Rabu, 29 Jun 2011

Utusan Online - Feminin


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


Trend musim luruh Lancome

Posted:

Trend musim luruh Lancome

Trend musim luruh Lancome

Oleh MARIATUL QATIAH ZAKARIA
maria.zakaria@utusan.com.my
Gambar AMIN FARIJ HASAN

BERTEMAKAN 29, Saint Honore Paris, Lancome Malaysia, baru-baru ini mempersembahkan koleksi musim luruh 2011.

Koleksi karya Pengarah Kreatif Lancome, Aaron De Mey, diilhamkan daripada trend lewat 40-an dan sudah pasti menjadi idaman penggemar Lancome.

Selain menampilkan kehebatan Maison Lancome tempat bermulanya jenama kecantikan Perancis pada 1935, ia turut dilihat sebagai meraikan wanita dan menyerlahkan lagi gaya mereka.

Menurut Mekap Artis Kebangsaan Lancome, Zamri Zainol, 29, Saint Honore Paris sememangnya menampilkan warna-warna paling hangat dengan penampilan gaya penuh bertenaga.

"Gaya musim luruh ini begitu jelita dengan mata yang cantik dan redup serta bibir yang tampil dengan warna yang mewah.

"Memandangkan ia gaya yang mudah dan elegan tanpa warna yang terlalu banyak, pasti sesuai dengan apa jua busana yang bakal digayakan dalam apa jua majlis terutama sekali musim raya yang akan datang ini," ujarnya ketika ditemui semasa majlis pelancaran produk tersebut di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Tidak cukup dengan itu, Zamri turut berkongsi beberapa petua bagi menggayakannya pada siang hari ataupun di malam hari.

Katanya, pada sebelah malam, pengguna boleh memilih untuk mengenakan solekan yang lebih pekat (tebal) manakala pada siang hari solekannya lebih cerah atau nipis.

Tambahnya lagi, walaupun warnanya mewah, hasilnya masih boleh kelihatan ringan dan elegan.

Sementara itu, pada majlis tersebut juga, pakar penjagaan kulit dan mekap Lancome berkumpul untuk memperkenalkan gaya yang sesuai bagi musim raya kali ini. Dengan produk 'bintang' penjagaan muka Lancome, Genifique serta koleksi warna baru bagi musim luruh 2011, solekan musim perayaan tahun ini membawakan ciri Lancome dan unsur Perancis.

Ia merupakan kombinasi hebat antara kulit yang muda dan berseri serta solekan yng menyerlahkan kejelitaan dan gaya elegan anda.

Menurut pakar penjagaan kulit Lancome, Hamisah Abdullah atau lebih dikenali sebagai Mimi, untuk mendapatkan kulit yang jelas lebih muda dalam masa hanya tujuh hari, penggunaan Genifique Youth Activator dan 'Second Skin' Bio-Cellulose Mask amat digalakkan.

"Sertakan Genifique dalam rutin penjagaan kulit harian anda sekurang-kurangnya seminggu sebelum rumah terbuka.

"Ini kerana selepas seminggu, pasti rakan dan keluarga anda kagum dengan kulit yang mulus dan muda," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved