Utusan Online - Dalam Negeri |
- Sediakan keperluan anak yatim – TPM
- Najib lawat masjid, tinjauan mesra di pasar tani
- Kempen bantu 150 rumah kebajikan
Sediakan keperluan anak yatim – TPM Posted: Sediakan keperluan anak yatim – TPMOleh MOHD. KHUZAIRI ISMAIL
KUALA LUMPUR 28 Julai – Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan swasta diminta terus membantu kerajaan meningkatkan sosioekonomi negara terutama dalam aspek kebajikan iaitu menyediakan makanan, kediaman dan pelajaran kepada golongan kurang berkemampuan khususnya anak-anak yatim. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, dasar kerajaan sedia ada sememangnya memberi perhatian kepada golongan anak yatim dan kurang bernasib baik tanpa mengira agama dan bangsa. Kata beliau, sejak empat tahun lepas, kerajaan memperuntukkan RM63.3 juta kepada rumah kanak-kanak kurang bernasib baik kendalian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selain menyalurkan geran berjumlah RM39.7 juta kepada pusat jagaan kanak-kanak kelolaan NGO. "Kerajaan yakin antara 21,449 kanak-kanak yang telah mendapat manfaat daripada bantuan ini, ramai yang akan berjaya mencapai cita-cita, malah kemungkinan besar menjadi pemimpin negara kelak. "Keprihatinan atas kebajikan generasi muda itu sangat penting kerana mereka juga terangkum dalam generasi yang akan menentukan masa depan negara," katanya berucap merasmikan kempen 'Secupak Budi Sepenuh Hati' di sini, hari ini. Program kemasyarakatan Padiberas Nasional Berhad (Bernas) itu bertujuan membantu anak-anak yatim pelbagai kaum dan agama di seluruh negara. Melalui kempen itu, Bernas akan menyumbang 25 gram beras bagi pembelian setiap pek 10 kilogram dari mana-mana kedai di seluruh negara dan akan disalurkan kepada rumah-rumah anak yatim yang terpilih. Menurut Muhyiddin, kerajaan prihatin dan sedar bahawa dengan bantuan yang sesuai serta dorongan, kanak-kanak kurang bernasib baik boleh berjaya dalam pelajaran dan memenuhi aspirasi menjadi remaja yang bertanggungjawab dan warganegara yang maju. Pada masa sama, katanya, kerajaan bertanggungjawab mengukuhkan dasar dan undang-undang bagi memastikan persekitaran negara terpelihara daripada anasir yang boleh menggugat kemakmuran dan perpaduan rakyat serta kemajuan ekonomi. Dengan persekitaran yang kondusif itu kata beliau, sektor korporat dan swasta berpeluang meningkatkan keuntungan syarikat seterusnya berkongsi melalui pelbagai kempen dan aktiviti kebajikan untuk golongan kurang bernasib baik. "Menjadi harapan kerajaan agar usaha meningkatkan sosioekonomi itu turut didukung oleh pihak swasta dan NGO dalam agenda meningkatkan kebajikan golongan kurang berkemampuan. Ia terutama anak-anak yatim yang sangat memerlukan bantuan terutama makanan, kediaman dan pelajaran," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. | ||
Najib lawat masjid, tinjauan mesra di pasar tani Posted: Najib lawat masjid, tinjauan mesra di pasar tani
ALOR SETAR 28 Julai - Hasrat masyarakat Islam di sekitar Taman Wira Mergong di sini untuk memiliki sebuah masjid yang lebih besar dan selesa bakal menjadi kenyataan apabila kerajaan Persekutuan meluluskan peruntukan sebanyak RM1.12 juta bagi tujuan itu. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang dalam lawatan kerja sehari ke negeri ini hari ini, memulakan atur cara beliau dengan melawat masjid tersebut dan mendengar taklimat berhubung projek pembesarannya. Taklimat disampaikan oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan Teknikal Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri Kedah, Ab. Ghapar Daud. Selepas melawat masjid itu, Perdana Menteri melakukan tinjauan mesra dengan bertemu orang ramai dan peniaga di tapak pasar tani Taman Wira yang terletak berdekatan masjid berkenaan. Turut hadir adalah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; dua Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon dan Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Menteri Perumahan, Kerajaan Tempatan, Datuk Chor Chee Heung dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Ahmad Bashah Md. Hanipah. Dalam tinjauan mesra itu, Perdana Menteri turut meninjau penyediaan bubur lambuk oleh peserta pasar tani untuk diedarkan kepada orang ramai sempena kedatangan Ramadan. Sementara itu, seorang peniaga gerai minuman, Fazri Masari, 26, menyifatkan ia mungkin pengalaman sekali seumur hidupnya apabila dapat menyediakan teh tarik untuk Perdana Menteri. Seorang peniaga pasar tani, Kamaruddin Hamid, 33, pula berkata, kunjungan Najib dan pemimpin lain ke pasar tani dan medan selera terbabit menunjukkan keprihatinan kepimpinan tertinggi negara dalam membela nasib rakyat. | ||
Kempen bantu 150 rumah kebajikan Posted: Kempen bantu 150 rumah kebajikanKUALA LUMPUR 28 Julai - Kempen Secupak Budi, Sepenuh Hati anjuran Padiberas Nasional Berhad (Bernas) bakal memberi sinar baru kepada anak-anak yatim di kira-kira 150 rumah kebajikan seluruh negara. Pengerusi Bernas, Datuk Wira Syed Abdul Jabbar Syed Hassan Shahabudin berkata, menerusi kempen itu sebanyak 25 gram beras daripada setiap pembelian pek 10 kilogram beras Bernas akan disumbangkan kepada rumah anak-anak yatim pelbagai kaum dan agama. "Kempen ini akan diadakan dalam tempoh tiga hingga empat tahun atau sehingga 150 rumah anak yatim yang dikenal pasti oleh Bernas menerima sumbangan ini," katanya selepas pelancaran kempen itu di sini, hari ini. Pelancarannya disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan turut dihadiri oleh Timbalan Menteri Pertanian, Chua Tee Yong. Syed Abdul Jabbar menambah, kempen itu adalah atas tanggungjawab sosial korporat (CSR) Bernas untuk mendekati rakyat dan menjadikan mereka masyarakat yang prihatin dan pemurah. Jelasnya, orang ramai juga boleh menyemak dan mendapatkan maklumat mengenai kempen itu serta rumah-rumah anak yatim yang mendapat manfaat daripadanya dengan melayari laman web www.bowls4humanity.com yang turut dilancarkan hari ini. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Dalam Negeri To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan