Utusan Online - Keluarga |
Posted: Dilema remaja lelaki lembutSHAMSUL Puan Aniz, Tetapi saya sendiri tidak mengerti, sukar bagi saya menghakis rasa minat dan cenderung tertarik kepada kaum lelaki. Sehinggakan kadang-kadang saya rasa amat berdosa walaupun sekadar minat dan suka-suka masih tidak melampaui sempadan, saya rasa diri saya ini tidak sempurna, kekok dan rendah diri. Dan, buat pengetahuan Puan saya juga mengalami konflik dalam keluarga yang mana kedua-dua ibu bapa saya telah bercerai, malah semasa mereka bersama sebagai pasangan saya selalu sahaja menjadi mangsa ataupun tempat melepaskan kemarahan baik sudut fizikal mahupun tutur kata. Tolong saya Puan, bagaimana harus saya mulakan untuk memperbaiki keadaan ini. | ||
Kesedaran zakat, koleksi rantaian kasih Habib Posted: Kesedaran zakat, koleksi rantaian kasih Habib
ZAKAT sinonimnya dilabelkan sebagai bantuan kepada orang susah. Malah, dalam bahasa lebih mudah, zakat dimanfaatkan untuk membantu golongan fakir dan miskin. Tetapi hakikatnya zakat adalah mekanisme ekonomi yang global dan bersifat manusiawi. Zakat juga salah satu daripada lima rukun Islam dan diwajibkan ke atas tiap-tiap orang Islam yang cukup syarat-syaratnya. Ia juga bermaksud membersihkan harta dengan mengeluarkan sebahagian harta tertentu untuk diberikan kepada asnaf-asnaf (penerima) yang berhak menerimanya. Amalan zakat menjadi satu cara pengurusan ekonomi, kewangan dan sosial di dalam usaha mewujudkan satu perpaduan didalam menyatukan umat Islam pada keseluruhannya. Melalui zakat, sebahagian kecil kekayaan daripada golongan yang 'senang' akan diagihkan kepada golongan yang kurang berada. Keadaan tersebut mampu merapatkan jurang ekonomi umat Islam di samping merapatkan silaturrahim sesama ummah. Membayar zakat adalah sesuatu yang wajib, apabila segala syarat wajib zakat sudah ada pada diri dan harta yang kita miliki, makan menjadi haram jika dengan sengaja meninggalkan kewajipan zakat. Malah kepentingan membayar zakat juga adalah sesuatu yang perlu diberikan penekanan. Menunaikan amanah zakat bermakna melestarikan amanah Allah manakala mengingkari suruhan bermakna menyanggah hukum Allah. Menyedari kepentingan tersebut, bertempat di Habib Jewels Ampang, satu program keagamaan luncheon talk telah diadakan bagi memperkenalkan dan memberi penerangan tentang peranan wanita korporat dalam dunia zakat. Program anjuran Pusat Pungutan Zakat-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Habib Jewel Sdn. Bhd. itu turut memberi penekanan tentang cara-cara pembayaran zakat terutamanya zakat perniagaan dan juga zakat harta. Berangkat merasmikan majlis tersebut ialah Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah. Pada program yang penuh meriah tersebut, para tetamu turut dipertontonkan dengan acara peragaan koleksi barang kemas terbaru, Rantaian Kasih sempena kempen Hari Raya Habib Jewels. Selain itu, tetamu juga turut diperdengarkan dengan ceramah dan motivasi yang disampaikan oleh Ustazah Datuk Siti Norbahyah Mahmood yang bertajuk Kilauan Firdausi manakala, Pengarah Urusan Habib Jewels, Datuk Meer Sadiq Habib pula membentangkan kertas kerja yang bertajuk Emas di Malaysia. Turut hadir memeriahkan program itu ialah tokoh-tokoh wanita korporat Islam. Sementara itu, Pengarah Urusan, PPZ-MAIWP, Mohd. Rais Alias berkata, melalui program seumpama ini, ia mampu memberi pendedahan secara mendalam berkaitan zakat termasuklah zakat harta dan juga perniagaan. "Memandangkan kaum Hawa semakin berjaya, maka menjadi kepentingan pihak kita untuk memberi pengetahuan berkaitan dengan zakat supaya mereka mengetahui tentang hak mereka,'' ujarnya ketika ditemui pada majlis tersebut baru-baru ini. Katanya lagi, ini juga bertujuan supaya wanita Islam tetap terpelihara dan terserlah ciri-ciri profesionalnya dengan mendukung syariat dan akhlak Islam walaupun di mana mereka berada dalam menghadapi cabaran era ini. Katanya lagi, melalui program tersebut, ia boleh membantu bagaimana kaedah yang tepat dalam proses pembayaran dan juga pengiraan sesuatu zakat tersebut,'' ujarnya lagi. Dalam pada itu, beliau menyeru kepada orang ramai yang ingin mengetahui tentang zakat terutama zakat harta dan perniagaan boleh menghubungi ibu pejabat PPZ di talian 1300-88-5757 atau melayari laman web www.zakat.com.my. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Keluarga To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan