas di sini apabila menerima sumbangan daripada Utusan Karya Sdn. Bhd. (UKSB).

Turut memberikan sumbangan adalah syarikat-syarikat Jamu Mak Dara, Nestle Products Sdn. Bhd. dan FoodCult Sdn. Bhd.

Sumbangan menerusi program amal majalah Saji itu berupa barangan keperluan seharian dan wang tunai.

Selain itu, aktiviti gotong-royong mengecat serta membersihkan premis berkenaan juga dilakukan oleh kakitangan syarikat-syarikat tersebut dan 20 ahli Kelab Bermotosikal Pulau Pinang. .

Turut serta ialah penyanyi Haiza, Chef Amer Hamzah, Chef Azli dan pengasas Jamu Mak Dara, Halimah Shuib.

Pengurus Besar Operasi UKSB, Zurzaliza Bajuri berkata, program tersebut merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikatnya.

"Kami memulakan gotong-royong membersihkan kawasan rumah kebajikan tersebut pukul 10 pagi dengan mengecat pagar dan memotong rumput.

"Selepas itu kita meraikan penghuni rumah kebajikan ini," katanya ketika ditemui selepas program amal tersebut di sini, semalam.

Sementara itu, Penjaga Rumah Anak Kesayangan, Ummu Atiah Ismail melahirkan penghargaan dan berterima kasih kepada mereka yang terlibat dalam program murni berkenaan.

Jelasnya, sumbangan tersebut sedikit sebanyak dapat meringankan beban dan menceriakan penghuni rumah kebajikan itu menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved