Utusan Online - Politik |
Posted: Kosmetik kaburi mata rakyatOleh ABDUL YAZID ALIAS SHAH ALAM 26 Julai - Tindakan Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor melancarkan slogan baru 'Selangor Ku' pada 24 Julai lalu hanyalah taktik untuk menutup kegagalan pembangkang dalam melaksanakan program pembangunan rakyat di negeri ini. Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, slogan bagi menggantikan 'Merakyatkan Ekonomi Selangor' (MES) dilihat sekadar 'kosmetik' untuk mengaburi mata rakyat. Ini kerana katanya, berdasarkan rekod pentadbiran negeri di bawah pimpinan PKR, DAP dan Pas, mereka dilihat gagal melaksanakan janji kepada rakyat sama ada dari segi ekonomi, pendidikan dan sosial. "Apabila kerajaan negeri sedar bahawa MES telah gagal mencapai sasaran dan matlamatnya, mereka memperkenalkan slogan dan program baru dengan nama 'Selangor Ku'. "Saya tidak hairan mereka tukar kerana mereka mahu menutup kelemahan dan kegagalan di mata rakyat," katanya selepas menyampaikan biasiswa kepada 38 pelajar miskin di bawah Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) di sini, hari ini. Hadir sama, Pengerusi YBK, Datuk Zainal Abidin Sakom. Noh berkata, kerajaan negeri memberi pelbagai janji kepada rakyat seperti ketelusan, bertanggungjawab dan sebagainya, tetapi sebenarnya pentadbiran mereka pincang termasuk dari segi pengurusan dan perbelanjaan antaranya membabitkan Yayasan Selangor. "Kerajaan negeri pimpinan PKR, DAP dan Pas sebenarnya tidak layak bercakap mengenai ketelusan dalam pentadbiran kerana gagal melaksanakannya dengan baik termasuk wujud salah guna kuasa dan wang. "Kegagalan itu jelas dilihat dalam isu perbelanjaan tidak terkawal antaranya melibatkan Yayasan Selangor yang dikatakan menyebabkan ia berhadapan dengan masalah kewangan," katanya. Menurutnya, kerajaan negeri juga tidak terlepas daripada amalan penyalahgunaan kuasa apabila dilaporkan mempergunakan lesen kontraktor kelas F yang dikhaskan kepada bumiputera untuk mengaut keuntungan 90 peratus bagi disalurkan untuk kepentingan politik DAP. "Salah laku itu turut melibatkan pengunaan wang rakyat yang dikatakan digunakan untuk menanggung kos penginapan perwakilan PKR pada kongres parti itu tahun lalu," katanya. Tambah beliau, sebelum ini kerajaan negeri bertindak zalim apabila merampas tanah milik YBK seluas kira-kira 323 hektar manakala baki tanah yayasan itu seluas 323 hektar lagi telah dikenakan kaveat hingga menyebabkan yayasan berkenaan tidak boleh mengusahakan tanah miliknya. "Ini menyebabkan rancangan pembinaan Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Serendah, Hulu Selangor tidak dapat dilaksanakan dan ini benar-benar merugikan rakyat dan negeri dari segi perkembangan pendidikan. "Ia tidak termasuk masalah kewangan yang dialami oleh Universiti Selangor (Unisel)," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
Nik Aziz sokong, profesional Pas tolak Posted: Nik Aziz sokong, profesional Pas tolakKUALA LUMPUR 26 Julai - Tidak sampai 24 jam Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakan persetujuannya menyokong sistem biometrik, Jawatakuasa Pas Pusat yang diketuai golongan profesional hari ini menolak cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung perkara tersebut. Bukan sahaja bersetuju, malah, Nik Abdul Aziz turut menyatakan pendirian bahawa Pas sedia mendengar penjelasan daripada SPR berhubung sistem itu, tetapi belum pun sempat perjumpaan diadakan, Jawatakuasa Pas Pusat telah pun membuat keputusan menolaknya. Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa berkata, penolakan itu berdasarkan kepada dua hujah iaitu sistem biometrik tidak akan dapat menyelesaikan masalah pengundian bertindih dan menghalang penyelewengan yang berlaku dalam sistem pilihan raya negara sejak sekian lama. Beliau berkata, Pas sebaliknya, tetap dengan pendirian menuntut penggunaan dakwat kekal kerana hanya cara itu yang dapat mengatasi masalah pengundian bertindih dalam sistem pilihan raya negara. "Kita telah bincang cadangan itu (biometrik) dan kalau ikut kronologi biometrik merupakan cadangan Perdana Menteri yang diterima oleh SPR, kami berpendapat penggunaan sistem tersebut tidak dapat menyelesaikan masalah pengundian dua kali atau lebih. "Kami (Pas) menolak biometrik dan keputusan untuk menolak penggunaan sistem tersebut telah dibuat hasil perbincangan pada mesyuarat khas kami hari ini," katanya pada sidang akhbar di Ibu pejabat Pas di sini, hari ini. Hadir sama, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu, dua lagi Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali. Semalam, Nik Abdul Aziz berkata, beliau menyokong sistem biometrik yang akan digunakan pada pilihan raya umum akan datang jika terbukti tiada penyelewengan dalam pelaksanaannya. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Politik To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan