Utusan Online - Muka Hadapan |
- Tarikan baru ibu negara
- Najib ajak umat Islam hayati Israk Mikraj
- Keusahawanan penting jana kekayaan, inovasi
Posted: Tarikan baru ibu negaraOleh SAIFULIZAM MOHAMAD NAJIB Tun Razak bersama Rosmah Mansor memberi makanan ikan pada majlis perasmian Taman Botani Perdana di Kuala Lumpur, semalam. Turut hadir Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, M. Saravanan dan Ahmad Fuad Ismail. – BERNAMA KUALA LUMPUR 28 Jun – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyifatkan perubahan Taman Tasik Perdana kepada Taman Botani Perdana sebagai satu bentuk transformasi dalam usaha menjadikan ia sebagai salah satu tarikan baru bagi ibu kota. Bukan itu sahaja, malah Perdana Menteri turut menganggap perubahan itu sebagai satu detik bersejarah serta mercu tanda baru bagi kawasan Kuala Lumpur kerana sebahagian besar kota raya terkenal mempunyai taman botanikal atau taman rekreasi yang indah. Sebagai contoh, beliau berkata, seperti Hyde Park dan Kew Gardens di London, Central Park di New York, The Royal Botanical Gardens di Melbourne dan Taman Orkid Nasional di Singapura. "Jika dibandingkan kita juga memiliki kekayaan alam semula jadi yang tiada tolok bandingnya. Hakikatnya Malaysia merupakan salah satu daripada 12 negara mega diversiti yang memiliki lebih daripada 170 ribu spesies flora dan fauna. "Atas faktor ini, saya percaya Taman Botani Perdana mampu menjadi tarikan pelancong utama dunia apatah lagi lokasinya yang strategik iaitu terletak di tengah-tengah ibu kota,'' katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Taman Botani Perdana di sini hari ini. Hadir sama isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Douglas Uggah Embas, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk M. Saravanan dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail. Najib berkata, kewujudan taman itu juga merupakan tanda kesungguhan kerajaan untuk menyediakan kualiti hidup yang lebih sihat kepada rakyat. Katanya, dengan adanya tanaman hijau serta tasik di taman tersebut sudah tentu ia dapat membekalkan udara lebih bersih sekali gus memberi manfaat kepada mereka yang menggunakan taman berkenaan untuk pelbagai aktiviti. "Saya juga terfikir untuk melakukan satu aktiviti yang saya kira wajib bagi semua ketua negara yang melawat Malaysia iaitu menanam pokok di laman perdana yang terdapat di taman ini,'' katanya. Dalam pada itu di dalam ucapannya, Najib sempat mengimbau kenangan ketika tinggal di kediaman berhampiran di taman tersebut semasa kecil. "Pada masa itu keadaannya amat berbeza. Air tasik seperti teh susu dan paling saya tidak boleh lupa di taman ini sering menjadi 'medan kereta rosak'. "Ini semua menjadi kenangan kepada saya,'' katanya berseloroh. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
Najib ajak umat Islam hayati Israk Mikraj Posted: Najib ajak umat Islam hayati Israk MikrajKUALA LUMPUR 28 Jun - Umat Islam diseru menghayati dan menginsafi peristiwa Israk Mikraj yang terkandung di dalamnya pelbagai pengajaran khususnya berkaitan dengan pelaksanaan ibadat solat. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ibadat solat mesti dititikberatkan sebagai wahana membentuk keunggulan peribadi Muslim dan tonggak kekuatan umat Islam. Menurut beliau, keperibadian unggul umat Islam akan melahirkan semangat perpaduan yang akan menatijahkan keamanan sesebuah negara. ''Tanpanya, maka individu Muslim akan lemah, sentiasa sukakan perpecahan dan tidak pentingkan keharmonian, malah bencikan keamanan yang ada. ''Dalam konteks negara, dengan rahmat peristiwa Israk dan Mikraj, maka kita juga sedang meniti satu perjalanan yang hebat bersama-sama rakyat menuju Wawasan 2020. Kita sedang melaksanakan Program Transformasi Kerajaan dan Program Transformasi Ekonomi. ''Ini bagi membuktikan kemajuan dan kesungguhan kerajaan untuk membangunkan negara tercinta ini. Transformasi ini juga memerlukan keberanian dan perubahan minda secara menyeluruh dan memerlukan pencapaian yang berganda serta luar biasa,'' katanya. Beliau berkata demikian dalam perutusannya sempena sambutan Israk Mikraj yang bakal disambut esok dalam blognya di http://www. 1malaysia.com.my hari ini. Jelas Najib, sambutan Israk Mikraj sememangnya dinantikan oleh seluruh umat Islam kerana kepentingannya dalam mentarbiahkan jiwa manusia ke arah kesempurnaan dan membongkarkan keimanan serta keyakinan umat manusia tentang kekuasaan Allah dan kebenaran kepada kenabian Muhammad SAW. ''Semasa di Masjid al-Aqsa, Allah telah memperlihatkan kepimpinan Rasulullah SAW menjadi titik tolak penyatuan akidah dan syariat di kalangan para anbia yang lain. Justeru baginda menjadi imam solat kepada mereka iaitu kepimpinan bersifat global, bukan hanya untuk kaum atau bangsa tertentu malah kepada keseluruhan manusia sejagat. ''Sesungguhnya hubungan Masjid al-Haram dan Masjid al-Aqsa tidak dapat disangkal oleh individu Muslim yang sayangkan agamanya. Isu Palestin pula merupakan isu yang mesti diperjuangkan oleh umat Islam sebagai agenda penting dakwah bagi membela rakyat Palestin dari kekejaman rejim Israel. ''Semoga seluruh umat Islam dapat menghayatinya dengan penuh insaf peristiwa agung ini untuk menjadikan kita sebagai umat terbaik dalam merintis perpaduan melalui kepelbagaian kaum dan agama,'' tambahnya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
Keusahawanan penting jana kekayaan, inovasi Posted: Keusahawanan penting jana kekayaan, inovasi
MELAKA 28 Jun - Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berkata keusahawanan adalah penting bagi menjana kekayaan dan mendorong inovasi selain menggalakkan persaingan dalam ekonomi global. Beliau berkata, usahawan semakin diiktiraf sebagai pemain yang penting dalam budaya perniagaan dan adalah amat wajar ia dimulakan di kalangan belia. "Bagaimanapun, generasi usahawan akan datang bukan sahaja perlu mengubah perniagaan demi untuk mengejar keuntungan semata-mata. "Mereka perlu membentuk semula hubungan mereka dengan masyarakat dengan menjana nilai ekonomi dalam satu cara yang akan memberikan nilai kepada masyarakat," katanya pada majlis Dialog Belia Antarabangsa Melaka ke-11 anjuran Perhimpunan Belia Sedunia (WAY) di sini, hari ini. Turut hadir Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd. Ali Rustam, Presiden WAY Datuk Ir. Idris Haron dan Presiden World Youth Bank Network (Swiss) Tomislav Bogdanic. Hampir 100 delegasi dari negara anggota WAY menghadiri dialog tiga hari yang bertemakan Membentuk Generasi Usahawan Akan Datang. Rosmah berkata, usahawan sebagai penggerak ekonomi juga akan menjadi satu-satunya golongan yang menjana nilai sosial kepada perniagaan. "Saya percaya bahawa anda juga akan membawa banyak perubahan kepada amalan dan pemikiran perniagaan dan ia menjadi amat penting dalam era hubungan teknologi yang dinamik dengan rangkaian tempatan dan antarabangsa," katanya. - BERNAMA |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Muka Hadapan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan