Utusan Online - Sukan |
Posted: Belum selamatOleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN dan FERZALFIE FAUZI
KUALA LUMPUR - Masih belum selamat. Kemenangan 2-1 ke atas Taiwan tidak memberikan sebarang jaminan apabila skuad negara bertandang ke Taipei dalam perlawanan kedua kelayakan Piala Dunia 2014, Ahad ini. Harimau Malaya tidak sepatutnya membenarkan Taiwan pulang dengan satu gol yang hanya meletakkan anak-anak buah Datuk K. Rajagobal tidak terlepas menghadapi situasi cemas, sekalipun menang di Bukit Jalil, semalam. Sekurang-kurangnya dengan kelebihan dua gol hasil jaringan kapten pasukan, Safiq Rahim pada minit ke-27 dan Aidil Zafuan Abd. Radzak pada minit ke-54, kempen awal Malaysia tampak meyakinkan sebelum gawang negara dirobek lawan tatkala pertahanan kita alpa seketika. Nada Rajagobal tampak sedikit kecewa selepas dua gol yang meletakkan Malaysia agak selesa, akhirnya bertukar kepada situasi mencemaskan. ''Rentak permainan kita tidak mencapai seperti apa yang dikehendaki.'' Itu rumusan Rajagobal ketika skuad kebangsaan gagal mencari bekalan selesa dalam pusingan pertama kelayakan Piala Dunia 2014 untuk bertandang ke padang lawan, Ahad ini. Menurutnya, pemain negara melepaskan peluang untuk mencatat jaringan lebih baik, apabila gagal memanfaatkan peluang menambah gol walaupun mendahului lawan 2-0. "Namun, sebaliknya pasukan lawan pula yang menggegarkan gawang skuad kita, yang memberikan mereka kelebihan apabila beraksi di tempat sendiri selepas ini. "Apa yang dapat saya katakan rentak permainan kita malam ini tidak seperti yang diharapkan sehingga gagal mencari bekalan selesa untuk aksi kedua nanti," tegasnya. Pada perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam, Malaysia selesa mendahului 2-0 menerusi jaringan Safiq dan Aidil Zafuan. Namun, kelekaan barisan pertahanan skuad negara menyebabkan gawang dibolosi pada minit ke-75 oleh Chen Po Liang. Tambah Rajagobal, babak pertama memperlihatkan betapa pasukan negara mempamerkan kesungguhan walaupun bermula tidak begitu agresif pada 20 hingga 30 minit pertama perlawanan. Katanya, selepas beliau membuat pertukaran pada kedua-dua bahagian sayap, corak permainan pasukan kebangsaan mula agresif. "Selepas pertukaran dibuat barulah kita lihat beberapa pergerakan menarik sehingga menjaringkan dua gol. "Ketika itu saya harap pemain dapat menjaringkan gol ketiga sebagai bekalan selesa apabila beraksi di tempat lawan di padang mereka. "Namun, pemain gagal menterjemahkan beberapa peluang gol yang mereka peroleh. Malah, bahagian pertahanan mula tidak berdisiplin apabila saya membuat pertukaran ekoran kecederaan yang dialami Safee Sali. "Peluang kita belum berakhir dan saya berazam untuk kami beraksi dengan lebih baik pada aksi di tempat lawan selepas ini," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
Taktik bertahan Taiwan menjadi Posted: Taktik bertahan Taiwan menjadiOleh DAYNE AZMIN dan FERZALFIE FAUZI
KUALA LUMPUR - Tewas 1-2 kepada Malaysia dalam perlawanan pusingan pertama kelayakan Piala Dunia 2014 di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam tidak bermakna perjuangan Taiwan sudah berakhir. Malah jurulatihnya, Lo Chih-Tsung menganggap corak yang mereka pamerkan ketika beraksi di tempat lawan semalam, amat berbeza jika hendak dibandingkan ketika mereka bermain di gelanggang sendiri. "Sekurang-kurangnya misi kami sudah tercapai memperoleh jaringan di tempat lawan, tetapi kami tidak akan mempamerkan corak seperti ini pada perlawanan timbal balik nanti, kami akan lebih menyerang," katanya. Jelasnya, Taiwan lebih dikenali dengan corak permainan menyerang, namun beraksi menentang Malaysia di tempat lawan semalam, menyebabkan mereka terpaksa menukar taktik kepada bertahan. "Kami akan menunjukkan kepada Malaysia bagaimana untuk bermain secara menyerang di sana nanti (Ahad ini), tidak ada siapa yang mahu kalah tetapi kami sudah cuba yang terbaik. "Saya menerima dengan baik keputusan ini, berjaya menghasilkan satu gol di tempat lawan akan memberi kelebihan buat kami, kami sedar kami beraksi dengan sebuah pasukan yang kuat," katanya. Chih-Tsung berkata, kehadiran penyokong yang ramai memberikan sedikit tekanan buat pasukannya, kerana mereka tidak pernah bermain dengan kuantiti stadium seramai lebih 45,000 penonton. "Melihat kepada sejarah Taiwan memang kami beraksi di stadium yang bilangan penontonnya amat sedikit," katanya, yang masih berharap Taiwan mampu mencatat kemenangan walaupun tewas 1-2 di tempat lawan. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan