Selasa, 26 Julai 2011

Utusan Online - Pahang


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Bentuk pelajar sayangi sekolah

Posted:

Bentuk pelajar sayangi sekolah

Bentuk pelajar sayangi sekolah

Oleh SITI NORIZAT SHIKH ABDUL JALIL
utusanpahang@utusan.com.my


Peserta Kem Interaksi Pemimpin Muda bergambar selepas majlis penutup di Kuantan baru-baru ini.


KUANTAN 26 Julai - ''Kami berjanji untuk berubah, kami sayang sekolah kami," demikian ikrar 80 pengawas Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pelabuhan dekat sini yang menyertai Kem Interaksi Pemimpin Muda (In-Team) selama tiga hari, baru-baru ini.

In-Team yang dikendalikan Kelab In-Smartive Universiti Malaysia Pahang (UMP) bertujuan membentuk daya kepimpinan pelajar untuk menjadi pemimpin terbaik dan tulang belakang dalam membantu pentadbiran sekolah.

Presiden Kelab In-Smartive UMP, Mohamad Fakhrol Radzi Zolkefli berkata, program kali ini lebih menarik apabila buat julung kalinya ia diadakan dalam persekitaran kampus UMP.

''Sepanjang program, peserta diuji dari segi mental dan fizikal dengan pelbagai modul serta aktiviti interaktif seperti Tak Kenal Maka Tak Cinta, Mulanya Di Sini, D.I.C.E., Riuh Sekampung,The Burj dan Sayang Si Buta yang dikendalikan tenaga fasilitator yang terdiri daripada penuntut UMP," katanya kepada Utusan Malaysia selepas majlis penutup program itu di UMP, Gambang dekat sini baru-baru ini.

Penutup program itu disempurnakan oleh Timbalan Pendaftar Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JHEPA), Abdul Shukur Ishak.

Pada majlis itu, pelajar tingkatan lima SMK Pelabuhan, Jovyner Denoshafry Anak Naser, 17, dan Anis Fazleen Azha, 17, dinobatkan penerima Anugerah Peserta Terbaik In-Team.

Turut hadir, Pengetua SMK Pelabuhan, Noraini Md. Salleh, Penolong Kanan (Hal Ehwal Murid) SMK Pelabuhan, Hasnah Mamat dan Penasihat Kelab In-Smartive, Wan Nazrul Helmy Wan Mohd. Zain.

Beliau memberitahu, pada program tersebut. peserta menikmati makanan yang disajikan dalam talam secara berkumpulan untuk mengeratkan ukhuwah.

Selain itu, Mohamad Fakhrol Radzi berkata, turut diadakan ceramah kesedaran undang-undang yang menampilkan peguam dari Majlis Peguam sebagai penceramah.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

135 pelajar sertai program jauhi zina

Posted:

135 pelajar sertai program jauhi zina

135 pelajar sertai program jauhi zina


SEBAHAGIAN 135 pelajar politeknik dan Kolej Komuniti Zon Timur yang menyertai Program Pembangunan Sahsiah Pelajar Anda Bijak Jauhi Zina di Dusun Eco Resort, Kuantan, baru-baru ini.


BENTONG 26 Julai - Seramai 135 pelajar politeknik dan kolej komuniti zon timur berkampung di Dusun Eco Resort, di sini untuk menyertai program pembangunan sahsiah pelajar 'Anda Bijak Jauhi Zina' anjuran Politeknik Sultan Ahmad Shah (Polisas), Kuantan, baru-baru ini.

Mereka terdiri daripada pelajar Polisas, Politeknik Muadzam Shah, Politeknik Kuala Terengganu, Politeknik Jeli, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Politeknik Kota Bharu, Kolej Komuniti Paya Besar dan Kolej Komuniti Rompin.

Pengarah Polisas, Datuk Abu Bakar Ahmad berkata, fokus utama selama tiga hari itu bertujuan mendidik, membimbing dan memperkasakan jati diri remaja Islam menerusi latihan insentif yang disediakan penganjur.

Sepanjang program itu, kata beliau, peserta bukan sahaja dibimbing menjauhi aktiviti yang menjurus kepada berlakunya zina, malah, turut dilatih menjadi peer group iaitu membimbing rakan-rakan mereka yang menghadapi masalah sosial sekembalinya ke kampus masing-masing.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Pelatih GiatMara bantu penduduk

Posted:

Pelatih GiatMara bantu penduduk

Pelatih GiatMara bantu penduduk


Fadzilah Awang Ibrahim (tiga dari kiri) bersama pelajar Pusat GiatMara Pekan sebelum memulakan gotong-royong di surau Kampung Baru Batu 9, Sungai Minang, Pekan, baru-baru ini.


PEKAN 26 Julai - Seramai 35 pelatih Pusat GiatMara (PGM), di sini, turun padang menyertai gotong-royong membersihkan surau Kampung Baru Batu 9 di Sungai Miang di sini baru-baru ini.

Selain membersihkan kawasan surau, mereka juga berganding bahu memperbaharui sistem pendawaian elektrik di rumah ibadat itu yang sebelum ini sering terputus bekalan.

Pensyarah kursus Pendawaian Elektrik PGM, Azwan Mohamed berkata, pihaknya sentiasa bersama masyarakat dalam menjayakan pelbagai program melibatkan pelatih PGM.

Selain merapatkan hubungan dengan masyarakat, kata beliau, aktiviti sedemikian dapat memberi pendedahan kepada pelatih mengaplikasikan ilmu yang diperoleh di PGM.

"Selain dapat membantu masyarakat setempat ia juga boleh mengeratkan hubungan antara pelatih dengan komuniti kampung," katanya ketika ditemui pada program itu.

Timbalan Pengerusi surau terbabit, Fadzilah Awang Ibrahim berkata, pihaknya terharu dengan sumbangan bantuan yang dihulurkan termasuk pembiayaan kos pendawaian itu sebanyak RM3,000.

"Penduduk di sini yang rata-ratanya bekerja sebagai nelayan berpendapatan rendah sangat terharu dengan keprihatinan yang diberikan oleh PGM.

"Gotong-royong selama tiga hari itu diharap dapat menyelesaikan masalah surau yang sering mengalami gangguan bekalan elektrik sejak beberapa tahun lalu," katanya ketika di temui di sini, baru-baru ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved