Rabu, 29 Jun 2011

Utusan Online - Pahang


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pahang


Kedap buka minda Orang Asli

Posted:

Kedap buka minda Orang Asli

Kedap buka minda Orang Asli

Oleh MUSAZLILA MUSTAPAR
utusanpahang@utusan.com.my


SEBAHAGIAN tenaga pengajar yang diberi tanggungjawab mendidik peserta Kedap yang terdiri daripada masyarakat Orang Asli di SK Felda Jenderak Selatan, Temerloh.


TEMERLOH 29 Jun - Masalah buta huruf melibatkan orang dewasa dalam kalangan masyarakat Orang Asli sekitar Kuala Krau kini semakin berkurangan.

Ia berikutan pelbagai usaha yang dijalankan kerajaan untuk memastikan kaum minoriti itu tidak ketinggalan daripada arus pembangunan perdana.

Antara usaha yang dijalankan termasuk mengadakan Kelas Dewasa Ibu Bapa Murid Asli dan Peribumi (Kedap).

Bagi merealisasikan hasrat itu, satu program motivasi dan pelancaran Kedap diadakan di Dewan Seri Jenderak, Sekolah Kebangsaan Felda Jenderak Selatan (SKJS), dekat sini baru-baru ini.

Program itu dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jenderak, Datuk Mohamed Jaafar.

Turut hadir pada majlis itu, Guru Besar SKJS, Shahrir Othman, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Zaidi Abu dan Batin Paya Rekoh, Awang Dingkil.

Seramai 19 orang dewasa dari dua perkampungan Orang Asli iaitu Paya Rekoh dan Berdut mengikuti kelas tersebut.

Mohamed berkata, penurunan kadar buta huruf dalam kalangan Orang Asli kerana mereka mulai sedar kepentingan membaca, menulis dan mengira (3M) dalam kehidupan seharian.

Menerusi Kedap, tegas beliau, pihaknya bertekad untuk mencapai sifar buta huruf di kalangan masyarakat Orang Asli dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Jenderak yang seramai 3,852 orang itu.

"Salah satu cara yang dapat kita bantu terutama golongan ibu bapa dan warga emas Orang Asli di sini keluar daripada kepompong buta huruf dengan menggalakkan mereka menyertai Kedap.

"Kedap diperkenalkan kepada masyarakat Orang Asli Kampung Penderas dekat sini beberapa tahun lalu. Sambutan yang diterima sangat menggalakkan dan mereka seolah-olah menantikan wujudnya kelas seumpama ini.

"Melihat sambutan yang begitu baik, kita meneruskan lagi Kedap di dua perkampungan yang agak jauh dalam DUN ini iaitu Paya Rekoh dan Berdut," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Mohamed berkata, pihaknya bangga melihat perkembangan masyarakat DUN Jenderak kerana bukan sahaja mempunyai prasarana lengkap seperti bekalan elektrik, air, jalan raya, sistem telekomunikasi dan projek perumahan rakyat termiskin (PPRT) malah mampu menguasai ilmu pengetahuan.

Beliau yang juga Ketua Penerangan UMNO Bahagian Kuala Krau berkata, selain pembangunan infrastruktur dan ekonomi, kerajaan giat membangunkan masyarakat Orang Asli di DUN ini melalui pendidikan.

Mohamed mahu melihat semua penduduk Orang Asli dalam kawasan DUN Jenderak menguasai 3M supaya mereka dapat membangunkan lagi perkampungan mereka dengan lebih tersusun dan bersistematik.

"Kita lihat semakin ramai Orang Asli di sini terutama ibu bapa dan warga emas sudah boleh membaca buku dengan baik selepas menyertai Kedap. Ini merupakan perkembangan yang baik kerana mereka dapat mengetahui sesuatu perkara dengan lebih jelas melalui pembacaan.

"Dengan kemahiran 3M, kita harap ibu bapa dapat memantau perkembangan pembelajaran anak masing-masing di rumah. Kita tidak mahu ibu bapa hanya meletakkan tanggungjawab mengajar anak-anak di bahu pihak sekolah semata-mata," katanya.

Mohamed berkata, pihaknya yakin dengan kebolehan membaca, masyarakat Orang Asli tidak mudah tertipu dengan dakyah pihak tidak bertanggungjawab malah dapat mencari dan membaca sesuatu isu melalui sumber yang lebih tepat.

Katanya, masyarakat Orang Asli tidak boleh mempercayai sebarang khabar angin tetapi perlu menyelidiki isu tersebut melalui sumber yang boleh dipercayai.

"Sebab itu kita mahu melihat Orang Asli keluar daripada masalah buta huruf supaya mereka tidak mudah tertipu dengan kata-kata atau isu pihak yang tidak bertanggungjawab.

"Saya juga menyarankan supaya masyarakat Orang Asli membaca akhbar setiap hari supaya mengetahui perkembangan semasa dalam dan luar negara.

''Jika pihak tidak bertanggungjawab cuba mengelirukan pemikiran mereka, sudah pasti mereka dapat membidas kembali isu tersebut dengan fakta yang lebih tepat melalui pembacaan dan pengetahuan semasa," katanya.

Dalam perkembangan lain, Mohamed melahirkan rasa gembira kerana sembilan perkampungan Orang Asli DUN tersebut mempunyai infrastruktur lengkap.

"Jika kita masuk ke perkampungan Orang Asli di Kuala Krau bermula di Paya Mendoi, Penderas, Pasu, Lubok Wong, Pian, Seboi dan Terboi, pasti kita tidak menyangka perkampungan mereka membangun dengan pesat.

"Selain itu, dua perkampungan Orang Asli di Felda Jenderak Selatan iaitu Paya Rekoh dan Berdut juga mempunyai pembangunan yang membanggakan.

''Paya Rekoh merupakan perkampungan Orang Asli tersusun kerana kerajaan membina semua rumah Orang Asli di sini melalui PPRT," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Bantu peserta tingkatkan kemahiran 3M

Posted:

Bantu peserta tingkatkan kemahiran 3M

Bantu peserta tingkatkan kemahiran 3M

TEMERLOH 29 Jun – Masyarakat Orang Asli Kuala Krau di sini mahu memanfaatkan kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M) untuk meneroka lebih banyak ilmu pengetahuan serta membantu pembelajaran anak masing-masing.

Menurut mereka, Kelas Dewasa Ibu Bapa Murid Asli dan Peribumi (Kedap) banyak membantu mereka menguasai 3M yang amat penting dalam perkembangan dunia masa kini.

Salah seorang peserta Kedap, Kamal Abdullah, 46, berkata, dia mahu melihat anak-anaknya berjaya dalam pelajaran dan masalah buta huruf yang dihadapinya sebelum ini membataskannya memantau perkembangan pelajaran mereka.

Dia bertekad menyertai Kedap kerana mahu memajukan masyarakat Orang Asli dan menggalakkan lebih ramai ibu bapa buta huruf untuk sama-sama menyertai kelas itu.

"Saya bertekad mahu keluar daripada masalah buta huruf kerana negara kita kian maju dan sudah tentu rakyatnya juga perlu tahu perkembangan semasa dengan pembacaan. Saya juga mahu lihat anak-anak saya berjaya dalam pelajaran dan sebab itu saya mahu memantau perkembangan mereka.

"Saya juga mahu memastikan masyarakat Orang Asli di kampung saya boleh membaca dan mengira dengan baik untuk kebaikan bersama," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Seorang lagi peserta, Hadi Busu, 32, berkata, selepas menyertai Kedap, dia mampu membaca walaupun terpaksa mengeja perlahan-lahan.

Selepas menyertai kelas itu, dia sedar kepentingan membaca dalam kehidupan dan bertekad menjadikan buku atau akhbar sebagai teman hariannya.

"Kami di sini sangat berterima kasih dengan wujudnya program Kedap yang membolehkan masyarakat Orang Asli belajar 3M. Saya begitu bersemangat untuk belajar dan mahu memastikan anak-anak saya mendapat pendidikan sempurna untuk masa depan mereka," katanya.

Seorang suri rumah, Ani Kandas, 39, pula berkata, sebagai ibu, sudah pasti dia mahu memantau perkembangan pelajaran anak-anak di rumah dan memastikan mereka membuat kerja rumah dengan sebaiknya.

Dia mahu menaikkan semangat anak-anaknya untuk lebih tekun belajar dengan menjadikan dirinya sebagai contoh kerana dalam usia dewasa juga masih mampu belajar.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

MUIP bantu remaja terlanjur

Posted:

MUIP bantu remaja terlanjur

MUIP bantu remaja terlanjur

KHAIRATUL AINAL ABDUL KARIM
utusanpahang@utusan.com.my

KUANTAN 29 Jun – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) bersedia memberi perlindungan kepada golongan remaja hamil akibat keterlanjuran supaya kebajikan mereka terbela.

Timbalan Yang Dipertua MUIP, Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan berkata, pihaknya akan mencari tempat tinggal dan menanggung semua kos perubatan kepada wanita terbabit dan bayinya.

Menurut beliau, pihaknya sangat prihatin dan rasa bertanggungjawab dengan masalah yang membelenggu golongan wanita atau remaja yang terlanjur.

"Banyak yang kita dengar dan lihat apabila ada kes seumpama ini, remaja atau wanita terbabit tiada hala tuju dan akhirnya memilih membuang bayi mereka.

"Bagi mengelakkan perkara sedemikian berterusan, kami dengan rasa tanggungjawab bersedia memikul dan membantu kaum wanita ini sehingga mereka melahirkan anak mereka," katanya ketika ditemui pada majlis penyampaian sumbangan sempena program Ziarah Prihatin pesakit-pesakit di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, hari ini.

Menurut Wan Abdul Wahid, setakat ini, pihaknya telah menerima beberapa kes seumpama itu dan telah diberi tempat perlindungan sesuai.

"Kos perubatan untuk ibu dan anak itu ditanggung sepenuhnya oleh MUIP. Mudah-mudahan mereka yang pernah melakukan kesilapan dan terlanjur insaf dan sedar.

"Kita berharap isu yang melanda masyarakat kini terutama masalah pembuangan bayi dapat dibendung dan dicegah," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved