Selasa, 18 Oktober 2011

Utusan Online - Keluarga

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Keluarga


Terjebak akibat kurang perhatian

Posted:

Terjebak akibat kurang perhatian

Terjebak akibat kurang perhatian


Para peserta Program Tabung Kami Prihatin Karakter Bangsa anjuran ESQ Leadership Center Sdn. Bhd. (ESQ) dengan kerjasama Persatuan Pengguna Islam Malaysia, khusyuk mendengar amanat yang disampaikan oleh salah seorang penceramah.


"SAYA menjadi liar dan terjebak dengan pelbagai masalah sosial kerana tidak mendapat perhatian daripada ibu bapa malah selepas mereka mengetahui kegiatan saya, mereka tetap begitu (tidak ambil peduli)," ujar Sham (bukan nama sebenar), salah seorang peserta remaja Program Tabung Kami Prihatin Karakter Bangsa anjuran ESQ Leadership Center Sdn. Bhd. dengan kerjasama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), yang ditemui di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Malah kenyataan mengatakan mereka tidak mendapat perhatian keluarga turut disuarakan empat lagi peserta program tersebut.

Walaupun hanya lima peserta program yang ditemu bual, ternyata alasan utama kenapa mereka terjebak dengan masalah sosial adalah disebabkan kurangnya perhatian daripada ibu bapa.

Apa yang menyedihkan, rokok menjadi teman setia kepada kelima-lima remaja tersebut seawal usia 13 tahun lagi.

Daripada lima remaja tersebut, empat daripadanya merupakan remaja lelaki.

Hasil daripada sembang-sembang dengan keempat-empat remaja itu juga mendapati melepak, minum arak, mencuri, meragut, menyamun, mengambil dadah dan bertukar perempuan adalah aktiviti harian mereka tanpa sedikit pun rasa bersalah.

Malah mereka bangga dengan apa yang dilakukan dan sedikit pun tidak takut sekiranya mereka ditangkap.

Sham yang turut berkongsi cerita dengan penulis sebenarnya merupakan seorang pelajar yang pandai tetapi kerana menurutkan kata hati dia akhirnya kecundang.

Tersilap langkah

Akibat tersilap langkah, Sham yang diberi pendidikan agama secukupnya oleh keluarga akhirnya terpesong jauh dari landasan.

Bukan setakat meneguk 'air kencing setan' bagai meneguk air putih, dia yang kini telah kembali ke pangkal jalan menyedari apa yang dilakukan selama ini, semuanya tidak berfaedah dan tidak ke mana.

"Saya merupakan bekas pelajar tahfiz dan akibat daripada tidak tahan dugaan dan apabila tinggalkan al-Quran, saya tidak boleh kawal diri dan tidak jumpa kekuatan diri.

"Itu adalah peringkat pertama perubahan diri saya dan seawal usia 14 tahun saya sudah pandai mabuk dan ambil dadah.

"Masa tu tak fikir apa malah makin seronok, tetapi apabila makin dewasa dan berfikir jauh sebenarnya baru tahu semua ini tidak ke mana-mana dan bila buat jahat pun sudah tidak rasa apa-apa lagi," katanya.

Walaupun hari ini Sham boleh dikatakan hampir pulih daripada dihantui kenangan silam, tetapi masih ada satu perkara yang membuatkan dirinya menyesal tidak sudah.

Menurut Sham, semasa zaman 'jahilnya', dia pernah membuntingkan anak dara orang dan dia berazam ingin menebus kesalahannya dengan menjadi seorang yang bertanggungjawab.

Tersalah pilih kawan

Dalam pada itu, Awie (bukan nama sebenar) yang kini masih merupakan pelajar sekolah menengah di sekitar ibu kota amat bersyukur kerana dirinya tidak terlalu lama terpesong daripada landasan sebenar.

Ini kerana menurutnya, dia cepat disedarkan oleh rakan-rakannya malah dia amat berterima kasih kepada mereka.

Bercerita lanjut mengenai dirinya, Awie menyatakan bahawa dia tersalah memilih kawan.

Akibat daripada itu dia mula menjadi liar dengan melakukan kegiatan menyamun, bergaduh dan juga terlibat dengan perempuan.

Malah rentetan daripada itu juga dia hampir-hampir menjadi hamba dadah.

"Segala-galanya bermula ketika saya berusia 15 tahun dan alhamdulillah apa yang berlaku tidak berpanjangan kerana kini saya telah disedarkan oleh rakan-rakan yang sayangkan diri saya.

"Tetapi boleh dikatakan sepanjang setahun menjalani kehidupan seperti seorang gangster ia banyak memberi pengalaman hidup.

"Usah ditanya sama ada saya menyesal atau tidak kerana sudah pasti jawapannya menyesal yang teramat sangat," tambahnya.

Katanya lagi, selain dibantu rakan-rakan untuk kembali ke pangkal jalan, dia turut bermimpi mengenai kematian.

Rentetan daripada peristiwa itulah, Awie tanpa menoleh ke belakang telah menyahut tawaran rakan-rakan untuk menyertai program yang anjurkan oleh ESQ ini.

Dikuasai arak

Seorang lagi anak muda yang ditemui, Wan (bukan nama sebenar) turut menyesali apa yang telah berlaku kepada dirinya sebelum ini.

Hanya disebabkan mempunyai masalah keluarga, dia tanpa berfikir panjang telah terjebak dengan pelbagai masalah sosial.

Seawal usia 14 tahun, Wan telah mula pandai menghisap rokok dan meminum arak.

Bukan itu sahaja malah sepanjang dia bergelar remaja yang bermasalah, keluar malam merupakan rutin harian dan tidak ketinggalan berkepit serta melakukan seks bebas dengan pelbagai wanita.

"Apa yang saya buat serta segala aktiviti harian saya, keluarga tahu malah mereka diam sahaja.

"Apa yang dicari adalah keseronokan dan masa itu sudah tidak fikir apa-apa lagi, yang penting apa dikehendaki masa itu mesti dapat," katanya jujur.

Kini, setelah menyedari apa yang dilakukan hanyalah membuang masa, Wan mengambil keputusan untuk keluar daripada kelompok tersebut dan membaiki diri.

Bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun hadapan, Wan mengharapkan terbaik buat dirinya untuk bekalan di masa hadapan.

Akibat hasutan

Cerita yang dikongsi Man (bukan nama sebenar) bersama penulis tidak jauh bezanya dengan cerita-cerita Sham, Awie dan Wan.

Ini kerana penglibatannya dengan gejala sosial juga adalah hasutan daripada rakan-rakan sendiri.

Begitupun, Man tidak pernah menyalahkan rakan-rakan kerana menurutnya pokok pangkal diri sendiri.

"Apa yang terjadi kepada saya memang hasutan rakan-rakan tetapi saya tidak sekali-kali menyalahkan mereka.

"Kerana pokok pangkalnya diri saya sendiri dan saya boleh katakan 'tidak' kepada mereka tetapi saya dengan rela hati mengikut ajakan mereka.

"Yang pasti saya cukup menyesali dengan apa yang terjadi dan berharap dengan perubahan diri setakat ini akan terus berkekalan dan menjadi masyarakat yang berguna untuk negara," katanya sebak.

Hari ini dengan menyambung pelajaran di salah sebuah kolej di utara tanah air, Man mengharapkan yang terbaik buat dirinya.

Malah program ESQ tersebut merupakan kursus motivasi kedua yang dihadirinya.

Ini semua adalah untuk menambah ilmu pengetahuan selain menyediakan diri dengan perkara-perkara asas yang telah lama ditinggalkan.

Bagi Mona (bukan nama sebenar) pula, walaupun dilabelkan sebagai seorang remaja yang bermasalah tetapi dia masih tahu batas-batas agama.

Katanya, dia hanya seorang remaja liar yang suka keluar malam, melepak dan hisap rokok.

Tidak lebih daripada itu, Mona memberitahu semuanya berlaku akibat masalah keluarga.

"Saya sebenarnya anak angkat kepada keluarga yang membela saya sekarang ini.

"Saya merupakan anak bongsu. Akibat daripada masalah keluarga serta tiada perhatian daripada mereka, saya mula memberontak," katanya sambil bersyukur kerana ditawarkan untuk mengikut kursus yang dianjurkan oleh ESQ baru-baru ini.

Begitupun baik Mona, Sham, Awie, Wan dan Man mereka kini sepakat untuk memperbaiki diri malah ingin menjadi remaja yang berguna dan boleh dibanggakan negara.

Maka tidak hairan ketika ditemui masing-masing memberitahu agar cerita mereka ini seharusnya dijadikan pengalaman kepada remaja-remaja di luar sana untuk berubah.

Bukan itu sahaja malah mereka juga berpendapat tiada faedah serta manfaat yang diperoleh selain daripada keseronokan yang hanya bersifat sementara.

Full content generated by Get Full RSS.

ESQ bawa remaja ke pangkal jalan

Posted:

ESQ bawa remaja ke pangkal jalan

ESQ bawa remaja ke pangkal jalan

PROGRAM Tabung Kami Prihatin Karakter Bangsa anjuran ESQ Leadership Center Sdn. Bhd. (ESQ) dengan kerjasama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dilihat satu lagi jalan penyelesaian kepada gejala sosial golongan remaja.

Pengarah Besar ESQ, Marhaini Yusoff berkata, program tersebut yang diadakan untuk kali kedua adalah bertujuan membantu dan membimbing golongan remaja serta anak muda yang bermasalah kembali ke pangkal jalan.

Tambah beliau lagi, program kali ini merupakan program latihan untuk remaja mensasarkan mereka yang berusia 14 hingga 24 tahun.

"Program ini merupakan program kali kedua diadakan selepas yang pertama pada Jun lalu.

"Ia merupakan program untuk mencetus kesedaran terutama dalam memulihkan semula pembentukan karakter golongan remaja ini.

"Dalam program ini, tumpuan yang istimewa diberikan kepada mereka yang hard core dan apa yang diharapkan agar pengisian dalam program ini akan berjaya mencetus kesedaran dari hati mereka sendiri," katanya ketika ditemui selepas pelancaran Program Tabung Kami Prihatin Karakter Bangsa di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Menurutnya lagi, untuk mendapat keberkesanan selepas program, pihaknya dan PPIM akan saling berhubung bagi memastikan kumpulan itu dapat memulihkan diri sepenuhnya.

Malah jika dilihat keputusan yang diperoleh daripada tinjauan, sebanyak 97 peratus perubahan telah berlaku kepada para peserta program tersebut.

Sementara itu, menurut Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Hashnoel Murshim Hashim, inilah kali kedua pihaknya bekerjasama dengan ESQ dalam usaha memberi kesedaran kepada para remaja yang mempunyai masalah sosial.

Ini kerana selain ingin kembalikan mereka ke pangkal jalan, mereka juga berharap agar jumlah kes-kes yang melibatkan gejala sosial di kalangan remaja akan menurun.

"Mengikut statistik 2010, setiap 17 minit anak luar nikah akan dilahirkan dan dalam sehari 19 orang Melayu membunuh diri.

"Manakala di Malaysia terdapat lebih 400 ribu minah dan mat rempit serta bagi kelahiran anak sumbang mahram adalah sebanyak 150,000.

"Bukan itu sahaja, kerajaan telah membelanjakan RM550 juta untuk memberi makanan kepada banduan dan juga penagih dadah setiap tahun," ujarnya.

Jelasnya lagi, statistik tersebut adalah satu beban kepada negara dan program yang diadakan bersama-sama ESQ merupakan salah satu program untuk meringankan beban negara.

Oleh itu, Hashnoel berharap agar semua permasalahan ini dapat diselesaikan secara bersama dan penganjuran program-program sedemikian merupakan salah satu caranya.

Ini juga menurutnya, merupakan tanggungjawab semua dan jangan tuding jari pada mana-mana pihak malah.

Secara umumnya, tiada siapa mampu memberi jawapan tepat kepada persoalan mengapa anak-anak remaja hari ini semakin runtuh akhlaknya kerana yang pasti akhlak remaja-remaja ini semakin rosak dan liar.

Dalam pada itu ESQ memerlukan sumbangan berbentuk dana dan sumbangan kewangan daripada insan-insan mahupun sektor-sektor korporat untuk meneruskan segala usaha dalam menjalankan pelbagai latihan yang diperlukan untuk golongan remaja ataupun aktiviti-aktiviti berbentuk kerohanian lain.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Kota

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Keramat Mall masih sepi

Posted:

Keramat Mall masih sepi

Keramat Mall masih sepi

Oleh MOHD. HAFIZ ABD. MUTALIB
kota@utusan.com.my


Hanya sebuah gerai makanan yang beroperasi semasa tinjauan di Keramat Mall, Kuala Lumpur baru-baru ini, menyebabkan suasana di kompleks pasar serba moden itu suram - utusan/ HAFIZH KHOSMAT


KUALA LUMPUR 18 Okt. - Walaupun Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengarahkan baki 74 peniaga segera berpindah ke Keramat Mall selepas sambutan Aidilfitri lalu, namun arahan itu dilihat masih gagal dipatuhi oleh peniaga terbabit.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati situasi di pasar serba moden itu masih sepi seperti dahulu dengan banyak ruang niaga masih kosong walaupun segala kelengkapan sudah tersedia dan banyak permintaan peniaga sudah dipenuhi.

Apa yang dapat dilihat ialah hanya beberapa gerai yang sudah memulakan operasi mereka, malah agak mengecewakan apabila melihat tidak ramai pengunjung yang singgah di situ.

Seorang peniaga, Husin Mat Ali, 56, berkata, dia telah berpindah ke Keramat Mall sejak beberapa minggu lalu tetapi masih ramai peniaga yang enggan berpindah.

Akibatnya, kata Husin, perniagaannya merosot teruk kerana pelanggan tidak datang ke situ berikutan masih ramai peniaga masih berniaga di pasar lama.

"Melihat kepada suasana di Keramat Mall yang sunyi sepi ini, mana mungkin pengunjung akan datang. Mereka mungkin merasakan pasar baru ini masih belum beroperasi.

"Bagi saya, mahu tidak mahu saya terpaksa memulakan perniagaan di sini memandangkan ini adalah sumber rezeki saya yang utama.

"Namun, selepas lebih seminggu memulakan perniagaan, saya mengalami kerugian, hendak dapatkan semula modal pun masih tidak berjaya," katanya ketika ditemui.

Seorang lagi peniaga, Ismail Wahab, 63, berkata, dia berharap agar peniaga lain akan berpindah masuk ke Keramat Mall dengan kadar segera.

Katanya, jika Keramat Mall ini sudah penuh dengan peniaga, baru akan ada pengunjung yang singgah di situ.

Selain itu, dia juga berharap agar pasar baru itu dipromosikan dengan lebih hebat dan agresif kerana pada masa ini, keadaan di situ sangat lengang tanpa pengunjung.

"Kalau keadaan ini berterusan, saya tidak tahulah nasib perniagaan makanan yang saya jalankan ini. Mungkin juga dalam sebulan dua saya terpaksa menutup perniagaan," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Masalah tidak akan dibiar berlarutan

Posted:

Masalah tidak akan dibiar berlarutan

Masalah tidak akan dibiar berlarutan

KUALA LUMPUR 18 Okt. - Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar akan bekerjasama dengan Persatuan Peniaga Pasar Datuk Keramat supaya isu peniaga enggan berpindah ke Keramat Mall yang sudah berlarutan sejak sekian lama dapat diselesaikan.

Menterinya, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sudah beberapa kali berbincang dengan peniaga dan meminta mereka berpindah tetapi masih belum mendapat reaksi yang diharapkan.

Beliau berkata, sudah banyak permintaan yang dibuat oleh peniaga telah dipenuhi oleh DBKL tetapi ramai peniaga yang masih tidak berpindah seperti yang diarahkan.

"Buat masa ini, kerajaan masih memberi peluang dan tidak meletakkan tempoh yang spesifik untuk mereka berpindah.

"Namun begitu, perkara tersebut tidak boleh berlarutan begitu lama kerana ia akan menjejaskan peniaga lain yang sudah berpindah ke Keramat Mall," tegasnya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Sebelum ini, DBKL sudah mengarahkan semua peniaga berpindah pada Mei lalu tetapi peniaga meminta diberikan lanjutan masa sehingga selepas Hari Raya Aidilfitri tetapi mereka masih gagal mematuhinya.

Permintaan peniaga supaya premis berhadapan pasar itu dirobohkan juga sudah dilakukan oleh DBKL tetapi peniaga dilihat masih berat untuk berpindah.

Full content generated by Get Full RSS.

Plaza Tol Cheras siap diroboh sebulan lagi

Posted:

Plaza Tol Cheras siap diroboh sebulan lagi

Plaza Tol Cheras siap diroboh sebulan lagi

KUALA LUMPUR 18 Okt. - Plaza Tol Arah Cheras dan Petaling Jaya di Lebuh Raya Hubungan Timur-Barat (Metramac) dijangka siap dirobohkan dan laluannya diturap semula dalam masa sebulan lagi.

Timbalan Ketua Pengarah (Bisnes) Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Rahim Goon berkata, kerja merobohkan plaza tol yang dilakukan dalam dua fasa itu telah bermula pada 12 Oktober lalu dan dijangka siap pada 11 November.

Katanya, bagi fasa satu, lima laluan tengah di kedua-dua hala plaza tol ditutup untuk kerja perobohan dan penurapan jalan.

"Bagi fasa dua pula, enam laluan di sebelah tepi pula akan dirobohkan. Selepas kerja meroboh ini siap, jalan tersebut akan menjadi tiga laluan.

"Oleh itu, orang ramai dinasihati supaya mematuhi arahan papan tanda dan mengurangkan kelajuan supaya perjalanan lebih lancar," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di plaza tol tersebut di sini, ketika meninjau permulaan kerja-kerja merobohkan plaza tol tersebut baru-baru ini.

Mei lalu, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor telah mengumumkan pemansuhan kutipan tol yang berharga 50 sen di lebuh raya itu.

Sementara itu, apabila ditanya mengenai kelewatan perobohan plaza tol tersebut yang sepatutnya dimulakan dalam masa tiga bulan selepas pemansuhan, beliau berkata, ia disebabkan oleh dokumentasi yang melibatkan banyak pihak.

Selain itu, menurut beliau, pihaknya juga harus merancang supaya masa untuk proses meroboh itu bersesuaian agar tidak berlaku kesesakan lalu lintas yang teruk.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Masalah air bertakung

Posted:

Masalah air bertakung

Masalah air bertakung

ANGGERIK BIRU


Keadaan air yang bertakung dan melimpah di Kilometer 40 Jalan Kota Tinggi-Kluang di Kulaijaya membahayakan pengguna jalan raya.


Saudara Pengarang,
SEBAGAI penduduk yang sering menggunakan laluan berhampiran Kilang Sawit Felda Penggeli Timur di Kulaijaya, saya amat kesal dengan keadaan infrastruktur dan sistem perparitan khususnya di Kilometer 40 Jalan Kota Tinggi- Kluang.

Ini kerana setiap kali hujan lebat, kawasan tersebut cepat dinaiki air dan kemudian melimpah ke atas jalan raya.

Bagi penduduk kampung yang sedia maklum mengenai keadaan itu mungkin tidak menimbulkan masalah, tetapi bagaimana pula dengan orang luar yang baru pertama kali melalui kawasan tersebut?

Keadaan jalan berkenaan yang gelap ditambah dengan takungan air boleh mengundang kecelakaan dan mungkin lebih teruk daripada itu.

Masalah ini tidak akan berlaku sekiranya sistem perparitan di kawasan itu dibaiki bagi memudahkan air mengalir dengan lancar.

Air yang bertakung juga dikhuatiri menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes dan sekiranya tidak dibendung boleh membawa kepada penularan wabak denggi.

Justeru, pihak yang berkenaan digesa menangani masalah tersebut dengan segera sebelum ia mendatangkan kecelakaan kepada orang ramai.

Full content generated by Get Full RSS.

Baiki lif Wad Bersalin Hospital Segamat

Posted:

Baiki lif Wad Bersalin Hospital Segamat

Baiki lif Wad Bersalin Hospital Segamat

IBU PRIHATIN

Saudara pengarang,
SAYA adalah ibu yang selamat melahirkan anak di Hospital Segamat baru-baru ini atas khidmat dan bantuan kakitangannya dengan dilengkapi pelbagai kemudahan canggih.

Namun, di sebalik kebaikan petugas dan kehebatan prasarana yang disediakan, saya melalui pengalaman sedikit menyukarkan apabila lif utama ke bilik bersalin tidak berfungsi.

Keadaan ini menyukarkan pergerakan saya untuk ke bilik bersalin kerana terpaksa mendaki tangga ke bilik bersalin dalam keadaan sakit hendak melahirkan bayi.

Tangga itu mempunyai tiga peringkat dan setiap satu peringkat mempunyai hampir 10 anak tangga dan ini membuatkan saya cukup terseksa untuk sampai ke atas.

Dalam keadaan pukul 3 atau 4 pagi, tiada siapa yang membantu kecuali suami dan jika lif boleh berfungsi keadaan adalah lebih mudah dan dekat.

Lif tersebut sudah lebih seminggu rosak tanpa dibaiki sedangkan ia menghubungkan Wad Bersalin, Wad 3 hingga 5 dan Bilik pembedahan.

Bagaimana jika berlaku kecemasan atau ada ibu yang tergelincir ketika mendaki tangga untuk ke Wad Bersalin, tidakkah ini akan mendatangkan masalah bukan sahaja kepada ibu berkenaan tetapi juga pihak hospital?

Justeru, diharap pihak pengurusan Hospital Segamat peka dan tidak terlepas pandang perkara ini kerana ia melibatkan nyawa dan keselamatan orang awam.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Selatan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Bapa maut dirempuh kereta

Posted:

Bapa maut dirempuh kereta

Bapa maut dirempuh kereta

Oleh RIZANIZAM ABDUL HAMID
utusanmelaka@utusan.com.my

MELAKA 17 Okt. - Seorang bapa kepada dua anak maut akibat dirempuh sebuah kereta ketika kenderaan ditungganginya terjatuh di Jalan Datuk Mohd. Zain, Batu Berendam di sini, semalam.

Dalam kejadian pukul 3 petang, Shahrul Hisham Daud, 22, dikatakan baru pulang menghantar isterinya ke tempat kerja di sebuah pasar raya berhampiran.

Menurut sumber, mangsa ketika itu datang dari arah Taman Merdeka Permai menuju arah Bachang sebelum motosikalnya dikatakan terbabas dan terjatuh di tengah jalan.

"Sebaik sahaja terjatuh, mangsa tercampak ke laluan bertentangan sebelum dirempuh sebuah kereta jenis Proton Waja yang dipandu seorang lelaki berusia 65 tahun," katanya di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abd. Rahman berkata, mangsa yang berasal dari Kampung Gelam, Tanjung Keling di sini meninggal dunia di tempat kejadian.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, isteri mangsa, Norhanisa Nordin, 21, berkata, dia tidak menyangka permintaan untuk menemaninya hingga ke kaunter wang tempat kerjanya itu merupakan permintaan terakhir arwah.

"Masih terngiang-ngiang kata-kata arwah yang beria-ia mahu menghantar saya sehingga ke kaunter pembayaran tetapi saya menolaknya kerana tidak mahu menyusahkannya.

"Tidak lama selepas itu, saya terkejut apabila diberitahu dia terlibat dalam kemalangan," katanya ketika ditemui di Bilik Mayat Hospital Melaka di sini, semalam.

Hasil perkahwinan pada 2008, pasangan itu dikurniakan dua orang anak iaitu lelaki dan perempuan berusia tiga tahun dan 18 bulan.

Full content generated by Get Full RSS.

Wujudkan lebih banyak SRS - Ali Rustam

Posted:

Wujudkan lebih banyak SRS - Ali Rustam

Wujudkan lebih banyak SRS - Ali Rustam

MELAKA 17 Okt. - Setiap Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di negeri ini diminta menubuhkan Skim Rondaan Sukarela (SRS) dan Rukun Tetangga (RT) di tempat mereka bagi meningkatkan keselamatan orang awam terutama dalam kawasan perumahan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, melalui penubuhan SRS dan RT yang diwujudkan dengan kerjasama polis, setiap kejadian jenayah dapat diselesaikan dengan mudah dan pantas.

Menurutnya, usaha itu bertepatan dengan objektif Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional yang bertujuan membantu polis dalam menjaga keselamatan kawasan perumahan.

''Usaha itu selain membantu polis meningkatkan keselamatan orang ramai, ia juga menjadikan Melaka negeri paling selamat, sesuai dengan peranannya sebagai negeri pelancongan terkenal," katanya.

Beliau berucap melancarkan program Rondaan Keselamatan Bersama Pemimpin Masyarakat dan Jom Ronda SRS Bersama Ketua Menteri di sini, semalam.

Menurutnya, peranan polis dalam menjaga keselamatan orang awam tidak akan berkesan sekiranya usaha itu tidak mendapat kerjasama sepenuhnya daripada masyarakat melalui penubuhan RT dan SRS.

"RT misalnya, dianggap sebagai satu institusi sosial yang sangat sesuai dijadikan medium terbaik dalam meningkatkan kerjasama antara masyarakat setempat dan pihak berkuasa.

''Pada masa yang sama, SRS yang ditubuhkan dalam sesuatu kawasan sudah terbukti banyak membantu dalam mengawal keselamatan dengan mengadakan rondaan sukarela pada waktu malam," katanya.

Bagi memantapkan penubuhan SRS dan RT, kata Mohd. Ali, JKKK perlu mengadakan kerjasama dengan polis dari semasa ke semasa bagi mengenal pasti masalah dan kejadian jenayah yang berlaku di sesuatu kawasan.

Full content generated by Get Full RSS.

Beberapa kediaman di sekitar Rantau dilanda ribut

Posted:

Beberapa kediaman di sekitar Rantau dilanda ribut

Beberapa kediaman di sekitar Rantau dilanda ribut


Mohamad Hasan melihat sebuah rumah yang dihempap pokok dalam kejadian ribut di Rantau, semalam.


REMBAU 17 Okt. - Lebih 20 buah rumah di sekitar kawasan Rantau dekat sini rosak akibat dilanda ribut dan angin kencang dalam satu kejadian di sini petang semalam.

Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 6.30 petang itu melibatkan beberapa kawasan perumahan meliputi Taman Cempaka, Bekas Kuarters Jabatan Kerja Raya (JKR) Linsum, Taman Desa Anggerik dan Kampung Pasir Mas.

Menurut seorang penduduk Taman Cempaka, V. Nagalingam, 62, ketika kejadian dia bersama dua anak dan cucunya berada di rumah apabila atap rumahnya berterbangan di tiup angin kencang disusuli dengan hujan lebat.

"Sebelum kejadian itu saya terdengar bunyi guruh yang cukup kuat sebelum angin kuat melanda kawasan rumah. Selepas beberapa ketika saya melihat beberapa atap rumah telah diterbangkan angin.

"Berikutan kejadian itu, saya meminta anak masuk ke bilik bersama cucu-cucu sebelum menyelamatkan beberapa barang daripada rosak," katanya yang telah mendiami rumah berkenaan sejak lima tahun lalu.

Sementara itu anaknya, N. Renuga, 26, memberitahu, kejadian itu berlaku dengan pantas menyebabkan dia panik.

"Sebaik sahaja kejadian itu berlaku, saya mendapati ruang tamu rumah kami sudah tidak beratap akibat ditiup angin kencang. Melihat atap yang berterbangan, saya bergegas mencari perlindungan kerana takut sesuatu berlaku ke atas diri saya dan keluarga. Namun saya bersyukur kerana tiada perkara buruk menimpa atas keluarga," katanya.

Dalam pada itu Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan yang melawat tempat kejadian berkata, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) sudah diarah menyediakan senarai mangsa untuk diberi bantuan segera.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau berkata, antara bantuan diberikan termasuk kerja membaiki atap yang kini dijalankan oleh beberapa kontraktor yang dilantik.

"Ini adalah salah satu cara kerajaan Barisan Nasional (BN) memberi bantuan kepada mereka supaya beban masyarakat yang ditimpa musibah ini dapat dikurangkan," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Utara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Masjid terapung Al-Hussain

Posted:

Masjid terapung Al-Hussain

Masjid terapung Al-Hussain

OlehZAINU'L AZHAR ASH'ARIutusanperlis@utusan.com.my


Dewan solat yang luas dan selesa untuk jemaah menunaikan ibadat di Masjid Al-Hussain. - utusan/Faizal Abu Hassan


Tersergam indah Masjid Al-Hussain di Kuala Perlis merupakan kesinambungan pengumpulan dana bagi membangunkan masjid dan surau khususnya di negara ini.

Ahli Perniagaan, Tan Sri Mohd. Ariffin Yusuf memberitahu, usaha pengumpulan dana tersebut diteruskannya berasaskan peruntukan awal yang diberikan oleh abangnya, Allahyarham Datuk Dr. Mohd. Hussain.

"Menerusi pengumpulan dana dengan kerjasama erat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), masjid terapung ini berjaya dibina," kata beliau.

Menurut beliau, pembinaan masjid tersebut memberi impak yang cukup besar kepada institusi masjid yang bukan sahaja sebagai tempat ibadah tetapi merupakan pusat dakwah dan ukhwah Islam di khairah berkenaan.

Kata beliau, keindahan masjid tersebut juga akan menjadi tarikan pelancong selain ia dilihat sebagai lambang perpaduan ummah dan kewujudan perpaduan nasional.

Mengimbau sejarah sejak kecil, kata Mohd. Ariffin, beliau mempunyai pengalaman mengikut bapanya mengurus kerja-kerja membaik pulih masjid di kampungnya di Kebun Lama, Langkawi Road, Pulau Pinang.

"Ia termasuk pengumpulan dana bagi tujuan tersebut dan secara tidak langsung mempengaruhi saya.

"Ketika menziarahi arwah abang saya (Datuk Dr. Mohd. Hussain) pada penghujung 1999, kami berbincang tentang amal jariah dan abang saya mengamanahkan saya sejumlah wang untuk membina masjid atau surau di mana-mana sesuai," tambah beliau.

Beliau menjelaskan, hasrat tersebut diteruskannya dengan pembinaan Masjid Al-Hussain sempena nama abangnya.

Full content generated by Get Full RSS.

Warga emas OKU terima motosikal roda tiga

Posted:

Warga emas OKU terima motosikal roda tiga

Warga emas OKU terima motosikal roda tiga

BANDAR BAHARU 17 Okt. - Dengan pendapatan yang tidak seberapa sebagai pemungut barangan terpakai, Samad Din, 68, ternyata tabah mengharungi kepayahan untuk menyara keluarganya.

Dia yang merupakan orang kelainan upaya (OKU) dan menetap di Kampung Sungai Buaya, Mukim Sungai Kecil Ilir, dekat sini tetap bersyukur dengan kehidupan yang dilalui selama ini.

Warga emas itu memberitahu, dia menggunakan sebuah basikal roda tiga untuk mencari besi buruk dan barang terpakai di sekitar kawasan Sungai Kecil Hilir untuk dijual sebagai sumber pendapatan.

"Setiap hari saya akan pergi ke kawasan pelupusan sampah atau di rumah penduduk untuk cari barang yang tidak digunakan lagi. Ia kemudian dijual kepada peniaga besi buruk dan hasil pendapatan itu digunakan untuk menyara keluarga," katanya selepas majlis penyerahan motosikal roda tiga oleh Penyelaras Parlimen Kulim/Bandar Baharu, Datuk Abd. Aziz Sheikh Fadzir di sini baru-baru ini.

Hadir sama Timbalan Pengarah Kolej Komuniti Kulim, Fuhaidi Zulkifli; Ketua Pemuda UMNO bahagian, Mohd. Mustaffa Kamal Sheikh Ismail dan Ketua UMNO Cawangan Sungai Kecil Ilir, Datuk Muhar Husain.

Menurut Samad yang mengalami masalah pendengaran dan pertuturan, dengan pendapatan sekitar RM600 sebulan, dia berupaya membesarkan enam anak termasuk salah seorang OKU berusia antara 19 hingga 30 tahun.

"Hampir kesemua anak-anak saya sudah bekerja dan berumah tangga. Walaupun sudah lepas tanggungan, namun saya tetap perlu bekerja kerana tidak mahu ganggu mereka. Lagipun, mereka juga mempunyai tanggungjawab menyara keluarga," ujarnya.

Sementara itu Abd. Aziz berkata, bantuan motosikal roda tiga berkenaan di buat atas inisiatif Muhar.

Katanya, motosikal berharga RM2,900 itu adalah sumbangan UMNO Bahagian Kulim Bandar Baharu dan Kolej Komuniti Kulim untuk memudahkan pergerakan Samad mencari rezeki yang halal.

"Dengan adanya motosikal, maka pergerakan Samad lebih lancar dan tidak lagi perlu mengayuh basikal serta tidak memenatkan," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

12 pesakit kronik terima bantuan Deepavali

Posted:

12 pesakit kronik terima bantuan Deepavali

12 pesakit kronik terima bantuan Deepavali

KULIM 17 Okt. - Kedatangan Deepavali tahun ini membawa keceriaan kepada 12 pesakit kronik Ladang Bukit Sedim dan Bagan Sena, dekat sini apabila menerima bantuan kerusi roda dan barangan keperluan bagi menyambut perayaan tersebut.

Bantuan disampaikan dalam program Jasa Prihatin anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) Parlimen Padang Serai di rumah pesakit terbabit, dekat sini baru-baru ini.

Pegawai Jasa Parlimen Padang Serai, Mohd Bakri Hashim berkata, sumbangan bertujuan meringankan beban kewangan masyarakat kurang berkemampuan di kawasan tersebut sempena sambutan Deepavali .

"Kita berharap sumbangan ini dapat membantu meringankan beban kewangan dan menceriakan pesakit di kawasan ini.

"Acara tahunan ini merupakan salah satu tanda bahawa kerajaan tidak pernah melupakan perihal kebajikan kaum India dalam menyalurkan bantuan," katanya pada majlis tersebut.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Dalam Negeri

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Malaysia kutuk dakwaan plot bunuh Duta Besar Arab Saudi di Amerika Syarikat

Posted:

Malaysia kutuk dakwaan plot bunuh Duta Besar Arab Saudi di Amerika Syarikat

Malaysia kutuk dakwaan plot bunuh Duta Besar Arab Saudi di Amerika Syarikat

KUALA LUMPUR 17 Okt. — Malaysia hari ini mengutuk dakwaan rancangan membunuh Duta Besar Arab Saudi ke Amerika Syarikat, Adel al-Jubeir, di Washington.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata Malaysia amat bimbang dengan dakwaan cubaan pembunuhan itu.

"Kami mengutuk sekeras-kerasnya sebarang tindakan untuk membunuh seorang wakil diplomatik sebuah negara berdaulat yang merupakan orang yang dilindungi di bawah undang-undang antarabangsa," katanya dalam kenyataan di sini.

Anifah juga menggesa komuniti antarabangsa supaya mengecam sekerasnya-kerasnya rancangan itu, jika terbukti, kerana ia boleh mencetuskan konfrontasi dan konflik serius di Timur Tengah.

Menurut laporan media asing minggu lepas, pihak berkuasa Amerika Syarikat telah menuduh ejen sebuah kerajaan asing terbabit dalam plot untuk membunuh duta besar itu. - BERNAMA

Full content generated by Get Full RSS.

Industri penerbangan mampu berdaya saing

Posted:

Industri penerbangan mampu berdaya saing

Industri penerbangan mampu berdaya saing

SEPANG 17 Okt. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak percaya sudah tiba masanya untuk industri penerbangan negara ini mempunyai Dasar Penerbangan Kebangsaan bagi membolehkan sektor itu bergerak maju dan berdaya saing.

Beliau berkata, dasar yang komprehensif itu penting bagi membolehkan kerajaan mengenal pasti semua aspek dalam industri itu yang merangkumi hala tuju, matlamat dan strategik jangka panjang.

Katanya, ia juga bagi membolehkan pihak-pihak berkepentingan dalam industri itu mengetahui dan memahami dengan jelas mengenainya.

"Kerajaan melalui Kementerian Pengangkutan berhasrat untuk merangka dasar itu secepat mungkin dan saya percaya mereka telah mengadakan beberapa perundingan dan perbincangan dengan pelbagai pihak terbabit," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Pelancaran 100 tahun Penerbangan di Malaysia di Hangar 6, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha dan Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Abdul Samad.

Pada majlis itu, beliau turut menganugerahkan lesen kepada seramai 47 pelajar bidang Kejuruteraan Penyelenggaraan Pesawat dengan 29 daripadanya adalah anak Felda.

Najib berkata, beliau yakin dasar yang komprehensif itu akan melonjakkan lagi industri penerbangan negara ke tahap yang lebih baik dan mempunyai masa depan yang lebih terjamin.

"Saya berharap untuk mengumumkan dasar itu selepas semua input, pandangan dan perhatian dari semua pihak berkepentingan diambil kira dan dinilaikan," katanya.

Dalam ucapan yang sama, Najib berkata, beliau yakin dengan kebolehan anak-anak Felda untuk meneroka bidang yang begitu teknikal dan kompleks seperti penerbangan.

"Saya mengimbas kembali dan masih ingat betapa ramai yang menyuarakan kesangsian sama ada anak-anak Felda mampu berjaya dalam bidang berteknologi itu," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.

Tutor ILMS Utusan ke Sri Lanka

Posted:

Tutor ILMS Utusan ke Sri Lanka

Tutor ILMS Utusan ke Sri Lanka

Daripada WAHID HASHIM
pengarang@utusan.com.my

COLOMBO 17 Okt. - Kerajaan Sri Lanka dijangka mengguna pakai pakej solusi Tutor Sistem Pengurusan Pembelajaran Pintar (Tutor ILMS) yang dibangunkan Kumpulan Utusan bersama MIMOS Berhad.

Sebuah syarikat daripada India, Barnas International Pvt. Ltd, akan menjadi rakan kongsi projek dalam pembangunan objek pembelajaran mengikut kesesuaian bahasa dan budaya negara itu.

Solusi berkenaan yang meliputi pakej sistem ILMS, latihan dan isi kandungan, merupakan generasi kedua daripada penambahbaikan tutor.com.my yang dibangunkan Unit Pendidikan Utusan Malaysia pada 2001.

Sejurus selepas sesi pembentangan di Biro Pembangunan Ekonomi di sini, Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif, Biro Pembangunan Ekonomi (Wilayah Barat) Sri Lanka, Janaka Kolonnage, berkata, pakej yang dibawa ke Colombo oleh Kumpulan Utusan itu sangat bertepatan dengan keperluan di negara itu kerana ia lengkap dan boleh menjejak status psikometri pelajar.

"Sekaligus pihak sekolah boleh merancang pembelajaran individu setelah mengetahui gaya belajar pelajarnya,'' katanya selepas mendengar taklimat mengenai sistem itu daripada wakil Kumpulan Utusan iaitu Ketua Pegawai Operasi Perfisio Solution Sdn. Bhd., Fareed Abdul Ghani dan Pengarang Pendidikan Utusan Malaysia, Wahid Hashim.

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif Barnas International Private Limited (Barnas) yang beribu pejabat di Chennai, India, M. Najimudeen.

Janaka turut mencadangkan Tutor ILMS diguna pakai di 100 buah sekolah dahulu, sebelum dikembangkan ke sekolah lain.

Janaka memberitahu, sistem itu sungguh mengkagumkan dan melebihi kebolehan Sistem Pengurusan Pembelajaran (LMS) yang konvensional.

Beliau turut tertarik dengan reka bentuk instruksi sistem pengurusan Tutor ILMS yang mencakupi pentadbiran dan pemantauan di peringat sekolah sehingga ke tahap pusat.

Kumpulan Utusan merupakan penyedia pertama sistem e-pembelajaran di Malaysia dan di Asia Tenggara yang dapat menyesuaikan keperluan bahan pengajaran dan pembelajaran (P&P) dengan kehendak gaya belajar setiap pelajar.

Laman web www.tutor.com.my sebelum ini pernah dinobatkan lima laman web pendidikan terbaik di Malaysia selain pernah mewakili Malaysia di UNICEF.

Melalui aplikasi perisian baru yang dibangunkan secara kerjasama dengan MIMOS Berhad ini, pelajar perlu menjalani ujian psikometrik terlebih dahulu untuk mengetahui tahap kepandaian pelbagai dan cara pembelajaran yang sesuai dengan dirinya.

Hasil daripada ujian itu, sistem akan menjana profil pengguna dan memadankannya dengan format bahan pengajaran dan pembelajaran yang menepati cara pembelajaran pelajar berkenaan. - Utusan

Perisian Tutor iLMS akan memandu pelajar untuk mengikuti proses pembelajaran secara teratur menggunakan objek pembelajaran yang dipersembahkan mengikut format yang menepati cara pembelajarannya sama ada dalam bentuk teks dan grafik, multimedia, realiti maya atau augmented reality.

Berbeza dengan sitem e-pembelajaran sedia ada, Tutor iLMS lebih pintar kerana menawarkan teknik pembelajaran mengikut kecenderungan pelajar dan tidak terhad kepada nota dalam talian dan soalan latih tubi sahaja.

Ulang kaji mengikut cara yang sesuai dengan kehendak pelajar ini pasti akan menambah kefahaman mereka terhadap sesuatu topik atau subjek.

Kumpulan Utusan kini sedang membangunkan bahan multimedia Tutor ILMS. - UTUSAN

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Timur

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Timur


Kg. Pantai Suri gamit pengunjung

Posted:

Kg. Pantai Suri gamit pengunjung

Kg. Pantai Suri gamit pengunjung

Oleh YULPISMAN ASLI
utusankelantan@utusan.com.my


Pengunjung hanya boleh menggunakan bot untuk datang ke Kampung Pantai Suri, Tumpat.


TUMPAT 17 Okt. - Kampung Pantai Suri merupakan sebuah perkampungan nelayan tradisional yang terletak di sebuah pulau dalam gugusan 30 buah pulau di muara Sungai Kelantan.

Perkampungan ini dengan keluasan kira-kira empat kilometer persegi, mula diteroka pada 1920.

Keistimewaan kampung itu adalah ia merupakan pulau yang paling hampir dengan Laut China Selatan. Jalan laut merupakan satu-satunya pengangkutan untuk ke kampung ini.

Lantaran itu, tidak hairanlah apabila tiada sebarang kenderaan beroda empat seperti kereta jauh sekali lori mahupun bas di dapati di Kampung Pantai Suri. Jika adapun hanya motosikal, selain basikal yang menjadi pengangkutan utama di sini. Selain itu, penduduknya lebih suka berjalan kaki untuk ke mana-mana sahaja. Keadaan itu sekali gus menjadikan Kampung Pantai Suri kemalangan sifar.

Ketiadaan kenderaan juga mengekalkan kesegaran dan suasana nyaman di Kampung Pantai Suri. Begitu juga alam flora dan fauna di kampung tersebut yang masih terpelihara sehingga kini. Ini menjadikan Pantai Suri destinasi percutian menarik bagi mereka yang ingin menikmati suasana desa dalam persekitaran cukup nyaman.

Terdapat kira-kira 500 penduduk di kampung ini dengan 100 peratus beragama Islam dan mereka masih berpegang teguh kepada adat seni budaya asli kehidupan masyarakat Melayu yang diwarisi sejak zaman berzaman.

Kebanyakannya penduduk Kampung Pantai Suri merupakan nelayan, selebihnya bekerja sebagai kakitangan kerajaan, swasta, pertukangan, perniagaan dan sebagainya.

Jumlah penduduk yang kecil dengan bilangan rumah hanya kira-kira 70 buah, menjadikan warga kampung ini mempunyai ikatan persaudaraan amat erat sesama mereka. Boleh dikatakan setiap mereka mengenali antara satu sama lain, satu suasana yang amat sukar didapati di mana-mana tempat terutama di kawasan bandar.

Lantaran itu, jangan terkejut apabila kunjungan anda ke Kampung Pantai Suri akan disambut dengan meriah termasuk paluan kompang, bunga manggar serta persembahan tradisional seperti pencak silat.

Ini kerana, penduduk kampung tersebut sangat mengalu-alukan kedatangan orang luar yang pada mulanya pasti berasa ibarat 'rusa masuk kampung.' Manakan tidak, kerana setiap orang pasti akan memerhati kelibat anda memandangkan ada 'keluarga' baharu di kampung mereka.

Bagaimanapun, perasaan 'cuak' itu pasti hilang tatkala anda menerima layanan mesra daripada penduduk kampung.

Bagi pengunjung luar yang berminat berkunjung bagi menikmati keunikan dan keistimewaan kampung serta keindahan panorama serta alam semula jadi di kampung ini, mereka boleh tinggal di beberapa rumah yang menyediakan kemudahan inap desa atau homestay pada harga amat berpatutan.

Menurut Penghulu Mukim Teluk Ranjuna, Che Othman Che Ibrahim, walaupun kedudukannya agak terpencil, namun kerajaan tetap membawa kemajuan ke Kampung Pantai Suri demi kesejahteraan penduduknya.

Pun begitu, segala pembangunan yang berlaku di kampung berkenaan, jelas Che Othman, adalah hasil perpaduan dan semangat kekitaan penduduk yang sentiasa bergotong-royong dalam apa jua keadaan.

"Usaha kerajaan memajukan kampung dengan konsep gotong-royong iaitu menggunakan tenaga manusia, tidak ada kontraktor di sini misalnya untuk membina dewan dan sebagainya.

"Tanpa gotong-royong, tak mungkin dapat laksanakan pembangunan walaupun bahan-bahan (pembinaan disediakan) kerana tidak ada lori, kontraktor dan sebagainya," katanya di sini, baru-baru ini.

Che Othman yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Inap Desa Kampung Pantai Suri mengakui, tanggungjawab untuk menjaga kampung tersebut amat besar kerana penduduknya bukan golongan berada dan kedudukan mereka dipisahkan oleh sungai serta hanya boleh berhubung dengan dunia luar melalui bot di Jeti Kok Majid ataupun Kuala Besar.

Lantaran itu, beliau melahirkan penghargaan kepada kerajaan terutama Kementerian Pelancongan yang membantu kemajuan penduduk kampung dalam sektor pelancongan menerusi program inap desa atau homestay.

Keunikan program inap desa di Kampung Pantai Suri juga membolehkannya tercalon dalam pertandingan Anugerah Pelancongan Homestay Utusan Bersih dan Indah 2011.

Hasil usaha gigih kementerian juga menyaksikan Kampung Pantai Suri semakin dikenali di kalangan pelancong dalam dan luar negara. Misalnya, pada tahun 2009, hampir 200 pengunjung domestik dan antarabangsa berkunjung dan menginap di Inap Desa kampung berkenaan.

Jumlah itu meningkat kepada lebih 300 orang tahun lalu dan pihak pengendali homestay menyasarkan peningkatan kepada 800 orang pengunjung dalam dan luar negara pada tahun ini.

Perkembangan sektor pelancongan di kampung itu juga telah membuka peluang pekerjaan dan ekonomi baharu kepada penduduk, sekali gus meningkatkan pendapatan mereka.

Ini diakui oleh seorang pengusaha Inap Desa, Ramly Ibrahim , 53, dan terlibat dalam 'perniagaan' tersebut sejak tahun 2000 lagi dengan menyediakan dua buah bilik serba lengkap dengan perabot untuk kemudahan pengunjung.

"Penglibatan dalam program inap desa atau Inap Desa ini membolehkan saya menambah pendapatan keluarga," katanya yang juga seorang nelayan.

Apa yang pasti, kunjungan ke Kampung Pantai Suri pasti menjanjikan pengalaman unik dan menarik kepada pengunjung kerana mereka boleh menyertai pelbagai aktiviti yang disediakan di bawah pakej penginapan homestay.

Antara aktiviti tersebut adalah menyepat daun rokok, menjala ikan, membuat kuih spit, keliling kampung dengan basikal iaitu antara pengangkutan terpenting di sini, persembahan dikir barat, minum air kelapa, memasak kerabu nipah, mengupas kelapa, menyusuri sungai, bermain congkak, demonstrasi membuat kraftangan dan menyertai persembahan seni silat.

Selain itu, bagi pelancong luar negara, mereka juga berpeluang melalui majlis perkahwinan masyarakat Melayu di kampung berkenaan, yang pasti menjanjikan pengalaman cukup istimewa.

Full content generated by Get Full RSS.

16 sekolah tanding memasak hari ini

Posted:

16 sekolah tanding memasak hari ini

16 sekolah tanding memasak hari ini

KUALA TERENGGANU 17 Okt. - Sebanyak 16 buah sekolah dari seluruh negara yang merupakan johan peringkat negeri akan berentap dalam Pertandingan Memasak Sekolah-Sekolah Menengah Peringkat Kebangsaan di Primula Beach Hotel di sini, esok.

Setiap pasukan yang diwakili oleh empat pelajar tingkatan empat itu akan beradu kehebatan untuk menyediakan masakan yang bertemakan 'masakan pengantin'.

Ketua Unit Perhubungan dan Pendaftaran, Sektor Pengurusan Sekolah Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT), Mohamad Nawawi Rani berkata, program anjuran Kementerian Pelajaran dan Jabatan Pelajaran dengan kerjasama Nestle itu merupakan acara tahunan dan Terengganu dipilih sebagai tuan rumah bagi edisi ke-14 pada kali ini.

Katanya, sekolah-sekolah yang akan bertanding adalah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lembah Bidong mewakili Terengganu, SMK Dato' Onn (Johor), SMK St. Mary (Sabah), SMK Tiang Chambi (Kelantan), SMK St. Bernadette's Convent (Perak), SMK Putrajaya Persint 11 (Putrajaya), SMK Bintang Utara (Kuala Lumpur).

Sekolah lain adalah SMK Tinggi Perempuan Melaka (Melaka), SMK Kg. Nangka (Sarawak), SMK Seri Enggang Batu Lima (Kedah), SMK Perempuan Raja Zarina Pelabuhan Klang (Selangor), SMK Datuk Abdul Samad (Negeri Sembilan), SMK Penanti (Pulau Pinang), SMK Perampau Damai Muadzam Shah (Pahang), SMK Abu KM 7 (Perlis) dan SMK Pantai (Wilayah Persekutuan Labuan).

Mohamad Nawawi berkata, kesemua peserta termasuk guru pengiring dan ketua kontinjen akan mula mendaftar pagi esok kecuali wakil dari Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan akan mendaftar petang ini.

"Program tahunan kementerian itu adalah satu usaha untuk mencungkil bakat pelajar dalam bidang masakan di samping membantu meningkatkan kemahiran mereka dalam bidang tersebut," katanya.

Menurutnya, majlis perasmian penutup dan penyampaian hadiah pertandingan itu dijangka disempurnakan oleh Pengarah Bahagian Kokurikulum dan Kesenian di Kementerian Pelajaran, Muhamad Roli Hassan.

Katanya, sempena pertandingan itu, demonstrasi masakan oleh Chef Muluk selain ceramah pemakanan oleh Nestle serta pertandingan MAGGI Kreatif Challenge turut diadakan.

Full content generated by Get Full RSS.

RISDA perlu 30 juta benih getah

Posted:

RISDA perlu 30 juta benih getah

RISDA perlu 30 juta benih getah

Oleh MOHD. ZUHARMAN MOHAMMAD NOR
utusankelantan@utusan.com.my

KOTA BHARU 17 Okt. - Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) memerlukan 30 juta benih untuk projek tanam semula getah pada awal tahun depan membabitkan kawasan seluas 41,000 hektar di seluruh negara.

Ketua Pengarahnya, Datuk Wan Mohamad Zuki Mohamad berkata, bagi menghasilkan benih sebanyak itu, RISDA memerlukan kira-kira 300,000 tan metrik biji getah untuk diproses mengikut kaedah tertentu.

"Untuk itu kita membuat operasi gerakan mengutip biji getah. Kita turut menggalakkan sesiapa sahaja yang berminat khususnya pekebun kecil getah merebut peluang bagi menambah pendapatan dengan menjual biji getah kepada RISDA.

"Pihak RISDA akan membeli biji-biji getah tersebut dengan harga RM3 sekilogram yang akan dibayar secara tunai," katanya selepas Majlis Penyampaian Kelulusan Bantuan Tanam Semula (TS 27) RISDA bagi kawasan Kok Lanas dekat sini, semalam.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kok Lanas, Datuk Md. Alwi Che Ahmad dan Pengarah RISDA negeri, Zahari Mat Amin.

Bantuan membabitkan 30 pekebun kecil getah bagi kawasan Kok Lanas itu melibatkan kos sebanyak RM134,178.40 dengan setiap peserta mendapat RM9,230 bagi setiap sehektar ladang yang disampaikan oleh Md. Alwi

Wan Mohamad Zuki berkata, kempen membeli biji getah bagi tujuan tersebut telah dilancarkan sejak dua bulan lalu.

Sementara itu, Md. Alwi berharap pekebun kecil getah dapat memanfaatkan segala bentuk bantuan yang disalur dan menyusun tata kerja dengan penuh berdisiplin memandangkan kestabilan harga pasaran getah sekarang ini mampu menjana ekonomi mereka.

"Hasil getah sekarang bertambah baik. Secara purata setiap pekebun akan memperoleh hasil getah atas kadar RM1 sepokok, mudah-mudahan ekonomi mereka bertambah baik," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved