Isnin, 7 November 2011

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Padang sejarah bakal lenyap

Posted:

Padang sejarah bakal lenyap

Padang sejarah bakal lenyap

Oleh MUHAMAD AIMY AHMAD
kota@utusan.com.my


PADANG milik PKNS di Kelana Jaya yang didakwa bakal dibangunkan dengan projek komersial dan


PETALING JAYA 7 Nov. – Penduduk SS7 Kelana Jaya dekat sini menyuarakan kebimbangan ekoran cadangan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) untuk membangunkan padang permainan di situ menjadi kawasan komersial.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Selamatkan Padang Rakyat Kelana Jaya, Datuk Zul Mukshar Md. Shaari berkata, majoriti penduduk tidak bersetuju dengan cadangan tersebut yang dilihat akan memberi kesan negatif kepada persekitaran di situ.

"Rata-rata penduduk kecewa apabila janji PKNS semasa mereka mula membeli rumah dahulu semakin tinggal janji. Ini kerana, PKNS menyatakan kelengkapan beriadah seperti padang, taman tasik dan tadika akan dijaga dengan sebaik-baiknya.

"Tetapi apa yang mengecewakan, sedikit demi sedikit janji itu musnah, tadika di SS5 sudah dijadikan kawasan perumahan. Malah, sebahagian taman tasik juga telah diambil ketika mahu membangunkan Plaza Kelana Jaya," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Padang berusia lebih 30 tahun yang pernah menjadi gelanggang perlawanan kriket Sukan Komanwel 1998 dan medan 'melahirkan' jaguh bola sepak negara, Allahyarham Mokhtar Dahari dikhabarkan akan dibangunkan dengan tujuh blok pangsapuri 35 tingkat dan sebuah kompleks perniagaan 15 tingkat.

Ia yang terletak di lokasi strategik dan berdekatan dengan sistem pengangkutan awam kini memiliki dua buah padang bola sepak, enam gelanggang tenis dan rumah kelab yang digunakan penduduk untuk mengadakan majlis perkahwinan.

Tambah Zul Mukshar, pembinaan bangunan komersial itu juga dikhuatiri akan menambah kesesakan trafik yang sentiasa padat di Lebuh raya Damansara Puchong (LDP).

Sehubungan itu, beliau berharap PKNS dapat menimbangkan permintaan penduduk agar mengekalkan padang tersebut demi kepentingan masyarakat untuk beriadah dan menikmati persekitaran yang tenang.

"Kekalkan padang itu dan kami berharap PKNS yang berada di bawah kerajaan negeri janganlah terlalu bersaing dengan syarikat swasta yang hanya mementingkan keuntungan berlipat ganda tanpa memikirkan masyarakat," katanya.

Pihaknya akan berterusan mengadakan bantahan dengan pelbagai cara termasuk mendapatkan sokongan semua pihak di dalam laman blog, Facebook dan sebagainya.

Sementara itu, Timbalan Presiden Majlis Belia Selangor, Badrul Hisham Badrudin berkata, tema menjaga kehijauan dan kebajikan belia yang dilaung-laungkan kerajaan negeri hanya omong kosong.

"Sebagai Menteri Besar dan Pengerusi PKNS, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sepatutnya prihatin dan menyahut kemahuan rakyat dan bukannya menyusahkan mereka semata-mata mahu mengaut keuntungan," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Trafik Lembah Pantai dikaji

Posted:

Trafik Lembah Pantai dikaji

Trafik Lembah Pantai dikaji

Oleh SITI AISHAH YUSOFF
kota@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 7 Nov. - Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar akan mengkaji sebelum menambah baik sistem trafik di Lembah Pantai yang kini semakin sesak berikutan pembangunan pesat di kawasan itu.

Menterinya, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin mengakui, beberapa projek pembangunan yang sudah siap dan sedang dimajukan telah memberi kesan kepada kelancaran lalu-lintas di situ.

"Banyak lagi projek bakal dibangunkan di sekitar kawasan Lembah Pantai dalam masa terdekat ini dan semua ini akan menyebabkan kesesakan jika tiada langkah penambahbaikan dilakukan dengan segera," katanya ketika ditemui pada Majlis Korban Perdana di Masjid Al-Ikhlasiah, Bukit Kerinchi di sini hari ini.

Raja Nong Chik menambah, kedudukan kawasan Lembah Pantai di kawasan pintu masuk ke ibu negara dari Subang Jaya dan Shah Alam telah menyebabkan kenderaan sentiasa banyak di kawasan itu.

"Pada waktu puncak, pengguna jalan raya terpaksa mengharungi kesesakan selama 30 hingga 45 minit sebelum sampai ke destinasi yang dituju.

"Kementerian akan mengambil kira masalah yang sedang dihadapi penduduk dan akan membaiki sistem trafik dengan segera," katanya sambil berharap orang ramai dapat bersabar.

Sementara itu, sebanyak 10 ekor lembu dan 10 ekor kambing disumbangkan oleh Takaful Ikhlas Sdn. Bhd pada Majlis Korban Perdana sempena sambutan Hari Raya Aidiladha itu.

Selain itu, Takaful Ikhlas turut menyampaikan sumbangan kepada 50 orang yang terdiri daripada warga emas, ibu tunggal, anak yatim dan orang kurang upaya (OKU).

Majlis menyembelih dan memasak daging korban itu berlangsung dalam suasana meriah kerana ia diadakan secara gotong-royong dengan penyertaan ramai penduduk sekitar.

Full content generated by Get Full RSS.

Tambah satu lagi laluan

Posted:

Tambah satu lagi laluan

Tambah satu lagi laluan


KEADAAN trafik yang sesak di Persiaran Kewajipan, Subang Jaya pada setiap pagi diyakini boleh dikurangkan jika satu laluan khusus untuk ke Lebuh raya Shah Alam dibina.


SUBANG JAYA 7 Nov. - Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dicadang menambah satu lagi laluan di Persiaran Kewajipan bermula dari Persiaran Murni menuju ke Lebuh Raya Shah Alam (Kesas) bagi mengatasi masalah kesesakan jalan raya yang teruk.

Pengerusi Pemuda MCA Bahagian Kelana Jaya, Lee You Hin berkata, laluan tambahan itu diyakini mampu mengurangkan masalah kesesakan di situ, sekali gus melegakan sedikit penduduk sekitar.

"Jika laluan ini dibuat, MPSJ juga harus memastikan laluan tersebut tidak sesak bagi memudahkan pemandu ke Kesas.

"Pada masa ini, kesesakan di sini amat teruk dan pemandu perlu mengambil masa yang lama untuk melepasi jarak yang dekat," katanya ketika ditemui selepas melawat jalan tersebut di sini baru-baru ini.

Turut hadir ialah, Timbalan Pengerusi Parti Progresif Penduduk (PPP) Bahagian Kelana Jaya, Chandrasegar.

Sementara itu, You Hin juga meminta agar pemaju projek Gateway Subang Jaya yang sedang dalam pembinaan supaya membina sebuah jejambat dari Persiaran Murni ke Persiaran Subang Permai.

Katanya, projek bernilai lebih RM1 billion yang mengandungi pusat komersial dan kediaman itu dijangka akan meningkatkan kepadatan penduduk di situ apabila siap pada 2014, sekali gus menambah kesesakan.

"Kami minta supaya pemaju melaksanakan tanggungjawab sosial mereka atau pihak MPSJ mengarahkan pemaju itu membina infrastruktur itu yang hanya tiga peratus dari kos projek mereka.

"Ini adalah bagi mengurangkan kesesakan dan supaya wujud laluan terus dari Persiaran Murni ke Persiaran Subang Permai dan pemandu tidak perlu berhenti di lampu isyarat," jelasnya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Gadai nyawa lintas landasan

Posted:

Gadai nyawa lintas landasan

Gadai nyawa lintas landasan

Oleh MOHAMED SAARI
pengarang@utusan.com.my


DUA penduduk menunggu kereta api melepasi lintasan haram yang biasa mereka gunakan di Kampung Orang Asli Lenek
di Bekok, Segamat, baru-baru ini.


SEGAMAT 6 Nov. - Seramai 125 penduduk Kampung Orang Asli Lenek di Bekok, dekat sini terpaksa menggadai nyawa setiap hari untuk melintas landasan kereta api yang tidak berpagar kerana jalan alternatif terletak begitu jauh.

Menurut penduduk terlibat, mereka tidak mempunyai pilihan lain kerana 'lintasan haram' itu adalah satu-satunya nadi kehidupan yang menghubungkan penduduk dengan dunia luar.

Seorang penduduk, Jali Yusuf, 43, berkata, mereka terpaksa melalui jalan berkenaan yang tiada pagar keselamatan berikutan satu lagi jalan lain yang mempunyai pagar dan pengawal hanya dibuka dari pukul 8 pagi hingga 6 petang dan ditutup oleh pengurusan kilang papan yang menyediakan kemudahan tersebut.

"Ini merupakan jalan yang paling dekat untuk urusan harian kami seperti persekolahan anak-anak dan berbelanja di pekan Bekok, jika melalui jalan satu lagi kami terpaksa berpatah balik lebih 10 kilometer untuk ke Bekok.

"Pagar yang ada sekarang pun dipasang hasil kerjasama orang kampung melalui kutipan derma tetapi tidak menjamin keselamatan. Penduduk juga menghadapi masalah untuk melalui kawasan tersebut pada waktu malam terutama dalam kes kecemasan berikutan keadaan gelap," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Bagi Lah Bin Silam, 46, kemudahan lampu di laluan berkenaan adalah perlu supaya penduduk lebih mudah melintas dengan selamat pada waktu malam.

''Lebih baik jika sebuah jejantas atau sekurang-kurangnya pagar automatik dibina demi menjamin keselamatan.

''Golongan ibu bapa yang terpaksa keluar mencari rezeki juga bimbang meninggalkan anak mereka di rumah selepas waktu persekolahan atau cuti umum kerana mereka akan ke tepi landasan untuk bermain," katanya.

Nora Yusuf, 46, juga mahu kawasan lintasan itu dipasang dengan pagar keselamatan bagi mengelak anak-anak mereka bermain berdekatan landasan sebelum perkara buruk berlaku.

"Golongan wanita yang berulang-alik menghantar dan menjemput anak sekolah adalah golongan yang paling berisiko melalui kawasan berkenaan kerana mereka selalunya tidak begitu cekap menunggang motosikal melintasi landasan keretapi yang licin terutama selepas hujan," katanya lagi.

Full content generated by Get Full RSS.

Nelayan Pengerang mengeluh pukat rosak

Posted:

Nelayan Pengerang mengeluh pukat rosak

Nelayan Pengerang mengeluh pukat rosak


SEKUMPULAN nelayan menunjukkan lebih 40 bungkus jaring yang rosak akibat dilanggar kapal yang membawa lumpur
di Pengerang, Kota Tinggi, baru-baru ini.


KOTA TINGGI 6 Nov. - Lebih 200 nelayan pantai sekitar Pengerang, dekat sini meluahkan keluhan dan permasalahan yang dihadapi mereka terutama yang melibatkan kehilangan mata pencarian akibat pembangunan projek industri minyak dan gas di kawasan itu dalam satu dialog anjuran Biro Kebajikan Nelayan Kampung Jawa (BKNKJ) di sini baru-baru ini.

Ahli Jawatankuasa BKNKJ, Wahab Ibrahim, 51, berkata, pembinaan depot simpanan minyak dan gas di kawasan pantai seluas 60 hektar melibatkan dua perkampungan nelayan iaitu Kampung Sungai Buntu, Tanjung Ayam dan Kampung Sungai Kapal, Tanjung Kapal merupakan kawasan yang memiliki khazanah marin yang banyak.

Menurutnya, kerja menyedut lumpur yang bermula sejak 12 Oktober bukan sahaja mengakibatkan kesan ketara lumpur di pesisiran pantai di dua kampung berkenaan, tetapi perkampungan nelayan yang lain turut menerima kesannya dengan tangkapan laut semakin berkurangan.

"Malahan kapal yang membawa lumpur turut merosakkan peralatan menangkap ikan seperti jaring, bubu dan togok sehingga menyebabkan kerugian," pada majlis dialog bersama pemimpin yang diadakan di Balai Raya Kampung Teluk Empang, Pengerang di sini baru-baru ini.

Hadir sama, Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said; Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Negeri Johor, Mohamad Yusri Hashim; Pengerusi BKNKJ, Hussain Abd Latif; Pengerusi Persatuan Nelayan Pengerang, Abu Bakar Mohamad dan Ketua Kampung Sungai Kapal, Abdul Kadir Ahmad.

Bagaimanapun wakil syarikat yang bertanggungjawab memulakan kerja-kerja tebus guna tanah untuk pembinaan terminal laut dalam bebas antara Tanjung Ayam dan Tanjung Kapal, Dialog Group Berhad tidak hadir pada majlis itu.

Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Nelayan Pengkalan Sungai Musoh, Teluk Ramunia, Zakaria Idris, 50, berkata, pihaknya tidak menolak malah menyokong projek tersebut kerana ia membantu kemajuan ekonomi negara di samping memberi peluang pekerjaan kepada penduduk.

Jelasnya, apa yang dituntut adalah hak sebagai nelayan pesisir pantai yang harus diberi perhatian secara adil dan saksama oleh pihak bertanggungjawab.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Dalam Negeri

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Boleh bincang isu keselamatan negara

Posted:

Boleh bincang isu keselamatan negara

Boleh bincang isu keselamatan negara

Oleh WAN NOOR HAYATI WAN ALIAS
pengarang@utusan.com.my


Ismail Omar (tengah) bersama nazir masjid, Zulkifli Ahmad (kanan) dan penduduk serta anggota polis turut melapah daging lembu ibadah korban sempena Aidiladha di Masjid Taman Bukit Antarabangsa, Ampang, Selangor, semalam.


KUALA LUMPUR 6 Nov. - Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar menegaskan beliau hanya akan berjumpa penganjur program mempromosikan seks bebas, Seksualiti Merdeka 2011, sekiranya ingin membincangkan isu keselamatan negara.

Jelas beliau, pihaknya sentiasa terbuka dan tidak menghalang sesiapa sahaja berjumpa tanpa mengira status, latar belakang dan ideologi.

"Sesiapa sahaja boleh berjumpa saya tetapi mesti atas sebab wajar. Jika mahu sembang-sembang kosong sahaja buat apa.

"Sebagai contoh, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan Rukun Tetangga kawasan yang mahu berjumpa untuk berbincang isu ketenteraman awam, keselamatan negara, saya memang mengalu-alukan," katanya.

Ismail berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Korban Aidiladha Bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Masjid Bukit Antarabangsa, Ampang, dekat sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan penganjur Seksualiti Merdeka 2011 yang sedia menghentikan program itu berikutan kecaman dan bantahan meluas pelbagai pihak termasuk wakil- wakil agama.

Menurut kenyataan disiarkan dalam laman web program itu, ia dilakukan demi keselamatan semua yang bakal hadir selain akan cuba bertemu dengan Ismail untuk menerangkan tujuan sebenar.

Sementara itu, Ismail mengesahkan program Seksualiti Merdeka 2011 telah dihentikan namun akan terus memantau dari semasa ke semasa.

"Saya difahamkan, sejak semalam beberapa individu dipercayai berkaitan dengan penganjuran Seksualiti Merdeka 2011 sudah diambil keterangan. Beri peluang kepada polis menjalankan siasatan berhubung isu ini," katanya.

Sementara itu, sehingga petang ini, polis menerima 54 laporan daripada orang ramai di seluruh negara, yang terus membantah penganjuran program seks bebas berkenaan.

Full content generated by Get Full RSS.

Jangan beri muka kepada penganjur seks bebas

Posted:

Jangan beri muka kepada penganjur seks bebas

Jangan beri muka kepada penganjur seks bebas

Oleh Zulkiflee Bakar
pengarang@utusan.com.my

PROGRAM mempromosikan seks bebas melalui Seksualiti Merdeka 2011 akhirnya dihentikan atas alasan demi menjaga keselamatan semua pihak.

Namun begitu tanpa rasa bersalah, penganjur yang terdiri daripada 20 pertubuhan bukan kerajaan dan individu tetap mempertahankan tindakan mereka untuk memperjuangkan hak golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di negara ini yang dianggap hak manusia sejagat.

Persoalannya, kenapakah penganjur begitu bertegas untuk mempertahankan golongan yang melakukan perbuatan di luar tabii ini biar pun ia mendapat tentangan pelbagai pihak termasuk daripada golongan bukan Islam?

Hujah kononnya tindakan mengharamkan penganjuran program itu sebagai menafikan hak golongan LGBT di negara ini adalah satu hujah dangkal dan tidak masuk akal.

Begitu juga apabila penganjur mendakwa, tindakan pengharaman itu akan meminggirkan golongan tersebut yang kononnya telah menderita akibat dipinggir masyarakat.

Sebenarnya ia hanyalah hujah semata-mata bagi melaksanakan apa yang dianggap matlamat menghalalkan cara.

Dalam keadaan apa sekalipun, kewujudan dan usaha mengiktiraf LGBT tidak boleh diterima sama sekali, apatah lagi di Malaysia yang masyarakatnya amat teguh berpegang kepada ajaran agama dan adat resam.

Oleh itu, kehendak penganjur program mempromosikan seks bebas ini untuk berunding dengan pihak berkuasa tidak harus dilayan sama sekali.

Pihak berkuasa terutamanya Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak perlu bersusah-payah mengadakan rundingan dengan kelompok berkenaan kerana ternyata sekali apa yang mereka perjuangkan hanya membangkitkan kemarahan rakyat negara ini.

Kalau benar, penganjur hendak sangat memperjuangkan golongan LGBT tersebut, mereka boleh melakukannya di luar negara dan bukannya di Malaysia.

Tidak timbul soal golongan LGBT di Malaysia menderita akibat dipinggirkan atau dianaktirikan. Selama ini tidak ada siapa pun yang mengetahui sisi gelap kehidupan mereka apabila golongan itu bergaul dengan orang ramai.

Dalam kata lain tidak pernah wujud pun satu peraturan atau undang-undang yang menyatakan golongan LGBT tidak boleh belajar atau bekerja di negara ini.

Justeru apabila wujud satu kelompok yang kononnya memperjuangkan hak asasi manusia dan kebebasan hendak menganjurkan program seks bebas yang sekali gus mengiktiraf LGBT maka sudah tentulah ia satu perbuatan yang janggal.

Kita tidak mahu Malaysia dirosakkan oleh golongan yang melakukan perbuatan di luar tabii kerana ia bukan sahaja bertentangan norma-norma kehidupan tetapi juga melanggar perintah semua agama.

Hubungan sejenis dan seks bebas ditentang oleh semua agama malahan dalam Islam ia adalah perbuatan yang amat dilaknat oleh Allah SWT. Oleh itu tidak perlu ada simpati kepada mereka yang cuba memperjuangkan perbuatan tersebut.

Sudah cukup kita melihat bagaimana buruknya kesan negara-negara yang mengiktiraf LGBT dan paling memualkan apabila mereka ini berkumpul dalam pesta atau perarakan tertentu.

Apakah kita mahu menyaksikan kelompok songsang ini berarak di ibu negara atas nama kebebasan dengan gelagat mereka yang cukup menjijikkan?

Atas sebab itulah, kita mengharapkan ketegasan pihak berkuasa akan berkekalan. Jika dalam isu perhimpunan haram Bersih masih ada perundingan yang boleh dijalankan tetapi dalam isu Seksualiti Merdeka ini tidak ada apa yang perlu dibincangkan.

Sebaliknya mereka yang terlibat perlu dikenakan tindakan tegas kerana dilihat cuba menggugat ketenangan dan keharmonian hidup bermasyarakat serta beragama di negara ini apabila begitu berani menganjurkan satu aktiviti yang terkeluar daripada kehidupan normal rakyat Malaysia.

Justeru, kita mahu melihat sejauh manakah tindakan tegas pihak berkuasa terhadap penganjur, laporan polis sudah dibuat dan kini orang ramai menunggu apa kesudahannya.

Sebab itulah ada pihak menegaskan, pembatalan sahaja tidak mencukupi sebaliknya ia perlu disusuli dengan tindakan tegas dari segi undang-undang.

Percayalah, jika kali ini tiada tindakan tegas diambil sudah pasti selepas ini akan ada lagi acara yang pelik-pelik akan dianjurkan oleh pihak tertentu atas nama hak asasi manusia dan kebebasan.

Full content generated by Get Full RSS.

Bertindak sebelum ada pihak tentang ikut undang-undang rimba

Posted:

Bertindak sebelum ada pihak tentang ikut undang-undang rimba

Bertindak sebelum ada pihak tentang ikut undang-undang rimba

KUALA LUMPUR 6 Nov. - Tindakan penganjur program mempromosikan seks bebas Seksualiti Merdeka 2011 yang mempertahankan pendirian mereka memperjuangkan hak golongan lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) di negara ini perlu ditentang habis-habisan berlandaskan undang-undang.

Ketua Wira Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Irwan Fahmi Ideris berkata, kemarahan umat Islam di negara ini terhadap isu tersebut semakin membuak-buak apabila tiada tindakan tegas dilakukan terhadap penganjur.

Kata beliau, sekiranya tiada tindakan tegas diambil khususnya daripada Peguam Negara terhadap mereka ini, dikhuatiri akan muncul golongan yang menentangnya dengan cara di luar batas undang-undang.

"Mengapa masih tiada tindakan tegas terhadap bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk S. Ambiga yang menjadi dalang dalam hal ini? Sedangkan sejak penganjuran perhimpunan haram Bersih 2.0 dulu, dia masih bebas walaupun lebih 1,000 aduan polis dibuat terhadapnya.

"Kami yakin polis sudah jalankan siasatan, tetapi tiada tindakan. Jadi jangan sampai ada golongan yang menentang mereka ini dengan mewujudkan undang-undang rimba pula,'' katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau mengulas mengenai tindakan penganjur terbabit yang masih ingin memperjuangkan hak golongan LGBT di negara ini.

Menurutnya, beliau yakin golongan itu menjadi berani melahirkan pendirian tersebut disebabkan tiada tindakan tegas oleh kerajaan.

Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Mohamed Maliki Mohamed Rapiee pula berkata, segala ruang bagi golongan ini untuk meneruskan niat mereka perlu dihapuskan segera.

"Sekarang mereka seolah-olah sudah berjaya membawa isu ini kepada masyarakat apabila ia mendapat liputan meluas media. Jadi ambil tindakan supaya ia terhenti di sini sahaja.

"Jika tidak, ia akan menjadi ancaman kepada generasi akan datang,'' katanya.

Menurut beliau, perbuatan mereka yang berdegil ini memang sudah dijangka kerana niatnya memang mahu memporak-perandakan negara.

"Selepas ini mereka akan terus menekan pihak berkuasa dengan mencari kelemahan undang-undang atau mengangkat isu berkaitan supaya hasrat mereka berjaya. Maka inilah masanya untuk kita bertegas dan bertindak,'' katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Utara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Sambut Aidiladha ala kadar

Posted:

Sambut Aidiladha ala kadar

Sambut Aidiladha ala kadar

Oleh MOHD. SHARIZA ABDULLAHutusankedah@utusan.com.my


Md. Ridza Said bersama isteri, Noraini Don membersihkan serpihan bumbung yang pecah akibat dipukul ribut di Taman Bersatu, Kuala Kedah, semalam.


ALOR SETAR 6 Nov. - Ketika kebanyakan umat Islam di negara ini menyambut Aidiladha di rumah mereka dalam keadaan selesa dan ceria, lain pula nasib lebih 150 keluarga di Taman Bersatu, Kuala Kedah di sini apabila meraikan secara ala selepas kediaman mereka rosak dipukul ribut Khamis lalu.

Tinjauan Utusan Malaysia di sekitar taman itu hari ini mendapati, kebanyakan mangsa mengambil kesempatan cuti sempena Aidiladha untuk membaiki kerosakan pada rumah mereka.

Bagaimanapun, suasana kemeriahan sambutan perayaan berkenaan tetap dirasai apabila mereka tidak melepaskan peluang menunaikan solat sunat Aidiladha dan berkunjung ke rumah jiran serta saudara mara.

Seorang mangsa, Noraini Don, 48, berkata, ekoran ribut berkenaan, keluarganya tidak membuat sebarang persiapan menyambut Aidiladha kerana tumpuan diberikan untuk membaiki rumah.

"Tahun-tahun sebelum ini biasanya saya membuat ketupat dan banyak berkunjung ke rumah kenalan serta jiran, tetapi kali ini duduk di rumah sahaja dan tiada hidangan disediakan," katanya.

Seorang lagi mangsa, Rokiah Mat, 50, berkata, meskipun keluarganya tidak membuat persiapan rapi tetapi Aidiladha tetap dirasa apabila ada sanak saudara dan kenalan berkunjung membawa juadah seperti lemang.

"Macam mana nak sambut raya kalau rumah dah jadi seperti tongkang pecah. Kebanyakan kami di kawasan perumahan ini menggunakan cuti sempena Aidiladha ini untuk membaiki dan membersihkan rumah," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

105 murid sertai Klinik Pintar Solat Siri 1 anjuran Baiduri

Posted:

105 murid sertai Klinik Pintar Solat Siri 1 anjuran Baiduri

105 murid sertai Klinik Pintar Solat Siri 1 anjuran Baiduri


Dr. Zambry Abd. Kadir bergambar bersama 105 peserta Klinik Pintar Solat anjuran Badan Amal dan Usaha Isteri Negeri Perak di Ipoh, baru-baru ini.


IPOH 6 Nov. - Seramai 105 murid sekolah rendah di sini mengikuti Klinik Pintar Solat Siri 1 anjuran Badan Amal dan Usaha Isteri Negeri Perak (Baiduri), baru-baru ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, program julung kalinya diadakan dengan kerjasama Bahagian Pembangunan Keluarga, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak itu melibatkan pelajar tahun enam dan lima.

"Para peserta harus menjadikan ibadah solat sebagai pemangkin kejayaan biarpun dihambat dengan pelbagai kekangan seperti kesibukan belajar dan kurangnya dorongan daripada ibu bapa.

"Sehubungan itu, penganjuran program ini diharapkan dapat memperkukuh asas pembinaan jati diri generasi muda menerusi kefahaman dan penghayatan yang sebenar-benarnya terhadap ibadah solat," katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu berucap merasmikan Klinik Pintar Solat Siri 1 yang diadakan di kediaman rasmi Menteri Besar Perak di sini, baru-baru ini.

Hadir sama isterinya, Datin Seri Saripah Zulkifli merangkap Yang Dipertua Baiduri.

Dalam pada itu, Zambry berkata, kejayaan penganjuran program berkenaan diharap mampu menjadi pemangkin kepada penganjuran Klinik Pintar Solat Siri 2, khusus kepada pelajar-pelajar sekolah menengah yang akan diadakan pada 19 November ini.

Full content generated by Get Full RSS.

Kuarters tentera musnah dijilat api

Posted:

Kuarters tentera musnah dijilat api

Kuarters tentera musnah dijilat api


Seorang pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat meninjau keadaan rumah anggota tentera yang hangus dijilat api di Kem Kelubi, Jitra, semalam.


KUBANG PASU 6 Nov. - Penghuni kuarters Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kem Kelubi, Jitra di sini, yang bersiap-sedia untuk menunaikan solat sunat Aidiladha gempar apabila sebuah rumah di situ terbakar, hari ini.

Kejadian berlaku pukul 7 pagi ketika penghuninya iaitu anggota berpangkat koperal dan keluarganya tiada di rumah kerana dikatakan pulang berhari raya di kampung halamannya di Taiping, Perak.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jitra, Hasbullah Mat Isa berkata, dua jentera dengan kekuatan 12 anggota dikejarkan ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan daripada jiran mangsa pada pukul 7.23 pagi.

Katanya, usaha memadamkan kebakaran turut mendapat bantuan daripada pasukan Bomba dan Penyelamat TUDM dengan kekuatan tujuh anggota.

"Api berjaya dikawal daripada merebak pada pukul 7.43 pagi. Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Hasbullah, kebakaran dipercayai bermula daripada bahagian dapur rumah tiga bilik yang terletak di aras dua di Blok 8 itu.

Katanya, keseluruhan barangan perabot di rumah itu musnah terbakar.

"Punca kejadian masih dalam siasatan dan kerugian dianggarkan RM50,000," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Selatan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Pemuda hiperaktif maut

Posted:

Pemuda hiperaktif maut

Pemuda hiperaktif maut

Oleh RIZANIZAM ABDUL HAMID
utusanmelaka@utusan.com.my

MELAKA 6 Nov. – Seorang pemuda hiperaktif ditemui mati dalam longkang berhampiran Klinik Kesihatan Ayer Molek yang terletak kira-kira dua kilometer dari rumahnya di Taman Seri Duyung di sini hari ini.

Mayat mangsa, Mohd. Hafiziee Abd. Kadir, 23, ditemui orang ramai yang melalui kawasan itu kira-kira pukul 10 pagi sebelum melaporkannya kepada polis.

Ibu mangsa, Siti Zulaikha Mohd. Yunos, 55, berkata, dia tidak menyangka akan kehilangan anak kedua daripada empat beradik itu ketika Hari Raya Aidiladha.

"Walaupun arwah tidak boleh bercakap dan kami tidak membuat sebarang persiapan untuk menyambut Aidiladha, tetapi kehilangannya amat dirasai.

"Arwah sentiasa membuatkan suasana di dalam rumah ceria," katanya ketika ditemui di Hospital Melaka di sini semalam.

Menurutnya, Mohd. Hafiziee yang mengidap sawan sering keluar dari rumahnya di Taman Seri Duyung dan berjalan-jalan termasuk sehingga ke Ayer Molek yang terletak kira-kira dua kilometer.

"Pagi tadi, arwah keluar dari rumah pada pukul 8 selepas bersarapan mi goreng yang menjadi kegemarannya dan pulang semula pada pukul 8.30 pagi. Dia kemudian keluar lagi pukul 9 pagi.

"Saya tidak bimbang dia keluar rumah kerana arwah kerap berbuat begini namun akan pulang semula beberapa jam kemudian," tambahnya.

Siti Zulaikha berkata, dia mengetahui kejadian itu apabila diberitahu oleh anak saudaranya yang melihat ramai anggota polis di tepi longkang berhampiran klinik tersebut kira-kira pukul 10 pagi.

"Saya yang terus ke tempat kejadian mendapati terdapat kesan darah di kepala Hafiziee, saya percaya arwah diserang sawan lalu terjatuh dan kepalanya terhantuk pada longkang," katanya.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehuddin Abd. Rahman ketika dihubungi hari ini mengesahkan kejadian itu dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Full content generated by Get Full RSS.

Aidiladha disambut penuh kesyukuran

Posted:

Aidiladha disambut penuh kesyukuran

Aidiladha disambut penuh kesyukuran


Mohamad Hasan (tengah) turut sama membantu ahli kariah menumbangkan seekor lembu bagi ibadah korban sempena Aidiladha di Surau Tanjung, Kampung Kanchong, Seremban, semalam. – Utusan/Abd Razak Aid


SEREMBAN 6 Nov. – Hari Raya Aidiladha disambut penuh kesyukuran oleh seluruh umat Islam di negeri ini.

Di Kuala Pilah, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir menunaikan solat sunat Aidiladha bersama 500 umat Islam di Masjid Diraja Tuanku Munawir, Seri Menanti dekat sini.

Berangkat sama ialah Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani serta anakanda baginda yang juga Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz dan Tunku Zain Al-Abidin Tuanku Muhriz.

Selesai solat, baginda berdua berkenan menyaksikan penyembelihan empat ekor lembu bagi ibadah korban kurniaan baginda sebelum ke Makam Diraja Seri Menanti untuk upacara tahlil dan doa selamat.

Selesai upacara berkenaan baginda berdua turut berkenan mengurniakan daging korban kepada kariah masjid itu.

Sementara itu di Rantau, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan menyertai ratusan penduduk setempat menunaikan solat sunat Aidiladha di Surau Tanjong, Kampung Kanchong di sini.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau turut menyertai ibadah korban dengan menyumbangkan dua ekor lembu.

Dalam pada itu, kemeriahan Aidiladha di Telok Kemang tidak kurang hebatnya apabila hampir 300 pelancong warga Singapura menyaksikan program ibadah korban di Inap Desa Kampung Panchitan.

Program tiga hari dua malam anjuran Tourism Malaysia itu menyaksikan 37 haiwan ternakan terdiri daripada lembu dan kambing dikorbankan sempena Aidiladha kali ini.

Pengarah Tourism Malaysia negeri, Hishamuddin Mustafa berkata, program kali keenam ini merupakan penyertaan warga Singapura yang terbesar berbanding tahun sebelumnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Pokok pisang keluar tandan di tengah batang

Posted:

Pokok pisang keluar tandan di tengah batang

Pokok pisang keluar tandan di tengah batang


Elyas Wahi menunjukkan pokok pisang yang mengeluarkan buah pada tengah batang pokok di Taman Selasih, Lukut, Port Dickson, baru-baru ini.


PORT DICKSON 6 Nov. – Seorang penanam pokok pisang di Lukut dekat sini menemui setandan pisang yang tumbuh pada batang pokok buah itu yang ditanam di belakang rumahnya.

Elyas Wahi, 51, menemui pisang ganjil itu ketika ingin menebang pokok pisang yang sudah kering di rumahnya di Taman Selasih di sini baru-baru ini.

"Ketika pulang dari kerja, saya ingin tebang pokok pisang yang sudah kering.

"Tiba-tiba saya melihat sebatang pokok pisang saya berbuah di batangnya," katanya yang ditemui di rumahnya itu.

Menurutnya, beliau telah menanam pokok pisang itu selama setahun dan hasil yang ditemuinya itu amat mengejutkan.

Katanya, berkebun adalah hobi utamanya bagi mengisi masa lapang terutamanya selepas pulang dari kerja.

"Semuanya pasti ada maksud yang tersendiri dan apabila pisang itu sudah masak, pastinya saya tidak akan menjualnya seperti hasil tanaman yang lain," katanya yang juga seorang anggota polis.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Muka Hadapan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


Tidak selesa lihat penguasaan Melayu

Posted:

Tidak selesa lihat penguasaan Melayu

Tidak selesa lihat penguasaan Melayu

Oleh SYUKRI SHAARI
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 6 Nov. - Hasrat DAP mahu mengurangkan bilangan penjawat awam sekiranya dipilih sebagai pemerintah negara mengukuhkan dakwaan bahawa parti berkenaan tidak selesa melihat penguasaan orang Melayu dalam sesuatu bidang.

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin berkata, semua pihak sedar majoriti penjawat awam merupakan orang Melayu dan DAP tidak selesa dengan perkara tersebut.

"Mereka (DAP) memang ada agenda tersembunyi menerusi hasrat tersebut dan bukanlah semata-mata mahu mengurangkan perbelanjaan kerajaan seperti didakwa.

"Mereka ini memang tidak boleh tengok orang Melayu lebih sedikit dalam sesuatu. Kita (Melayu) memang ramai dalam sektor awam, jadi mereka cuba untuk mengurangkan penguasaan kita dalam sektor tersebut," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Zulkifli, DAP seharusnya melaksanakan terlebih dahulu hasrat mereka itu di negari-negeri ditadbir pembangkang dan lihat kesannya.

"Saya cabar mereka laksanakan dahulu hasrat mereka itu di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan. Kita tengok apa reaksinya," jelasnya.

Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Penerangan DAP, Tony Pua yang disiarkan dalam sebuah akhbar berbahasa Cina baru-baru ini bahawa kerajaan DAP akan mengu rangkan penjawat awam dan mena matkan perkhidmatan mereka yang tidak efi sien seperti yang dilakukan kera jaan China bagi mengurangkan bajet kerajaan

Ruangan Bisik-Bisik Mingguan Awang Selamat yang turut menyentuh isu tersebut menganggap ia sebagai satu lagi provokasi DAP yang tersirat agenda tertentu.

Sementara itu, Ahli Dewan Negara, Senator Ezam Mohd. Noor berkata, itulah belang sebenar DAP yang bersikap rasis dan menanam kebencian terhadap orang Melayu dan asas negara.

Katanya, konsep Malaysian-Malaysia yang dimulakan oleh PAP dan diteruskan oleh DAP adalah atas semangat yang sama iaitu tidak mengiktiraf Melayu dan Islam sebagai teras negara ini.

''Cuma semangat rasis dan kebencian itu hanya muncul sekarang setelah DAP yakin mereka boleh peralat dan tunggang pemimpin Melayu yang terdesak seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sanggup gadai maruah bangsa dengan didokong sekelompok pro Anwar yang rakus kuasa di dalam Pas.

''Ini membuatkan DAP semakin berani terjemah semangat rasisnya dengan kenyataan terbaru berhubung kakitangan awam itu,'' katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Aidiladha disambut sederhana

Posted:

Aidiladha disambut sederhana

Aidiladha disambut sederhana


Muhyiddin Yassin bersalaman dengan orang ramai selepas menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, semalam.


KUALA LUMPUR 6 Nov. - Hari Raya Aidiladha hari ini disambut masyarakat Islam secara sederhana dan dalam keadaan berjaga-jaga bagi menghadapi kemungkinan banjir ekoran keadaan cuaca yang diramalkan tidak menentu di kebanyakan negeri.

Di KUALA LUMPUR, kira-kira 10,000 orang ramai termasuk warga asing segak dengan pakaian berwarna-warni bersama-sama memenuhi Masjid Negara bagi menunaikan solat sunat Aidiladha.

Cuaca yang redup memudahkan pergerakan orang ramai yang mula tiba seawal pukul 7 pagi bagi menunaikan solat itu yang diimamkan oleh Imam Masjid Negara, Ustaz Ehsan Mohd. Hosni sebelum beliau menyampaikan khutbah bertajuk Aidiladha: Mengerat Perpaduan Ummah.

Di KUALA TERENGGANU, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah bersama kira-kira 2,000 umat Islam menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Ladang di sini.

Di PERLIS, ribuan ternakan terutama lembu dan kambing dikorbankan tahun ini termasuk 45 ekor lembu yang disumbangkan oleh kerajaan negeri dan 42 ekor yang disumbangkan oleh Ahli Parlimen Arau, Datuk Ismail Kasim.

Di IPOH, Pemangku Raja, Raja Dr. Nazrin Shah dan Raja Dihilir Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa menunaikan solat sunat Aidiladha bersama-sama lebih 3,000 rakyat jelata di Masjid Sultan Azlan Shah.

Kerajaan negeri turut mengerjakan ibadah korban iaitu 11 ekor lembu dengan dikelolakan oleh Yayasan Perak di kediaman rasmi Menteri Besar, esok.

Di SHAH ALAM, kira-kira 10,000 umat Islam menunaikan solat sunat Aidiladha bersama Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Upacara korban dimulakan pada pukul 10.15 pagi ini dengan 34 ekor lembu dijadualkan disembelih dan dagingnya disedekahkan kepada fakir miskin.

Di SANDAKAN, umat Islam turut memenuhi Masjid Negeri di Sembulan dan Masjid Bandaraya Kota Kinabalu di Likas untuk menunaikan solat sunat Aidiladha.

Di ALOR SETAR, Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah menyertai ribuan umat Islam di bandar raya Alor Setar menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Zahir.

Di PULAU PINANG, Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas menunaikan solat sunat Aidiladha bersama kira-kira 2,000 umat Islam di Masjid Negeri Pulau Pinang.

Di JOHOR BAHARU, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menunaikan solat Aidiladha bersama-sama lebih kurang 2,000 rakyat jelata di Masjid Sultan Abu Bakar.

DI KUALA PILAH, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Diraja Tuanku Munawir, Seri Menanti.

Selesai solat, baginda berkenan menyaksikan penyembelihan 15 ekor lembu untuk ibadah korban di perkarangan masjid berkenaan, dan berkenan mengagih-agihkan daging korban kepada ibu tunggal dan warga emas.

Di MELAKA, Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam menyertai kira-kira 7,000 muslimin dan muslimat menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Al-Azim, Bukit Palah di sini. — BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.

Hayati semangat korban pupuk perpaduan

Posted:

Hayati semangat korban pupuk perpaduan

Hayati semangat korban pupuk perpaduan


Shafie Apdal meraikan sambutan Hari Raya Aidiladha bersama penduduk Kampung Tampi-Tampi di Semporna, Sabah semalam.


SEMPORNA 6 Nov. - Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal menyeru masyarakat luar bandar di seluruh negara menghayati semangat korban yang ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail bagi mengubah taraf sosial dan ekonomi mereka.

Katanya, pengorbanan yang dilakukan oleh kedua-dua rasul itu dari segi harta dan nyawa sepatutnya menjadi pemangkin dan inspirasi untuk mencapai kejayaan dalam pelbagai bidang seterusnya memajukan kehidupan sendiri.

"Berkorban bukan sahaja membawa erti kesanggupan seseorang untuk menyerahkan harta atau apa sahaja benda yang disayangi kerana menginsafi akan keperluan individu lain tetapi lebih kepada kesanggupan untuk berbuat kebaikan," katanya yang juga Ahli Parlimen Semporna ketika menyertai ibadah korban di Masjid Pekan Semporna, di sini, hari ini.

Tambah Mohd. Shafiee, dari aspek kemasyarakatan dan kemanusiaan, pengorbanan dapat mewujudkan suasana harmoni, kerjasama dan kasih sayang sesama insan.

"Semangat rela berkorban ini mampu mengeratkan perpaduan di kalangan rakyat yang mana perpaduan merupakan faktor penting dalam memastikan negara sentiasa berada dalam keadaan aman dan harmoni.

"Selain itu, berkorban juga merupakan tuntutan paling besar sama ada dalam lingkungan keluarga, masyarakat mahupun agama, bangsa dan negara," jelasnya yang juga merupakan Naib Presiden UMNO.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Timur

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Timur


Dakwa dibuang kerja tanpa sebab

Posted:

Dakwa dibuang kerja tanpa sebab

Dakwa dibuang kerja tanpa sebab

Oleh MOHD. ISWAN SHAFIQ MAT ISA
utusanterengganu@utusan.com.my


Sebahagian daripada 22 pekerja TADC mengadakan demonstrasi selepas dibuang kerja di Gong Badak, Kuala Terengganu, semalam.


KUALA TERENGGANU 6 Nov. - Seramai 22 pekerja Terengganu Agrotech Development Corporation Sdn. Bhd (TADC) memohon campur tangan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said bagi menyelesaikan isu pemberhentian kerja yang disifatkan tidak adil.

Wakil pekerja terbabit, Mohd. Razak Salih berkata, campur tangan Menteri Besar terpaksa dibuat setelah pihaknya gagal mendapatkan penjelasan daripada pengurusan syarikat di bawah Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) itu.

"Kami hanya dimaklumkan mengenai perkara itu tiga hari selepas satu mesyuarat yang dipengerusikan Pengurus Besar pada 30 Oktober lalu dengan alasan syarikat mengalami kerugian dan perlu menstrukturkan semula organisasi.

"Namun, perkara yang menjadi persoalan ialah, mengapa surat pemberitahuan dihantar pada 3 November sedangkan tarikh surat itu ialah pada 1 November dan notis itu pula berkuat kuasa pada 8 November?

"Mereka (syarikat) seolah-olah tidak memberi peluang langsung kepada kami untuk mendapatkan penjelasan kerana sebelum notis pemberhentian itu ialah cuti Hari Raya Aidiladha," katanya kepada pemberita selepas mengetuai perhimpunan aman di sini kelmarin.

Para pekerja yang menerima notis pemberhentian kerja itu terdiri daripada pekerja tetap dan kontrak termasuk berjawatan pengurus dan eksekutif syarikat yang telah berkhidmat antara satu hingga lima tahun.

Dalam pada itu, Mohd. Razak berkata, imbuhan yang diberikan kepada mereka ekoran pemberhentian itu dinilai dengan kadar yang berbeza.

Katanya, ada di antara mereka menerima imbuhan serendah RM22.20 sedangkan pekerja tersebut telah berkhidmat hampir setahun bersama TADC.

"Ada juga di kalangan kami (yang diberhentikan kerja) terdiri daripada bakal ibu yang sarat mengandung tujuh bulan, ibu yang masih dalam pantang selepas melahirkan anak dan pasangan suami isteri (salah seorang diberhentikan).

"Bagaimana nasib mereka lepas ni? Ini menunjukkan pihak pengurusan langsung tidak peka dan bertindak membuang pekerja secara rawak," katanya.

Menurut beliau, kriteria pekerja yang dibuang juga tidak diberitahu sedangkan ada di antara mereka yang telah bekerja sejak awal penubuhan TADC iaitu pada tahun 2006.

"Saya dengar akan ada lagi pekerja yang akan dibuang daripada keseluruhan 70 pekerja TADC untuk fasa kedua nanti," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Kursus kahwin percuma elak gejala seks bebas

Posted:

Kursus kahwin percuma elak gejala seks bebas

Kursus kahwin percuma elak gejala seks bebas


Yusof Awang Hitam beramah mesra bersama sebahagian 140 peserta kursus pra perkahwinan di Sekolah Menengah Kebangsaan Belara, Kuala Terengganu, kelmarin.


KUALA TERENGGANU 6 Nov. - Keghairahan pihak tertentu menganjurkan program mempromosi seks bebas, Seksualiti Merdeka 2011 mendorong Penyelaras UMNO Dewan Undangan Negeri (DUN) Manir mengambil inisiatif mengadakan kursus pra perkahwinan secara percuma kepada remaja.

Program yang disertai seramai 140 pemuda dan wanita berusia antara 19 hingga 47 tahun sekitar DUN berkenaan itu dianjurkan dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT).

Menurut Penyelaras UMNO DUN Manir, Yusof Awang Hitam, program tersebut pertama kali diadakan di peringkat DUN untuk membantu meringankan beban peserta.

Beliau tidak menafikan pihaknya berasa terpanggil bagi menjayakan program itu berikutan tindakan pihak tertentu yang jelas cuba mencabar undang-undang negara dengan menganjurkan program Seksualiti Merdeka 2011 sehingga mengundang bantahan banyak pihak.

"Kita bimbang dengan masa depan anak-anak muda apatah lagi ketika ini wujud usaha pihak tidak bertanggungjawab cuba menyerapkan budaya songsang dengan mengiktiraf aktiviti seks bebas.

"Bagi tujuan itu, kita rasa bertanggungjawab untuk menyelamatkan golongan muda dengan memberi galakan kepada mereka menyertai kursus pra perkahwinan secara percuma seperti ini," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan majlis penutup kursus tersebut yang berlangsung selama dua hari di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Belara, Manir dekat sini semalam.

Yusof berkata, pihaknya bercadang meneruskan program seumpama itu pada masa akan datang jika mendapat sambutan orang ramai khususnya remaja.

Full content generated by Get Full RSS.

Puteri UMNO Kubang Kerian korban tujuh ekor lembu

Posted:

Puteri UMNO Kubang Kerian korban tujuh ekor lembu

Puteri UMNO Kubang Kerian korban tujuh ekor lembu


Azlinda Alis (tiga dari kiri) mengagihkan daging korban kepada golongan yang kurang bernasib baik di Kubang Kerian, Kota Bharu, semalam.


KOTA BHARU 6 Nov. – Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Kubang Kerian memperuntukkan sebanyak tujuh ekor lembu untuk dikorbankan sempena sambutan Hari Raya Aidiladha tahun ini.

Ketuanya, Azlinda Alis berkata, semua daging korban tersebut akan diagih-agihkan kepada golongan fakir miskin di sekitar Parlimen Kubang Kerian.

Menurutnya, dijangkakan seramai 3,000 golongan yang kurang berkemampuan di kawasan Parlimen Kubang Kerian menerima agihan daging berkenaan.

"Tujuan utama penganjuran majlis ini ialah untuk mengajak orang ramai di luar sana menghayati korban selaras dengan tuntutan agama.

"Selain itu, melalui program ini juga kita dapat berkongsi nikmat kegembiraan di hari raya bersama mereka yang kurang berkemampuan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis pengagihan daging korban di pejabat Puteri UMNO, Kampung Binjai dekat sini hari ini.

Majlis korban tersebut turut di hadiri lebih 500 penduduk kampung yang bersama-sama bergotong-royong menjayakan program tersebut.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved