Utusan Online - Feminin |
Furyna kongsi kejayaan Aurawhite Posted: 01 Jun 2014 03:46 AM PDT Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH Furyna bersama trofi anugerah yang dimenanginya baru-baru ini. Muda, cantik dan berjaya. Pakej ini tentu menjadi buruan setiap usahawan baharu. Bagi Pengarah Aura White Global Sdn. Bhd , Nur Furyna Azmeer, 29, dia sentiasa berusaha memastikan hanya perkara yang baik sahaja singgah di fikirannya. Mengakui dirinya seorang yang optimis, Furyna telah menambah cabang perniagaannya daripada penjagaan kulit dan minyak wangi kepada makanan tambahan untuk kesihatan dan kecantikan. Sejak bergelar usahawan, Furyna sentiasa berusaha memastikan hanya perkara yang baik sahaja singgah di fikirannya. "Sebagai usahawan saya memang meletakkan diri saya untuk memikirkan sesuatu yang besar. Saya memang tidak pernah puas dengan setiap perkara kerana saya mahukan hasil yang terbaik bukan saja untuk diri saya sendiri malah semua pelanggan yang mendapat manfaat daripadanya. "Alhamdulillah, percaturan saya mengeluarkan makanan tambahan kolagen berhasil," ujar anak kedua daripada tiga beradik ini. Mungkin ramai tidak mengetahui Furyna pernah bekerjasama dengan ibunya serta seorang sahabat dalam perniagaan spa dan salon di Ipoh, sebelum menghasilkan produknya sendiri di Kuala Lumpur. Walaupun dia tidak mempunyai pendidikan rasmi dalam bidang ini, Furyna menjadikan ilmu dan pengalaman untuk berjaya. "Alhamdulillah segala yang kita lakukan atau rancangkan akan terlaksana dengan izin Allah. Bagi saya sendiri tidak menyangka berkat usaha saya selama ini dalam perniagaan sampai ke tahap ini. "Saya bukan berasal daripada keluarga berada. Saya bermula daripada bawah sedikit demi sedikit sehinggalah hari ini. Aurawhite tercetus ketika saya mengkaji kehendak setiap orang inginkan kulit yang cantik dan kesihatan yang baik Ini membuatkan saya yakin apa yang pengguna inginkan. Jadi Aurawhite ini sebagai makanan tambahan mereka untuk kekal awet muda dan sihat. Ia juga mempunyai pelbagai khasiat lain," katanya. Oleh itu, Furyna mengajak pengguna mencubanya dan boleh rasai sendiri hasil dari produk Aurawhite ini. Ditanya tentang rahsia kejayaan perniagaannya, Furyna memberitahu, perkara yang penting ialah fokus, usaha, tawakal dan tidak mudah putus asa. Dia sendiri lebih suka bersikap positif apabila terjadi sesuatu, dia akan fikir jalan penyelesaiannya terlebih dahulu buangkan yang negatif. "InsyaAllah aura positif itu pasti bersama kita," katanya ringkas. Anugerah Lebih membanggakan, Furyna baru sahaja mendapat pengiktirafan Super Health Brand Asia Pacific dan Health Ambassador Asia Pacific baru-baru ini. Tidak mahu berpuas hati dengan kejayaan yang dimiliki, Furyna menganggap anugerah ini sebagai permulaan untuk dia terus maju dalam bidang perniagaan. "Saya juga baru sahaja melancarkan produk kecantikan penjagaan wajah Aurawhite SkinSpa. Formulasi produk ini dariekstrak terpilih sumber semula jadi seperti bunga-bungaan dan buah-buahan. Ia membantu mengatasi masalah kulit wajah seperti jerawat, jeragat dan kekusaman kulit," jelasnya. Berkongsi keistimewaan Aurawhite Beauty, Furyna mengakui produk ini berkualiti tinggi dengan hasil yang baik dan halal. Tambahnya, kolagen Aurawhite mempunyai tiga jenis iaitu Aurawhite Collagen Berry, Aurawhite Chocolate Shake dan Aurawhite Stemcell. Aurawhite Beauty juga mempunyai suplemen untuk kaum lelaki iaitu kolagen Auramen. "Perancangan pada masa terdekat ialah pelancaran pejabat urusan yang baru. Kami juga menempatkan pusat kecantikan wajah yang membolehkan pengguna setia kami boleh mendapatkan rawatan kulit wajah dengan perawatan eksklusif dari pakar kecantikan kami," katanya. Bahagi masa Ibu kepada dua anak ini juga mengakui, jadualnya sangat padat tetapi dia mencuba sebaik mungkin merancang masa dengan adil. "Pembahagian masa bagi saya tiada masalah jika ada perancangan yang baik. Selalumya, saya masa berkerja adalah dari 10 pagi hingga 6 petang. Sabtu dan Ahad merupakan hari cuti untuk diri saya kerana inilah masa berharga untuk keluarga," katanya. Jika mempunyai masa lapang, Furyna suka memasak untuk keluarga atau makan di luar. Furyna memberitahu, dia memang suka memasak dan suka mencuba sesuatu yang baru sejak dulu lagi. Biodata Nama penuh: Farah Nur Aqilah Mohd. Bakri Nama gelaran: Qiqi Tarikh lahir: 18 April 1990 Tempat lahir: Kuala Terengganu, Terengganu Profesion: Pemilik perniagaan Qiqi Bakri Health & Beauty Hobi: Memasak Instagram : @qiqibakri E-mel: qiqibakri@yahoo.com Alhamdulillah segala yang kita lakukan atau rancangkan akan terlaksana dengan izin Allah. saya sendiri tidak menyangka berkat usaha saya selama ini dalam perniagaan sampai ke tahap ini. Saya bukan berasal dari keluarga berada. Saya bermula dari bawah sedikit demi sedikit sehinggalah hari ini. |
Posted: 01 Jun 2014 03:46 AM PDT Oleh RAJA INTAN DIANNA RAJA AZAHAM MELIHAT gayanya yang mengancam dengan keyakinan yang tinggi, pasti ramai yang tidak menyangka pemilik nama Farah Nur Aqilah Mohd. Bakri ini merupakan seorang ibu tunggal. Cantik, pandai bergaya dan membawa diri, sifat-sifat tersebut membuatkan dirinya dikenali ramai terutamanya di kalangan mereka yang gemar membeli-belah di Internet menerusi laman Instagram miliknya, iaitu Qiqibakri. Di sebalik keyakinan yang ditonjolkan, ceritanya yang selesa dipanggil Qiqi, dia penah melalui saat-saat hilang keyakinan diri akibat tidak pandai menjaga penampilan terutama selepas berkahwin yang juga menjadi antara punca yang merosakkan rumah tangganya. Dulu saya tidak pandai menjaga penampilan, berbadan besar dan tidak bersolek. Apa yang saya pelajari semua itu sangat penting kerana bagi yang sudah berkahwin, bukan untuk tatapan suami sahaja, ia juga memberi keyakinan kepada kita. Apabila saya semakin berketerampilan, keyakinan diri mula timbul dan saya sedar saya lebih mudah didekati lalu membuka lebih banyak peluang seperti perniagaan. Sebab itu saya memilih perniagaan kecantikan dan kesihatan kerana saya mahu membantu wanita lain untuk mengembalikan keyakinan mereka. Asas kecantikan adalah untuk diri sendiri, bukan untuk orang lain," ujarnya yang sering terbang ke luar negara seperti Korea dan China bagi mencari produk-produk kecantikan dan kesihatan yang berkualiti dan berkesan. Anak Walaupun baru berusia 24 tahun, Qiqi memiliki seorang anak lelaki berusia 3 tahun dan dan amat berbangga dengannya walaupun membesarkannya anak kesayangannya tanpa seorang suami. Malah, Qiqi turut melahirkan rasa kagum dan hormat kepada ibu-ibu tunggal lain yang membesarkan anak bersendirian terutama yang tinggal di kota Kuala Lumpur. Bagi saya, duit bukan soalnya dalam membesarkan anak kerana ia boleh dicari. Tetapi cara didikan bagi membesarkan mereka sangat penting dan ibu tunggal perlu pandai membahagikan masa sebaik mungkin kerana kita bersendirian," terangnya yang menjual pelbagai produk kecantikan seperti alat solekan dan kanta sentuh berwarna. Tambah Qiqi, sebab itu dia memilih untuk berniaga secara online kerana dapat menguruskan masa sendiri dalam membesarkan anaknya itu malah menggalakkan semua wanita menceburi bidang perniagaan secara online yang kini semakin mendapat perhatian ramai. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Feminin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan