Selasa, 27 Mei 2014

Utusan Online - Selatan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Sabar orang Melayu ada had

Posted: 26 May 2014 12:08 PM PDT

Oleh AINOL AMRIZ ISMAIL
utusanN9@utusan.com.my

Mohamad Hasan menunjukkan kemahiran membuat kuih tradisional, lempeng ketika menghadiri Majlis Gotong-Royong dan Mini Karnival Masak Kuih Tradisional DUN Johol di Johol, Negeri Sembilan, semalam. - Utusan/Abd Razak Aid

KUALA PILAH 26 Mei - Kesabaran orang Melayu ada hadnya dan jangan sesekali meniup api kebencian terutama apabila ada individu yang terlalu celupar berkali-kali mencela UMNO dengan gelaran celaka di Pulau Pinang.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, UMNO adalah parti orang Melayu dan apabila ada individu yang melabelkan begitu, maka tempiasnya juga terkena kepada kaum itu.

"UMNO ini siapa? UMNO ini orang Melayulah. Ada orang yang sedang mengatakan orang Melayu celaka. Jadi saya harap orang Melau sedar dan saya yakin jika ini tidak dibendung segera, kita sedang menuju kepada satu masalah besar dalam negara," katanya pada Majlis Gotong-Royong dan Mini Karnival Masak Kuih Tradisional Dewan Undangan Negeri (DUN) Johol di Dewan Orang Ramai Renggoh, Johol dekat sini hari ini.

Yang turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johol, Abu Samah Mahat.

Kata Mohamad, jangan sebelah pihak sahaja yang mementingkan keamanan dan keharmonian sesebuah negara, tetapi pihak yang lain bermain dengan api dan membarakan kemarahan orang lain.

"Golongan yang bencikan keamanan ini, sentiasa sahaja mahu menghamburkan apa juga perkataan yang menghina UMNO, menghina orang Melayu. Saya percaya anak muda Melayu dan orang kampung ada had kesabarannya," tegasnya.

Dalam pada itu Mohamad mengingatkan orang Melayu bahawa perpecahan yang berlaku dalam kalangan sendiri akan menjadi 'makanan' kepada golongan yang sedang bergembira ini.

"Pihak lawan sentiasa menunggu benteng terakhir orang Melayu iaitu di kawasan kampung yang menjadi akar umbi UMNO ini ditumbangkan. Caranya ialah meniupkan sentimen perpecahan sesama sendiri dalam banyak perkara dan itulah yang sedang berlaku.

"Jadi saya ingatkan ketua kampung supaya menjaga 'anak buah' masing-masing dan sentiasa bersepakat dalam menjaga keharmonian kampung ini daripada 'dicerobohi' pihak lawan. Ingat bila kita berpecah, kekuatan semakin lenyap dan pada waktu itulah pihak lawan menyelinap masuk," ujar beliau.

Maka kata Mohamad, orang Melayu hendaklah menjaga adab dan jangan ikut rentak lawan yang begitu celupar menghina orang lain, khususnya kepada parti UMNO.

Tindakan tegas peniaga buang sampah di kawasan penduduk

Posted: 26 May 2014 12:08 PM PDT

MELAKA 26 Mei - Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) negeri akan mengambil tindakan tegas ke atas peniaga sekitar kawasan Bukit Duyong dan Perigi Hang Tuah jika masih membuang sampah di kawasan pembuangan sampah penduduk setempat.

Pengarah PPSPPA negeri, Zainuddin Abdul Samad berkata, para peniaga boleh dikenakan tindakan undang-undang mengikut Seksyen 70 Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Negara (Akta 672) yang memperuntukkan denda sehingga RM100,000 atau penjara sehingga lima tahun.

Menurutnya, isu pembuangan sampah perniagaan di kawasan tempat pembuangan sampah penduduk telah berlarutan sejak beberapa bulan lalu terutamanya pada setiap hujung minggu.

"Setiap hari pihak SWM Environment Sdn. Bhd. negeri akan memberi perkhidmatan mengangkut sampah di kawasan ini namun, apa yang terjadi pada setiap hujung minggu iaitu pada hari Sabtu, Ahad dan Isnin jumlah sampah yang dilonggokkan di kawasan ini berlipat kali ganda sehingga mencecah tiga tan.

"SWM telah menempatkan sebuah tong Roll On, Roll Off (RORO) di kawasan ini sejak beberapa tahun lalu tetapi amat mendukacitakan apabila peniaga mengambil kesempatan dan menjimatkan kos apabila membuang sampah di kawasan yang menjadi tempat pembuangan sampah penduduk.

"Mereka sepatutnya membuang sisa perniagaan di tapak pelupusan yang telah ditetapkan atau melantik kontraktor berkaitan untuk mengangkut dan membuang sampah di tapak pelupusan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat tapak pembuangan sampah di Bukit Duyong di sini hari ini.

Zainuddin berkata, PPSPPA telah menyediakan satu pasukan khas untuk menjalankan kerja pengintipan bagi mengelakkan perkara itu berlarutan selain memberi teguran dan menasihatkan peniaga yang melakukan kesalahan itu.

Katanya, sampah perniagaan yang dilonggokkan di kawasan itu berskala besar antaranya ialah sisa makanan, tempurung kelapa, perut ayam dan perut lembu.

"Kami tidak mengambil tindakan sebelum ini kerana akta masih belum dikuatkuasakan namun, selepas ia dikuatkuasakan dan perkara ini dilihat masih berlarutan tanpa dapat dikawal maka kami terpaksa mengambil tindakan tegas," katanya.

Dalam pada itu, kata Zainuddin, pihaknya telah membersihkan sebanyak 119 kawasan yang menjadi tapak sampah dibuang secara haram di sekitar negeri ini.

Katanya, kesemua tapak tersebut telah ditutup dan diletakkan papan tanda amaran beserta jenis kesalahan dan hukumannya.

Babi: Henti jual coklat Cadbury hazel, badam

Posted: 26 May 2014 12:08 PM PDT

SEREMBAN 26 Mei - Peniaga dan peruncit khususnya beragama Islam di negeri ini digesa menarik balik semua penjualan produk coklat Cadbury jenis kacang hazel dan buah badam selepas dikesan mengandungi asid deoksiribonukliek (DNA) babi (porcine).

Pengerusi Persatuan Kebajikan Pengguna Islam Negeri Sembilan, Datuk Norhayati Omar berkata, langkah itu bertujuan bagi melindungi pengguna Islam daripada terus membeli produk yang telah disahkan haram di sisi agama.

"Saya menggesa agar peruncit dan peniaga terutamanya beragama Islam supaya tidak lagi menjual produk itu di kedai mereka selain mengambil langkah memulangkan semula kepada pembekal dengan kadar segera.

"Sebagai peniaga Islam kita mesti bertanggungjawab dan wajib melindungi pengguna Islam, kita bimbang jika ia terus dijual, anak kecil atau ibu bapa yang tidak mengikuti perkembangan semasa mungkin akan membelinya," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Jelasnya lagi, beliau juga berharap peniaga yang bukan beragama Islam agar dapat menghormati perkembangan itu dengan mengasingkan produk berkenaan selain meletakkan tanda bahawa ia tidak halal.

"Kita tidak boleh melarang peniaga bukan Islam untuk menjual tetapi mereka juga perlu menghormati sensitiviti ini terutamanya apabila mengaitkan soal halal dan haram ini.

"Adalah lebih baik sekiranya mereka (peniaga bukan Islam) turut memulangkan produk ini demi menghormati pengguna Islam," ujarnya.

Tegasnya lagi, pihak berwajib dan berkuasa juga perlu mengambil langkah drastik untuk memantau serta memastikan produk ini tidak lagi dijual di premis perniagaan dalam kadar segera.

Norhayati menambah, perkembangan itu secara tidak langsung menuntut pengguna Islam supaya lebih bijak dalam erti kata lain berilmu terutamanya apabila melibatkan pembelian produk makanan.

"Pengguna perlu bersifat sensitif dan lebih peka supaya tidak terus ditipu dengan membeli produk yang mengandungi kandungan haram.

"Maka mereka perlu berhati-hati selain berilmu untuk meneliti setiap kandungan produk makanan kerana kandungan itu dinyatakan menggunakan dalam nama saintifik, mungkin kita tidak tahu, tetapi inisiatif perlu diambil oleh pengguna untuk mempelajarinya," katanya.

Akhbar ini semalam melaporkan Kementerian Kesihatan mengesahkan dua sampel coklat Cadbury iaitu coklat susu dengan kacang hazel (Cadbury Dairy Milk Hazelnut) dan coklat susu dengan buah badam (Cadbury Dairy Milk Roast Almond) mengandungi DNA babi (porcine).

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved