Utusan Online - Sukan |
Hoki Piala Dunia: Malaysia tewas lagi Posted: 02 Jun 2014 10:25 AM PDT KUALA LUMPUR 2 Jun - Malaysia kecundang lagi, kali ini skuad hoki kebangsaan menjadi mangsa belasahan pasukan No. 4 dunia, Belgium 6-2 dalam perlawanan kedua Kumpulan A pada Piala Dunia 2014 di Stadium GreenFields, The Hague, Belanda, sebentar tadi. Ini adalah kekalahan kedua Malaysia selepas kalah 0-4 kepada Australia dalam aksi pembukaan, minggu lalu. - UTUSAN ONLINE |
Posted: 02 Jun 2014 12:30 PM PDT Oleh SUFIAN HADI MOHD. SOJAK Khairy Jamaluddin KUALA LUMPUR - Bukan mudah untuk melihat progam yang 'segar' membuahkan hasil dalam sekelip mata, apatah lagi jika ia baharu menjangkau usia dua bulan. Justeru, Pelan Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN) yang bertujuan membangunkan semula bola sepak Malaysia memerlukan tempoh yang panjang bagi mencapai matlamatnya iaitu untuk memastikan sukan tersebut berada di kemuncak kegemilangan. Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin (gambar) berkata, pelan itu dilaksanakan berlandaskan kajian yang menyeluruh dan pihaknya bersedia mengambil kira pandangan semua pemegang taruh bola sepak tanah air demi kebaikan bersama. "Hal membangunkan bola sepak negara dari akar umbi akan mengambil jangkamasa panjang untuk membuahkan hasil. "Sudah pasti saya akan membincangkan perkara ini, kalau betul berlaku dalam mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Bola Sepak Negara (JPBN) yang seterusnya," katanya dalam satu kenyataan akhabar di sini semalam. Khairy mengulas berhubung kenyataan bekas pemain kebangsaan, Bakri Ibni yang mencadangkan kepadanya dan Pengarah Projek PPBN, Lim Teong Kim untuk memperhalusi semula modul bola sepak yang telah diterapkan kepada pemain. Pelan pembangunan yang dilancarkan merupakan fasa pertama yang tempohnya bermula dari sekarang hingga 2020 di mana pada akhir fasa itu, landskap program pembangunan dijangka berubah dengan penambahbaikan seperti penerapan falsafah atau DNA permainan bola sepak negara secara menyeluruh. Sementara itu, Ketua jurulatih remaja negeri Terengganu merangkap Ketua Jurulatih PPBN, Mohd. Nor Bidin berkata, perubahan ketara buat masa ini sukar dilihat, namun menerusi analisisnya mendapati terdapat perkembangan yang menarik dapat dilihat. "Perubahan tersebut ketara di peringkat bawah umur dan ia mula berkembang serta membuahkan hasil dengan beberapa sistem permainan, rentak penguasaan padang termasuk taktikal semakin baik. "Kita telah melakukan suatu transaksi yang baharu di mana fasa lama ke arah yang lebih bermanfaat. "Jangkamasa untuk melihat mereka benar-benar berkembang mungkin dalam tempoh setahun. Buat masa ini PPBN baharu sahaja dimulakan, memang sukar untuk kita menilai tahap perkembangan ini," katanya. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Sukan Tempatan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan