Jumaat, 29 Julai 2011

Utusan Online - Kota


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Penduduk harap masjid baru

Posted:

Penduduk harap masjid baru

Penduduk harap masjid baru

Oleh ROSLAH OTHMAN
kota@utusan.com.my


Kesan air meleleh jelas kelihatan yang berpunca daripada keretakan struktur yang menyebabkan bumbung masjid bocor.


RAWANG 28 Julai – Masjid Nurul Iman memang banyak jasanya kepada masyarakat di pusat bandar Rawang.

Kini berusia 40 tahun, rumah Allah itu menerima semakin banyak hadirin walaupun dalam keadaan usang dan mengalami banyak kerosakan.

Keadaannya yang telah dimamah usia itu menyebabkan pentadbir masjid berkenaan resah dan mengharapkan sesuatu dilakukan terhadap bangunan itu.

Mereka merayu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan kerajaan negeri membina sebuah masjid baru, atau setidak-tidaknya memperbaiki dan menaik tarafnya dengan segera.

Tinjauan Utusan Malaysia ke masjid itu mendapati dindingnya retak dan bumbung serta siling bocor di sana-sini, yang menyebabkan pentadbir masjid khuatir keadaan itu mendedahkan para jemaah kepada bahaya.

Masjid yang terletak kurang 100 meter dari pusat bandar Rawang itu mampu memuatkan kira-kira 1,000 jemaah pada satu-satu masa. Ia bukan sahaja menjadi tumpuan penduduk tempatan tetapi juga bagi mereka yang melalui kawasan itu.

Kebocoran bumbung di ruang utama menyebabkan jemaah terganggu ketika mendirikan solat apabila air menitis menerusi siling.

Ahli jawatankuasa pentadbir masjid berkata, jika keadaan itu berterusan, dikhuatiri masjid itu tidak mampu menampung jemaah pada Ramadan yang bakal disambut minggu depan, apatah lagi untuk tahun-tahun mendatang.

Nazir Masjid, Ilham Akhbar Harun, 41, berkata, permohonan menaik taraf masjid telah beberapa kali dikemukakan sebelum ini dan sudah sampai kepada pengetahuan Pengerusi Tetap Hal Ehwal Agama, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali.

Namun sehingga ke hari ini tiada sebarang maklum balas diterima.

Katanya, kerja-kerja menaik taraf perlu dilaksanakan bagi memberi keselesaan kepada para jemaah dan memudahkan kegiatan dakwah dijalankan.

"Sekiranya masjid baru dibina ia sekali gus dapat menyelesaikan masalah jalan susur keluar dari arah Bandar Baru Rawang berhampiran pasar raya Mydin yang sehingga kini masih ditutup," ujarnya.

Pandangan itu dikongsi setiausaha masjid, Sulaiman Abu Samah, 40 yang turut melahirkan rasa kecewa apabila permohonan mereka sebelum ini seolah-olah tidak diendahkan pihak bertanggungjawab sedangkan beberapa daerah berhampiran sudah mendapat masjid baru.

Katanya, Jabatan Kerja Raya (JKR) Gombak pada Februari lalu telah datang untuk melakukan pemeriksaan dan difahamkan masjid berkenaan layak untuk dinaik taraf, tetapi sehingga ke hari ini tiada makluman lanjut diterima mereka.

Bendahari masjid, Zahariman Abdul Ghani, 59, berkata, struktur masjid itu sudah terlalu uzur dan dia percaya keadaannya mendedahkan pengguna kepada bahaya.

Katanya, walaupun dalam keadaan serba daif, masjid itu antara yang paling aktif menjalankan pelbagai kegiatan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Jejambat baru mula beroperasi

Posted:

Jejambat baru mula beroperasi

Jejambat baru mula beroperasi

Oleh NUR NAZLINA NADZARI
kota@utusan.com.my


PEMBUKAAN jejambat baru di Taman Mastiara, Kuala Lumpur, memudahkan pengguna untuk ke pusat bandar raya, selain akses secara langsung ke Taman Metropolitan Batu.


KUALA LUMPUR 28 Julai – Penduduk sekitar Taman Mastiara dan pengguna jalan raya menarik nafas lega apabila jejambat baru dekat taman perumahan tersebut telah siap, malah boleh mula digunakan mulai 9 pagi ini.

Jejambat baru ini memberi kemudahan akses kepada trafik dari arah pusat bandar Kuala Lumpur untuk ke Taman Mastiara iaitu menerusi susur masuk yang terletak berhampiran Taman Wahyu. Pengguna dari Taman Mastiara yang ingin menuju ke pusat bandar pula boleh menggunakan laluan keluar di taman berkenaan.

Selain memudahkan kenderaan untuk ke pusat bandar, jejambat ini juga memberi akses secara langsung ke Taman Metropolitan Batu, sebuah tasik awam di Taman Mastiara.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati orang ramai yang tinggal berhampiran dan pengguna jalan di situ menyambut baik pembukaan jejambat baru itu yang jelas memudahkan orang ramai, terutamanya penduduk di sekitarnya.

Rata-rata orang ramai berpendapat bahawa dengan pembukaan jejambat itu boleh mengelakkan kesesakan lalu lintas yang sering berlaku pada waktu puncak.

Seorang eksekutif jualan, Zainal Mohd. Abu Bakar, 28, berkata, jejambat itu dapat memudahkan kepada orang ramai untuk masuk ke kawasan Taman Mastiara dan juga ke perumahan yang lain.

Katanya, selepas ini, masalah kesesakan lalu lintas yang menyusahkan banyak pengguna jalan raya pasti dapat dikurangkan.

"Biasanya, jalan di sini akan sesak pada waktu petang dan pada waktu sembahyang Jumaat.

"Jejambat ini dapat menjadi jalan alternatif untuk mengelakkan kesesakan di Bulatan Kepong dan Jalan Kepong Lama," katanya.

Seorang mekanik, Najib Maarof, 42, berkata, pembukaan jejambat baru itu adalah satu perkara yang bagus sekali.

"Ia dapat memberi akses yang lebih mudah ke taman perumahan di sini seperti Taman Mastiara dan Taman Tasik Indah. Namun, perubahan kepada jalan sehala selepas turun dari jejambat menuju ke kawasan perumahan telah menyebabkan sedikit kekeliruan.

"Perkara ini telah menyebabkan mereka yang datang dari Taman Permai terpaksa membuat pusingan agak jauh untuk ke kawasan rumah kedai kerana jalan tersebut telah dijadikan jalan sehala," ujarnya.

Sementara itu, seorang penjaja, Nurul Asmida Musa, 21, berkata, orang ramai akan mendapat banyak faedah daripada pembukaan jejambat itu.

"Selepas ini, mungkin akan lebih ramai lagi yang akan keluar masuk ke kawasan ini," jelasnya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved