Utusan Online - Mahkamah |
Syarikat pertama gagal patuh gaji minimum didenda Posted: 02 Jun 2014 12:30 PM PDT KUALA LUMPUR 2 Jun - Mahkamah Majistret Petaling Jaya, Selangor hari ini menjatuhkan hukuman denda ke atas sebuah syarikat pembuatan produk kesihatan atas kesalahan gagal mematuhi Perintah Gaji Minimum 2012, Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011. Ini merupakan kejayaan pertama Kementerian Sumber Manusia mendakwa syarikat atas kegagalan membayar gaji minimum sebanyak RM900 sebulan ke atas tiga orang pekerja tempatan yang digajikan oleh syarikat berkenaan. Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia dalam satu kenyataan memberitahu, kejayaan itu adalah hasil operasi Pasukan Khas Penguatkuasaan (PKP) Jabatan Tenaga Kerja Selangor yang telah menjalankan siasatan ke atas syarikat berkenaan selepas menerima aduan daripada pihak tertentu. "Mahkamah telah menjatuhkan hukuman denda ke atas syarikat sebanyak RM3,000 iaitu RM1,000 bagi setiap pertuduhan," kata kenyataan tersebut. |
Enakmen jenayah syariah diwarta Posted: 02 Jun 2014 12:30 PM PDT Oleh SAFINA RAMLI KHAIRIL Akmal Hanafi (kiri) menerangkan hotel berkonsep taman kepada Mohd. Rawi Abdul Hamid (kanan) dan Dennis Cheng sempena praperasmian Tune Hotel Alor Setar di Jalan Putra Alor Setar, Kedah, semalam. - UTUSAN/Ismail Kamadin ALOR SETAR 2 Jun - Para pengikut ajaran yang menyimpang daripada ajaran Islam termasuk Syiah di negeri ini perlu bersedia berdepan dengan tindakan undang-undang berdasarkan Enakmen Jenayah Syariah Kedah 2014 yang kini telah dikuatkuasakan. Exco Agama, Pelancongan dan Tenaga Manusia negeri, Datuk Mohd. Rawi Abdul Hamid berkata, rang undang-undang itu telah diwarta dan dikuatkuasakan sepenuhnya di negeri ini bagi menjaga kesucian agama Islam. "Dalam Enakmen Jenayah Syariah Kedah 2014, ada Seksyen 9 dan 11 iaitu sekiranya mana-mana orang berdakwah dan menyebarkan ajaran yang menyalahi fatwa bukan sahaja Syiah bahkan mana-mana ajaran yang jauh menyimpang daripada ajaran Islam iaitu fahaman Ahli Sunnah Wal Jammah boleh dikenakan tindakan. "Bila-bila masa sahaja apabila dapat aduan bukan sahaja di Pendang tetapi di mana-mana kawasan di Kedah kita akan ambil tindakan sewajarnya bagi mempertahankan agama Islam," katanya selepas menghadiri Majlis Menandatangani Perjanjian Kumpulan HBR dengan Bank Rakyat untuk Tune Hotel Alor Setar dan Praperasmian Tune Hotel Alor Setar di sini hari ini. Yang turut hadir Ketua Eksekutif Kumpulan HBR Khairil Akmal Hanafi dan Pengurus Tune Hotel Wilayah Utara, Dennis Cheng. Dalam perkembangan lain, ketika diminta mengulas mengenai satu perhimpunan pengikut Syiah yang dikatakan berlaku di sebuah rumah di Kampung Alor Berala, Pendang pada Sabtu dan Ahad lalu, Mohd. Rawi berkata, perhimpunan itu tidak seperti yang digembar-gemburkan. "Melalui risikan yang kita jalankan, rombongan pengikut Syiah dari negeri-negeri lain membatalkan hasrat mereka untuk menyambut perayaan yang ada di dalam kalendar Syiah itu apabila ada laporan polis dibuat mengenainya. "Yang ada di situ pada hari tersebut cuma orang tempatan yang berjumpa secara biasa dan tiada pembesar suara ataupun majlis keramaian di buat pada hari tersebut," ujarnya. Khamis lalu, Pemuda UMNO Pendang membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pendang bagi menghalang satu perhimpunan didakwa melibatkan pengikut Syiah yang akan diadakan di Kampung Alor Berala. Ketuanya, Mohamad Fadzil Zulkipli berkata, perhimpunan tertutup itu akan diadakan di sebuah rumah, yang dipercayai menjadi pusat penyebaran fahaman Syiah sejak lima tahun lalu. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Mahkamah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan