Sabtu, 17 September 2011

Utusan Online - Johor

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Program lebih teratur, sistematik

Posted:

Program lebih teratur, sistematik

Program lebih teratur, sistematik

Oleh ZULHISHAM ISAHAKutusanjohor@utusan.com.my


Sebahagian peserta yang menyertai Program Kayuhan Mesra sempena sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia di Johor Bahru, semalam.


JOHOR BAHRU 16 Sept. - Kira-kira 500 ahli mewakili sembilan kelab basikal di negeri ini diminta mendaftar dengan Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ) bagi membolehkan program-program mingguan atau bulanan dianjurkan untuk mereka.

Setiausaha Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Ismail Abd. Rahman berkata, MSNJ akan menyalur peruntukan kepada kelab tersebut dan pihaknya sedia bekerjasama bagi menjayakan program yang dianjurkan.

"Dengan cara ini setiap program akan lebih teratur dan sistematik selain lengkap dengan aspek keselamatan. Contohnya, peserta diiringi pihak polis jika melakukan sebarang kayuhan bagi sesuatu jarak perjalanan tertentu.

"Ini juga sebagai satu usaha mengelakkan golongan muda terlibat dengan aktiviti tidak sihat seperti merempit," katanya kepada pemberita selepas melepaskan peserta Program Kayuhan Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia di ruang legar Taman Daya, di sini, hari ini.

Turut hadir Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Zon Nibong, Lazim Ran dan Ketua Balai Polis Taman Setia Indah, Cif Inspektor Mazlan Morshidi.

Ismail berkata, bagi memastikan setiap program berjalan lancar, ahli kelab perlu memastikan ciri-ciri keselamatan dan segala kelengkapan mencukupi.

Mereka juga boleh mempromosikan program itu kepada rakan-rakan supaya ia diadakan lebih kerap.

Sementara itu, Lazim berkata, program kayuhan tersebut adalah pertama kali diadakan sempena sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia serta Aidilfitri.

Program kayuhan yang disertai kira-kira 100 peserta itu adalah anjuran KRT Zon Nibong bersama MBJB dan polis. Ia bertujuan merapat hubungan dengan masyarakat setempat.

Beliau menambah, jarak kayuhan tersebut kira-kira lima kilometer dari Taman Daya ke Taman Setia Indah dan berpatah balik ke ruang legar taman berkenaan.

"Di sepanjang perjalanan, peserta mengedarkan risalah cegah jenayah serta menanggalkan iklan dan poster ceti haram atau ah long yang ditampal di merata-rata tempat," katanya.

Saudara baru ingin melihat ibu peluk Islam

Posted:

Saudara baru ingin melihat ibu peluk Islam

Saudara baru ingin melihat ibu peluk Islam

JOHOR BAHRU 16 Sept. - Setiap kali Syawal menjelma, saudara baru, Nur Shahidan Abdullah, 43, sentiasa berdoa untuk menyaksikan ibunya memeluk Islam dan menyambut hari raya bersamanya.

Malah, dia amat menantikan detik itu kerana mahu melihat ibunya yang beragama Kristian menemui jalan kebenaran selagi masih ada kesempatan.

Shahidan atau nama asalnya Daniel Semary yang bertugas sebagai tentera di sini mengakui ibunya sering memuji Islam walaupun belum menganuti agama suci itu.

"Ibu saya pernah menyatakan mahu kesemua sembilan anaknya memeluk Islam dan apabila ditanya bila dia akan memeluk Islam, ibu hanya tersenyum dan mendiamkan diri.

"Bapa saya juga belum memeluk Islam. Dia merupakan seorang ketua gereja di sebuah kampung di Kota Samarahan, Sarawak. Walau bagaimanapun, dia amat menyokong saya masuk Islam pada 1993," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, baru-baru ini.

Shahidan yang berketurunan Iban merupakan seorang daripada 12 saudara baru yang menerima zakat sumbangan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) dalam satu majlis di Pusat Latihan Tempur Tentera Darat (Pulada), Ulu Tiram, dekat sini, baru-baru ini.

Menurut bapa kepada lima anak itu, dia merupakan individu kesembilan dalam keluarga dan saudaranya di Kota Samarahan yang memeluk Islam.

"Antara perubahan ketara selepas bergelar Muslim ialah hatinya menjadi tenang dan daripada seorang yang cepat marah menjadi penyabar," katanya.

Sementara itu, rakannya, Iskandar Ogen Abdullah, 40, yang berketurunan Bidayuh dan berasal dari Lundu, Sarawak berkata, dia begitu terpegun dengan keindahan laungan azan sejak dari kecil lagi.

Katanya tiada perkataan dapat menggambarkan perasaan setiap kali mendengar azan yang memberi kedamaian di jiwa.

Bagi Abd. Hadi Koh Abdullah, 43, dari Merlimau, Melaka pula yang sejak kecil tinggal di perkampungan Melayu dan keadaan itu memudahkannya mengenali Islam.

Bapa kepada tiga anak yang telah 22 tahun berkhidmat dalam tentera ini memeluk Islam pada 1992.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Dalam Negeri

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Akta Polis: KPN temui Peguam Negara

Posted:

Akta Polis: KPN temui Peguam Negara

Akta Polis: KPN temui Peguam Negara

KUALA LUMPUR 16 Sept. – Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar akan mengadakan pertemuan dengan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail untuk memberi pandangan berhubung kajian semula ke atas Seksyen 27, Akta Polis 1967 iaitu kebebasan berhimpun.

Menurut Ismail, pandangan yang akan disampaikan oleh pihaknya merangkumi aspek keseimbangan kesejahteraan, hak bersuara dan hak berkumpul dalam kalangan rakyat.

"Pertemuan ini untuk kepentingan rakyat supaya keamanan dapat terus dikekalkan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan serentak Hari Kebangsaan Ke-54 dan Hari Malaysia Ke-48 di Dataran Merdeka hari ini.

Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengumumkan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan menggubal dua undang-undang baru yang sesuai bagi memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara.

Perdana Menteri berkata, undang-undang baru itu akan digubal di bawah 'semangat serta payung' Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan bagi mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah.

Najib turut mengumumkan pemansuhan Akta Buang Negeri 1959 selain akan mengkaji semula secara komprehensif Akta Kediaman Terhad 1933, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan Seksyen 27 Akta Polis 1967.

Sementara itu, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Ismail berkata, keputusan kerajaan memansuhkan beberapa akta dan mengkaji semula undang-undang pencegahan dilihat sebagai menjaga kepentingan dan kesejahteraan rakyat selain mengambil kira kedudukan Malaysia di peringkat antarabangsa.

Menurut beliau, langkah itu seiring dengan aspirasi untuk menjadikan Malaysia sebagai negara maju.

"Proses semakan undang-undang lapuk dan tidak relevan pada masa kini terutamanya mengenai hak rakyat berkumpul dan bersuara telah pun dimulakan dengan perbincangan atas inisiatif Menteri Dalam Negeri," katanya.

Rancang pelbagai cara bersama rakyat

Posted:

Rancang pelbagai cara bersama rakyat

Rancang pelbagai cara bersama rakyat

KUALA LUMPUR 16 Sept. - Datuk Seri Najib Tun Razak merancang pelbagai lagi cara untuk membolehkan beliau meluangkan lebih banyak masa bersama dengan rakyat Malaysia pada masa depan.

Perdana Menteri berkata, peluang menemui rakyat melalui acara-acara dan sambutan yang diadakan sebelum ini amat bermakna kepadanya.

"Oleh sebab itu, saya merancang lebih banyak cara yang membolehkan saya menemui rakyat lebih kerap pada masa depan," katanya dalam blog www.1malaysia.com.my hari ini.

Najib berkata, beliau bersyukur kerana bukan sahaja dapat bertemu dengan pelbagai kumpulan di Malaysia untuk berbuka puasa tetapi juga dapat melaksanakan sembahyang terawih bersama-sama setiap malam sepanjang bulan Ramadan tahun ini.

Beliau juga amat menghargai masa yang dapat diluangkan bersama rakyat Malaysia ketika menyambut Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini.

Di dalam blognya, Najib turut memaparkan beberapa keping gambar kenangan beliau ketika program berbuka puasa dan menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan rakyat Malaysia pada tahun ini.

Antara majlis berbuka puasa yang disertai Najib pada tahun ini termasuklah majlis berbuka puasa bersama pengamal media di Wisma Bernama pada 15 Ogos lalu dan bersama rakyat Selangor di Pelabuhan Klang pada 17 Ogos.

Program lain yang dihadiri beliau adalah sambutan hari raya bersama rakyat Malaysia di Brunei yang diadakan pada 12 September lalu sempena lawatan rasmi beliau ke negara itu.

Nasi Lemak 2.0: Kemuka bantahan pada KDN

Posted:

Nasi Lemak 2.0: Kemuka bantahan pada KDN

Nasi Lemak 2.0: Kemuka bantahan pada KDN

KLANG 16 Sept. - Pihak yang tidak berpuas hati dengan penayangan filem Nasi Lemak 2.0 boleh mengemukakan bantahan serta alasan mereka kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi membolehkan penilaian dilakukan ke atas perkara tersebut.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, ini kerana kementeriannya juga bertanggungjawab dari segi penapisan filem melalui Bahagian Kawalan Filem.

''Sekiranya ada perkara yang tidak kena, boleh kemukakan kepada kita untuk penilaian dan kajian kerana ia memang di bawah KDN," kata beliau kepada pemberita di sini, petang ini.

Beliau mengulas bantahan Pertubuhan Gagasan Rakyat Didahulukan Negeri Perak terhadap penayangan filem Nasi Lemak 2.0 yang dikhuatiri memberi kesan negatif kepada golongan muda di negeri itu.

Hishammuddin ditemui pemberita di Rumah Terbuka Aidilfitri Barisan Nasional (BN) Kapar yang dihoskan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sementa, Datuk Abdul Rahman Palil dan para pemimpin BN di Dewan Datuk Ahmad Razali, Jalan Kapar di sini.

Beliau bagaimanapun memberitahu, setakat ini pihaknya masih belum menerima sebarang laporan mengenai perkara itu.

Semalam, Pertubuhan Gagasan Rakyat Didahulukan Negeri Perak mengadakan demonstrasi bantahan secara aman di sesebuah pasar raya di Ipoh, Perak bagi membantah penayangan filem Nasi Lemak 2.0 yang diterbitkan Namawee yang dikhuatiri memberi kesan negatif kepada golongan muda di negeri itu.

Presidennya, Faizal Affendi Hashim berkata, pihaknya terkilan kerana filem berkenaan ditayangkan sedangkan penerbitnya pernah mencetuskan isu yang tidak boleh diterima rakyat Malaysia iaitu menerbitkan video klip Negarakuku yang menghina lagu kebangsaan dan masyarakat Malaysia berbilang kaum.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Selatan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Semangat patriotik sambut kemerdekaan

Posted:

Semangat patriotik sambut kemerdekaan

Semangat patriotik sambut kemerdekaan

Oleh AMRAN MULUP
utusanmelaka@utusan.com.my

MELAKA 16 Sept. - Kira-kira 5,000 rakyat negeri ini membanjiri Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Banda Hilir dan sepanjang laluan 2.5 kilometer ke Jalan Hang Tuah di sini, hari ini bagi memeriahkan sambutan Hari Kemerdekaan Ke-54 dan Hari Malaysia Ke-48.

Lebih mengujakan apabila orang ramai termasuk pelancong berada di dataran itu seawal pukul 7 pagi dan tidak berganjak hingga ke akhir majlis sambutan untuk menyaksikan perarakan dan perbarisan.

Sambutan daripada orang ramai cukup membanggakan apabila sepanjang perarakan sentiasa diiringi laungan 'Merdeka' selain kanak-kanak dilihat mengibar Jalur Gemilang.

Peserta perarakan yang mewakili 117 kontinjen menyertai sambutan itu yang terdiri daripada jabatan kerajaan, swasta, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta, industri dan pelajar sekolah.

Turut serta Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Akademi Laut Malaysia (Alam) dan Jabatan Penjara Malaysia.

Sambutan itu turut diserikan dengan kehadiran Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob; Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam; ketua-ketua jabatan; barisan Exco kerajaan negeri dan para pemimpin negeri.

Acara dimulakan dengan kawalan kehormatan membabitkan tiga pegawai dan 103 anggota dari Batalion Ke-14, Rejimen Askar Melayu Diraja Kem Syed Sirajuddin, Gemas, Negeri Sembilan.

Sejurus selepas itu, acara menaikkan Jalur Gemilang dan nyanyian lagu Negaraku berkumandang selain bacaan ikrar oleh Farhan Irshad Ibrahim dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Baru diikuti laungan Merdeka sebanyak tujuh kali.

Sambutan Hari Kemerdekaan bertemakan '1Malaysia: Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera' diserikan dengan deklamasi sajak, nyanyian lagu-lagu patriotik selain persembahan padang menggambarkan zaman selepas merdeka.

Sejurus selepas itu, perarakan 117 kontinjen dimulakan dengan pembawa Jalur Gemilang, bendera Melaka dan bendera berwarna-warni membabitkan 243 peserta.

Sambutan tahun ini dimeriahkan lagi dengan perarakan kenderaan membabitkan kereta lembu, beca, motosikal klasik, vespa, motosikal berkuasa tinggi, kereta Mini Minor, Perdana, Satria dan Kancil.

Sambutan Hari Kemerdekaan di Seremban meriah

Posted:

Sambutan Hari Kemerdekaan di Seremban meriah

Sambutan Hari Kemerdekaan di Seremban meriah


Sebahagian peserta perbarisan mengibarkan Jalur Gemilang sempena sambutan Hari Kemerdekaan Ke-54 dan Hari Malaysia Ke-48 Peringkat Negeri Sembilan di Kompleks Belia dan Sukan Paroi, Seremban, semalam.


SEREMBAN 16 Sept. - Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-54 peringkat Negeri Sembilan berlangsung meriah dengan lebih 10,000 orang menyaksikan majlis itu yang diadakan di Kompleks Belia dan Sukan Paroi di sini, hari ini.

Sebanyak 84 kontinjen mengambil bahagian dalam sambutan tersebut yang terdiri daripada jabatan dan agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), swasta dan pelajar sekolah.

Perbarisan kontinjen itu bermula di kompleks berkenaan pada pukul 9 pagi dan berakhir di Sekolah Menengah Vokasional Ampangan.

Perbarisan itu diiringi dua pasukan pancaragam dari Sekolah Datuk Abdul Razak (SDAR) dan pasukan Tambor 15, Regimen Askar Melayu Diraja.

Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir berangkat menyaksikan sambutan itu dengan diiringi Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Almarhum Tengku Besar Mahmud.

Turut hadir Undang Luak Sungai Ujong, Dato' Klana Petra Dato' Mubarak Dohak; Undang Luak Jelebu, Dato' Mendika Menteri Akhirulzaman Dato' Musa Wahab; Undang Luak Johol, Dato' Johan Lela Perkasa Setiawan Dato' Mohd. Jan Abdul Ghani; Undang Luak Rembau, Dato' Lela Maharaja Dato' Sharip Othman dan Tunku Besar Tampin, Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus al-Qadri dan Undang Yang Empat, Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin.

Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan isteri, Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumuddin; Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Mat Ali Hassan; Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Razak Mansor; ahli-ahli Exco kerajaan negeri; ahli-ahli Dewan Undangan Negeri dan para pegawai kanan kerajaan negeri.

Mohamad ketika berucap pada majlis itu berkata, walaupun sambutan itu tidak diadakan pada 31 Ogos lalu, namun kemeriahan dan signifikan Hari Kemerdekaan sentiasa membara dalam jiwa seluruh lapisan rakyat, baik di kota atau di mana-mana jua di pelosok negara.

Katanya, sama ada sebagai peserta, mahupun sebagai tetamu di lokasi-lokasi sambutan, jiwa merdeka seharusnya sentiasa berkobar dan membara dalam sanubari setiap rakyat.

"Sambutan Hari Kemerdekaan bukan hanya sekadar untuk menyelami hiasan warna-warni, alunan tarian, pukulan gendang ataupun kibaran Jalur Gemilang sahaja.

"Sebaliknya, ia lebih kepada menerapkan rasa kesyukuran dan keinsafan agar ia dapat memberi kesan yang mendalam di sanubari rakyat Malaysia di atas keamanan dan kesejahteraan yang kita nikmati selama ini," katanya.

Beliau berkata, generasi pasca merdeka harus sentiasa merujuk kepada sejarah kemerdekaan negara dalam usaha untuk memaju dan membangunkan negara.

Program Kembara Merdeka Jalur Gemilang berakhir di NS

Posted:

Program Kembara Merdeka Jalur Gemilang berakhir di NS

Program Kembara Merdeka Jalur Gemilang berakhir di NS

SEREMBAN 16 Sept. - Program Kembara Merdeka Jalur Gemilang Aidilfitri dan Sambutan Merdeka Raya 2011 anjuran Jabatan Penerangan berakhir di pekarangan Masjid Kampung Mendom, Lenggeng dekat sini semalam.

Majlis penutup disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Kamarudin Siaraf.

Pada majlis beliau turut menyampaikan sumbangan penghargaan kepada warga veteran yang berjuang pada zaman menuntut kemerdekaan.

Majlis itu turut disertai 10 bekas pejuang kemerdekaan.

Pelancaran Program Kibar Jalur Gemilang dilakukan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Stesen KL Sentral, Kuala Lumpur pada 27 Julai lepas sebelum bergerak ke seluruh negara termasuk Sabah, Sarawak dan Labuan.

Jalur Gemilang tersebut diserahkan semula kepada Perdana Menteri sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-54 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur hari ini.

Semasa berucap, Kamarudin berkata, warga Malaysia terutamanya generasi muda perlu menghayati erti kemerdekaan yang sebenar kerana adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk mengekalkan kemerdekaan negara agar tidak lagi dijajah.

"Sebagai rakyat Malaysia, kita hendaklah sentiasa mengibarkan Jalur Gemilang bukan hanya ketika kemerdekaan sahaja kerana Jalur Gemilang bukan sekadar secebis kain berwarna tetapi ia lambang semangat patriotik dalam mempertahankan negara serta melambangkan kewujudan dan kedaulatan sesebuah negara," katanya.

Sementara itu seorang bekas anggota polis, Mohamad Nor Ibrahim, 78, menyeru generasi muda agar menjaga dan mempertahankan kemerdekaan negara kerana untuk mencapai kemerdekaan banyak pengorbanan yang telah dilakukan oleh banyak pihak.

"Saya melihat dan merasai bagaimana peritnya hidup di bawah penjajah dan betapa sengsaranya untuk mendapatkan kemerdekan. Jadi saya amat berharap agar generasi muda dapat mempertahankan kemerdekaan supaya penjajahan tidak lagi berulang," katanya. — BERNAMA

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Utara

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Tinggal di kandang lembu

Posted:

Tinggal di kandang lembu

Tinggal di kandang lembu

Oleh ABDUL MUIN SAPIDIN
muin.sapidin@utusan.com.my


M. Rajamma (dua dari kiri) bersama dua anak perempuan dan beberapa cucunya terpaksa tinggal di kandang lembu di Butterworth, Pulau Pinang, semalam.


BUTTERWORTH 16 Sept. - Gara-gara dibelenggu kemiskinan, seorang ibu tunggal terpaksa menjadikan sebuah kandang lembu berhampiran kawasan semak dekat Ampang Jajar di sini, sebagai bangsal tempat tinggal bersama ibu dan empat anaknya.

Beralaskan tikar dan tilam buruk, M. Rajeshwari, 32, dan ibu, M. Rajamma, 57, bersama empat anaknya berusia lima hingga 10 tahun tidak mempunyai pilihan untuk tinggal di bangsal tersebut lantaran masalah kewangan yang kian menghimpit.

Rajeshwari yang bekerja sebagai tukang cuci berkata, dia sebelum ini tinggal di kawasan setinggan di Kampung Kovil, dekat sini selama lebih enam tahun tetapi terpaksa berpindah selepas dihalau oleh tuan tanah.

Menurutnya, dia kemudiannya menumpang di rumah seorang saudara di Jalan Raja Uda, di sini tetapi diminta keluar baru-baru ini kerana tidak dapat membayar sewa rumah secara tetap.

"Ketika itu, anak-anak saya juga terpaksa bekerja mencuci pinggan untuk membantu mengumpul duit sewa rumah dan membeli barangan keperluan harian.

"Saya sendiri berasa malu untuk terus menumpang ihsan keluarga dan menyusahkan mereka untuk menanggung keperluan kami anak-beranak," katanya ketika ditemui pada program lawatan Ketua Pemuda MIC Bahagian Permatang Pauh, M. Suresh di sini, hari ini.

Rajeshwari bagaimanapun berkata, kehidupan mereka enam beranak menjadi semakin sukar kerana pendapatan sebagai tukang cuci tidak dapat menampung keperluan membayar sewa rumah sehingga memaksa mereka tinggal dan berlindung di bawah sebuah pangsapuri.

Katanya, mereka bernasib baik apabila ditemui oleh seorang penternak lembu yang memberi kebenaran untuk tinggal sementara di bangsalnya yang terletak tidak jauh dari pangsapuri berkenaan.

Sementara itu, Suresh berkata, pihaknya mahu kerajaan negeri supaya tampil memberi bantuan kepada keluarga tersebut dengan membenarkan mereka tinggal di pangsapuri projek perumahan rakyat (PPR) Ampang Jajar, di sini.

Katanya, pihaknya bersedia membantu Rajeshwari mencari pekerjaan baru serta menguruskan permohonan keluarga tersebut untuk mendapatkan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

"Dengan kadar sewa RM100 di pangsapuri tersebut, kita yakin keluarga ini mampu membayar berdasarkan pekerjaan yang kita akan dapatkan untuk Rajeshwari dalam masa terdekat.

"Kita minta kerajaan negeri bertindak segera memandangkan keluarga ini amat memerlukan pembelaan. Dari segi keperluan asas lain, MIC sedia menghulurkan sumbangan agar mereka meneruskan kehidupan lebih selesa," katanya.

Pertahan kemerdekaan, hindari unsur penjajahan - Raja Perlis

Posted:

Pertahan kemerdekaan, hindari unsur penjajahan - Raja Perlis

Pertahan kemerdekaan, hindari unsur penjajahan - Raja Perlis

KANGAR 16 Sept. - Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail bertitah agar rakyat terutama generasi muda mempertahankan kemerdekaan dan menghindari sebarang unsur penjajahan termasuklah minda dan ekonomi.

Baginda bertitah, untuk itu, generasi muda perlu memperkukuh jati diri dan melengkap diri dengan ilmu agar tidak mudah terpengaruh dengan unsur-unsur penjajahan baru itu.

"Hayati dan insafilah erti kemerdekaan, jadikan peristiwa 13 Mei sebagai iktibar dan betapa pentingnya perpaduan dalam negara," titah baginda.

Baginda bertitah demikian semasa merasmikan sambutan Hari Kemerdekaan di Dataran Merdeka di sini, hari ini.

Berangkat sama, Raja Perempuan Perlis, Tuanku Fauziah Tengku Abdul Rashid; Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Titah baginda, perbalahan dan peperangan hanya akan merugikan negara, justeru, rakyat perlu berfikiran rasional dan menolak segala unsur tersebut.

"Ibarat kata pepatah yang menang menjadi arang, yang kalah menjadi abu, kita harus menolak semua unsur perpecahan itu, sebaliknya mempertahankan kemerdekaan dan mensyukuri nikmat yang diberikan oleh Allah," titah baginda.

Baginda juga bertitah, rakyat harus menghayati prinsip Rukun Negara kerana ia merupakan tonggak penting yang mesti dijadikan pegangan dalam memastikan negara makmur dan rakyat hidup dalam negara yang merdeka.

Sementara itu, lebih 3,000 rakyat Perlis membanjiri dataran berkenaan untuk menyaksikan perarakan dan perbarisan lebih 75 kontinjen yang disertai oleh pelbagai agensi kerajaan dan rakyat negeri ini yang mewakili bahagian Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing.

Turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu dan barisan Exco negeri.

5,000 saksikan perarakan kemerdekaan

Posted:

5,000 saksikan perarakan kemerdekaan

5,000 saksikan perarakan kemerdekaan

BUTTERWORTH 16 Sept. - Lebih 5,000 orang membanjiri Dataran Pemuda dekat sini untuk menyaksikan majlis Perhimpunan dan Perarakan Hari Kemerdekaan Ke-54 peringkat negeri hari ini.

Sebanyak 100 kontinjen daripada pelbagai agensi kerajaan, swasta, institusi pengajian tinggi (IPT), pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk kumpulan pancaragam menyertai perarakan itu.

Majlis yang diadakan serentak bersama Hari Malaysia itu turut dihadiri oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas dan isteri, Toh Puan Majimor Sharif.

Pengunjung juga dipertunjukkan dengan perarakan motosikal berkuasa besar dan kenderaan milik beberapa agensi kerajaan seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Pos Malaysia.

Majlis itu turut diserikan dengan bacaan ikrar oleh pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato' Onn serta persembahan koir oleh pelajar SMK Tunku Abdul Rahman, Nibong Tebal.

Dalam pada itu kontinjen Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) mengungguli pertandingan perarakan terbaik bagi kategori sektor awam dan Telekom Malaysia muncul juara bagi kategori sektor swasta sementara kontinjen Universiti Teknologi Mara (UiTM) bagi kategori IPT.

Kontinjen lain yang muncul juara adalah Kadet Polis SMK Datuk Haji Ahmad Said, Kepala Batas bagi kategori beruniform dan kadet sementara kontinjen SMJK Jit Sin mengungguli kategori pancaragam.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Timur

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Timur


RM3.17 juta untuk 6 bulan

Posted:

RM3.17 juta untuk 6 bulan

RM3.17 juta untuk 6 bulan

Oleh ASMA HANIM MAHMOOD
utusankelantan@utusan.com.my

KOTA BHARU 16 Sept. - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri memperuntukkan lebih RM3.17 juta untuk tempoh enam bulan pertama tahun ini bagi Bantuan Penjagaan Orang Kelainan Upaya Terlantar/Pesakit Kronik Terlantar (Bpt) di negeri ini.

Pengarahnya, Md. Noor Chik berkata, seramai 1,804 ahli keluarga atau penjaga pesakit yang terlantar menerima bantuan ini sepanjang enam bulan pertama tahun ini.

Beliau berkata, skim Bpt membolehkan penjaga pesakit terlantar mendapat bantuan kewangan berjumlah RM300 sebulan untuk menampung perbelanjaan menjaga warga tua yang melibatkan kos yang agak tinggi untuk membeli lampin pakai buang, ubat-ubatan dan sebagainya.

"Lebih 90 peratus daripada penjaga yang menerima skim Bpt di negeri ini terdiri daripada waris yang menjaga warga tua terlantar.

"Skim Bpt amat sesuai sebagai alternatif mengelak warga tua yang tinggal keseorangan dihantar ke rumah orang tua sedangkan terdapat waris yang layak dan boleh menjaga mereka.

"Daripada tinggal berjauhan di rumah orang tua, adalah lebih baik jika ada waris yang berdekatan memantau keadaan mereka dari semasa ke semasa sekali gus membolehkan mereka diziarahi sanak saudara lain dengan mudah," katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Md. Noor berkata, sepanjang tahun lalu sahaja, sebanyak RM6.09 juta di peruntukkan di bawah skim Bpt melibatkan bantuan kepada 1,790 penjaga yang layak di seluruh negeri ini.

Katanya, jumlah RM300 sebulan untuk penjaga itu tidak termasuk bantuan khusus yang diberi kepada warga tua di bawah skim Bantuan Orang Tua (BOT) yang juga berjumlah RM300 sebulan.

"Selain berusaha untuk mewujudkan masyarakat penyayang yang prihatin dan mengambil berat keadaan waris serta jiran di sekeliling, skim Bpt akan mengurangkan permohonan masuk ke rumah orang tua kerana tempat yang disediakan adalah terhad.

"Ia juga dapat membantu kerajaan kerana kos penjagaan di rumah orang tua kendalian JKM membabitkan purata perbelanjaan RM1,000 seorang untuk belanja pengurusan, peralatan dan sebagainya," katanya.

Pertandingan Pelita Raya bakal jadi daya tarikan pelancong di Terengganu

Posted:

Pertandingan Pelita Raya bakal jadi daya tarikan pelancong di Terengganu

Pertandingan Pelita Raya bakal jadi daya tarikan pelancong di Terengganu


Abdul Rahin Mohd. Said (empat dari kiri) Mohd. Yusoff Abdullah (lima dari kiri) dan Ramli Muhamad Nuh (tiga dari kiri) meraikan pemenang-pemenang Pertandingan Pelita Raya di Kuala Terengganu, semalam.


KUALA TERENGGANU 16 Sept. - Kerajaan negeri akan mengembangkan Pertandingan Pelita Raya lebih meluas sebagai salah satu daya tarikan pelancongan dan menyemarakkan lagi tradisi memeriahkan sambutan Aidilfitri.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Datuk Abdul Rahin Mohd. Said berkata, selain Tepoh, ia akan melibatkan penyertaan penduduk di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Kuala Nerus.

Katanya, pertandingan itu juga bakal dimasukkan ke dalam kalendar pelancongan kerajaan negeri dan dijadikan sebahagian daripada agenda sempena Tahun Melawat Terengganu (TMT) 2013 nanti.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada majlis sambutan Aidilfitri dan penyampaian hadiah Pertandingan Pelita Raya 2011 di Kampung Baru Tepoh, di sini, semalam.

Hadir sama ADUN Tepoh, Muhammad Ramli Nuh dan Pengarah Lembaga Muzium negeri, Mohd. Yusof Abdullah.

Katanya, kerajaan akan membina replika pelita mega di persimpangan Kampung Tepoh sebagai mercu tanda bagi kampung berkenaan yang menjadi pencetus idea pertandingan pelita raya.

''Kemeriahan pertandingan ini telah dikongsi oleh sebilangan besar pengunjung dari dalam dan luar negara dan saya harap program ini bakal menjadi salah satu produk pelancongan," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Abdul Rahin berkata, pihaknya kini dalam proses untuk menubuhkan sekretariat sempena TMT 2013.

"Kita juga akan giatkan usaha mempromosi tempat-tempat menarik dan aktiviti menarik di negeri ini mulai tahun ini," ujar beliau.

Sementara itu, Kampung Padang Hangus di sini diumumkan selaku juara keseluruhan bagi Pertandingan Pelita Raya 2011 sekali gus membawa pulang wang tunai berjumlah RM500 berserta piala iringan, manakala Kampung Pagar Ubi pula memenangi Anugerah Khas Juri (Penyertaan dan Komitmen) dan menerima wang tunai sebanyak RM500.

Bagi kategori individu untuk Kampung Padang Hangus pula, johan pertandingan memperoleh RM1,000, naib johan (RM750), ketiga (RM500) serta 12 hadiah sagu hati berjumlah RM250 berserta hamper dan sijil penyertaan setiap seorang.

Kategori yang sama untuk Kampung Pagar Ubi juga menawarkan hadiah yang sama berserta 10 hadiah sagu hati berjumlah RM250 bersama hamper dan sijil penyertaan setiap seorang.

Tiga lagi kampung iaitu Kampung Raja, Kampung Baru dan Kampung Tokeng masing-masing memenangi anugerah khas juri berjumlah RM500 berserta lima hadiah sagu hati berjumlah RM250 setiap seorang.

Bas rombongan tabika terbabas dalam longkang

Posted:

Bas rombongan tabika terbabas dalam longkang

Bas rombongan tabika terbabas dalam longkang

SETIU 16 Sept. - Sebuah bas yang membawa kira-kira 30 penumpang terbabas ke dalam longkang ketika melalui Kilometer 37, Jalan Kuala Terengganu-Kota Bahru di Sungai Tong di sini semalam.

Bagaimanapun, pemandu dan kesemua penumpang bas itu yang terdiri daripada anggota rombongan Tabika Kemas Taman Chemor Raya di Ipoh, Perak hanya cedera ringan dan dirawat di Hospital Setiu sebagai pesakit luar.

Kemalangan berlaku kira-kira pukul 9.15 pagi ketika bas tersebut dalam perjalanan menghala ke Kuala Terengganu membawa anggota rombongan berkenaan bercuti di beberapa tempat menarik di negeri ini.

Menurut salah seorang anggota rombongan, Siti Hajar Sahid, 44, kemalangan berlaku secara tiba-tiba apabila bas tersebut memasuki lorong bertentangan sebelum terlanggar pokok dan terbabas.

"Saya tidak sangka akan berlaku kemalangan kerana bas itu dipandu dengan perlahan dan kami semua dapat melihat dengan jelas apa yang berlaku ketika itu," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis (IPD) Setiu.

Seorang lagi anggota rombongan yang juga guru tabika, Hamisah Hamzi, 35, berkata, kebanyakan anggota rombongan itu tidak pernah sampai ke Terengganu dan agak terkejut selepas terlibat dalam nahas tersebut.

"Kami terpaksa balik semula ke Ipoh dan tidak sempat bercuti di sini," katanya sambil memberitahu, rombongan itu turut membawa bersama 15 kanak-kanak berusia di antara 4 hingga 6 tahun berserta ibu bapa mereka, guru serta kakitangan tabika.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Rohaizat Abd. Ani ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

Katanya, siasatan awal polis mendapati, kemalangan itu berpunca daripada selekoh tajam dan jalan yang tidak rata.

Polis telah mengambil keterangan pemandu bas berusia 39 tahun itu untuk siasatan lanjut, kata beliau.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Rekreasi

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rekreasi


Menakluk ‘bumbung’ Indochina

Posted:

Menakluk 'bumbung' Indochina

Menakluk 'bumbung' Indochina

Oleh ROHANA MAN
rohana.man@utusan.com.my


PENULIS (duduk tengah) bersama rakan-rakan pendaki di puncak Gunung Fansipan.


HUJAN sepanjang ekspedisi mendaki Gunung Fansipan di Taman Negara Hoang Lien, Sapa, Vietnam tidak melemahkan semangat enam pendaki Malaysia untuk meneruskan perjuangan sehingga ke puncak.

Berbekalkan semangat dan azam yang tinggi, penulis bersama Jurimah Mohd Ariffin (Ju), Faizal Mohd Nor (Faizal), Muhammad Syarifuddin Ali (Din), Rashdan Rosli (Bro Dann) dan Norsiah A. Kadir (Nor) sepakat meneruskan pendakian dalam kesejukan demi merealisasikan impian menakluk puncak tertinggi di Indochina itu.

Perjuangan menuju ke puncak Fansipan pada ketinggian 3,143 meter (10,312 kaki) dari paras laut, bermula sekitar pukul 9.45 pagi, 21 Julai 2011.

Pendakian tidaklah berapa sukar, cuma hujan sepanjang ekspedisi telah memperlahankan langkah kami. Kami memulakan pendakian dari pejabat Taman Negara Hoang Lien di Sapa.

Pakej mendaki kami diuruskan oleh Sapa Pathfinder Travel. Penunjuk arah, Anh bersama tiga pengangkut barang (porter) mengiringi pendakian kami. Memandangkan kesukaran memperoleh makanan halal, maka kami membawa bekalan bahan mentah untuk dimasak di gunung. Kesemua bahan dan peralatan memasak dipikul oleh porter yang terdiri daripada dua lelaki dan seorang wanita dari etnik Black H'mong.

Awal pendakian menyaksikan kami menempuh laluan sungai yang jernih. Kami bernasib baik kerana langit masih cerah. Paras sungai yang cetek pula membolehkan kami memijak batu-batu besar untuk melangkah menyeberangi sungai tanpa membasahkan kasut.

Sebaik sahaja laluan sungai berakhir, kami disambut pula oleh laluan rimbun pokok-pokok buluh yang menghijau. Perjalanan ini menuju ke Kem 1. Udara yang nyaman dan agak dingin begitu menyegarkan. Kami banyak menghabiskan masa bergambar kerana panorama yang disajikan begitu memukau. Kehijauan bukit bukau dan gunung ganang yang terhampar di hadapan mata sukar untuk dielak oleh lensa kamera. Kerenah kami yang asyik bergambar memaksa Anh menegur kami. Ini kerana katanya, perjalanan kami pada hari ini hanya akan berakhir di Kem 2 pada ketinggian 2,800 meter (9,190 kaki) dan ia masih jauh. Kami sampai di Kem 1 sekitar pukul 12.35 tengah hari. Di situ, terdapat kemudahan pondok buluh untuk pendaki berehat dan bermalam. Air paip disalur dari sungai berdekatan.

Nasi himpit dan serunding ikan dijamah untuk mengalas perut. Pendakian diteruskan pada pukul 1.10 petang. Kali ini pendakian agak memenatkan kerana laluan yang ditempuh terdiri daripada bukit bukau yang tinggi. Ketika kami tiba di laluan bertangga yang disempadani pagar buluh konkrit, titisan hujan mula mencurah.

Seperti selalunya, saya berjalan mengikut rentak kaki sendiri dan terima kasih kepada Din yang sabar menemani saya sepanjang pendakian. Berjalan di dalam hujan bukan sahaja membuatkan kami kesejukan, malah melambatkan pergerakan.

Tambahan pula laluan semakin menegak dan hampir tiada yang landai. Ada ketika cerun yang dipanjat tegak seperti dinding. Nasib baik ada tangga besi. Saya mengira terdapat empat tangga besi sebelum tiba di Kem 2.

Dalam kesejukan, saya tiba di Kem 2 pada pukul 5.30 petang. Kabus mengelilingi persekitaran. Saya terus masuk ke dalam pondok berdindingkan zink untuk berehat sekejap sebelum menyediakan makan malam. Sejumlah pendaki dari kumpulan lain termasuk 'mat salleh' telah pun mengisi ruang pondok yang sempit, namun masih ada ruang untuk saya dan rakan-rakan membentangkan alas tidur.

Selepas menyiapkan tempat tidur iaitu menyusun tilam angin yang dibawa oleh porter di lantai papan di pondok itu, kami mula bergotong royong menyediakan makan malam. Nasib baik saya membawa lampu 'teratai'. Ada jugalah cahaya menerjah masuk ke dalam pondok. Kumpulan lain yang tidak membawa lampu, bergantung sepenuhnya pada cahaya lampu suluh.

Saya bersama Din dan Bro Dann berbual di luar pondok sambil menikmati suasana malam yang begitu cantik dihiasi jutaan bintang. Kabus nipis sesekali menyentuh kulit kami yang terdedah pada suhu malam yang begitu dingin.

Dalam asyik berbual, tiba-tiba kami dikejutkan dengan kekecohan di dalam pondok. Saya bergegas memeriksa apa yang berlaku. Rupa-rupanya, tempat tidur kami yang telah disusun elok telah 'dirampas' oleh tiga pendaki Vietnam yang tiada tempat tidur. Terpaksalah kami tidur dalam keadaan berhimpit dan kurang selesa. Menjadikan keadaan lebih tidak selesa apabila suhu jatuh sehingga 10 darjah selsius. Sepanjang malam saya menggigil kesejukan, dan ketika itulah, saya teringatkan beg tidur saya yang dibeli khas di Nepal untuk cuaca sejuk melampau. Malangnya ia tertinggal di rumah. "Aduh...kenapalah saya tak bawa beg tidur itu?" bentak hati saya.

Keesokan pagi, masa tidak mengizinkan kami untuk memasak. Cukup sekadar roti dan kacang panggang dalam tin mengalas perut kami. Kami kemudiannya memulakan pendakian ke puncak Fansipan pada pukul 6.50 pagi. Laluan ke puncak juga tidak sukar, cuma sesekali kami terpaksa menuruni cerun tegak dan memanjat tangga besi. Rimbun buluh masih mendominasi persekitaran, selain lumut 'menguasai' bongkah-bongkah batu besar.

Laluan berlumpur ditempuh sehingga akhirnya 'bumbung' Indochina dijejaki tepat pukul 9.40 pagi. Syukur ke hadrat Ilahi kerana memberikan kesihatan, rezeki dan kekuatan untuk sampai ke puncak Gunung Fansipan. Di puncak, kumpulan pendaki Vietnam yang memulakan pendakian lebih awal telah tiba dahulu, selain Ju dan Faizal.

Ketika kami tiba, tiada apa yang dapat dilihat di sekitar puncak kerana kabus tebal menutupi persekitaran. Namun tidak lama kemudian cuaca bertukar cerah dengan menyajikan panorama yang begitu memukau.

Memang sudah rezeki kami dan peluang yang ada itu, kami gunakan sepenuhnya untuk merakamkan keindahan yang menakjubkan. Selepas puas bergambar, kami melangkah turun pada pukul 10.15 pagi dengan menempuh laluan yang sama menuju ke Kem 2.

Sekadar makan mi segera, kami kemudiannya mengemas beg untuk turun pula ke Kem 1. Pendakian turun bermula pada pukul 1.15 petang dan saya agak ketinggalan di belakang. Kaki yang melecet dan hujan melambatkan pergerakan. Kasut getah yang baru dibeli di Kajang sehari sebelum ke Vietnam mula memakan tuan. Hanya pukul 4.30 petang, barulah saya tiba di Kem 2. Di situ, kami mengadakan 'mesyuarat' sama ada bermalam di Kem 1 atau menamatkan ekspedisi pada hari kedua, 22 Julai 2011.

Akhirnya kami memilih untuk bermalam di Kem 1 kerana tidak mahu 'bekerja lebih masa' dengan berjalan malam. Ini kerana kami menjangka akan sampai ke taman negara dalam kegelapan malam, memandangkan sekitar pukul 5 petang, hari sudah mulai gelap di hutan ini. Selain itu, kami juga perlu menempuh sungai untuk diseberangi.

Pada malam terakhir di Kem 1, kami 'makan besar'. Lauk ayam merah, telor masak kicap dan kobis goreng dinikmati dengan penuh selera. Buat pertama kali dalam ekspedisi ini, kami dapat tidur dengan selesa dalam pondok yang luas.

Menjelang pukul 7.00 pagi keesokan hari, Anh sudah tercegat di hadapan pintu pondok. Melihat kami belum mengemas, dia mula bersuara menyuruh kami cepat bersiap. Malas pula rasanya untuk memulakan perjalanan dalam hujan. Selepas menyarung baju hujan, kami bergerak meninggalkan Kem 1 pada pukul 7.54 pagi. Perjalanan turun menempuh laluan licin dan kami terpaksa menyusuri sungai yang meningkat paras airnya ekoran hujan lebat yang mencurah mengiringi kami.

Ada satu ketika, paras air mencecah ke pinggang dan saya berasa agak takut untuk terus meredah arus yang deras. Syukur kerana akhirnya kami berjaya melepasi cabaran di sungai dan kembali memasuki laluan hutan. Berkat kecekalan, saya tiba di taman negara tepat pukul 10.00 pagi. Tamatlah satu pendakian yang diimpikan sejak beberapa tahun lalu.

Setibanya di Sapa, Anh membawa kami melawat sekitar pekan kecil yang sentiasa berkabus ini. Kami menggunakan kesempatan itu untuk membeli barangan aktiviti luar seperti sandal, jaket The North Face, baju T dan lain-lain. Lewat petang, kami berpecah kepada dua kumpulan iaitu Faizal, Bro Dann dan Nor pulang ke Hanoi dengan menaiki keretapi, manakala saya, Ju dan Din bermalam di Sapa untuk meneruskan lawatan ke pasar Bac Ha keesokan harinya dan Teluk Halong pada hari berikutnya. Kami berlepas pulang ke tanah air pada 29 Julai 2011 dengan membawa kenangan manis dan sukar dilupakan. Selamat tinggal Vietnam.

Kredit: www.utusan.com.my

Utusan Online - Muka Hadapan

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Muka Hadapan


Generasi muda semangat berkobar

Posted:

Generasi muda semangat berkobar

Generasi muda semangat berkobar

Oleh METRA SYAHRIL MOHAMED, SYUKRI SHAARI dan SOFIAN BAHAROM
pengarang@utusan.com.my


KEMERIAHAN acara sambutan Hari Kemerdekaan Ke-54 dan Hari Malaysia Ke-48 yang dijayakan oleh kira-kira 10,000 peserta di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, semalam. – UTUSAN/ZAINI HUSIN


KUALA LUMPUR 16 Sept. – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, nasib Malaysia pada masa depan terletak di dalam genggaman generasi muda hari ini yang bakal mengemudi hala tuju negara.

Bersandarkan kepada semangat yang ditunjukkan peserta perbarisan Hari Kemerdekaan ke-54 dan Hari Malaysia ke-48 yang kebanyakannya disertai generasi muda, jelas Perdana Menteri, Malaysia diyakini akan terus mencapai kejayaan jika orang muda masa kini memiliki semangat juang yang membara.

''Nasib masa depan bergantung kepada anda semua. Kamu semua masa depan kita.

''Timbalan Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin); Datuk Seri Dr. Rais Yatim (Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan) dan saya bagi pihak kerajaan serta rakyat teruja dengan persembahan anda (peserta perbarisan).

''Amat meriah. Saya dapat merasakan semangat Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia begitu membara dalam hati sanubari semua. Insya-Allah, Malaysia akan terus berjaya kerana (semangat) saudara-saudari sekalian,'' katanya.

Najib berkata demikian ketika berucap di atas pentas konduktor koir di tengah Dataran Merdeka sejurus berakhir atur cara sambutan Hari Kemerdekaan ke-54 dan Hari Malaysia ke-48, dekat sini pagi ini.

Najib bersama Muhyiddin, Rais serta beberapa menteri Kabinet termasuk isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor sebelum itu dilihat turun dari pentas utama dan meredah 'lautan manusia' untuk ke pentas berkenaan bagi menyampaikan ucapan penghargaan kepada setiap peserta perbarisan.

Bertemakan '1Malaysia : Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera', sambutan kali ini dimeriahkan dengan penyertaan 10,000 peserta yang didominasi golongan belia dalam persembahan kemerdekaan yang merangkumi empat segmen.

Sambutan diserikan dengan keberangkatan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah.

Turut hadir Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin dan isteri, Toh Puan Norlidah R.M. Jasni; Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng serta isteri, Toh Puan Norkiah Abdullah, dan menteri-menteri Kabinet.

Hadir sama, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Najib berkata, berdasarkan kepada tema sambutan tahun ini, ia sebenarnya berkisar tentang soal masa depan generasi muda.

Hari Malaysia, Hari Kemerdekaan disambut gemilang

Posted:

Hari Malaysia, Hari Kemerdekaan disambut gemilang

Hari Malaysia, Hari Kemerdekaan disambut gemilang


Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Tuanku Nur Zahirah berkenan menyaksikan Sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-54 dan Hari Malaysia 2011 di Dataran Merdeka, semalam.


KUALA LUMPUR 16 Sept. - Buat julung-julung kalinya, sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia disambut serentak hari ini dan diraikan dengan penuh gilang-gemilang dan warna-warni di Dataran Merdeka sebagai lokasi utamanya.

Bertemakan "1Malaysia: Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera", sambutan Hari Kemerdekaan ke-54 dan Hari Malaysia ke-48 pada tahun ini didominasi golongan belia yang merupakan peserta terbesar yang mengambil bahagian dalam persembahan kemerdekaan yang merangkumi empat segmen.

Kira-kira 10,000 peserta daripada pelbagai peringkat iaitu pelajar sekolah, guru, polis, tentera, kakitangan kerajaan dan swasta yang mengambil bahagian dalam acara sambutan itu mula berkumpul seawal 5 pagi.

Acara sambutan dalam keadaan cuaca cerah bermula sebaik sahaja keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah pada 8 pagi.

Turut hadir Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan isteri, Toh Puan Norlidah RM Jasni, Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng dan isteri, Toh Puan Norkiah Abdullah, selain menteri-menteri Kabinet.

Tujuh helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) membuat lintas hormat dengan membawa Jalur Gemilang, bendera Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Tentera Darat, TUDM, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Seri Paduka kemudian memeriksa kawalan kehormat utama yang terdiri daripada 103 anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja.

Acara diteruskan dengan upacara menaikkan Jalur Gemilang diiringi nyanyian lagu Negaraku dan tembakan meriam 14 das sebelum bacaan ikrar Rukun Negara dilafazkan seramai 54 orang generasi muda pelbagai kaum termasuk golongan kelainan upaya, diketuai oleh pelajar Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hishamuddin, Klang, Muizzuddin Maarof, 18, yang diikuti dengan laungan "Merdeka" sebanyak tujuh kali dan "1Malaysia" sebanyak tiga kali.

Dataran Merdeka kemudiannya bertukar meriah apabila seramai 2,300 pelatih perguruan mempersembahkan nyanyian koir gubahan baru lagu Rukun Negara yang diterjemahkan melalui pergerakan formasi oleh 2,500 pelajar sekolah sekitar Selangor.

Persembahan padang dan jalan raya bertemakan "Kejayaan Transformasi 1Malaysia" turut berlangsung di Dataran Merdeka melibatkan 860 orang daripada kumpulan kesenian pelbagai jabatan, agensi dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Kontinjen Generasi 1Malaysia Cergas pula mendahului acara perarakan perbarisan yang terdiri daripada 100 orang belia dengan iringan lagu "Malaysia Satu", diketuai oleh Presiden Majlis Belia Malaysia, Mohamed Maliki Mohd. Rapiee.

Kontinjen seterusnya adalah Kontinjen Swasta yang menonjolkan kostum ala futuristik yang diketuai oleh Pengarah Urusan Khazanah Nasional, Tan Sri Azman Mokhtar, diikuti Kontinjen Komunikasi yang diketuai oleh Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM), Tan Sri Khalid Ramli.

Kontinjen Peladang, Petani, Penjaja dan Perikanan 4P turut mengambil bahagian membabitkan 308 anggota manakala 66 peserta Kontinjen Pengangkutan Awam-Teksi tampil dengan menaiki 54 buah teksi.

Menambah keindahan warna-warni sambutan adalah perarakan 32 kereta berhias yang menterjemahkan kejayaan Pelan Transformasi Kerajaan dan Pelan Transformasi Ekonomi.

Sambutan kali ini juga membawa kelainan apabila buat pertama kalinya, hadirin dapat menyaksikan persembahan kawad dan tempur gabungan antara pasukan PDRM dan ATM, selain 10 unit pesawat pejuang TUDM turut menyerikan ruang udara Dataran Merdeka dengan formasi-formasi menarik.

Persembahan yang berlangsung kira-kira 1 jam 37 minit itu diakhiri dengan gabungan suara 5,541 peserta yang menyanyikan rangkaian lagu patriotik seperti Transformasi Berjaya Rakyat Sejahtera, Gemuruh, Jalur Gemilang, Tanggal 31 dan 1Malaysia Inspirasiku, dengan disertai barisan artis tempatan dan diiringi dengan pertunjukan luncur udara Jalur Gemilang.

Mansuh ISA dianggap wajar

Posted:

Mansuh ISA dianggap wajar

Mansuh ISA dianggap wajar

KUALA LUMPUR 16 Sept. - Pelbagai pihak mengalu-alukan langkah kerajaan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan melihatnya sebagai satu perubahan besar dalam undang-undang negara serta relevan dengan situasi keselamatan negara pada masa kini.

Setiausaha Agung Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM), Mohd. Hanafiah Abdul Manap berkata, keputusan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memansuhkan akta itu adalah tepat dan semua pihak seharusnya menyokong keputusan itu.

"Keputusan itu adalah tindakan yang wajar...mungkin ia satu keputusan yang terbaik dengan menggantikan akta itu dengan akta lain dalam langkah menangani keselamatan dan keamanan negara pada masa kini.

"Jika kita teliti akta ISA itu pun lama digunakan bagi menangani kegiatan subversif di negara ini dan (pemansuhan) ini dilihat sesuai serta kena pada keadaannya..kerana sebelum ini pun ada pihak yang mempersoalkan ketidakwajaran akta ISA," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Bagi bekas Ketua Polis Daerah Bentong, Supritendan Rosli Abdul Rahman, tindakan kerajaan menggubal dua undang-undang baru bagi menggantikan ISA adalah keputusan bersama dan polis hanya bertanggungjawab sebagai pasukan pelaksana.

Katanya, keputusan itu bukan hanya dibuat mengikut pandangan Perdana Menteri semata-mata tetapi juga hasil perbincangan dengan pakar perundangan.

"Jika akta baru yang digubal sesuai, ia akan terus digunapakai dan jika tidak mungkin kerajaan akan guna akta yang sebelum ini... kita sebagai rakyat harus memberi sokongan dan lihat keberkesanan akta itu dahulu sebelum membuat sebarang penilaian," katanya.

Najib dalam Perutusan Khas Hari Malaysia malam tadi mengumumkan ISA akan dimansuhkan dan dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal bagi memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara.

Perdana Menteri berkata, undang-undang baru itu akan digubal di bawah 'semangat serta payung' Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan bagi mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah.

Bekas Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), Datuk N. Siva Subramaniam berkata, pemansuhan akta ISA merupakan satu keputusan yang bukan sahaja mengejutkan rakyat negara ini malah masyarakat antarabangsa.

Katanya, langkah itu membuktikan kepada masyarakat dunia bahawa Malaysia sememangnya mengiktiraf dan memberi penghormatan kepada hak asasi manusia.

Subramaniam yang turut terlibat dalam perbincangan mengenai cadangan pemansuhan itu sejak dua tahun lepas berkata, pelbagai pihak harus yakin bahawa dua undang-undang baru yang akan digubal bagi mengantikan ISA dapat mengekang perbuatan subversif, keganasan terancang dan jenayah.

"Sebarang keputusan kerajaan sudah pasti akan membawa Malaysia ke tahap kebebasan yang bertanggungjawab," katanya.

Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye pula berkata, keputusan untuk memansuhkan ISA adalah satu langkah progresif dan boleh membantu meliberalisasikan negara.

"Sebenarnya, saya rasa akta itu (ISA) sudah ketinggalan zaman. Keadaan semasa ia digubal berbeza dengan keadaan kita sekarang...dan memang tepat masa ia dimansuhkan," katanya.

Menurut Lam Thye, tindakan berani kerajaan itu juga dapat mengelak ISA daripada terus dijadikan modal politik oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Bagi Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali, pihaknya mengalu-alukan serta menyambut baik pemansuhan semua akta darurat yang baginya tidak lagi relevan.

"Namun Perkasa mengambil sikap untuk melihat undang-undang baru yang diperkenalkan...bagi Perkasa jangan akhirnya seperti pepatah keris makan tuan," kata Ibrahim.

Bekas Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu turut menganggap negara telah mempunyai banyak pemimpin selama ini, tetapi Najib membuktikan bahawa beliau pemimpin paling dekat dengan rakyat dan memahami kerisauan rakyat.

Katanya, ISA yang digunakan ketika ini tidak sama seperti keperluan zaman dahulu dan beliau mengalu-alukan keputusan itu. - BERNAMA

Kredit: www.utusan.com.my
 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved