Rabu, 29 Jun 2011

Utusan Online - Selatan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


KAYM, TNB jalin kerjasama

Posted:

KAYM, TNB jalin kerjasama

KAYM, TNB jalin kerjasama

Oleh NORIZAN ABDUL MUHID
utusanmelaka@utusan.com.my


ANTARA kemudahan pembelajaran dalam bidang elektrik di Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka yang menarik minat kerjasama Ilsas dengan kolej universiti itu di Melaka, semalam.


MELAKA 28 Jun – Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka (KAYM) akan menjalinkan kerjasama dengan TNB Integrated Learning Solution Sdn. Bhd. (Ilsas) dalam mewujudkan kursus pengajian yang bersesuaian dengan keperluan pasaran kerja masa depan.

Ketua Eksekutif KAYM, Datuk Saroni Judi berkata, perbincangan telah diadakan dengan agensi terbabit bagi mengenal pasti kerjasama yang sesuai khususnya pertukaran program latihan kemahiran dalam bidang elektrik.

Bagi tujuan itu, katanya, satu mesyuarat diadakan antara pihaknya dengan Ilsas yang diwakili Pengarah Urusannya, Ir. Khalidah Harun baru-baru ini

"Pada pertemuan itu, pihak Ilsas menyatakan rasa puas hati mereka dengan pencapaian KAYM terutama dalam bidang elektrik.

"Menerusi itu juga, pihak berkenaan turut menawarkan biasiswa kepada 20 pelajar KAYM bagi melanjutkan pengajian mereka di peringkat diploma dalam jurusan elektrik atau chargeman," katanya selepas mesyuarat kerjasama antara kedua-dua pihak itu di sini, hari ini.

Katanya, bidang elektrik diberi penumpuan disebabkan ia merupakan salah satu bidang pekerjaan yang mendapat permintaan tinggi di kalangan majikan.

"Keperluan tenaga mahir dalam bidang ini kini meningkat, oleh itu, kita merasakan bertanggungjawab untuk memenuhi keperluan tenaga kerja dalam bidang elektrik mengikut keperluan pasaran kerja sedia ada," katanya.

Pada mesyuarat itu, kata Saroni, pihak Ilsas turut dibawa melawat kemudahan pembelajaran latihan kemahiran KAYM seperti bilik kuliah, perpustakaan, makmal, bengkel elektrik dan bilik chargeman.

Katanya, sebagai penghargaan kepada Ilsas kerana bersedia membantu kolej itu meningkatkan kemahiran dalam bidang elektrik, KAYM memberi jaminan akan bekerjasama dengan agensi itu dalam mendapatkan persijilan dan akreditasi bidang kimpalan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

UTeM pamer kualiti melalui Bakti Siswa

Posted:

UTeM pamer kualiti melalui Bakti Siswa

UTeM pamer kualiti melalui Bakti Siswa


Mohamed Khaled Nordin (kanan) tertarik dengan ciptaan kereta lumba yang dihasilkan pelajar UTeM sambil diperhatikan Ahmad Yusoff Hassan pada program Bakti Siswa di Johor Bahru, baru-baru ini.


MELAKA 28 Jun - Bagi menjalinkan hubungan lebih akrab dengan masyarakat setempat, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) menganjurkan program Bakti Siswa di Taman Mawar, Pasir Gudang, Johor Bahru baru-baru ini.

Menurut kenyataan UTeM, program selama empat hari itu dirasmikan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan turut dihadiri Naib Canselor UTeM, Datuk Dr. Ahmad Yusoff Hassan.

Program yang bertemakan UTeM Attack itu turut menyelitkan acara Karnival Pengajian Teknikal dan Teknologi yang disertai semua wakil fakulti dan beberapa Pusat Tanggungjawab (PTj) UTeM termasuk membuka gerai pameran serta produk kajian teknikal masing-masing.

Dr. Ahmad Yusoff berkata, melalui program Bakti Siswa itu, masyarakat daripada pelbagai peringkat dapat mengenali serta memahami fungsi penubuhan UTeM sebagai universiti teknikal.

"Sambutan masyarakat terhadap penganjuran Bakti Siswa baru-baru ini amat menggalakkan, ternyata ramai pengunjung berminat melihat hasil pameran terutama produk penyelidikan UTeM yang berjaya mendapat pengiktirafan antarabangsa," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurutnya, selain meningkatkan kefahaman masyarakat tentang fungsi UTeM sebagai universiti teknikal, pihaknya berharap pengunjung Bakti Siswa memahami kesungguhan UTeM melahirkan lebih ramai graduan berkemahiran tinggi pada masa depan.

Pada masa sama, kata beliau, menerusi program itu, pihaknya membuka peluang kepada pelajar universiti itu untuk meningkatkan komunikasi dengan masyarakat yang datang dari pelbagai latar belakang bangsa dan budaya.

"Kita dapati melalui program seperti ini, ia berjaya membentuk semangat perpaduan, pemuafakatan dan mewujudkan jalinan erat antara pihak UTeM, pelajar dan penduduk setempat," katanya.

Jelas beliau, antara pengisian aktiviti program Bakti Siswa selama empat hari itu ialah program anak angkat, sukaneka, riadah futsal, siswa 'membanting tulang' dan kenduri antara jiran.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

130 mahasiswa FKPM UiTM sertai kem modal insan

Posted:

130 mahasiswa FKPM UiTM sertai kem modal insan

130 mahasiswa FKPM UiTM sertai kem modal insan


SEBAHAGIAN mahasiswa Fakulti Komunikasi Pengajian Media, Universiti Teknologi Mara kampus Melaka menyertai Kem Pembangunan Modal Insan di Kem Saujana Asahan, Melaka, baru-baru ini.


JASIN 28 Jun - Seramai 130 penuntut Fakulti Komunikasi Pengajian Media (FKPM) Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Melaka menghadiri Kem Pembangunan Modal Insan selama tiga hari di Kem Saujana Asahan baru-baru ini.

Penasihat Program, Anwar Fahmi Abdullah berkata, perasmian program disempurnakan Rektor UiTM Melaka, Datuk Prof. Dr. Mizan Hitam.

Menurutnya, antara objektif program itu ialah meningkatkan kesedaran diri penuntut terhadap aspek disiplin, pemantapan akademik dan kerohanian dalam usaha memperkasakan golongan mahasiswa seperti diharapkan kerajaan.

"Kem Pembangunan Modal Insan merupakan sebahagian program luar kampus anjuran UiTM yang turut menekankan aspek kerja berpasukan dan yakin kebolehan sendiri serta membantu meningkatkan disiplin diri," katanya di sini, hari ini.

Katanya, antara pengisian aktiviti sempena Kem Pembangunan Modal Insan itu adalah ceramah, pembentangan kertas kerja, ceramah meningkatkan Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA), ceramah pembentukan diri, cara hindari jenayah dan soal jawab bersama Setiausaha Politik Menteri Pengajian Tinggi, Khairi A. Malik.

Kata beliau, melalui sesi soal jawab bersama Khairi, tumpuan perbincangan menjurus kepada isu semasa yang berlaku melibatkan mahasiswa.

Menurut Anwar Fahmi, selain ceramah, penuntut turut didedahkan dengan aktiviti luar seperti mengikuti trek hutan, flying fox dan rapelling.

"Program tersebut dilihat banyak membantu merapatkan hubungan antara penuntut UiTM dengan pensyarah di mana mereka berkongsi bakat dan kemahiran dalam pelbagai bidang seperti nyanyian, memimpin solat sebagai imam dan berpidato.

"Penuntut juga berpeluang memperoleh petua berguna sepanjang tiga hari menyertai kem khususnya membantu mereka meningkatkan kualiti pembelajaran di kampus," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved