Selasa, 26 Julai 2011

Utusan Online - Feminin


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


Edzscape perkenal mandian hidroterapi

Posted:

Edzscape perkenal mandian hidroterapi

Edzscape perkenal mandian hidroterapi

Oleh SHOLINA OSMAN
Gambar MOHD. AZIM ABD. RAHMAN

SEBUT spa, pusat yang memberikan rawatan dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki ini, semakin menjadi sebahagian daripada keperluan dalam kehidupan wanita zaman ini.

Bagi wanita, spa lebih merupakan tempat yang cukup selesa untuk memanjakan diri meredakan tekanan selepas penat bekerja.

Memahami keperluan itu telah mendorong Edzrina Esa untuk memperkenalkan Edzscape spa khusus untuk golongan wanita sekitar Damansara Perdana, Petaling Jaya, Selangor.

Jelasnya, pembukaan spa tersebut secara tidak langsung memudahkan wanita di kawasan itu untuk bila-bila masa sahaja datang bagi mendapatkan rawatan.

''Spa ini yang dibuka setiap hari mulai pukul 10 pagi hingga 9 malam bersedia untuk memberikan rawatan terbaik untuk pelanggan,'' katanya pada majlis pelancaran spa yang terletak di Damansara Perdana, baru-baru ini.

Begitupun katanya, spa tersebut telah mula beroperasi pada awal Januari tahun ini.

Dalam tempoh itu, pihaknya turut melatih kakitangan supaya benar-benar mahir dalam memberikan perkhidmatan yang ditawarkan.

Wanita berkelulusan dalam bidang kimia itu memberitahu, dia memilih untuk membuka spa kerana melihat perniagaan tersebut mempunyai potensi besar pada masa depan.

''Lagipun saya seorang yang prihatin dengan kecantikan di mana ia bersesuaian dengan segala kaedah yang digunakan dalam rawatan spa ini,'' katanya.

Sementara itu, Pengurus Perhubungan Awam spa berkenaan, Nazly Ibrahim memberitahu, antara keistimewaan rawatan di Edzscape Spa adalah mandian hidroterapi.

''Harga yang ditawarkan untuk perkhidmatan ini cuma RM100 termasuk urutan pada bahagian kepala dan bahu yang diberikan secara percuma,'' katanya.

Katanya, antara kelebihan mandian hidroterapi ini bukan sahaja untuk kecantikan kulit, rawatan dalaman badan malah untuk mereka yang mempunyai penyakit seperti kencing manis.

''Spa ini juga turut memberikan rawatan kulit muka dengan menggunakan produk Biokos,'' katanya.

Selain itu antara rawatan lain yang ditawarkan oleh Edzscape Spa termasuk urutan di bahagian kepala, leher dan bahu bagi menghilangkan tekanan yang ditawarkan dengan harga RM30.

''Kami juga menawarkan rawatan menggunakan batu untuk mengurut yang bertujuan memberikan keseimbangan tenaga ke seluruh badan dan juga minda,'' katanya.

Selain itu, juga diitawarkan rawatan untuk kuku tangan dan kaki dari harga serendah RM35.

Katanya, Edzscape Spa juga menawarkan pakej pengantin dan urutan selepas bersalin.

Nazly memberitahu, bagi yang ingin merasai perkhidmatan di spa tersebut boleh membuat temu janji dengan menelefon 012-2633577.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved