Utusan Online - Dalam Negeri |
- Kerajaan tidak akan terjebak
- Malaysia setuju bekerjasama hasilkan vaksin influenza
- Pencalonan darjah kebesaran mulai Julai
Posted: Kerajaan tidak akan terjebakOleh Marhaini Kamaruddin
WASHINGTON 28 Jun – Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak akan terjebak dengan perang psikologi yang dilancarkan oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang untuk memenuhi impian pembangkang ke Putrajaya, tegas Tan Sri Muhyiddin Yassin. Timbalan Perdana Menteri berkata, tindakan Kit Siang menguar-uarkan kononnya pembangkang akan menguasai 11 negeri dalam pilihan raya umum akan datang, sebenarnya hanya permainan psikologi untuk membentuk fikiran rakyat agar menyokong mereka. "Itu perang psikologi. Mereka mahu membentuk persepsi dalam fikiran rakyat bahawa tidak guna sokong BN kerana BN akan kalah. Dia mainkan psikologi menang...sokonglah mereka dan mereka akan tubuhkan kerajaan. "Kita tidak akan terjebak kerana yang penting kita harus percaya pada rakyat bahawa dasar perjuangan BN masih relevan. ''Kita telah mula sejak sekian lama dan melangkah ke depan dengan transformasi politik dan ekonomi, ini semua akan memberi impak yang besar... ini yang dibimbangi oleh Kit Siang," katanya kepada wartawan Malaysia selepas melawat Universiti Maryland, College Park dekat sini hari ini. Beliau diminta mengulas kenyataan Ahli Parlimen Ipoh Timur itu semasa berucap pada suatu majlis di Teluk Intan, Perak, malah dipaparkan dalam blognya manakala salinannya dihantar kepada media. Antara lain, Kit Siang mendabik dada bahawa pilihan raya umum akan datang bakal menyaksikan bukan sahaja kerajaan negeri yang menjadi sasaran bahkan kuasa Persekutuan juga akan diambil alih oleh pembangkang. Dalam hal ini, Muhyiddin berkata, hakikatnya pembangkang yang merasa bimbang bahawa peluang untuk menawan Putrajaya akan terbantut kerana trend pilihan raya kecil menunjukkan kemenangan akhir-akhir ini mula berpihak kepada calon BN. "Mereka (pembangkang) menang di beberapa tempat tetapi kalah di beberapa tempat. Mereka rasa bimbang "laluan ke Putrajaya" ini akan terbantut, jadi mereka buat perang psikologi," katanya. Timbalan Perdana Menteri yakin rakyat tidak akan terjebak dengan dakyah dilemparkan namun tidak akan mengambil mudah terhadap pelbagai andaian yang dibuat oleh ahli politik veteran itu. Menurutnya, kerajaan BN dan parti-parti komponen berusaha bersungguh-sungguh untuk memenangi hati rakyat kerana walau apapun andaian yang dibuat, akhirnya yang memutuskan siapa yang patut dipilih sebagai kerajaan ialah rakyat. Pembangkang) boleh kata mereka menang dalam pilihan raya umum dan mendapat banyak kerusi tetapi apa yang penting bagi BN adalah meneruskan agenda kita. "Walaupun pihak pembangkang membuat pelbagai andaian berhubung peluang mereka mengambil alih kerajaan, rakyat yang membuat keputusan dan menentukannya," tegas beliau. Disebabkan itu, kata Muhyiddin, gagasan 1Malaysia dengan slogan 'rakyat didahulukan' amat penting dalam meningkatkan usaha untuk terus mendapat kepercayaan rakyat. "Saya tau cabaran bukan mudah. (Pembangkang) mereka sudah ada cita-cita untuk tumbangkan kerajaan dan laluan ke Putrajaya menjadi sasaran mereka. Justeru kita tak boleh ambil mudah sebaliknya terus menjalin hubungan baik dengan masyarakat menerusi bidang ekonomi, pendidikan, sosial dan sebagainya," ujar beliau. – Utusan Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
Malaysia setuju bekerjasama hasilkan vaksin influenza Posted: Malaysia setuju bekerjasama hasilkan vaksin influenza
WASHINGTON 28 Jun - Malaysia dan Universiti Maryland, College Park, secara prinsipnya bersetuju bekerjasama bagi menghasilkan vaksin penyakit Avian Influenza dan sampar yang pernah 'menyerang' industri ternakan ayam malah mengancam nyawa penduduk di seluruh dunia. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang melawat universiti penyelidikan ke-18 terbaik itu hari ini, cukup tertarik dengan kajian yang dijalankan oleh Profesor Virologi, Dr. Siva K. Samal, yang juga Pengerusi Jabatan Perubatan Haiwan, memandangkan vaksin yang sedia ada di pasaran tidak cukup berkesan untuk mengawal virus mahupun penyakit berkenaan. Justeru, beliau mencadangkan supaya satu kerangka bersama atau memorandum yang menjadi induk antara Malaysia dengan universiti itu disediakan. Ia bagi membolehkan kerjasama lebih konkrit dijalinkan bukan sahaja dalam soal penghasilan vaksin bahkan bidang-bidang lain yang menjadi kepakaran Universiti Maryland termasuk soal pengkomersialan produk dari makmal. "Tidak ada masalah jika kita adakan kerjasama ini kerana mereka telah maju dan telah bekerjasama dengan banyak negara seperti Indonesia dalam mengeluarkan vaksin untuk Malaysia. "Dengan adanya kerangka kerjasama yang sebahagiannya telah dimeteri dengan Kementerian Pertanian dan Kesihatan, perlu ada memorandum induk untuk mengenal pasti bidang-bidang yang boleh dimajukan supaya ia menghasilkan banyak manafaat kepada Malaysia dan pihak universiti," katanya kepada wartawan Malaysia semasa melawat kampus Universiti Maryland, College Park, dekat sini. Hadir sama Dekan Jabatan Perubatan Veterinar Universiti Maryland, Cheng I-Wei. Muhyiddin yang cukup tertarik dengan kemajuan bidang veterinar dan bioteknologi pertanian yang dicapai universiti itu amat beminat untuk mengetahui dan mempelajari kepakaran dari segi mengkomersialkan penemuan universiti itu selaras dengan tanggungjawabnya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Bioteknologi dan Biodiversiti, agar pada masa sama, boleh memberi nilai tambah kepada produk dihasilkan universiti. "Proses komersialisasi ini boleh dipelajari daripada universiti ini. Saya percaya tidak ada masalah untuk kita berbuat demikian dalam memastikan proses itu berjalan dengan baik," katanya yang turut kagum dengan komitmen kerajaan Amerika Syarikat (AS) dan swasta negara itu menyalurkan dana hampir AS$500 bilion untuk pelbagai penyelidikan agar boleh meneroka teknologi baru malah menjamin proses komersialisasi berjalan pantas. - Utusan Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. | ||
Pencalonan darjah kebesaran mulai Julai Posted: Pencalonan darjah kebesaran mulai JulaiKUALA LUMPUR 28 Jun - Pencalonan bagi pemberian anugerah Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan (DKBPWP) bagi tahun 2012 akan dibuka selama tiga bulan mulai 1 Julai hingga 30 September ini. Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Ahmad Phesal Talib berkata, permohonan pencalonan perlu dibuat secara online melalui laman web rasmi kementerian berkenaan iaitu www.kwp.gov.my. "Pencalonan bagi DKBPWP adalah terbuka kepada warga wilayah tersebut yang banyak berjasa dalam membangun dan memajukan Wilayah Persekutuan iaitu Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya dalam pelbagai bidang. "Permohonan boleh dibuat dengan menggunakan borang mengikut kategori pencalonan seperti borang A bagi perkhidmatan awam, borang B untuk pihak berkuasa tempatan atau badan berkanun dan warganegara asing pula borang D," katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini. Jelas Ahmad Phesal, bagi pencalonan daripada swasta, persatuan, sukarela dan sukan pula mereka perlu memohon menggunakan borang C1, C2, C3 atau C4 manakala borang E bagi perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Dalam Negeri To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan