Utusan Online - Pahang |
- Aduan rakyat sentiasa diutamakan
- 5,000 peneroka terima wang tanam semula
- 113 rumah rosak dilanda ribut
Aduan rakyat sentiasa diutamakan Posted: Aduan rakyat sentiasa diutamakanOleh HARIS FADILAH AHMAD
JERANTUT 29 Julai - Kerajaan negeri tidak mengabaikan setiap aduan yang disampaikan oleh rakyat bagi memastikan kebajikan mereka sentiasa terbela di bawah kepimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN). Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, pihaknya memahami keperluan dan permasalahan yang dihadapi rakyat di luar bandar dan pedalaman khususnya penyediaan kemudahan asas termasuk bantuan pendidikan. "Sejak mengadakan lawatan ke beberapa daerah di Pahang Barat awal bulan ini, masalah yang sama diadukan kepada saya berkaitan kemudahan asas, memohon hak milik tanah, bekalan air, elektrik dan kebajikan lain. "Saya bersama Setiausaha Kerajaan Negeri, wakil rakyat dan pegawai daerah segera menangani masalah itu dalam sesi pertemuan dan amat memahami masalah yang mereka hadapi," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan ketua kampung, wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan komponen parti BN, di sini semalam. Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Pahang, Datuk Muhammad Safian Ismail; Pegawai Daerah Jerantut, Datuk Mohamad Roslan Harun; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Damak, Datuk Lau Lee dan ADUN PulauTawar, Datuk Dr. Ahmad Shukri Ismail. Menurut Adnan, kerajaan negeri mahu permasalahan rakyat didengari dengan lebih telus dan tindakan segera diambil dengan kerjasama wakil rakyat dan agensi kerajaan. Sehubungan itu, katanya, ketua jabatan di peringkat negeri dan daerah tetap berusaha sebaik mungkin untuk menyiapkan segera sesuatu projek mengikut jadual walaupun berhadapan sedikit kelewatan. "Kemudahan asas iaitu jalan raya di luar bandar dan masalah hak milik tanah yang dikemukakan akan disemak dengan teliti termasuk oleh Pejabat Tanah dan Galian (PTG) dan wakil rakyat BN setempat supaya memuaskan hati dan keselesaan rakyat. "Sedikit kelewatan bukan bermakna kerajaan negeri 'terlepas pandang' terhadap kebajikan penduduk, tetapi pelaksanaan sesebuah projek mengikut keutamaan di sesebuah tempat termasuk kajian peruntukan berkenaan," ujarnya. Beliau memberi contoh projek Jalan Jerantut ke Benta yang terbengkalai kerap mendapat aduan penduduk Lipis dan Jerantut, tetapi Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri sudah memaklumkan akan mengeluarkan tender menyiapkan projek berkenaan tidak lama lagi. Dalam pada itu, Adnan menjelaskan, hasil pembalakan negeri ini digunakan untuk manfaat rakyat dalam bidang pendidikan, keusahawanan, subsidi kebajikan penduduk miskin dan projek kemudahan asas. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. | ||
5,000 peneroka terima wang tanam semula Posted: 5,000 peneroka terima wang tanam semulaBERA 29 Julai - Lebih 500 peneroka Felda Tembangau 1 dan 2, dekat sini akan menerima wang tanam semula antara RM9,000 dan RM13,000 berikutan menukar tanaman mereka daripada getah kepada kelapa sawit. Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pengurusan Felda sedang menyiapkan penyata terakhir bagi membolehkan bayaran itu dibuat dalam tempoh terdekat dan ia bergantung kepada kadar jualan hasil peneroka kepada agensi tersebut sebelum ini. ''Segala masalah peneroka akan diatasi secara baik dan berhemah walaupun kadangkala berlaku kelewatan berikutan masalah teknikal serta terpaksa meneliti secara rapi bagi mengelakkan pelbagai masalah berbangkit di kemudian hari. ''Peneroka jangan terus menuding jari kepada Felda atau termakan hasutan pihak luar jika menghadapi sesuatu masalah tetapi perlu beri peluang kepada kakitangan agensi itu untuk menyelesaikannya," katanya ketika berucap pada sambutan Hari Peneroka peringkat Wilayah Mempaga di Felda Tembangau 1, di sini kelmarin. Ismail yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan berkata, pengurusan Felda prihatin dengan masalah yang dihadapi peneroka. Begitupun, katanya, jika peneroka membawa masalah mereka kepada pihak luar, ia hanya akan menyulitkan keadaan terutamanya membabitkan kewangan dan sebagainya. Beliau berharap, warga peneroka bersyukur kerana dengan menyertai Felda, terbukti mereka berjaya mengubah taraf kehidupan. | ||
Posted: 113 rumah rosak dilanda ribut
KUANTAN 29 Julai - Sebanyak 113 buah rumah di Gugusan Felda Lepar Hilir dekat sini rosak akibat dilanda ribut dan angin kencang petang semalam. Kejadian pada pukul 4.15 petang itu melibatkan kerosakan 92 buah rumah di Felda Lepar Hilir 1, Lepar Hilir 4 (11) dan Taman Saujana (10). Timbalan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR), Abdul Rahman Inoh berkata, kejadian itu berlaku dalam tempoh tidak sampai lima minit menyebabkan bumbung rumah mereka diterbangkan angin kencang. "Jabatan Kebajikan Masyarakat telah diminta menghulurkan bantuan kepada mangsa selain meminta Tenaga Nasional Berhad (TNB) memutuskan bekalan elektrik buat sementara waktu bagi membolehkan kerja-kerja pembersihan dibuat," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Abdul Rahman menambah, Felda akan turut memberi bantuan segera kepada mangsa ribut bagi meringankan beban mereka. Dalam pada itu, seorang mangsa, Zakiah Abdul Rahman, 51, berkata, ketika kejadian dia dalam perjalanan pulang ke rumah dari kampus Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Gambang dekat sini. "Ketika itu, suami saya seorang diri berada di rumah dan sebaik sahaja sampai, saya terkejut melihat bumbung di bahagian dapur diterbangkan angin," katanya sambil bersyukur suaminya selamat dalam bencana itu. Seorang lagi mangsa, Saluma Mat Alim, 50, memberitahu, semasa kejadian dia sedang menonton televisyen dan tiba-tiba berlaku angin kencang menyebabkan dia segera menyelamatkan diri bersama anak lelakinya. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Pahang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan