Khamis, 10 November 2011

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Bersantai sambil belajar sejarah

Posted:

Bersantai sambil belajar sejarah

Bersantai sambil belajar sejarah

Oleh NURUL HUDA HASSAN
huda.hassan@utusan.com.my


Suasana tenang dengan pepohon hijau menjadikan Taman Merdeka Johor Bahru sebagai tarikan baru bagi rakyat tempatan dan pengunjung luar ke Johor.


JOHOR BAHRU 9 Nov. - Bandar raya Johor Bahru kini mempunyai satu lagi taman rekreasi dikenali sebagai Taman Merdeka Johor Bahru untuk kemudahan orang ramai bersantai dan melakukan pelbagai aktiviti sama ada bersama keluarga mahupun rakan-rakan.

Uniknya taman rekreasi tersebut dibina bertemakan kepada revolusi sejarah negara yang memaparkan keperitan, kepahitan dan penderitaan di negara ini yang diterjemahkan melalui sembilan laman kecil di Taman Merdeka Johor Bahru.

Ia terdiri daripada Laman Peringatan Kesultanan Melayu Johor, Laman Peringatan Sultan Abu Bakar, Laman Peringatan Penjajahan Jepun, Laman Peringatan Penentangan Komunis, Laman Peringatan Kedaulatan Raja-Raja Melayu, Laman Malaysia, Laman Peringatan Semarak Kemerdekaan, Padang Merdeka dan Persiaran Perarakan Kemerdekaan.

Taman Merdeka Johor Bahru membabitkan dua fasa pembinaan dan mengambil masa selama sembilan tahun untuk disiapkan dengan kos yang dianggarkan berjumlah RM13 juta, mula dibuka kepada orang ramai baru-baru ini.

Datuk Bandar, Mohd. Jaffar Awang berkata, taman rekreasi tersebut terletak di kawasan yang mudah dikunjungi orang ramai serta menjadi tempat yang strategik untuk melakukan aktiviti riadah.

"Setiap laman yang ada di taman ini ada konsep dan cerita yang hendak disampaikan kepada para pengunjung, setiap rekaan bangunan, senibina arca yang dibangunkan di sini bersesuaian dengan zaman tersebut.

"Konsep merdeka yang ditonjolkan di sini juga diolah melalui catatan sejarah, arca, gambar dan penerapan ciri-ciri reka bentuk yang memberi gambaran terperinci mengenai kisah kemerdekaan negara," katanya.

Menurutnya, di tempat itu orang ramai dapat mengetahui keistimewaan taman tersebut bermula di Laman Peringatan Kesultanan Melayu yang menggambarkan mengenai kehidupan orang Melayu pada zaman sebelum ini.


Salah satu tarikan pengunjung di Taman Merdeka Johor Bahru.


Beliau berkata, Laman Sultan Abu Bakar pula menceritakan pembangunan di Johor yang turut dipengaruhi corak pemerintahan Inggeris dengan reka bentuk yang ada di situ bercirikan senibina Inggeris.

"Laman Peringatan Penjajahan Jepun pula merujuk kepada zaman kemasukan Jepun ke Tanah Melayu secara mendadak yang digambarkan dengan binaan kubu bagi menggambarkan pertahanan negara.

"Diikuti dengan era penentangan komunis yang memaparkan binaan dan persekitaran yang menyerupai pusat aktiviti dan persembunyian komunis yang berteraskan kepada serangan gerila," ujarnya.

Keperitan dalam mempertahankan kedaulatan Tamah Melayu sebagai sebuah negara berdaulat diterjemahkan menerusi Laman Semarak Kemerdekaan bagi menggambarkan gabungan lapisan masyarakat yang berjuang untuk kemerdekaan negara.

Akhir sekali, pengunjung yang ke taman ini akan melalui Persiaran Perarakan Kemerdekaan yang merupakan laluan pejalan kaki, gambaran mengenai proses dilalui oleh Tanah Melayu untuk mencapai kemerdekaan, katanya.

"Pengisian taman ini lebih berbentuk simulasi kemerdekaan negara, sememangnya pendekatan terbaik untuk pengajaran bagi pelajar dalam menilai, memahami dan mengetahui sejarah negara.

"Taman Merdeka Johor Bahru ini bukan sahaja dilihat sebagai kawasan rekreasi, tetapi pada masa sama turut memberi manfaat sebagai kawasan informasi pendidikan khususnya kepada golongan pelajar," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Redah Lumpur tanam bakau

Posted:

Redah Lumpur tanam bakau

Redah Lumpur tanam bakau

Oleh Luqman Haziq
utusanjohor@johor.com.my


Rajihan Rahim (tengah) bersama kakitangan Pelabuhan Tanjung Pelepas menanam bakau di Hutan Simpan Bakau Sungai Pulai, Johor Bahru, baru-baru ini.


JOHOR BAHRU 9 Nov. - Sebanyak 2,500 anak pokok bakau berjaya ditanam pada Program Redah Lumpur anjuran Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) di Hutan Simpan Bakau Sungai Pulai, dekat sini baru- baru ini.

Program tersebut bukan sahaja memberi peluang kepada kakitangan PTP menyemai bakti, tetapi turut menghimpunkan ratusan staf pelbagai agensi kerajaan dan pelajar sekolah menengah di sekitar Gelang Patah untuk menanam bakau.

Pengurus Besar Komunikasi Korporat, Hartanah dan Zon Bebas PTP, Md. Derick Basir berkata, penganjuran program tersebut mampu membuka mata generasi muda untuk lebih mengenali dan menghargai alam sekitar.

"Dengan adanya program seperti ini, kami mengharapkan agar mereka akan lebih prihatin dan bertanggungjawab dalam membantu mengekalkan kestabilan alam sekitar terutama di kawasan paya bakau," katanya.

Beliau berkata, program pemuliharaan alam semula jadi itu merupakan antara acara tahunan yang dijalankan PTP untuk memastikan pembangunan yang giat dijalankan tidak menjejaskan kawasan persekitarannya.

"Operasi pemuliharaan seperti ini amat penting untuk mengimbangi ekosistem alam serta mengekalkan biodiversiti sedia ada. PTP sebagai badan korporat yang bertanggungjawab dalam menjaga kebajikan dan pembangunan masyarakat setempat tidak pernah memandang remeh hal ini.

"Kami berjaya menanam 2,500 spesies bakau minyak (Rhizophora Apiculata) dan bakau kurap (Rhizophara Murconata) yang melibatkan keluasan kira-kira satu hektar di Hutan Simpan Bakau Sungai Pulai," katanya.

Sementara itu Pegawai Hutan Daerah Johor Selatan, Rajihan Rahim menyifatkan inisiatif yang dilakukan PTP itu harus dijadikan contoh oleh pihak lain kerana warisan negara seperti hutan paya bakau sememangnya memerlukan pemantauan berterusan bagi memastikan kawasan itu tidak terancam.

"Sekiranya kawasan hutan bakau di sesuatu tempat itu pupus atau tercemar, keseluruhan populasi ikan dan industri nelayan di kawasan tersebut akan terancam kerana tiada lagi tempat bagi anak ikan berlindung dan membesar.

``Oleh itu, ekosistem tanah bencah yang sensitif ini perlu sentiasa dipulihara sebagai simpanan alam semula jadi negara," katanya.

Penolong Pengurus Besar Bahagian Khidmat Korporat dan Pembangunan Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ), Siti Noraishah Azizan pula berharap usaha seperti itu dilakukan dari semasa ke semasa untuk meningkatkan kesedaran awam dan rasa tanggungjawab terhadap alam sekitar.

"Syabas kepada PTP atas usaha murni ini dan saya berharap lebih banyak program pemuliharaan alam sekitar akan menyusul pada masa akan datang," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Utara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Biar sibuk, Omar tetap utamakan keluarga

Posted:

Biar sibuk, Omar tetap utamakan keluarga

Biar sibuk, Omar tetap utamakan keluarga

Oleh AZELI ALI
azeli.ali@utusan.com.my


Omar Osman membuka peti khas bagi merasmikan Perhimpunan Pelajar Perancangan di Dewan Budaya Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang, baru baru ini.


PULAU PINANG 9 Nov. – "Hobi saya adalah meluangkan masa bersama keluarga."

Demikian jawapan ikhlas Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Datuk Dr. Omar Osman (gambar) tatkala diajukan soalan mengenai aktiviti masa lapangnya.

Menurut Omar, 53, yang dilantik sebagai Naib Canselor untuk tempoh tiga tahun berkuat kuasa 28 September lalu hingga 27 September 2014, keluarga adalah segala-gala buatnya.

"Saya suka memancing dan kadangkala bermain golf, namun ia tidak memberi kepuasan kepada saya berbanding apabila bersama keluarga.

"Malah saya sering menantikan masa untuk berkumpul bersama 11 adik-beradik serta 86 ahli keluarga lain bagi menemani bapa, Osman Md. Isa, 90, yang tinggal sendirian selepas kematian ibu saya, Allahyarham Chick Ismail, 83, September lalu," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, baru-baru ini.

Omar yang sebelum ini merupakan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar (TNCHEP) berkata, biarpun tugasnya kini semakin mencabar dan memikul tanggungjawab yang cukup berat, beliau tetap berusaha menggembirakan insan-insan yang ada di sekelilingnya.

Menyelusuri sejarahnya, Omar berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sebelum menyambung pengajian ke United Kingdom (UK) di peringkat sarjana pengurusan pembinaan dan ijazah kedoktoran pengurusan.

Beliau memegang jawatan sebagai TNCHEP sejak Mac 2007, selain pernah menjawat jawatan Pengarah Bahagian Pembangunan Lestari dan Korporat, USM dari 2005-2007 dan Penggawa Desasiswa Cahaya, USM (1990-1996).

Selain itu, beliau berpengalaman luas dalam bidang pengurusan dan pengurusan projek dan pernah juga berkhidmat di Kementerian Pendidikan dari tahun 2000 hingga 2004 sebagai pegawai khas kepada Menteri Pendidikan Malaysia dalam bidang pengurusan dan perancangan fizikal pendidikan.

Beliau juga mempunyai pengalaman luas dalam pelbagai lapangan termasuk menjadi Pengarah Gantian METEOR Sdn. Bhd. [Open University Malaysia] (2006-2007), Pengerusi Majlis Sukan Universiti Malaysia (Masum 2008-2009), Pengerusi ASEAN University Sports Council (2007 hingga kini), Timbalan Pengerusi Sekretariat Timbalan Naib Canselor (bermula 2010) dan Pengerusi Sekretariat IMT-GT University Carnival (2009-2011).

Beliau juga telah dianugerahkan pingat Bintang Cemerlang Negeri (BCN), Pulau Pinang (2009), Darjah Dato' Setia Paduka Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail (DSPJ), Perlis (2010) serta Anugerah Tokoh Sukan Masum (2010).

Jelasnya, sebaik sahaja dilantik menjadi Naib Canselor penghujung September lalu, beliau sedar akan harapan yang diletakkan di bahunya bagi meneruskan legasi yang ditinggalkan Prof. Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak yang telah menerajui USM selama 11 tahun sejak Disember 2000.

"Sebagai sebuah universiti yang satu-satunya mendapat pengiktirafan Universiti Apex, saya perlu memikirkan bagaimana untuk terus mengimarahkan ilmu sebagai teras pembangunan institusi itu sendiri.

"Selain itu, dengan 2,000 pensyarah serta 30,000 penuntut pada satu-satu masa, budaya ilmuwan itu perlu sentiasa diterapkan di jiwa semua agar ia menjadi faktor berganda kepada ketamadunan bangsa," ujarnya yang dilahirkan pada 2 September 1958 di Kampung Sungai Setar Kechil dekat Nibong Tebal.

Agenda yang dibawanya adalah memastikan mereka yang terpinggir untuk mendapatkan akses pendidikan diberi peluang melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi.

Oleh sebab itu, selari dengan status Program Pemacuan untuk Kecemerlangan (Apex) itulah, USM membuka peluang kepada pelajar dari Sabah dan Sarawak yang berminat serta berkelayakan untuk menyambung pengajian di USM.

Malah tidak dilupakan masyarakat Orang Asli yang turut dibimbing untuk kembali menyumbang kepada masyarakat mereka sendiri di kawasan-kawasan pedalaman di seluruh Semenanjung.

"Agenda kelestarian yang dijulang oleh USM sebenarnya memiliki manifestasi tersendiri bagi memberi senyuman kepada semua golongan masyarakat.

"Oleh itu sebagai institusi yang lestari untuk melahirkan golongan ilmuwan yang berbakti, USM harus membuktikan bahawa pusat penyebaran ilmu itulah yang bakal mencipta sejarah di negara ini," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

'Kampung Tanpa Sampah' diperluas

Posted:

'Kampung Tanpa Sampah' diperluas

'Kampung Tanpa Sampah' diperluas

Oleh ANI AWANG
utusanperak@utusan.com.my

IPOH 9 Nov. - Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) merancang memilih dua kampung tradisional Cina dan India di bandar raya ini bagi memperluaskan program 'Kampung Tanpa Sampah' yang dilancarkan kerajaan negeri baru-baru ini.

Cadangan tersebut adalah sebagai pelengkap kepada kempen berkenaan selepas Kampung Sungai Rokam di sini dipilih sebagai perintis program yang julung-julung kali diadakan itu.

Datuk Bandar, Datuk Roshidi Hashim berkata, langkah berkenaan sejajar dengan komitmen MBI untuk menyuburkan gagasan 1Malaysia sekali gus menyerlahkan keunikan budaya masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Sehubungan itu katanya, MBI akan mendapatkan maklum balas daripada wakil-wakil rakyat untuk memilih dua kampung tersebut tidak lama lagi.

"Di bawah semangat 1Malaysia, kami berharap untuk memilih sebuah kampung Cina dan India bagi maksud itu.

"Kami memilih Kampung Sungai Rokam kerana ia adalah sebuah kampung model di sini dan letaknya strategik di dalam daerah Kinta selain teratur dan bersih," katanya pada mesyuarat penuh MBI di sini baru-baru ini.

Pada 20 Oktober lalu, kerajaan negeri melancarkan program 'Kampung Tanpa Sampah' yang dilaksanakan secara besar-besaran oleh MBI dengan matlamat mengukuhkan reputasi bandar raya tersebut sebagai antara yang paling bersih di negara ini.

Pelancaran itu menjadikan Perak sebagai negeri kedua melaksanakan program bersepadu itu selepas kali pertama diperkenalkan oleh Sabah di Kampung Cenderamata II, Likas pada 2010.

Dalam perkembangan lain Roshidi berkata, MBI sedang mengambil beberapa langkah untuk menyelesaikan isu membabitkan masyarakat India di bandar raya ini termasuk masalah setinggan di Buntong dan Kampung Tai Lee.

Menurut beliau, antara langkah yang sedang diteliti MBI adalah pelaksanaan program perumahan mampu milik di kedua-dua kawasan tersebut khusus untuk membantu penduduk terbabit memiliki rumah.

"Kita juga sedang mengenal pasti beberapa bidang tanah yang boleh dibangunkan untuk membantu masyarakat India di kawasan tersebut," tambahnya.

Full content generated by Get Full RSS.

E-Idaman siap sedia hadapi banjir

Posted:

E-Idaman siap sedia hadapi banjir

E-Idaman siap sedia hadapi banjir


Ahmad Nazrin Saadon, (kiri) menujukkan kenderaan yang akan digunakan untuk rondaan semasa banjir di Jitra, Kedah, semalam.


KUBANG PASU 9 Nov. – Environment Idaman Sdn. Bhd. (E-Idaman) bersiap sedia dari segi tenaga kerja dan kelengkapan logistik bagi menghadapi kemungkinan berlaku banjir di Kedah dan Perlis pada hujung bulan ini.

Pengurus Kanan Operasi E-Idaman Kedah dan Perlis, Ahmad Nazrin Saadon berkata, tahun ini pihaknya telah bersiap sedia dari awal kerana tidak mahu operasi memungut sampah-sarap semasa dan selepas berlaku banjir terjejas.

"Pengalaman kita pada tahun lalu membuatkan pihak kami lebih bersedia pada tahun ini jika berlaku banjir di negeri Kedah dan Perlis.

"Tahun lalu kita tidak bersedia kerana banjir berlaku secara tiba-tiba namun tahun ini pihak kami telah menyediakan kelengkapan yang secukupnya untuk mengelakkan berlakunya kekurangan tenaga kerja dan timbunan sampah sarap selepas banjir," katanya kepada pemberita di Depoh E-Idaman di sini, hari ini.

Menurutnya, ketika banjir pada tahun lalu, ramai kakitangan E-Idaman tidak dapat menjalankan tugas mengutip sampah kerana mereka juga menjadi mangsa banjir.

"Jadi pada tahun ini, pihak kami akan membawa kakitangan dari daerah-daerah lain yang tidak terlibat dengan banjir untuk menggantikan kakitangan yang tidak dapat bekerja kerana rumah mereka turut dinaiki air," ujarnya.

Ahmad Nazrin memberitahu, sebagai persediaan awal jika berlaku banjir, lima buah lori pikap E-Idaman akan ditugaskan untuk memasuki kawasan-kawasan yang telah dinaiki air bagi meninjau sama ada pihaknya dapat mengutip sampah di kawasan tersebut.

"Sebanyak 45 unit tong sampah besar juga telah disediakan untuk diletakkan di kawasan-kawasan yang berlaku banjir bagi memudahkan penduduk membuang sampah sarap.

"Selain itu, 20 buah lori terbuka (dumster), lapan unit jengkaut, 28 unit lori penarik sampah juga telah siap sedia untuk mengangkut sampah sarap sisa buangan penduduk ketika banjir," ujarnya.

Tambahnya, pihaknya juga akan menempatkan kakitangan E-Idaman di bilik gerakan banjir untuk memantau kawasan-kawasan mana yang telah dinaiki air sebagai persediaan kepada kakitangan E-Idaman yang terlibat dalam operasi memungut sampah untuk menjalankan tugas membersihkan kawasan itu.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Dalam Negeri

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Pendidikan: Masih ada kekurangan modal insan

Posted:

Pendidikan: Masih ada kekurangan modal insan

Pendidikan: Masih ada kekurangan modal insan

KUALA LUMPUR 9 Nov. - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau hanya berpuas hati dengan sebahagian daripada pencapaian keseluruhan sistem pendidikan negara.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, sistem pendidikan negara masih mempunyai kekurangan sehinggakan pencapaian modal insan dalam beberapa aspek agak ketinggalan berbanding negara jiran.

''Kesimpulan tersebut dibuat berdasarkan laporan awal jawatankuasa penilai yang dipertanggungjawabkan bagi mengkaji semula sistem pendidikan negara,'' katanya ketika ditemubual dalam program Soal Jawab di Sri Pentas di sini, hari ini.

Namun, tegas beliau, walaupun hanya berpuas hati dengan sebahagian daripada pencapaian tersebut, ia tidak bermakna sistem pendidikan negara tidak bagus kerana sistem yang sama sudah melahirkan jutaan pakar.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran bagaimanapun enggan mendedahkan secara terperinci kandungan laporan tersebut kerana katanya, ia masih di peringkat penilaian awal.

"Ada yang saya puas hati dan ada yang saya tidak berpuas hati. Maksud saya, kita sudah mencapai kejayaan dalam beberapa bidang, tetapi ada juga kelemahan dan kekurangan berbanding dengan negara jiran.

"Umpamanya, kita agak ke belakang berbanding Finland dan beberapa negara maju lain yang sudah ke depan. Kita masih di peringkat pertengahan dan sebab itu kita perlu angkat kedudukan kita agar sama dengan mereka.

"Ini tidak bermakna sistem kita tak baik. Sistem kita baik tetapi tidak cukup baik sebab itu saya mengarahkan sistem ini dikaji semula," katanya.

Tambah Muhyiddin, dalam usaha mengangkat kedudukan sistem pendidikan negara, kerajaan memperkenalkan dasar Memartabat Bahasa Malaysia Memperkasa Bahasa Inggeris (MBMMBI) sebagai langkah awal.

Jelasnya, selain bertujuan menggantikan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), dasar baru tersebut diyakini mampu memperkasakan lagi modal insan negara.

Full content generated by Get Full RSS.

Ibu bapa diminta semak status sekolah anak Disember ini

Posted:

Ibu bapa diminta semak status sekolah anak Disember ini

Ibu bapa diminta semak status sekolah anak Disember ini

KUALA LUMPUR 9 Nov. - Ibu bapa murid tahun enam yang mengikuti proses Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) pada tahun ini, diminta menyemak status sekolah menengah anak mereka lebih awal mulai bulan depan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, semakan awal itu bertujuan untuk memastikan murid tahun enam program PPSMI tidak tersalah pilih sekolah menengah kerana tidak semua sekolah menengah mengajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris.

Menurut beliau, semakan awal mampu memudahkan pihak Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) mencari sekolah menengah di kawasan perumahan murid terbabit yang mengajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris, bagi memastikan pembelajaran tidak terganggu.

"Langkah ini bagi melicinkan sistem peralihan dan ia hanya membabitkan pelajar tahun enam bagi tahun ini. Sebab itu untuk menentukan proses peralihan ini berjalan lancar, saya sudah mengarahkan Kementerian Pelajaran mengambil langkah awal mulai bulan depan.

"Jadi kita minta ibu bapa semak sekolah anak mereka lebih awal. Pihak PPD akan memaklumkan sekolah menengah mana di sekitar kediaman mereka yang mempunyai sesi pengajaran yang sesuai dengan anak mereka," katanya semasa ditemubual pada program Soal Jawab di Sri Pentas, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut Muhyiddin berkata, bagi murid tahun dua dan pelajar tingkatan dua pada tahun ini, mereka tidak mempunyai masalah untuk memilih bahasa pengantar bagi pengajaran serta pembelajaran Sains dan Matematik kerana ia tidak melibatkan pertukaran sekolah.

Dalam perkembangan berkaitan, Muhyiddin sekali lagi menafikan keputusan pemansuhan PPSMI adalah keputusan 'flip-flop' kerajaan kerana jelasnya, kajian terperinci sudah dilaksanakan sekian lama dengan mengambil kira semua pandangan sebelum keputusan dimuktamadkan.

Malah katanya, keputusan kepimpinan terdahulu melaksanakan PPSMI juga sebenarnya bertujuan murni iaitu bagi meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar sekolah tetapi malangnya ia tidak memberi hasil sebagaimana diharapkan, menyebabkan ia terpaksa dihentikan.

Full content generated by Get Full RSS.

Mesyuarat Pasukan Petugas Khas

Posted:

Mesyuarat Pasukan Petugas Khas

Mesyuarat Pasukan Petugas Khas


MUHYIDDIN Yassin mempengerusikan mesyuarat Pasukan Petugas Khas Mengenai Kos Sara Hidup di Parlimen, di Kuala Lumpur, semalam.


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mempengerusikan mesyuarat Pasukan Petugas Khas Mengenai Kos Sara Hidup di Parlimen, semalam.

Mesyuarat tersebut menandakan penetapan tujuh bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang menunjukkan komitmen serius kerajaan dalam meringankan beban kos hidup rakyat, tatkala tekanan ekonomi dirasai semua negara di dunia ketika ini.

Beberapa menteri Kabinet hadir pada mesyuarat itu termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Ketua Eksekutif Pemandu, Datuk Seri Idris Jala serta Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Selatan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Apa lagi yang ditunggu MBMB?

Posted:

Apa lagi yang ditunggu MBMB?

Apa lagi yang ditunggu MBMB?

Oleh RIZANIZAM ABDUL HAMID
utusanmelaka@utusan.com.my


Pemandangan sebuah gerai makanan dan minuman yang meletakkan kerusi dan meja di kaki-kaki lima menjadi perkara biasa di sekitar Melaka Raya.


MELAKA 9 Nov. - Aduan telah banyak kali dibuat, keluhan pengguna pun sudah muak disiarkan, tetapi situasinya tetap sama.

Soalnya, mengapa tindakan tidak diambil oleh pihak berwajib walaupun kesalahan yang dilakukan, ibarat sudah terang lagi bersuluh.

Pemandangan kerusi dan meja yang dipasang 24 jam di kaki-kaki lima seperti sudah menjadi perkara biasa sejak bertahun-tahun lalu di sekitar Melaka Raya, terutamanya Jalan Melaka Raya 4.

Yang peliknya, pihak berkuasa tempatan (PBT), Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) sudah mengakui, tindakan itu memang menjadi satu kesalahan.

"Kita memang tidak mengeluarkan lesen untuk membolehkan peniaga meletakkan apa-apa halangan seperti kerusi dan meja makan di kawasan kaki lima premis. Ia memang menjadi satu kesalahan.

Itu penjelasan ringkas yang diberikan Setiausaha MBMB, Azmi Hussein apabila masalah yang bukan baru itu diadukan wartawan Utusan Malaysia kepadanya baru-baru ini.

Azmi lantas terus menghubungi anggota penguatkuasanya bagi memeriksa aduan tersebut.

Sebelum ini pun, berpuluh-puluh cerita mengenai halangan yang dilakukan pemilik-pemilik restoran ini dengan meletakkan meja dan bangku di laluan pejalan kaki disiarkan media.

Tidak cukup dengan siaran di akhbar, kisah sama ini diadukan pula secara terus kepada pegawai yang berkenaan.

Namun, apa yang dikesalkan, sehingga kini, tiada sebarang tindakan diambil terhadap peniaga terbabit.

Agak lucu pula, apabila tiga atau empat buah motosikal yang diletakkan di kaki lima yang langsung tidak menghalang lalu lintas pula yang dikompaun.

Sedangkan pada masa sama, pengusaha restoran yang melakukan kesalahan itu terus bermaharajalela.

Pejalan kaki pula, yang sepatutnya mempunyai hak menggunakan kaki lima premis itu terpaksa berkongsi laluan dengan pengguna jalan raya sekali gus terdedah kepada kemalangan sekiranya dilanggar kereta ataupun motosikal.

Selain terdedah kepada cuaca panas atau hujan, lebih malang, pejalan kaki juga berisiko menjadi mangsa ragut.

Daripada aspek kebersihan pula, golongan peniaga juga didapati mengotorkan kawasan luar premis kedai dengan air basuhan pinggan mangkuk atau barangan perniagaan mereka.

Keadaan ini juga mencacatkan pemandangan indah bandar Melaka kerana ia secara tidak langsung mewujudkan ketidakseragaman premis perniagaan apabila bunting, bumbung dan payung dipasang sesuka hati.

Mungkin pihak berkuasa telah mengambil tindakan, tetapi sampai bilakah jawapan 'terdapat peniaga yang masih berdegil walaupun telah beberapa kali dikompaun' perlu diberikan?

Atau 'akan mengambil tindakan lebih tegas dengan merampas barangan peniaga yang masih berdegil', tetapi hakikatnya, peniaga terus beroperasi siang dan malam tanpa rasa takut.

Justeru, adalah diharap agar Datuk Bandar MBMB sendiri turun padang melihat situasi sebenar dan melihat sendiri kerakusan para peniaga merampas laluan pejalan kaki demi keuntungan mereka.

Full content generated by Get Full RSS.

IJM Land anjur karnival penduduk Seremban 2

Posted:

IJM Land anjur karnival penduduk Seremban 2

IJM Land anjur karnival penduduk Seremban 2


Susan Teh (dua dari kiri) Nasir Marob, (empat dari kiri) menunjukkan hadiah yang menanti pengunjung di Seremban 2, kelmarin.


SEREMBAN 9 Nov. - Pelbagai acara menarik menanti pengunjung karnival tahunan khusus untuk lebih 15,000 penduduk perbandaran Seremban 2 (S2), di sini yang akan diadakan pada Ahad ini.

Pada tahun ini, karnival itu dikenali sebagai Candyland Naturally Sweet 2011 anjuran pemaju perbandaran itu, IJM Land Bhd., (IJM Land) yang bermula pada pukul 9 pagi hingga 5 petang di pejabat tapak S2.

Pengurus Jualan dan Pemasaran IJM Land S2, Susan Teh berkata, karnival yang diadakan setiap tahun itu sudah 15 kali diadakan sejak kawasan perumahan itu dimajukan pada 1995.

Beliau berkata, karnival itu dianjurkan untuk menghargai penduduk Seremban 2 yang telah menjayakan pembangunan projek perbandaran berkenaan.

"Pelbagai acara menarik telah dirancang pada tahun ini seperti persembahan tarian, kempen hijau, pertandingan pakaian beragam kanak-kanak dan bola keranjang jalanan," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Turut hadir Timbalan Pengurus Perniagaan Wilayah Selatan, Malaysia Building Society Bhd., (MBSB), Nasir Marob.

Beliau berkata, tahun ini, hadiah untuk pertandingan pakaian beragam kanak-kanak yang bernilai antara RM20 hingga RM350 ditaja oleh MBSB.

Katanya, selain penajaan hadiah, MBSB juga akan menawarkan diskaun menarik kepada para pengunjung untuk produk-produk pembiayaan kewangan tertentu.

Menurutnya, tarikan lain karnival itu ialah Zorb Ball, Mini ATV, seni pasir dan gerai mainan selain cabutan bertuah untuk mereka yang menerima kad jemputan.

"Kami berharap orang ramai khususnya penduduk Seremban 2 akan hadir untuk memeriahkan karnival ini," ujarnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Harga sayuran mula meningkat

Posted:

Harga sayuran mula meningkat

Harga sayuran mula meningkat

Oleh MOHAMMAD YASIR JAAFAR
utusanN9@utusan.com.my

SEREMBAN 9 Nov. - Harga sayur-sayuran di sekitar negeri ini didapati meningkat ekoran beberapa negara yang menjadi pengeksport utama bahan makanan itu dilanda krisis banjir.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, meskipun bekalan bahan makanan itu masih mencukupi, harga jualannya didapati meningkat berbanding sebelum ini.

''Keadaan itu berlaku kerana kita terlalu bergantung dengan sumber eksport bahan berkenaan. Apabila terjadinya banjir seperti di Thailand dan hujan lebat di Laos dan Kemboja, ia akan memberi kesan terhadap pengguna di sini.

''Secara tidak langsung senario itu mempengaruhi aspek pengeluaran sayur-sayuran dan bekalannya pula akan berkurangan sekali gus menaikkan harga sayur di pasaran," katanya pada sidang akhbar di Wisma Negeri di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas harga sayur-sayuran yang melonjak di pasaran tempatan ketika ini.

Jelas Mohamad, masalah tersebut mampu dielakkan jika negara atau sesebuah negeri itu dapat menghasilkan sumber makanan sendiri sekali gus mengatasi kebergantungan terhadap bekalan import.

''Sebab itu, kerajaan negeri telah menetapkan dasar untuk mewujudkan Ladang Rakyat yang akan membolehkan kita menghasilkan sumber makanan sendiri demi memenuhi permintaan rakyat di negeri ini.

''Kita bukan sahaja boleh berdikari, malah mampu memenuhi permintaan orang ramai serta menawarkan barangan makanan pada kadar yang murah dan berpatutan," ujarnya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Timur

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Timur


Motivasi di Karnival Remaja

Posted:

Motivasi di Karnival Remaja

Motivasi di Karnival Remaja

Oleh MOHD. ZUHARMAN MOHAMMAD NOR
utusankelantan@utusan.com.my


SALAH satu adegan pentomen yang turut ditampilkan pada Karnival Remaja 2011 di Kompleks Balai Islam, Lundang, Kota Bharu, baru-baru ini.


KOTA BHARU 9 Nov. - Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa generasi muda atau belia hari ini merupakan aset negara yang bakal menjadi pemimpin pada masa akan datang.

Namun, sekiranya golongan ini tidak dilentur dengan segala sifat mulia serta kesedaran dalam aspek kebertanggungjawaban sudah pasti aset itu tidak mampu dimanfaatkan dalam membentuk sebuah kepimpinan yang berdinamik dan inovatif.

Justeru, pendidikan akhlak, moral, sahsiah termasuklah kesedaran sivik dalam kalangan remaja perlu mendapat perhatian sejak dari dari awal oleh semua pihak, bak kata pepatah 'melentur buluh biarlah dari rebungnya'.

Menyedari hakikat itu, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) telah mengambil inisiatif menganjurkan program Karnival Remaja 2011 pada Jumaat lalu, khusus buat golongan remaja negeri ini dalam usaha melahirkan masyarakat yang lebih bertamadun, berilmu dan bermaklumat.

Program yang lebih menjurus ke arah motivasi, dakwah dan hiburan itu ternyata berjaya menarik perhatian lebih daripada 1,000 remaja dari seluruh Kelantan dengan pelbagai latarbelakang termasuk pelajar-pelajar sekolah.

Apatah lagi apabila ia diisi dengan pelbagai variasi hiburan menarik seperti pentomen dan nasyid yang menampilkan selebriti popular, Akil Hay Rawa.

Ia selari dengan kenyataan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah negeri, Muhammad Mustapha ketika berucap pada program tersebut mengakui keperluan sesuatu hiburan dalam kehidupan seharian khususnya dalam kalangan remaja.

"Tidak salah berhibur dalam Islam kerana berhibur itu adalah satu nikmat kurniaan Allah," kata Muhammad.

Beliau menggariskan objektif utama program tersebut adalah untuk menyedarkan remaja bahawa mereka dihargai selain mendedahkan peri pentingnya golongan tersebut terhadap agama, bangsa dan negara.

"Mudah-mudahan hiburan alternatif ini dapat mendidik remaja mendekatkan diri kepada Allah," katanya.

Hadir sama, Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fa-iz Petra Sultan Ismail Petra, Pengarah JHEAIK, Datuk Che Mohd Rahim Jusoh dan Pengelola Istana Kelantan, Datuk Ahmad Mahmood.


PARA pelajar berikrar pada Karnival Remaja 2011 di Kompleks Balai Islam, Lundang, Kota Bharu, baru-baru ini.


Sementara itu, Tengku Muhammad Fa-iz Petra yang juga Yang Dipertua (YDP) JHEAIK bertitah, program seumpama itu mampu dijadikan platform kepada golongan remaja membentuk sahsiah diri bagi melahirkan generasi cemerlang.

Titah baginda, generasi cemerlang, masyarakat bertamadun merupakan satu faktor berkesan menjadikan sesebuah negara sentiasa berkeadaan aman dan damai.

Justeru, baginda menyeru kepada remaja terlibat supaya tidak melepaskan peluang untuk menjadi rakan dalam setiap program seumpama itu yang diperkenalkan oleh JHEAIK pada masa-masa akan datang.

"Program seumpama ini bukan sahaja mampu memberi hiburan tidak melalaikan tetapi pendedahan ilmu yang berguna kepada golongan berkenaan (remaja)," titah baginda.

Baginda turut menyarankan golongan tersebut supaya sentiasa memperkukuhkan jati diri dalam membentuk tahap disiplin tinggi di dalam semua aspek kehidupan.

Ia penting dalam usaha melahirkan masyarakat berilmu serta bermaklumat terutama ketika menghadapi arus globalisasi yang penuh dengan cabaran serta dugaan mutakhir ini.

"Melalui maklumat dan ilmu, masyarakat mampu menghadapi segala bentuk cabaran. Bahkan, selain menjadi aset kepada negara peranan remaja itu sendiri amat penting dalam membentuk masyarakat yang lebih bertamadun," titahnya.

Dalam memperkukuhkan lagi mentaliti remaja baginda turut mengajak mereka menjadikan para sahabat Rasulullah sebagai idola.

Titah baginda, nama-nama seperti Saad bin Abi Waqas, Talhah bin Ubaidillah dan Zubair Al-Awam adalah antara nama-nama besar dalam sejarah Islam sebagai sahabat Nabi yang telah berjaya memanfaatkan usianya dengan melakukan kerja-kerja diredhai Allah sejak remaja.

"Remaja Islam yang masyhur dalam sejarah Islam itu wajar dijadikan idola sekiranya ingin menjadi seorang remaja yang beriman, bertaqwa dan berakhlak," titah baginda.

Sementara itu, seorang peserta, Marlia Syuhada Che Omar, 15, semasa ditemui memberitahu, program tersebut memberi banyak kesedaran buat dirinya untuk lebih memahami liku dan ranjau tatkala melewati usia remaja yang menuntut lebih kesabaran.

Dia berkata, jika dihayati, program tersebut berupaya mendidik seseorang agar rajin bermuhasabah diri sebagai langkah awal mencegah seseorang daripada mudah terjerumus ke kancah gejala sosial melampau tanpa sedar.

"Maklum saja, usia remaja merupakan zaman yang lebih dipengaruhi sentimen kebanyakannya tidak seimbang atau di luar kewarasan. Tapi jika rajin bermuhasabah mungkin sedikit sebanyak akan timbul rasa kesedaran," katanya.

Manakala rakannya, Intan Zalikha Hanifah, 15, berkata, program seumpama itu wajar diadakan dari semasa ke semasa bagi menjana mentaliti remaja supaya lebih matang dan waras ketika berhadapan dengan perkembangan sosialisme yang kadangkala tidak terjangkau dengan akal remaja.

Katanya, memandangkan terlalu banyak masalah remaja yang timbul sekarang, sewajarnya karnival seperti itu diberi perhatian dari sudut positif terutama di kalangan ibu bapa.

"Kerana bagi saya pendedahan, motivasi berguna menerusi program ini memberi banyak ilmu berfaedah untuk diisi dalam jiwa remaja," jelasnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Penjara Pengkalan Chepa sesak

Posted:

Penjara Pengkalan Chepa sesak

Penjara Pengkalan Chepa sesak

Oleh RAHANA MOHD.DAHARI
utusankelantan@utusan.com.my


HUSIN Johari (dua dari kanan) beramah-mesra dengan kakitangan Penjara Pengkalan Chepa pada Sambutan Hari Jabatan Penjara dan Paroi Peringkat Negeri di Kota Bharu, semalam.


KOTA BHARU 9 Nov. - Peningkatan kadar jenayah menyebabkan berlaku kesesakan penghuni di Penjara Pengkalan Chepa di sini.

Pengarah Penjara, Husin Johari berkata, ketika ini penjara tersebut menempatkan 1,800 banduan iaitu lebih 700 orang berbanding kapasiti sebenar dan diselia oleh 400 pegawai dan anggota.

Beliau berkata, walaupun berlaku kepadatan, namun jumlah tersebut masih dalam kawalan dan tidak menjejaskan aktiviti dan rutin harian banduan.

"Jika mengikut jumlah yang ada sekarang, keadaan agak sesak tetapi bilangan penghuni di sini tidak statik antara lain disebabkan berlaku pertambahan jumlah yang tidak dijangka.

"Mungkin ada kaitan dengan peningkatan jumlah jenayah bermusim kerana bilangan sering berubah-ubah, tetapi akan susut pada waktu-waktu tertentu dan kembali kepada bilangan yang sepatutnya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Hari Jabatan Penjara dan Parol Peringkat Negeri Ke-162 di sini, hari ini.

Hadir sama Timbalan Pengarah Penjara, Raja Ahmad Amazon Raja Daud dan Pengarah Parol Kelantan, Mat Yaacob.

Husin menambah, walaupun keadaan masih terkawal, namun beliau berharap usaha dapat dilakukan bagi mengurangkan kepadatan tersebut.

Pada majlis tersebut, seramai 140 pegawai dan anggota menerima pelbagai pingat dan sijil penghargaan perkhidmatan cemerlang.

Malah, buat kali pertama, Anugerah Kesihatan Unggul khusus untuk anggota penjara yang tidak mengambil cuti sakit lebih daripada 10 tahun bertugas turut diperkenalkan, dengan penerima sulung ialah Ketua Inspektor Penjara di sini, Che Mat Che Soh, 42.

Sementara itu, Che Mat memberitahu, dia tidak pernah mengambil cuti sakit sejak mula berkhidmat sebagai pegawai penjara pada 1 Julai 1996.

"Syukur, saya belum pernah lagi mengalami masalah kesihatan serius yang mendorong doktor memberikan sijil cuti sakit. Memang saya akui seorang yang kuat bekerja dan suka datang bekerja termasuk cuti am," katanya.

Bapa kepada lima orang anak berusia empat hingga 19 tahun itu juga pernah tidak mengambil cuti tahun selama dua tahun dan sehingga kini mempunyai cuti kelepasan am sebanyak 147 hari.

Full content generated by Get Full RSS.

Tengku Mahkota bantu keluarga miskin

Posted:

Tengku Mahkota bantu keluarga miskin

Tengku Mahkota bantu keluarga miskin


TENGKU Muhammad Fa-iz Petra Ibni Ismail Petra (kanan) berkenan mengurniakan cermin mata kepada pelajar miskin di Pantai Sri Tujuh, Tumpat, semalam.


TUMPAT 9 Nov. - Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fa-iz Petra Ibni Ismail Petra meneruskan keprihatinan kepada rakyat jelata apabila berkenan menyempurnakan majlis pengurniaan rumah sumbangan Yayasan Sultan Kelantan di sini, hari ini.

Tengku Muhammad Fa-iz turut berkenan menyempurnakan majlis pengurniaan rumah sumbangan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) serta mengurniakan cermin mata kepada 275 pelajar di daerah ini.

Baginda yang berbaju batik tiba di majlis berkenaan kira-kira pukul 11.30 pagi dengan diiringan pasukan keselamatan.

Majlis tersebut dimulakan dengan persembahan nasyid oleh Kumpulan Shotul Raudah dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tumpat, ikuti ucapan aluan oleh Ketua Jajahan, Serpudin Mohammad dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr. Zainuddin Ibrahim.

Hadir sama, Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamed dan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri, Muhammad Zaki Ibrahim.

Pada majlis berkenaan, 275 pelajar sekolah menengah dan rendah di jajahan ini yang menghadapi masalah penglihatan menerima bantuan cermin mata, manakala dua keluarga kurang berkemampuan menerima bantuan rumah.

Serpudin dalam ucapannya berkata, Tumpat merupakan jajahan pertama yang menerima sumbangan rumah daripada Yayasan Sultan Kelantan.

"Manakala untuk rumah agihan zakat Maik pula, 70 rumah telah dibina di jajahan ini melibatkan peruntukan RM2.1 juta.

"Sumbangan ini untuk membantu golongan kurang bernasib baik menikmati kehidupan yang lebih selesa," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Muka Hadapan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


Polis sudah ambil 50 keterangan

Posted:

Polis sudah ambil 50 keterangan

Polis sudah ambil 50 keterangan

Oleh WAN NOOR HAYATI WAN ALIAS
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 9 Nov. – Polis telah mengambil keterangan 50 individu termasuk penganjur, penyokong dan peserta program Seksualiti Merdeka 2011 sejak kelmarin.

Bagaimanapun, kata Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar (gambar), ramai lagi individu akan dipanggil untuk dirakamkan percakapan antaranya, aktivis sosial, Datin Paduka Marina Mahathir.

Beliau berkata, pihaknya dijangka mengambil keterangan anak bekas Perdana Menteri itu dalam tempoh terdekat ini.

"Kita juga akan rakam keterangan mana-mana pihak yang membuat laporan membantah penganjuran program seks bebas itu bagi membantu siasatan mengikut dua akta yang diperuntukkan.

"Tiada tangkapan dibuat setakat ini tetapi kita masih mengikuti perkembangan kes ini mengikut peruntukan undang-undang yang sedia ada," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Sambutan Hari Deepavali anjuran Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini hari ini.

Sebelum ini, polis telah mengambil keterangan penganjur program Seksualiti Merdeka 2011, Pang Khee Teik kira-kira pukul 4 petang kelmarin.

Turut diambil keterangan ialah bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk S. Ambiga serta aktivis wanita, Maria Chin Abdullah dan Pengarah Eksekutif Tenaganita, Irene Fernandez.

Dalam pada itu, Khalid memberitahu, polis setakat ini menerima sejumlah 154 laporan di seluruh negara yang membantah penganjuran program tersebut.

"Keputusan pihak penganjur membatalkan semua aktiviti program Seksualiti Merdeka 2011 adalah tepat selepas majoriti masyarakat negara ini menyatakan bantahan mereka," katanya.

Beliau turut menegaskan, semua pihak perlu mengambil kira sensiviti budaya, agama dan rakyat berbilang kaum di negara ini.

"Jangan kira ikut sedap hati kita sahaja, kita ingat nak mengambil hati golongan minoriti tetapi kita tidak sedar secara tidak langsung golongan majoriti pula marah. Kita kena ambil kira semua itu," katanya lagi.

Sementara itu, Khalid berkata, dakwaan Ambiga berhubung pengharaman penganjuran program Seksualiti Merdeka 2011 berbaur politik, sebagai tidak berasas.

"Tiada kaitan antara pengharaman Seksualiti Merdeka 2011 dengan pihak polis dan politik. Pengharaman adalah semata-mata atas alasan keselamatan dan keharmonian agama," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Hasrat DAP satu penghinaan

Posted:

Hasrat DAP satu penghinaan

Hasrat DAP satu penghinaan

Oleh ROKIAH ABDULLAH
rokiah.abdullah@utusan.com.my

PULAU PINANG 9 Nov. – Hasrat DAP untuk mengurangkan jumlah penjawat awam sekiranya mentadbir negara selepas Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 disifatkan sebagai satu penghinaan kepada kakitangan kerajaan yang merupakan penyumbang terbesar terhadap kemajuan negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (gambar) berkata, tindakan DAP itu juga dianggap sebagai tidak mengenang jasa kakitangan awam yang telah berjaya menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju serta moden berbanding sebelum ini.

''Macam tidak kena apabila orang yang banyak berjasa kepada negara dalam mentransformasikan wajah Malaysia daripada negara miskin kepada moden diperlakukan seumpama itu.

''Justeru, saya merasakan cadangan DAP untuk mengurangkan jumlah kakitangan awam adalah satu penghinaan kepada kakitangan awam yang sudah bertungkus lumus dalam proses pembangunan negara. Mereka sepatutnya diiktiraf dan bukannya diperlakukan seperti itu," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pembangunan Bumiputera Pulau Pinang di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua kepada sebuah akhbar berbahasa Cina baru-baru ini mengenai cadangan untuk mengurangkan kakitangan awam sekiranya pembangkang dipilih sebagai pemerintah negara.

Kenyataan tersebut mendapat reaksi daripada pelbagai pihak yang menyifatkan ia mengukuhkan lagi dakwaan bahawa parti itu tidak selesa dengan penguasaan orang Melayu dalam sesuatu bidang.

Menurut Nor Mohamed, penjawat awam telah banyak berkorban untuk memajukan negara ini dan seharusnya pengorbanan itu diiktiraf dan dihargai oleh semua pihak.

Full content generated by Get Full RSS.

Hasrat DAP tidak wajar – Tun M

Posted:

Hasrat DAP tidak wajar – Tun M

Hasrat DAP tidak wajar – Tun M

Oleh MUHAMAD ZAID ADNAN
zaid.adnan@utusan.com.my


Pelajar Jurusan Sains Komputer, Shahizul Muhamad mengucapkan terima kasih kepada Dr. Mahathir Mohamad selepas menerima tandatangan di Dewan Universiti Putra Malaysia, Serdang, semalam.


KUALA LUMPUR 9 Nov. – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan hasrat DAP untuk mengecilkan jumlah penjawat awam dengan memecat mereka merupakan satu langkah yang tidak wajar.

Namun katanya, DAP perlu menjelaskan terlebih dahulu kaedah yang akan digunakan mereka bagi memastikan kakitangan awam itu mendapat pembelaan sewajarnya.

Katanya, beliau juga pernah mengurangkan jumlah kakitangan kerajaan semasa pentadbirannya, namun penjawat awam itu diserapkan ke dalam syarikat berkaitan kerajaan.

''Bila mereka bekerja dengan syarikat, syarikat itu yang membayar gaji mereka, sekali gus kuranglah perbelanjaan kerajaan," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Program dari kaca mata Tun Dr. Mahathir Dilema Ekonomi Bangsa Malaysia di Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini, hari ini.

Dr. Mahathir dalam pada itu menyifatkan jumlah kakitangan awam kira-kira 1.3 juta ketika ini adalah wajar dan seimbang dengan jumlah penduduk Malaysia yang kini berjumlah 28 juta.

Beliau berkata, untuk mentadbir urus negara yang mempunyai penduduk sebanyak itu memerlukan kerajaan untuk meningkatkan jumlah kakitangannya.

Katanya, memberi contoh, kegiatan mencuri hasil kayu di Pulau Langkawi berlaku oleh kerana kurangnya penguatkuasaan berikutan jumlah kakitangan pegawai perhutanan kurang.

''Dahulu masa saya jadi Perdana Menteri, rakyat Malaysia hanya sebanyak 13 juta namun semasa saya berhenti, jumlah itu meningkat sehingga 26 juta. Jadi, takkan kita mahu mentadbir 26 juta rakyat tanpa memerlukan banyak kakitangan," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rekreasi

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rekreasi


Puteri raja yang aktif dan positif

Posted:

Puteri raja yang aktif dan positif

Puteri raja yang aktif dan positif

Oleh NOOR FAZRINA KAMAL
Gambar SHEFRY MONIZ


Sukan paintball menjadi minat terbaru Tunku Puteri Intan Safinaz.


WALAUPUN memegang pelbagai jawatan termasuk sebagai Pro-Canselor kepada dua buah universiti iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Tengku Panglima Besar Kedah, Datuk Seri Tunku Puteri Intan Safinaz Tuanku Abdul Halim tidak pernah mengabaikan minatnya dalam bersukan.

Malah menurut Puteri Intan Safinaz, minat bersukan sebenarnya telah dipupuk oleh kedua ayahanda dan bonda sejak beliau kecil lagi.

Pesan ayahandanya, sukan adalah elemen utama dalam pembentukan disiplin diri.

Puteri bongsu Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Almarhumah Tuanku Bahiyah Tuanku Abdul Rahman ini, sememangnya dididik sebagai puteri yang aktif dan bercita-cita tinggi.

Malah tidak keterlaluan mengatakan baginda seorang yang bersikap optimis terutama dalam hal yang berkaitan dengan kesukanan.

Mengimbas kenangan di zaman kanak-kanak, Puteri Intan Safinaz mengakui bonda dan ayahandanya memang menggalakkan mencuba apa juga jenis sukan.

"Bersukan sebenarnya membantu membina keyakinan diri. Dulu mungkin ada sesetengah ibu bapa yang tidak menggalakkan anak perempuan mereka bersukan dan sukan juga tidak diberi penekanan sepenuhnya.

"Namun keadaan tersebut telah berubah dan dengan kemudahan sukan yang ada sekarang ia telah memberi peluang kepada wanita untuk sertai sukan pada usia yang lebih muda," ujar beliau yang ditemui di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Beliau hadir sempena majlis sidang akhbar kejohanan sukan paintball peringkat dunia, World Cup Asia Langkawi 2011 (WCA 2011) yang berlangsung dari 10 hingga 13 November.

Walau sesibuk manapun, puteri raja berhati waja ini pasti memperuntukkan sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk bermain sukan kegemarannya iaitu golf dan yang terbaru paintball.

Mungkin agak janggal mendengar seorang anak raja menggemari sukan yang agak lasak, namun Puteri Intan Safinaz mempunyai alasan tersendiri.

"Adrenalin... kalau mahu sertai sukan ekstrem seperti BMX sudah terlambat, jadi paintball yang paling sesuai. Seperkara lagi yang menarik tentang sukan paintball ini ialah elemen kesamarataan.

"Dari segi kesaksamaan gender, dalam sukan ini lelaki dan wanita boleh berpasukan dalam satu kumpulan dan kumpulan wanita pula boleh melawan kumpulan lelaki. Inilah cabaran sukan paintball yang tersendiri," jelas beliau yang juga pengerusi Yayasan Sultanah Bahiyah (YSB) di Kedah.

Ketika bercerita bagaimana boleh terpikat dengan sukan ini, jelas beliau ia bermula kira-kira empat tahun lalu.

"Pencetusnya ialah dari YSB juga, ketika itu kami menganjurkan karnival rakyat dan sukan paintball adalah baru bagi warga Kedah.

"Apabila saya mengenali sukan ini saya tertarik dengan kepantasan, kerjasama berkumpulan dan kecepatan membuat keputusan.

"Ia tidak memerlukan tahap kemahiran yang tinggi. Nampak saja tembak-menembak tapi sebenarnya sukan ini menggalakkan pemainnya agar menghormati satu sama lain," ujarnya yang baru-baru ini menerima anugerah Beret Merun dan Sayap Penerjunan Kehormat 10 Briged Para di Kem 8 Rejimen Renjer Diraja Para, Kem Terendak, Sungai Udang, Melaka.

Memang terpancar keterujaan pada wajah Puteri Intan Safinaz apabila memperkatakan tentang sukan kegemaran terbarunya ini.

Bagi beliau sukan paintball membentuk kerjasama berpasukan yang merupakan elemen penting dalam segala tindak tanduk kehidupan setiap insan.

Walaupun baru empat tahun berkecimpung dengan sukan ini, 'cinta' Puteri Intan Safinaz pada sukan yang boleh dikategori lasak ini makin menebal.

"Tak salah untuk mempromosikan sukan ini di kalangan selebriti dan sekali gus menjadikan mereka sebagai satu subjek tarikan komersial.

"Dalam sukan paintball ini aspek keselamatan memang penting dan sesiapa yang main mesti faham.

"Bagi saya ia satu sukan yang perlu dimulakan dari peringkat sekolah menengah," kata beliau sambil memberitahu YSB mempunyai program perintis paintball di lapan buah sekolah di sekitar Kedah.

Menurut Puteri Intan Safinaz , beliau masih baru dalam sukan itu.

"Saya tidaklah pandai sangat main paintball tapi ia memang menyeronokkan. Ia satu cara yang baik untuk berinteraksi dengan golongan remaja," ujarnya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved