Utusan Online - Luar Negara |
Lelaki cuba seludup 66 ekor burung dalam seluar Posted: 03 Jun 2014 11:15 AM PDT CAMAGUAY, Cuba 3 Jun - Seorang lelaki ditangkap selepas cuba menyeludup 66 ekor burung kelicap di dalam seluar panjangnya keluar ke Amerika Syarikat dari Cuba semalam. Lelaki itu ditangkap di Lapangan Terbang Antarabangsa Ignacio Agramonte di pusat bandar Cuba dan dikesan selepas terdapat beberapa benjolan yang kelihatan mencurigakan pada seluarnya. Selepas ditahan oleh Kastam, suspek mendakwa dia hanya menyembunyikan seekor burung merpati sebagai satu hadiah kepada cucu lelakinya. - Agensi |
3,000 banduan dibebaskan di Uzbekistan Posted: 03 Jun 2014 10:37 AM PDT TASHKENT, 4 Jun - Kira-kira seramai 3,000 banduan dibebaskan pemerintah Uzbekistan di bawah satu pengampunan beramai-ramai yang dianugerahkan kepada hampir 70,000 orang, kata Ketua Pendakwa Uzbekistan semalam. Pengampunan beramai-ramai tahunan itu diberikan kepada 69,497 orang, kata pejabat ketua pendakwa dalam satu kenyataan. Daripada jumlah tersebut, seramai 43,082 telah disabitkan jenayah mereka dan hukuman ditarik kembali, termasuk 3,237 orang yang dibebaskan dari beberapa penjara dan pusat tahanan, tambahnya lagi. Mereka yang kekal ialah individu-individu yang masih menunggu perbicaraan. - Agensi |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan