Jumaat, 29 Julai 2011

Utusan Online - Johor


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


4,000 kunjungi karnival kerjaya

Posted:

4,000 kunjungi karnival kerjaya

4,000 kunjungi karnival kerjaya

Oleh MOHAMAD FIKRI ROSLY
utusanjohor@utusan.com.my


Orang ramai mendapatkan pelbagai maklumat pada Karnival Program Kerjaya, Perniagaan dan Kemahiran (Kepak) 2011 di Bandar Penawar, Kota Tinggi, semalam.


KOTA TINGGI 28 Julai – Kira-kira 4,000 pengunjung menyertai hari pertama Karnival Program Kerjaya, Perniagaan dan Kemahiran (Kepak) 2011 Peringkat Daerah Kota Tinggi yang diadakan di Bandar Penawar, di sini hari ini.

Karnival di Kompleks Rakan Muda Sukan Air dan Udara ini diadakan sebulan selepas ia julung kali dianjurkan kerajaan negeri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, Johor Bahru bulan lalu dengan kejayaan menarik lebih 20,000 pengunjung.

Program bermula hari ini hingga Sabtu ini menawarkan pelbagai peluang pekerjaan, perniagaan dan latihan kemahiran kepada orang ramai ini bermula dari pukul 9 pagi hingga 6 petang.

Program hari pertama lebih tertumpu kepada pameran gerai pelbagai syarikat serta agensi kerajaan yang menawarkan pelbagai peluang pekerjaan selain program kerjaya dan memburu harta karun oleh Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA).

Naib Presiden Pembangunan Sosial IRDA, Mohd. Amin Othman berkata, sebanyak tiga sesi memburu harta karun diadakan hari ini dan dua lagi esok dengan matlamat pengunjung terutama lepasan sekolah dan siswazah pergi ke semua 100 gerai pameran.

"Sebelum itu kita adakan program Kesedaran Sebelum Berubah atau ABC (Awareness Before Change) dengan memberikan pendedahan tentang apa yang akan berlaku di Iskandar Malaysia menjelang 2020.

"Ini penting kerana pelajar dan lepasan sekolah masa kinilah yang bakal menjadi penggeraknya. Kita tidak mahu Malaysia, terutama negeri Johor bergantung kepada kepakaran dari luar negara seperti Dubai, Emiriah Arab Bersatu kerana apabila kegawatan ekonomi melanda, semua tenaga pakar akan lari," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Jelas beliau, Kepak 2011 diadakan dengan tujuan menyedarkan orang ramai bahawa ada banyak cara untuk mereka menambah pendapatan baik melalui perniagaan atau bekerja secara sambilan di samping kerjaya hakiki.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati sambutan pada hari pertama adalah menggalakkan dengan penyertaan golongan belia lepasan sekolah, lepasan pusat latihan kemahiran dan institusi pengajian tinggi, memberi gambaran sasaran sekurang-kurangnya 10,000 pengunjung akan menjadi kenyataan.

Bagi pelajar Sekolah Suka Tunku Mahkota Ismail, Mohamad Nur Azri Azmi, 16, kunjungan bersama rakan lain ke Kepak 2011 Peringkat Daerah Kota Tinggi ini memberi banyak pendedahan penting kepadanya.

"Kami baru lepas melawat gerai pameran tentera yang memaparkan senjata-senjata dengan maklumat mengenainya. Selain penerangan kerjaya sebagai anggota tentera di situ, gerai-gerai lain turut memberi maklumat berguna kepada saya dan rakan lain," katanya.

Bagi Rafizah Ta'at, 39, dari Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Takzim (YPKDT) Kota Tinggi, menyifatkan Kepak 2011 kali ini memberi peluang untuk mendedahkan kepada masyarakat setempat berkaitan program ibu tunggal yang dikelolakan.

Katanya, hebahan mengenai karnival ini perlu diperhebatkan di kesemua 28 tanah rancangan Felda di daerah ini kerana peluang pendedahan sebegini adalah amat penting bagi masyarakat setempat.

"Kami di unit wanita dan pertubuhan bukan kerajaan di bawah YPKDT Kota Tinggi percaya penyertaan dalam karnival ini akan banyak memberi manfaat kepada semua, terutama golongan ibu tunggal di daerah ini," katanya lagi.

Akhbar Utusan Malaysia sekali lagi dilantik sebagai media rasmi dalam Kepak 2011 kali ini yang akan dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan negeri, Asiah Md. Ariff.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

200 pelatih ABM ikuti Bertam tahun ini

Posted:

200 pelatih ABM ikuti Bertam tahun ini

200 pelatih ABM ikuti Bertam tahun ini


Osman Sapian (tiga dari kanan) menyampaikan kad Kelab Kontraktor Wawasan Colourland kepada salah seorang peserta Seminar Kerja-kerja Mengecat Untuk Teknologi Hijau di Bangunan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan di Johor Bahru, semalam.


JOHOR BAHRU 28 Julai - Seramai 200 pelatih Akademi Binaan Malaysia (ABM) wilayah Selatan mengikuti Program Belia Tempatan Mahir (Bertam) tahun ini.

Ketua Pegawai Operasinya, Supian Musa berkata, daripada jumlah itu, 150 pelatih telah tamat latihan, manakala selebihnya masih mengikuti program tersebut.

"Program ini memberi pendedahan sebenar kepada pelatih kerana latihan dalam program ini tidak terbatas di kelas atau bengkel tetapi dilakukan di rumah taman dan flat.

"ABM mendapat kerjasama dengan Colourland Paints Sdn. Bhd., dan program berkenaan ditaja oleh pihak Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA).

"Tujuan program ini supaya pelatih dapat menguasai teknik serta kemahiran mengecat dengan cepat dan betul," katanya.

Beliau berkata demikian pada Seminar Kerja-kerja Mengecat Untuk Teknologi Hijau di Bangunan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) di sini, hari ini.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas, Datuk Osman Sapian; Pengurus Besar Colourland, Goh Chye Him.

Supian berkata, jumlah penyertaan pelatih pada tahun ini meningkat lebih sekali ganda berbanding 80 pelatih yang diambil pada Disember tahun lalu.

Sementara itu, Chye Him berkata, pihaknya akan menyediakan pegawainya di setiap kawasan mengecat bagi memastikan pelatih mendapat bimbingan dan cara mengecat yang betul.

Menurutnya, teknik mengecat perlu dikuasai selain mengetahui kandungan cat Colourland yang mesra alam dan tidak memudaratkan alam sekitar.

Pihaknya menyasarkan seramai 10,000 kontraktor yang berdaftar dengan CIDB akan menjadi ahli kelab Kontraktor Wawasan Colourland.

Menurutnya, pelbagai kemudahan serta keistimewaan diperoleh ahli, antaranya pakej tawaran murah syarikat tersebut, baucar dan latihan mengecat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved